The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faiz.radzuan, 2024-06-24 12:45:02

SHOUTUL IMTIYAZ EDISI 2015 vol.1

SHOUTUL IMTIYAZ EDISI 2015 vol.1

S ekolah Menengah Agama Bugisiah established the first Form 6 class in 2015, 6 Syatibi. There were 30 students at the beginning of the year, who were signed up for MUET (Malaysian University English Test) for August session. By midyear 2015, 2 students moved to other institutions as they were called to enter colleges that they applied for early in the year. Thus, having only 28 students who sat for MUET August session. The result for MUET 2015 are as follow, according to band. Band 1 : 3 students Band 2 : 21 students Band 3 : 5 students TH (Tidak Hadir/Absent) : 1 student Although there are 4 students who did not achieve the target that the English teacher had set up at the beginning of the year, which is to get at least band 2, since this is the first time SMA Bugisiah having students taking MUET, the results are quite impressing. SMA Bugisiah never had MUET teacher before but with determination from both parties (teachers & students), SMA Bugisiah managed to get satisfactory results. Compliments to the teachers and students who did their best and were determined to get the best they could for MUET. The Form 6 students sat for MUET in early August 2015 in Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, and the result came out in early October 2015. The result slips were given to each of the students and happy faces were seen.Hopefully this will be the beginning of a great learning experience for both teachers and students and will encourage the next Form 6 batch to do better and get better reTHE 1ST MUET ACHIEVEMENT S H O U T U L I M T I Y A Z اإلمــــتـيـاز صــــــوت S I D A N G R E D A K S I SMA Bugisiah Tampok, 82200, Benut, Pontian, Johor. Tel: 07-4241901 Fax: 07-4242902 PEMBUBARAN MEKP 2015 Pada 11 Oktober 2015, Majlis Eksekutif Kepimpinan Pelajar (MEKP) sesi 2015 telah dibubarkan. Setelah hampir setahun ahliahli MEKP 2015 bertungkus lumus memimpin pelajar-pelajar, akhirnya pada hari ini mereka dilepaskan dari jawatan masingmasing. Ahli-ahli MEKP yang dianggotai oleh semua pelajar Tingkatan 5 menyaksikan anjakan dan perubahan besar dilakukan oleh Tuan Pengetua dalam meningkatkan lagi mutu kepemimpinan pelajar-pelajar SMA Bugisiah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan diteruskan dengan ucapan dari Guru Penasihat MEKP Ustazah Saadah bt Alwi yang mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh AJK MEKP 2015. Pengetua SMA Bugisiah Tampok seterusnya membubarkan secara rasmi AJK MEKP 2015. Majlis diteruskan dengan ucapan dari ketua MEKP 2015 iaitu Saudara Amar Aiman bin Jamaluddin. Beliau mengingatkan juga kepada para pelajar SMA Bugisiah agar terus memberikan sokongan kepada AJK MEKP tahun 2016. Majlis diteruskan dengan pengumuman AJKT MEKP 2016 yang menyaksikan Ketua MEKP 2016 disandang oleh Saudara Nazmi bin Nazim dan dibantu oleh Saudari Dalilah binti Munazah manakala jawatan Ketua ASPURA disandang oleh Saudara Sabiq bin Jafni dan Ketua ASPURI pula disandang oleh Saudari Qaisara Yusreena. Tahniah diucapkan dan Selamat Menjalankan Tugas. Muka 1 Students 6 Syatibi with their MUET results Saudara Amar Aiman bersama Barisan AJK MEKP 2015 Saudara Nazmi dan Saudari Dalilah menerima watikah perlantikan S MA BT /S HOUT ULI MT IYA Z /T RU STS C/E DISI 6 : 20 15


P ada 28 Oktober 2015 yang lalu, sekolah telah terpilih untuk menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Johor 2015 sempena Festival Kesenian Islam Johor 2015 yang diadakan di Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru. Pertandingan ini menyaksikan penyertaan daripada 9 kumpulan nasyid dari seluruh daerah di negeri Johor Darul Takzim yang membawa lagu dan gaya yang menarik dan mencabar kebolehan wakil dari sekolah kita. Guru yang terlibat mengiringi peserta ialah Ustaz Aizzad, Ustaz Azuan dan Ustaz Amran Sarkam. Kumpulan Nasyid Sekolah , Al-Ameen yang dianggotai seramai 9 orang pelajar iaitu, Nazmi Nazim, Sabiq Jafni, Lukman Shis, Irfan Suhairi, Afnan Ahmad, Iman Abd Aziz, Aziman Musliman, Muhamad Azamuddin dan Khairul Fikri bin Talib telah menunjukkan persembahan yang mantap dan bertenaga serta lontaran vocal yang mengusik hati para juri dan audiens dengan menyayikan duau buah lagu iaitu Al-Quran Menjana Transformasi Ummah dan Halawatul Iman. Persaingan sengit dari kumpulan nasyid daerah lain sedikit menggugat kedudukan AlAmeen apabila hanya berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut dan menyaksikan wakil dari Batu Pahat mendapat Johan manakala wakil dari Johor Bahru mendapat Naib Johan. Meskipun begitu, kesungguhan dan semangat yang dipamerkan oleh ahli Al-Ameen cukup membuktikan bahawa pelajar dari SMA Bugisiah boleh melakukan yang terbaik pada masa akan datang. BUGISIAH IMTIYAZ!! S MA BT /S HOUT ULI MT IYA Z /T RU STS C/E DISI 6 : 20 15 Muka 2 PERSIDANGAN SEKOLAH AMANAH P ada 11 hingga 14 Ogos 2015, telah berlangsungnya Persidangan Sekolah Amanah Yayasan Amir bertempat di Pyramid Tower Hotel, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor. Persidangan ini dianjurkan oleh Yayasan Amir yang mana melibatkan wakil Sekolah Amanah dari seluruh Malaysia. Seramai 4 orang guru yang menyertai persidangan ini iaitu Ustaz Bachok Bin Suleiman, Ustaz Hamdan Bin Abdul Razak, Ustazah Siti Aminah Binti Sallehin, Ustazah Siti Haniah Binti Rohmad dan seorang wakil pelajar iaitu Muhammad Nazmi Bin Nazim yang terlibat sebagai panel forum “Bicara Sekolah Amanah “ dari sudut pandangan murid. Persidangan pada kali ini membincangkan tentang sasaran strategik untuk membangunkan kepimpinan berkualiti tinggi, menambahbaik kualiti pembelajaran dan pengajaran, memaksimumkan pencapaian dan potensi murid serta mengukuh penglibatan ibu bapa, masyarakat, & pihak kepentingan yang lain. Wakil persidangan juga telah membuat lawatan ke SK Hisamuddin Alam Shah (kohort 2013), SK Convent Jalan Peel (Kohort 2013), SK Desa Pandan (Kohort 2013), SK Pulau Indah (Kohort 2014), SK Pulau Indah 2 (Kohort 2014), SJKT Vivekananda (Kohort 2014) dan SMK Pulau Indah (Kohort 2014). Persidangan ini telah dapat membantu para guru dalam berkongsi idea dan masalah yang dihadapi melaksanakan program Sekolah Amanah. Muhammad Nazmi Bin Nazim adalah seorang ahli panel forum yang memukau penonton dengan begitu berketerampilan mengutarakan pandangan dalam “Bicara Sekolah Amanah “ yang moderatornya ialah personaliti TV3 , Ahmad Fedtri Yahya bertajuk‘‘Pendidikan Holistik dari Kaca Murid’. Wajah-wajah ceria pendidik kami yang begitu bersemangat mengikuti persidangan ini. S H O U T U L I M T I Y A Z LONTARAN AL-AMEEN


A nugerah Guru Unggul telah diperkenalkan bermula pada bulan Jun yang lalu. Anugerah ini adalah bertujuan untuk memberi pengitirafan kepada seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan pada setiap bulan,yang memenuhi tiga kriteria. Tiga kriteria tersebut adalah persembahan Pengajaran dan Pembelajaran yang dianggap terbaik, kadar kehadiran dan sumbangan yang telah diberikan terhadap sekolah. Namun, Anugerah Guru Unggul boleh dikatakan sebagai mencari permata yang paling berkilau dalam puluhan permata yang bersinar. Semoga perkara ini dapat terus memberi perangsang kepada setiap warga pendidik untuk terus berusaha ke arah matlamat menjulang anak bangsa sebagai insan yang holistik. U nit Ko-Kurikulum SMA Bugisiah telah menganjurkan Perkhemahan Perdana di tapak perkhemahan di Tasik Rekreasi Stesen Mardi Kluang. Program tersebut telah berjalan selama 3 hari 2 malam bermula pada hari Khamis, 15 Oktober sehingga 17 Oktober 2015. Aktiviti pertama telah dijalankan pada pukul 9.00 malam selepas pelajar makan malam iaitu Slot ’Ice Breaking’ yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pada keesokkan harinya perkhemahan diteruskan dengan aktiviti pertolongan cemas yang dikendalikan oleh unit Persatuan Bulan Sabit Merah. Selain itu terdapat juga aktiviti ’Jungle Trekking’ di hutan berhampiran tapak perkhemahan. Aktiviti kemuncak adalah Malam Kebudayaan dan Barbeque yang diadakan pada malam 16 Oktober 2015. Aktiviti – aktiviti pada keesokan harinya adalah aktiviti kawad kaki di mana pelajar dibahagi kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan dan latihan kebakaran. Tamat aktiviti, peserta dijamu dengan makan tengahari dan selesai makan, peserta diminta mengemas khemah masing-masing dan membersihkan kawasan sekitar tapak perkhemahan. Rombongan telah bertolak pulang pada pukul 2.30 petang. Objektif utama perkhemahan ini telah dirangka dengan matlamat pembinaan diri, sikap, minat dan kemahiran yang lebih mantap pada diri setiap pemimpin serta memupuk jati diri dan sikap berdikari dalam diri pelajar. GURU UNGGUL PENCETUS MINDA CEMERLANG PERKHEMAHAN PERDANA 2015 Latihan Menyelamat Mangsa Lemas Muka 3 Peserta berbincang untuk buat persembahan terbaik S H O U T U L I M T I Y A Z S MA BT /S HOUT ULI MT IYA Z /T RU STS C/E DISI 6 : 20 15 JUN JULAI OGOS


P ada 4 Oktober 2015, seramai 36 orang pelajar telah membuat lawatan khidmat masyarakat ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Kota Tinggi diiringi empat orang guru iaitu Ustazah Syazwani binti Baharuddin, Ustazah Siti Aminah binti Sallehin, Ustazah Rozalisa binti Sariman dan Ustazah Mastura binti Ab Hafidz. Rombongan telah bertolak dari Sekolah Menengah Agama Bugisiah Tampok pada pukul 8.30 pagi dan telah tiba di pertubuhan tersebut pada pukul 10.00 pagi. Kedatangan rombongan telah disambut oleh penyelia pertubuhan tersebut iaitu Encik Mohd Azhar bin Khairul Anuar. Projek Khidmat Masyarakat merupakan salah satu bahagian penting dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi pelajar sekolah. Selepas mengikuti projek ini, peserta diharapkan dapat menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat. Peserta juga diharap dapat memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolongmenolong, bantu-membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan badan bukan kerajaan dalam menjaga kebajikan warga emas. Editor: Siti Haniah Bt Rohmad(Rahmad) Mohd Faiz B Radzuan Diana Indah Bt Nasuka Jurugambar: Mohd Wan Faisal B Wan Senapi Mohd Faiz B Hussin Mohd Afnan B Ahmad SIDANG REDAKSI guru, maka kini guru diberikan peluang untuk berbicara hati ke hati bersama pelajar-pelajar tingkatan 5. Mudah-mudahan usaha kecil ini akan berjaya menyentuh sanubari mereka seterusnya menyedarkan mereka sepenuhnya akan kepentingan peperiksaan SPM dan agar mereka dapat melihat bagaimana besarnya T idak lama lagi pelajar Tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan yang besar dalam lipatan sejarah hidup mereka. Tidak sampai sebulan lagi mereka akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang menjadi penunjuk arah dan hala tuju mereka selepas ini. Justeru itu, satu inisiatif telah diambil untuk menanam semangat dan memperkukuhkan jati diri pelajar Tingkatan 5 dalam menuju peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula awal November nanti. Persiapan demi persiapan dan bantuan demi bantuan telah diberikan oleh pengorbanan ibu bapa mereka sepanjang mendidik dan membesarkan mereka. Harapan Setinggi Gunung “Bugisiah Imtiyaz” Kami Kini Di Web..! http://www.smabugisiah.weebly.com Masih ada yang sayang…. Kejayaan kami adalah hadiah untuk ibu bapa dan guru Segala panduan dan nasihat guru menjadi pendorong Bersama ahli pimpinan pertubuhan anak yatim Kota Tinggi Doakan mereka berjaya dan terus berjaya dalam SPPM 2015 dan seterusnya dalam kehidupan mereka di dunia ini dan diakhirat kelak S H O U T U L I M T I Y A Z S MA BT /S HOUT ULI MT IYA Z /T RU STS C/E DISI 6 : 20 15 Muka 4


Click to View FlipBook Version