The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by paoyii ho, 2020-12-13 08:29:56

kata kerja

kata kerja

5.0 ASPEK TATABAHASA

5.1 Memahami dan menggunakan pelbagai
golongan kata

5.1.2 Memahami dan menggunakan kata kerja
dengan betul mengikut konteks.

menunggang tunggang



Maksud
menaiki dan duduk mengangkang di
atas sesuatu kenderaan atau
binatang

Ayat contoh

Jushua menunggang basikal
menuju ke padang.

Memandu pandu
驾驶

Maksud
membawa sesuatu kenderaan

Ayat contoh

Ayah memandu kereta dengan
berhati-hati di jalan raya.

menaiki naik
搭乘
Maksud
pergi dengan kenderaan

Ayat contoh

Rombongan itu bertolak ke
Muzium Negara dengan menaiki
bas sekolah.

membonceng bonceng
乘载

Maksud
menumpang naik motosikal atau
basikal

Ayat contoh

Wei Jun membonceng motosikal
ayahnya ke sekolah setiap hari.

mendayung dayung

划船
Maksud
menggerakkan perahu atau sampan
dengan menggunakan dayung

Ayat contoh

Nelayan itu mendayung sampan ke
tengah sungai untuk menangkap
ikan.

menjunjung junjung

顶在头上的物品

Maksud
membawa sesuatu di atas kepala

Ayat contoh

Mak Limah menjunjung sebakul
serai untuk dijual di pasar tani.

menjinjing membimbit

jinjing bimbit



Maksud
membawa sesuatu dengan tangan yang
terhulur ke bawah

Ayat contoh

Kakak Jessie menjinjing beg kertas
berisi pakaian yang baru dibeli di butik.

mengandar kandar

肩挑

Maksud
membawa sesuatu dengan kandar

Ayat contoh

Pak Salim mengandar dua bakul
Sayur-sayuran hasil tanamannya.

menggalas galas

Maksud 挑

menyandang sesuatu di atas bahu

Ayat contoh

Pendaki itu menggalas beg yang
besar semasa mendaki gunung.

mengelek kelek

Maksud
mengepit sesuatu di rusuk atau di
bawah ketiak

Ayat contoh

Puan Lisa mengelek anaknya sambil
bermain dengannya.

menyandang sandang

挂在肩上携带
Maksud
membawa sesuatu dengan tali yang
diselendangkan pada bahu

Ayat contoh

Pengawal keselamatan itu menyandang
selaras senapang semasa bertugas.

memikul pikul

Maksud 挑,担

membawa sesuatu dengan menggalas di

atas bahu

Ayat contoh

Pekerja itu memikul seguni beras yang
beratnya 50 kilogram ke dalam lori.

mendukung dukung

Maksud 抱

membawa kanak-kanak dengan cara

mengangkang di belakang atau pada

pinggang atau dengan menyokong

punggung kanak-kanak dengan sebelah

tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan

di bahagian kepala atau ketiaknya

Ayat contoh

Wanita itu mendukung anak kecilnya
untuk bersiar-siar di taman bunga.


Click to View FlipBook Version