SJKT AMPANG
UNTUK PERHATIAN: TAJUK:
CIKGU T.GAYATRI SENARAI PERIBAHASA
TAHUN 1 HINGGAN TAHUN 6
DEV KUMAR A/L
MURUGAYA
1.Air muka – rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan
2.Air tangan – hasil kerja tangan seseorang
3.Anak buah – pengikut / rakyat/orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga
4.Anak bujang- anak lelaki yang belum berkahwin
5.Anak didik – pengikut seseorang pemimpin yang diasuh sendiri oleh pemimpin itu.
6.Anak jati –
7.Anak tunggal-
8.Ayam tambatan –orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan
9.Berhati walang –bersedih, hiba,dukacita,gelisah, suram
10.Besar hati – bangga dan gembira
11.Buah fikiran – pendapat
12.Bulat hati –lurus hati / bersungguh-sungguh
13.Bulat kata – sudah mencapai kata sepakat
14.Hati terbuka – perasaan senang hati untuk menerima sesuatu
15.Kera sumbang – orang yang hidup dengan mengasingkan diri
16.Langkah seribu – melarikan diri dengan sekuat-kuat hati kerana ketakutan
17.Lapang dada – perasaaan sabar /berasa senang
18.Lupa daratan – tidak tahu mengenang budi dan kebaikan orang terhadap dirinya
19.Membawa diri –menjauhkan diri/ mengembara
1.Memerah keringat – bekerja keras
2.Menabur bakti – membuat jasa
3.Menambat hati – menarik dan memikat perasaan
4.Menara gading – tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi seperti universiti
5.Menghulur tangan – memberi pertolongan
6.Murah hati – suka memberi bantuan
7.Orang berada – orang kaya
8.Otak cair – pandai
9.Pasang telinga – mendengar dengan teliti
10.Permata hati – orang kesayangan
11.Rambang mata –rasa sukar untuk memilih sesuatu yang berada dalam sesuatu
kumpulan yang banyak
12.Sekangkang kera – tanah yang sedikita dan tidak luas
13.Tanah air – Negara tempat kelahiran
14.Tangan terbuka – sedia menerima kedatangan seseorang dengan sukacita / orang
yang bermurah hati atau suka menolong orang lain
15.Tergerak hati –
16.Titik peluh – hasil usaha atau kerja yang dibuat oleh seseorang tanpa bantuan orang
lain.
17.Tulang empat kerat –kegiatan melakukan sesuatu pekerjaan dengan menggunakan
tenaga fizikal
1.Bagai aur dengan tebing – hidup bekerjasama dan bermuafakat
2.Bagai bulan jatuh ke riba –mendapat untung yang besar
3.Bagai dihiris sembilu – sangat pedih rasa dihati
4.Bagai kacang lupakan kulit – tidak mengenang jasa dan budi orang lain
5.Bagai menatang minyak yang penuh – memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang
6.Bagai tikus jatuh ke beras –mendapat rezeki yang melimpah ruah/ banyak
1.Alah membeli menang memakai – biar membeli dengan harga yang mahal asalkan barang itu tahan
lama
2.Alang-alang berdakwat biar hitam- buatlah sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh hingga berhasil
3.Bagaimana acuan, begitulah kuihnya – sesuatu itu mengikut asalnya, anak mengikut baka ibu
bapanya.
4.Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul – betapa susah kita melihat penderitaan orang
lain, susah lagi orang yang menanggungnya
5.Gunung sama didaki, lurah sama dituruni-susah senang bersama-sama
6.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing- sikap bekerjasama dalm membuat sesuatu perkara
7.Berpantang maut sebelum ajal –
8.Biar putih tulang , jangan putih mata-lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidamkan
9.Buang yang keruh, ambil yang jernih -berdamai dan melupakan pertelingkahan
10.Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat –kata sepakat diperoleh dengan
bermesyuarat atau berunding
11.Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan – jika ada azam , apa-apa yang dihajati boleh tercapai
12.Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung –ikutlah peraturan dan
13.adat resam tempat kita menetap
14.Enggang sama enggang , pipit sama pipit- berkawan hendaklah sama taraf atau sama status.
15.Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang pandai sahaja dapat melakukan penilaian dengan
tepat.
16.Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama – orang yang baik
meninggalkan nama baik dan orang yang jahat akan meninggalkan nama yang jahat pula setelah
meninggal dunia nanti / orang yang berjasa kepada Negara akan tetap dikenang sehingga bila-bila,
walaupun telah lama meninggal dunia
1.Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang –pendapatan yang cukup untuk hidup sahaja dan
jika tidak bekerja tidak dapat makan.
2.Melentur buluh biarlah dari rebungnya –melatih atau mendidik anak hendaklah sejak kecil kerana
jika sudah besar susah hendak mendidiknya.
3.Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa –apabila orang berbudi kepada kita
perlulah dibalas dengan bahasa yang baik.
4.Selagi hayat dikandung badan – selama masih hidup
5.Sesal dahulu pendapatan- berfikirlah dengan teliti sebelum melakukan sesuatu supaya tidak timbul
kesal akibat perbuatan itu.
6.Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – adat atau sesuatu yang tetap dengan keutuhannya
7.Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang – sesuatu kejayaan tidak akan
diperolehi sekiranya tidak berusaha
8.Yang bulat datang bergolek,yang pipih datang melayang – seseorang yang bertuah akan mendapat
tuah dengan mudah
9.Yang lama dikelek, yang baharu didukung –