The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by paoyii ho, 2020-11-10 00:31:09

pantun teka teki 1

pantun teka teki 1

4.0 ASPEK SENI BAHASA

4.1 Menghargai pelbagai genre karya sastera penulis tempatan

4.1.1 Membaca dan memahami pantun, syair, sajak, cerpen serta novel
dengan penuh penghayatan

Pantun Teka-teki

Bangun awal untuk bersahur,
Supaya tidak lesu di siang hari,
Dia bergerak hanya menyusur,
Kerana tidak bertangan dan juga kaki.

ular

Di pagi raya memasang langsir,
Langsir di pasang berbelang-belang,

Banyak terdapat di padang pasir,
Apakah haiwan berbonggol di belakang?

unta

Guru silat namanya Pak Tam,
Setiap hari Pak Tam melatih,
Apabila dibersihkan saya hitam,
Ketika kotor saya berwarna putih.

Papan hitam

Suka minum air halia,
Untuk hilangkan angin di badan,
Haiwan ini banyak di Australia,
Mempunyai poket terlekat di badan.

kanggaru

Berbaju sukan setiap Selasa,
Kerana menyertai aktiviti larian,

Ekor tercabut perkara biasa,
Memakan serangga rutin harian..

cicak

Duduk termenung janganlah leka,
Cuba selesaikan masalah kita,
Apakah buah ini cubalah teka,
Namanya seperti batu permata.

buah delima


Click to View FlipBook Version