The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BIDANG AQIDAH TAHUN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-62486032, 2022-05-14 20:40:21

KUFUR

BIDANG AQIDAH TAHUN 4

KUFURBIDANG AQIDAH

STANDARD KANDUNGAN
3.3 Merumus kepentingan mempertahankan aqidah daripada

kufurdalam kehidupan secara beradab dan istiqamah.

"Apakah yang dimaksudkan dengan
mati dalam Islam?"



>> Maksudnya mati dalam keadaan
beragama Islam dan tidak kufur.

>> Kufur bermaksud tidak percaya
atau tidak beriman kepada Allah
SWT dan nabi Muhammad SAW.

Hukum kufur adalah
SESAT.

Firman Allah :



‫َوَمۡن َّيۡكُفۡر ِبالّٰلِه َوَ ٰٓملـِئَكِتٖه َوُكُِتبٖه َوُرُسِٖله َواۡلَۡيوِم اۡلٰاِخِر ََفقۡد‬



﴾4:136﴿ ‫َضَّل َضٰلًۢلا َبِعۡيًدا‏‬

Maksudnya : Sesiapa kufur kepada Allah,
para malaikat, para rasul, dan hari akhirat.

Maka, sesungguhnya dia sudah jauh
tersesat

{Surah Annisa : 136}

JENIS- JENIS KUFUR :



1- SYIRIK > Menyekutukan Allah
2- FASIQ > Orang yang ingkar
perintah Allah

3- ZINDIQ > Orang yang imannya
terpesong atau sesat
4- MURTAD > Terkeluar dari Islam

TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG BETUL

ISI hari: ....................

tarikh: ................

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN MATI MELAINKAN DALAM ISLAM?

TERANGKAN MAKSUD KUFUR.

NYATAKAN HUKUM KUFUR DAN FIRMAN ALLAH BERKENAAN DENGANNYA.

BERIKAN MAKSUD DARIPADA FIRMAN ALLAH BERKENAAN KUFUR.

SENARAIKAN JENIS-JENIS KUFUR BESERTA ERTINYA.

LIHAT DAN INGAT

‫ليهت دان ايڠت‬

KUFUR

KUFUR IQTIQAD

Menolak dan menafikan ajaran Islam yang
dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Contohnya: Tidak
mempercayai kenabian Nabi

Muhammad SAW.

KUFUR AMALAN

Menggunakan nikmat kurniaan
Allah dengan cara yang salah dan

berdosa.

Contohnya:

Menggunakan duit

poket untuk berjudi.

FAKTOR YANG MENDORONG KEKUFURAN

Tidak mendapat didikan agama yang sempurna
Menuruti hawa nafsu
Lemah pegangan agama dalam kehidupan
Terpedaya dengan pujukan dan kesenangan dunia

Nama:

MINDA Cerdas

Nyatakan kefahaman anda berkenaan Kufur Iqtiqad berserta contoh.

Terangkan pengetahuan anda berkenaan Kufur Amalan berserta contoh.

Sebutkan faktor yang mendorong berlakunya kekufuran.

Mari Bersajak

KESAN
KUFUR

Telah termaktub di dalam Al-Quran

Satu dosa yang sangat besar
Justeru diberi ancaman seksa dan azab

bahaya, kufur itu sungguh bahaya.

Kufur merosakkan iman di hati
Dosa dan noda tiada dipeduli
Rahmat dan berkat berlalu pergi

Ketenangan hati juga tidak dimiliki.

Benarlah,

Benarlah kufur itu merosakkan hidup insan
Justeru mengundang murka ilahi
Azab dan seksa tersedia menanti

Mohonlah! Agar kita dilindungi.

Berdasarkan sajak yang anda baca, sila
keluarkan isi penting berkenaan "Kesan

Kufur". Tuliskan enam isi penting
daripada petikan sajak tersebut.

TINDAKAN MENJAUHI
KUFUR

1) MENJAGA AMAL DAN IBADAH

Saya perlulah sentiasa melipat
gandakan amalan.
Saya tabah dalam menuntut ilmu.

2) SENTIASA BERDOA DAN MEMOHON
UNTUK DIMANTAPKAN IMAN

Saya mengamalkan doa:
"Wahai Allah yang membolak balikkan hati,
tetapkan hati ku dalam agama mu"

3) SENTIASA MENAMBAHKAN ILMU
PENGETAHUAN

Saya sentiasa menghadiri majlis ilmu.
Saya hendaklah selalu mendampingi guru.

4) MENGAWAL DIRI DARIPADA
MENGIKUTI HAWA NAFSU

Saya perlu sentiasa bermuhasabah.
Saya hendaklah bersikap sederhana
dan bersyukur.

Tuliskan tindakan yang perlu anda
lakukan untuk menjauhi sifat Kufur.

MINDA CERDAS

Qarun seorang hartawan pada zaman Nabi Musa
Alaihi Salam. Dia juga merupakan orang kanan
Firaun. Kekayaan dan ilmu yang hebat telah
membuatkan dia semakin sombong dan zalim. Dia
sentiasa menentang ajaran Nabi Musa Alaihi
Salam. Akhirnya Allah tenggelamkan dia dan
hartanya ke dalam tanah.

Berdasarkan kisah di atas, Nyatakan :
1- Jenis kufur yang dilakukan oleh Qarun
2- Akibat daripada kekufuran Qarun
3- Pengajaran yang boleh diambil


Click to View FlipBook Version