The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AJ Taufik, 2024-07-01 05:29:02

CABARAN DALAMAN MALAYSIA

Untitled document

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 5 CABARAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA NAMA : AIREEL JAZLI BIN MOHD TAUFIK KELAS : 5 EPSILON NAMA GURU : CIKGU ANI


PERNYATAAN MASALAH DAN PERSOALAN KAJIAN PERNYATAAN MASALAH Pembentukan Malaysia membawa kepada satu era baru dalam Pembangunan sosioekonomi Masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu,Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun begitu,pelbagai cabaran perlu diatasi dalam usaha mewujudkan suatu Pembangunan yang seimbang dan adil kepada semua kaum. Buktikan PERSOALAN KAJIAN A) Latar belakang pembentukan Malaysia? B) Nilaikan usaha negara untuk berkongsi kemakmuran negara dalam kalangan Masyarakat pelbagai kaum? C) Sejauh manakah cabaran pembangunan sosioekonomi yang dihadapi oleh negara selepas pembentukan Malaysia?


OBJEKTIF KAJIAN 1) Meneroka faktor pemisahan Singapura dan Malaysia 2) Menghuraikan langkah kerajaan Malaysia mengatasi ancaman komunis 3) Menghuraikan cara - cara mengekalkan kedaulatan negara


KAEDAH KAJIAN 1) MELAYARI INTERNET 2) KAJIAN PERPUSTAKAAN 3) KAEDAH MEDIA


DAPATAN KAJIAN FAKTOR PEMISAHAN SINGAPURA DAN MALAYSIA Banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan Singapura dengan kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa Singapura perlu berpisah daripada Malaysia sebagai jalan keluar terbaik untuk mengatasi pelbagai krisis yang timbul, demi kepentingan perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik yang berterusan 1) Perlembagaan Singapura membantah tentang penyerahan 60% hasil pengutan cukai kastam, cukai eksais dan cukai pendapatan. Hal ini kerana mengikut perjanjian Malaysia, terdapat satu persetujuan bahawa sehingga Disember 1968, kerajaan Persekutuan perlu mendapat kebenaran kerajaan Singapura sebelum mengenakan cukai import yang baharu. Kerajaan Singapura membantah pengenalan cukai-cukai baharu kerana tiada perundingan. 2) Persaingan Politik Antara PAP dan MCA Lee Kuan Yew telah menyatakan bahawa kegiatan politik PAP hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya di anah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan. Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu atas sifatnya sebagai sebuah parti perkauman Cina


LANGKAH KERAJAAN MALAYSIA MENGATASI ANCAMAN KOMUNIS 1) PENGISTIHARAN DAURAT 1948 -ahli pkm ditangkap -perintah berkurung mengehadkan pegerakan -sekatan jalan raya 2) RANCANGAN BRIGGS -Perkampungan baru -gerakan kelaparan -penubuhan jawatankuasa kerja perang LANGKAH MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA -membina perpaduan dan keharmonian kaum -memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat (edited) -bersifat setia dan sayang akan negara -lambang - lambang kebesaran negara harus dikenali dan hormati -berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara -berakhlak dan budi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah


KESIMPULAN Satu kesimpulan yang diketahui tentang kajian kes cabaran selepas pembentukan Malaysia adalah bahawa perbezaan etnik, budaya, dan ekonomi antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak telah menyebabkan pelbagai cabaran dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan nasional. Keadaan ini memerlukan perhatian yang berterusan untuk memastikan kestabilan politik, ekonomi, dan sosial di negara ini. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi cabaran ini, termasuk program pembangunan ekonomi yang saksama dan dasar-dasar integrasi sosial. CADANGKAN CABARAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA DARI SEGI IBU BAPA DAN KERAJAAN Antara cabaran selepas pembentukan Malaysia dari segi ibu bapa ialah pengaruh sosial dan budaya. Contohnya, Ibu bapa perlu berhadapan dengan pengaruh budaya luar yang mungkin bertentangan dengan nilai dan tradisi tempatan. Selain itu, cabaran selepas pembentukan Malaysia dari segi kerajaan ialah Pembangunan Sosial. Contohnya, Memastikan perpaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia merupakan cabaran besar yang perlu dihadapi oleh kerajaan.


RUJUKAN 1) https://www.scribd.com/presentation/609502315/KAJIAN-KES-SEJARAH-FORM5 2) ogle.com/imgres?q=akhbar%20cabaran%20dalam%20malaysia&imgurl=https%3A%2F %2Fstorage.googleapis.com%2Ftark4-public%2Fdot%2Fdevices%2Fdev04%2Fpages% 2F2012%2F09-12%2F58%2F4a%2F51%2Farcintap-66l3e17aoxh8psoahc4_layout.jpg&i mgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.klik.com.my%2Fitem%2Fstory%2F5454714%2Fpemb entukan-malaysia-lalui-cabaran-getir&docid=tmqqiTSlt4CexM&tbnid=z_8lrnD7J6q8AM& vet=12ahUKEwjRoeTXwIWHAxUO1TgGHcWMDlkQM3oECFMQAA..i&w=323&h=400& hcb=2&ved=2ahUKEwjRoeTXwIWHAxUO1TgGHcWMDlkQM3oECFMQAA 3) https://youtu.be/Fb9TL8clKy4?si=8CD_-TLfFYS3YOdr


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version