The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noarazak, 2021-02-13 01:43:21

PEMBIAKAN NYAMUK AEDES..JOM TANGANI

HAPUSKAN AEDES

JKR 20802-0036-16

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK
BANGUNAN BAGI MENANGANI
PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

CAWANGAN ARKITEK, JKR MALAYSIA

JKR 20802-0036-16
Cetakan pertama 2016
© Hakcipta
Cawangan Arkitek,
Jabatan Kerja Raya Malaysia
Hakcipta Terpelihara
Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang
bentuk cara, sama ada secara elektronik, gambar rakaman
dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
bertulis daripada Penerbit

Diterbitkan Oleh:
Bahagian Teknologi & Inovasi Seni Bina (BTISB)
Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia
Tingkat 10, Menara Tun Ismail Mohd. Ali
No. 25, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

i

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

PENDAHULUAN

Amalan terbaik ini adalah sebagai satu rujukan dan panduan kepada
perekabentuk dalam merekabentuk komponen bangunan yang berpotensi menjadi
tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Kaedah kajian adalah secara literatur dari jurnal dan dokumen teknikal piawaian
yang berkaitan (luar dan dalam negara) serta maklumbalas dari Ahli Jawatankuasa
Cawangan Pakar dari pelbagai disiplin JKR dan juga Jabatan Kerajaan Tempatan.
Analisis telah dibuat berdasarkan reka bentuk komponen sedia ada yang telah
dikenalpasti dan mengutarakan cadangan penambahbaikan ke atas komponen reka
bentuk tersebut.

Diharapkan dokumen ini juga dapat dijadikan rujukan amalan terbaik sebagai
usaha jangka masa panjang bagi mengawal, mencegah dan seterusnya menghapuskan
tempat pembiakan nyamuk Aedes terutamanya bagi projek yang dilaksanakan oleh
Jabatan Kerja Raya dan lain-lain Agensi Kerajaan.

ii

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa yang terlibat di
dalam menyumbang kepada penyediaan amalan terbaik ini iaitu:

a) Jabatan Kerja Raya Malaysia:
i. Cawangan Arkitek
ii. Cawangan Elektrik
iii. Cawangan Mekanikal
iv. Cawangan Awam & Struktur
v. Cawangan Ukur Bahan
vi. Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan

b) Jabatan Kerajaan Tempatan:
i. Bahagian Kesihatan Persekitaran

iii

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan Muka
Penghargaan surat
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan ii
1.1 Latar Belakang iii
1.2 Objektif iv
1.3 Skop 1
2.0 Pendekatan
4
2.1 Mengenalpasti Tempat Pembiakan
8
2.2 Menghapuskan Tempat Pembiakan

2.3 Menghalang Nyamuk Dari Memasuki
Bangunan

3.0 Langkah Mencegah dan Mengawal
Pembiakan Nyamuk Aedes

3.1 Jadual 1 – Penambahbaikan Rekabentuk bagi
Pencegahan & Pengawalan
Tempat Pembiakan Aedes

3.2 Jadual 2 – Penambahbaikan Rekabentuk bagi
Mengawal Kemasukan Nyamuk
Aedes ke dalam Bangunan

4.0 Kesimpulan 21

5.0 Rujukan 22

iv

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

1.0 PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG
Menurut statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan WHO

terdapat peningkatan kes demam denggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada
tahun 2012 hingga 2014, kes demam denggi di Malaysia telah meningkat secara
mendadak dari 20,000 kepada 110,000 bilangan kes (Rujuk Rajah 1). Rekod kes
kematian juga meningkat dari 59 kematian pada 2014 berbanding 101 kes pada
tahun 2015.

Rajah 1: Peningkatan kes demam denggi di Malaysia dari 1995 -2014
dilaporkan oleh WHO * Grafik oleh themalaymailonline.com

Antara faktor dan penyebab utama pembiakan nyamuk Aedes
adalah tahap kebersihan persekitaran yang tidak memuaskan terutama di
kawasan pembangunan yang pesat dan mempunyai kepadatan penduduk yang
tinggi (Choy et. al, 2011).

1

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Pendekatan secara menyeluruh oleh Kerajaan ialah dengan
mengadakan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi bersama semua
kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dan turut dianggotai oleh
Kementerian Kerja Raya.

Kementerian Kerja Raya telah menubuhkan Jawatankuasa
Menangani Wabak Denggi Peringkat Jabatan pada Julai 2014 dan
menyediakan Pelan Tindakan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang
perlu dilaksanakan di peringkat Jabatan dengan serta merta.

Antara Pelan Tindakan Jangka Pendek yang dikeluarkan
merangkumi sasaran kepada tempat pembiakan nyamuk Aedes terutamanya di tapak-
tapak bina bagi projek-projek di bawah pemantauan JKR. Antara inisiatif ialah
menjalankan pemeriksaan berkala, menambahbaik pengurusan sampah dan sisa
binaan di tapak bina serta menggunapakai racun abate di tempat-tempat takungan air.
Surat arahan oleh Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya bagi pelaksanaan dan
pematuhan kepada Kawalan Nyamuk Aedes di Tapak Bina telah diedarkan kepada
semua Pengarah Cawangan, Negeri dan Pengurus Pembinaan JKR untuk dilaksanakan
dengan serta merta.

Manakala bagi Pelan Tindakan Jangka Panjang adalah mengkaji
semula reka bentuk komponen bangunan terutamanya tempat-tempat yang
berpotensi menakung air dan memberikan cadangan penyelesaian yang terbaik dalam
usaha untuk menangani pembiakan nyamuk Aedes. Sehingga kini, tidak ada garis
panduan di Malaysia yang menyentuh secara spesifik mengenai komponen reka
bentuk bangunan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk serta usaha ke
arah menambahbaik reka bentuk bangunan untuk membendung wabak ini.

2

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

1.2 OBJEKTIF

1.2.1 Mengenalpasti komponen reka bentuk bangunan dan persekitarannya
yang berpotensi menjadi punca tempat pembiakan nyamuk Aedes

1.2.2 Membangunkan amalan terbaik (good practice) reka bentuk komponen
bangunan dan persekitaran sebagai usaha jangka masa panjang dalam
mencegah pembiakan nyamuk Aedes

1.2.3 Menyediakan satu rujukan untuk merekabentuk bangunan bagi projek-
projek di bawah perlaksanaan JKR dan agensi kerajaan yang lain.

1.3 SKOP

1.3.1 Dokumen ini akan digunapakai sebagai rujukan amalan terbaik
semasa fasa awal rekabentuk.

1.3.2 Amalan terbaik ini menyentuh mengenai komponen reka bentuk
bangunan yang secara amnya hanya dilaksanakan oleh perekabentuk
dari JKR ataupun agensi-agensi kerajaan yang terlibat di dalam
pelaksanaan projek-projek Kerajaan.

3

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

2.0 PENDEKATAN

Faktor sebenar yang menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes
ialah dari segi penyenggaraan dan kualiti mutu kerja bangunan. Namun amalan
terbaik ini melihat kebarangkalian wujudnya tempat pembiakan dari segi reka bentuk
komponen bangunan. Antara pendekatan yang diambil bagi menangani tempat-tempat
pembiakan nyamuk Aedes adalah seperti mengenalpasti dan menghapuskan tempat
pembiakan serta menghalang nyamuk dari memasuki bangunan.

2.1 MENGENAL PASTI TEMPAT PEMBIAKAN
Menurut kajian penyelidik dari Malaysia (Nazri et. al., 2011) dan

Singapura (Koh et. al., 2008), perumahan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan
yang paling banyak kes demam denggi ialah jenis teres. Diikuti pula oleh perumahan
jenis pangsapuri, banglo, flat dan lain-lain. Koh et. al. juga mendapati 50% dari
tempat pembiakan adalah kawasan di luar rumah dan habitat yang popular adalah
bahan buangan yang boleh menakung air, longkang yang tersumbat/rosak dan
struktur seperti laluan pejalan kaki, bilik pam dan perangkap gegeluk. Penemuan dari
kajian penyelidik Brazil (Medronho et.al., 2009) juga mendapati peratusan bilangan
jentik-jentik dan pupa nyamuk sangat tinggi di dalam bekas-bekas yang digunakan
untuk menakung air bagi kegunaan seharian penghuni seperti cistern tandas dan
tangki bekalan air bersih.

Nazri et. al. (2011) pula berpendapat kes demam denggi lebih ketara di
kawasan rumah teres kerana terdapat komponen talang air hujan di setiap rumah
jenis ini. Pihak berkuasa tempatan di Singapura telah mengambil langkah drastik
dengan melarang pembinaan talang air hujan bagi reka bentuk bangunan baru kerana
3% dari jentik-jentik didapati membiak di sini.

4

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

2.0 PENDEKATAN

2.1 MENGENAL PASTI TEMPAT PEMBIAKAN (sambungan)
Kajian dari Australia pula mendapati 48.2% nyamuk Aedes jenis Oc.

notoscriptus dan 49.8% nyamuk Aedes jenis Ae. aegypti dijumpai di talang air hujan
(Montgomery & Ritchie, 2002). Kajian ini juga merumuskan 92.3% dari talang air
hujan dengan populasi jentik-jentik adalah dari rumah tingkat bawah/garaj kereta iaitu
dari ketinggian yang kurang dari 3 meter. Talang air hujan di ketinggian ini mudah
tersumbat dengan daun yang gugur yang boleh memberi nutrien untuk jentik-jentik.

Menurut kajian dari Australia juga, bukan talang air hujan sahaja yang
menjadi potensi pembiakan nyamuk Aedes, tangki pengumpulan air hujan juga adalah
tempat yang sesuai untuk pembiakan nyamuk Aedes (Kay et al., 1984). Namun jika
kedua-dua komponen saliran ini ditidak dipasang, maka usaha pengumpulan air hujan
akan gagal.

Satu garis panduan telah dikeluarkan oleh Environmental Health
Committee (enHealth) dari Jawatankuasa Perlindungan Kesihatan Australia pada tahun
2010 untuk menangani masalah tempat pembiakan ini. Menurut garis panduan ini,
talang air hujan dan tangki pengumpulan air hujan hendaklah selalu diperiksa dan
dipastikan tidak menakung air serta semua punca akses ke tangki pengumpulan air
hujan yang berpotensi dimasuki nyamuk hendaklah ditutup rapat atau dipasang
dengan jaring keluli tahan karat (lubang bersaiz kurang dari 1 mm). Sebagai langkah
terakhir, air di dalam tangki pengumpulan air hujan perlu dirawat dengan sedikit
cecair parafin (10 ml untuk setiap 1 kiloliter air) atau kerosene (5 ml untuk setiap 1
kiloliter air).

5

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

2.2 MENGHAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN
Beberapa komponen bangunan telah dikenalpasti menjadi faktor kepada tempat pembiakan
nyamuk Aedes (NEA Singapore, 2008; KKM, 2015). Di dalam kajian ini, komponen
bangunan tersebut telah dikategorikan sebagai:

Komponen Komponen
1. Bumbung 4. Dinding

a) Bumbung Konkrit Rata a) Telaga Udara
b) Talang Air Hujan b) Kekotak Bunga

- Konkrit 5. Luar Bangunan
- Galvanised Iron (GI) a) Longkang Luar Bangunan
• Longkang tertutup (covered
2. Tangki air drain)
a) Tangki Bekalan Air Bersih • Longkang terbuka
b) Tangki Penyejuk Sistem Hawa • Sump
Dingin • Lurang
• Longkang di cerun
3. Lantai • Tangki Septik (tidak
bertutup)
a) Scupper drain
b) Koridor/laluan b) Tembok Dinding Penahan
c) Perangkap Lantai
d) Tandas Cangkung
e) Perangkap Gegeluk Sinki
f) Bukaan (untuk Peralatan

Mekanikal & Elektrikal)

6

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Rajah 2: Menunjukkan komponen bangunan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes

7

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

2.3 MENGHALANG NYAMUK DARI MEMASUKI BANGUNAN
Salah satu cara untuk mencegah pembiakan nyamuk adalah

dengan menangani dari reka bentuk bangunan itu sendiri (Njie, 2010; Lindsay et.
al, 2003). Antara usaha tersebut adalah dengan merekabentuk bangunan yang
kalis-nyamuk (Lindsay et. al, 2003). Ini termasuklah melindungi bukaan tingkap,
pintu dan lubang udara dengan skrin (Koradsen et. al., 2003; Ye et. al., 2006;
Kirby et. al., 2009).

Selain daripada itu, meninggikan bangunan dari aras tanah juga
didapati berkesan kerana nyamuk lebih suka terbang berhampiran aras tanah
(Carlwood et. al., 2003). Tempat nyamuk keluar dan masuk (exit and entry) dari
bangunan juga perlu diambilkira (Njie, 2010). Di dalam kajian ini, beberapa
komponen bangunan telah dikenalpasti bagi menghalang nyamuk daripada
memasuki bangunan seperti:

Komponen (dalam bangunan)
1. Tingkap dan Lubang Angin
2. Pintu
3. Dinding
4. Lantai

8

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

3.0 LANGKAH MENCEGAH DAN MENGAWAL
NYAMUK AEDES

3.1 JADUAL 1: PENAMBAHBAIKAN REKA BENTUK BAGI MENGHAPUSKAN
TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOMPONEN ISU REKA AMALAN PENAMBAH
BENTUK TERBAIK BAIKAN

1. Bumbung Pastikan REKA BENTUK
a) Bumbung Konkrit Rata permukaan
kemasan akhir Rujukan:
Permukaan bumbung rata Undang-Undang Kecil
bumbung tidak rata dibina mengikut Bangunan Seragam
serta beralun Piawaian 1984,
menyebabkan air Rekabentuk Bahagian VI: 115
bertakung Penutup bumbung
dan
Saliran

Kecerunan bumbung Pastikan kecerunan Rujukan:
rata tidak dapat rekabentuk BS 6229 : 2003
menyalurkan air ke permukaan akhir Code of Practice
saluran / talang bumbung ialah 1: 80 for Flat Roof
dengan berkesan (1: 40 for design
fall, 1: 80 for
finished fall)

9

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOMPONEN ISU REKA AMALAN PENAMBAH
BENTUK TERBAIK BAIKAN

REKA BENTUK

1. Bumbung (sambungan) Pastikan talang Menutup talang
b) Talang Air Hujan disenggara dengan dengan jaring
baik (netting)
Air tidak dapat
mengalir keluar
kerana saluran air
turun tersumbat

Saiz dan kedudukan Pastikan ukuran saiz Rujukan :
salur turun air hujan dan reka bentuk MS 2526: Urban
terlalu kecil salur turun air hujan Stormwater
Saiz talang tidak merujuk kepada Management
sesuai dan Malaysian Standard Part 4: Roof and
kecerunan talang Pastikan kecerunan property drainage
tidak betul minimum salur
turun air keluar
adalah 1: 500

i. Talang Air Hujan Jenis Konkrit Elakkan penggunaan Bagi bangunan yang
talang air hujan menggunakan SPAH,
Cara pemasangan jenis ini. adalah digalakkan
dan perinci talang memakai sistem
konkrit didapati Pastikan kecerunan syphonic yang akan
berpotensi talang sesuai dan mengurangkan air
menakung air. lubang tidak bertakung di talang air
tersumbat bagi hujan.
Lubang antara rasuk melancarkan
untuk mengalirkan pengaliran air. Menutup talang
air juga sering dengan jaring
tersumbat (netting) atau leaf
relief.

“SPAH= Sistem Pengumpulan Air Hujan

10

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOMPONEN ISU REKA AMALAN PENAMBAH
BENTUK TERBAIK BAIKAN REKA

BENTUK

1. Bumbung (sambungan)

iii. Talang Air Hujan Jenis Galvanised Iron (GI)

Talang air hujan Elakkan penggunaan Menutup talang
jenis ini mudah talang air hujan dengan jaring
lentur, kemek dan jenis ini (netting).
berkarat yang Menyapu cat anti-
akhirnya boleh karat.
menyebabkan air
bertakung.

11

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOMPONEN ISU REKA AMALAN PENAMBAH
BENTUK TERBAIK BAIKAN REKA

BENTUK

2. Tangki Air Pastikan overflow Rujukan :
pipe air keluar Mechanical System
a) Tangki Bekalan Air Bersih disalurkan terus ke Design & Installation
longkang Guidelines for
Limpahan air Architects & Engineers
bertakung di atas Pasangkan jaring Edition 2011
lantai bawah tangki nyamuk pada
air. kesemua paip
overflow
Paip overflow dibiar Over
terdedah Gunakan self closing flow pipe
cover pada paip
outlet /over flow Tangki air

Kedudukan jaring dipasang
pada paip

Penutup tangki tidak Pastikan setiap Gunakan tangki air
ditutup rapat tangki adalah lengkap dengan
ataupun telah bertutup rapat dan penutup dari jenis
berkarat dipasang gasket di yang tahan lama dan
sekeliling penutup bersesuaian dengan
fungsi bangunan

b) Tangki Penyejuk Sistem Penghawa Dingin

Menara Penyejuk Kerja pembaikan di Menggunakan reka
Sistem Penghawa menara penyejuk bentuk alternatif bagi
Dingin yang sistem penghawa sistem penyaman
menakung air dingin yang rosak udara yang
apabila ianya tidak perlu djalankan berkonsepkan
berfungsi segera penyejuk angin (air
cooled)

12

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOMPONEN ISU REKA AMALAN PENAMBAH
BENTUK TERBAIK BAIKAN REKA

BENTUK

3. Lantai Pastikan kecerunan Alur lantai hendaklah
lantai adalah 1:40 menggunakan kemasan
a) Alur Lantai (Scupper drain) dan arah aliran air berjubin
ke outlet air keiuar
Alur lantai yang
cetek dan
kecerunan yang
tidak sesuai

Elakkan membina
alur lantai

b) Koridor

Reka bentuk koridor Pastikan laluan Memasang sengkuap
atau laluan mempunyai (awning) di koridor/laluan
terdedah kepada kecerunan 1:80 terdedah untuk
tempias hujan ke arah alur mengelakkan tempias
longkang dan
menggunakan Sistem paip air buangan
sistem paip air berpusat
buangan berpusat

Terdapat lopak air Lantai koridor Kemasan lantai berjubin
di lantai koridor yang terdedah
yang berkemasan kepada tempias
lepaan simen hujan perlu
dikemaskan
dengan jubin dan
perangkap lantai
yang bersesuaian

13

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOMPONEN ISU REKA AMALAN PENAMBAH
BENTUK TERBAIK BAIKAN REKA

3. Lantai (sambungan) Gunakan perangkap BENTUK
lantai yang
c) Perangkap Lantai (floor trap) mempunyai jaring Penggunaan perangkap
dan tiada takungan lantai yang sesuai
Rekabentuk fitting air di sekeliling
perangkap lantai
yang berpotensi
menyebabkan air
bertakung

d) Tandas Cangkung Air yang bertakung Lubang perlu Cadangan alternatif
di dalam lubang ditutup menggunakan penutup
i. Mangkuk tandas tandas jenis mangkuk tandas
cangkung cangkung menjadi
tempat pembiakan
nyamuk apabila
lama tidak
digunakan

ii. Cistern

Cistern tidak boleh Pastikan penutup Rujukan:
ditutup kerana cistern daripada a. MS 1522: 2007
penutup mudah jenis tahan lasak
rosak/pecah. samada White Vitreous China
Vitreous China Water Closet Pans
atau yang b. MS 795 -1: 2011
mempunyai latch WC Flushing
supaya boleh Cistern
ditutup dengan
kemas.

14

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOMPONEN ISU REKA AMALAN PENAMBAH
BENTUK TERBAIK BAIKAN REKA

3. Lantai (sambungan) Pastikan perangkap BENTUK
gegeluk sinki
e) Perangkap Gegeluk Sinki dilindungi dari Pasangkan sink stopper
dimasuki oleh atau guna jejaring pada
Saluran paip jenis nyamuk lubang sinki
gegeluk ini
menakung air

f) Bukaan Lantai untuk Peralatan M & E

i. Telephone pit Electrical/telephone Pastikan tatacara Rujukan:
pit di lantai yang pemasangan betul STM: Guidelines on
dibiarkan terdedah untuk Planning Requirement for
mengelakkan air Cabling of Building for
masuk ke dalam Telephone
pit

ii. Lif

Rekabentuk lif dan Pastikan Rujukan :
lif pit di kawasan kedudukan lif pit Mechanical System
terdedah kepada terletak di ruang Design & Installation
hujan yang tidak Guidelines for Architects
terdedah kepada & Engineers Edition 2011
hujan

15

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOMPONEN ISU REKA AMALAN PENAMBAH
BENTUK TERBAIK BAIKAN REKA

3. Lantai (sambungan) BENTUK

f) Bukaan Lantai untuk Peralatan M & E (sambungan) Rujukan:
Spesifikasi JKR L-S1 (Mei
iii. Peparit Kabel Peparit kabel di Pastikan peparit 2011) Section 14.18
lantai yang kabel diisi dengan
dibiarkan pasir dan ditutup
terdedah

iv. Earth Chamber Lokasi Earth Pastikan Rujukan:
Chamber diletakkan kedudukan Earth a. Spesifikasi JKR L-
di kawasan yang Chamber terletak
rendah di kawasan yang S1 (Mei 2011),
tiada potensi Section 16.3
untuk menakung b. Spesifikasi JKR L-
air S15 (Julai 2011),
Section 6
c. MS 26: Part 2.

Pastikan saiz dan
spesifikasi
penutup Earth
Chamber
mematuhi
spesififikasi JKR

16

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOMPONEN ISU REKA AMALAN PENAMBAH
BENTUK TERBAIK BAIKAN REKA

4. Dinding (luar) BENTUK

a) Telaga Udara (airwell) Rujukan:
Undang-Undang Kecil
i. Pandangan ke dalam Ruang telaga Pastikan telaga Bangunan Seragam
telaga udara di udara tidak udara mendapat 1984: (UBBL) Bahagian
sebuah pangsapuri mendapat pencahayaan dan III : 39 Ruang kawasan,
pencahayaan dan pengudaraan cahaya dan pengudaraan
pengudaraan yang baik dan
yang baik dan mencukupi Rujukan:
mencukupi Undang-Undang Kecil
Bangunan Seragam
Pastikan 1984: Bahagian III : 40
rekabentuk saiz Telaga Udara
minimum telaga
udara mematuhi
kehendak UBBL

b) Kekotak Bunga Memastikan
saliran
Kekotak bunga direkabentuk
yang berpotensi dengan baik
menakung air Elakkan
apabila tidak menggunakan
digunakan kekotak bunga
konkrit

16

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOMPONEN ISU REKA AMALAN PENAMBAH
BENTUK TERBAIK BAIKAN REKA

5. Kawasan Luar Bangunan Pastikan rekabentuk BENTUK
longkang untuk
a) Longkang Luar water surface Rujukan:
drainage di MS 2526: 2014
i. Longkang tertutup Longkang ditutup sekeliling bangunan Urban stormwater
(covered drain) dengan jubin mematuhi management
konkrit berat dan spesifikasi MS 2526 Part 15: Pipe & Drains
sukar diangkat Part 18 : Culvert
untuk kerja
pembersihan

ii. Sump Lubang saliran air Memastikan invert
keluar dari sump level untuk outlet
terlalu tinggi dan adalah lebih
menyebabkan air rendah daripada
bertakung invert level
longkang/sump

iii. Longkang terbuka Mendapan tanah Menggunakan Cadangan alternatif
(open drain) menyebabkan concrete slab adalah merekabentuk
asas longkang (cast in-situ) satu sistem asas yang
tidak sekata dan sebagai penapak rigid untuk semua
menghalang infrastruktur yang
pengaliran air longkang terlibat
secara graviti

iv. Lurang Mendapan tanah Menggunakan
pada asas sistem concrete slab
perparitan (cast in-situ)
menghalang sebagai penapak
pengaliran air dari
longkang ke lurang lurang

17

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOMPONEN ISU REKA AMALAN PENAMBAH
BENTUK TERBAIK BAIKAN REKA

5. Kawasan Luar Bangunan (sambungan) BENTUK

v. Longkang Luar (sambungan) Rujukan:
MS 2526: 2014
Air dari berm Menyediakan Urban stormwater
drain tidak dapat cascading drain management
mengalir dengan dengan kecuraman Part 14: Drains & swale
sempurna yang bersesuaian Part 15: Pipe & Drains

b) Tembok Dinding Penahan Memastikan Rujukan:
kecerunan paip
Air tidak dapat yang dipasang MS 2526: 2014
mengalir secara adalah Urban stormwater
graviti kerana bersesuaian dan management
kecerunan paip mengikut lukisan Part 15: Pipe & Drains
tidak sesuai dan spesifikasi.
Kecerunan yang
disyorkan adalah
2%.

Kaedah Penambahbaikan Gunakan penapis
pemasangan batu sistem penapisan geotextile
kerikil di belakang dengan
tembok penahan penggunaan
tidak sesuai dan geotextile bagi
menyebabkan mengelakkan
tanah terperangkap tanah bersaiz
serta mrngganggu kecil daripada
kelancaran masuk ke dalam
pengaliran air paip
keluar

18

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

3.2 JADUAL 2: PENAMBAHBAIKAN REKA BENTUK BAGI MENGHALANG
KEMASUKAN NYAMUK AEDES KE DALAM BANGUNAN

KOMPONEN (dalam bangunan)

ISU REKA AMALAN TERBAIK PENAMBAH BAIKAN REKA BENTUK
BENTUK
Memasang skrin anti- nyamuk jenis pelekat
1. Tingkap & Lubang Angin magnetik yang mudah untuk disenggara

Kemasukan nyamuk Menutup segala akses
sekiranya tingkap serta menghalang
dibiarkan terbuka nyamuk dari masuk ke
dalam bangunan

2. Pintu Menutup segala akses Memasang skrin anti nyamuk pada pintu.
serta menghalang nyamuk Penggunaan skrin anti nyamuk boleh juga
Kemasukan nyamuk dari masuk ke dalam berfungsi sebagai jeriji keselamatan dengan
sekiranya pintu bangunan menggunakan bahan high tensile wire mesh
dibiarkan terbuka

19

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

ISU REKA AMALAN TERBAIK PENAMBAH BAIKAN REKA BENTUK
BENTUK
3. Dinding WARNA: Pemilihan warna yang cerah dan terang pada
Gunakan cat dinding dinding bangunan
Cat dinding yang bangunan dengan pilihan
digunakan berwarna warna cat yang terang dan
gelap cerah kerana nyamuk akan
tertarik ke ruang yang gelap

BAU: Pilihan cat jenis yang dapat menghalau
Gunakan cat jenis anti nyamuk
nyamuk kerana nyamuk
tidak menyukai bauan
tertentu seperti citronella

4. Lantai Meninggikan aras lantai Reka bentuk lantai bangunan dinaikkan dari
bangunan dari permukaan aras tanah
Kedudukan bangunan tanah kerana nyamuk suka
yang sama aras terbang berhampiran aras
dengan permukaan tanah
tanah (Carlwood et. al, 2003)

20

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

4.0 KESIMPULAN

Setiap perekabentuk bangunan perlu peka agar hasil reka bentuk adalah
selamat daripada keadaan yang membahayakan penghuninya terutama akibat wabak
denggi dan penyakit berjangkit lainnya. Mereka juga perlu memainkan peranan serta
tanggungjawab sosial bagi memastikan pemasalahan wabak denggi dapat dicegah dengan
reka bentuk yang selamat, praktikal dan kurang penyenggaraan. Walaupun antara faktor
utama punca air bertakung adalah disebabkan kurang penyenggaraan dan kerja binaan
(workmanship) yang kurang bermutu, namun perekabentuk bangunan perlu mengelakkan
komponen reka bentuk menjadi punca tempat pembiakan nyamuk Aedes. Sehubungan
dengan itu, langkah-langkah pencegahan perlu diambilkira semasa peringkat rekabentuk
bagi memudahkan kerja penyelenggaraan dan pencegahan selepas penghuni menduduki
bangunan tersebut. Salah satu contoh terbaik adalah bumbung jenis butterfly yang patut
dielakkan kerana rekabentuknya berpotensi menakung air dan memerlukan
penyelenggaraan yang amat tinggi.

Antara pendekatan yang boleh diambil bagi membendung wabak denggi ini
ialah dengan mencontohi langkah pihak berkuasa Singapura. Mereka telah mengambil
langkah drastik dengan melarang pemasangan talang air hujan bagi projek - projek
tertentu. Namun jika tiada talang air hujan, maka SPAH (Sistem Pengumpulan Air Hujan)
yang telah diwajibkan oleh kebanyakan pihak berkuasa tempatan di Malaysia akan gagal.
Antara langkah-langkah yang dianggap berkesan ialah melengkapi SPAH dengan sistem
syphonic roof drainage agar air tidak bertakung di dalam talang dan pemasangan jaring
bagi mengelakkan talang air hujan dari tersumbat oleh daun dan sampah. Selain dari
penyenggaraan yang berkala untuk SPAH, talang air hujan pula hanya perlu dipasang pada
bangunan yang mempunyai ketinggian lebih dari 3 meter.

Dalam usaha menghalang nyamuk dari masuk ke dalam, bangunan perlu
kalis-nyamuk dengan melengkapi bukaan dengan skrin atau jaring dan menjauhkan nyamuk
dengan pilihan cat yang dapat mengeluar bau. Amalan memasang kelambu ketika tidur juga
patut digunapakai kembali kerana ianya amat berkesan menghalang nyamuk yang aktif di
waktu malam dari menyerang penghuni bangunan.

Adalah diharapkan dokumen ini akan dijadikan sebagai panduan untuk
diamalkan semasa merekabentuk bangunan. Amalan Terbaik ini bukanlah satu yang
konklusif, tetapi ianya perlu diperbaiki dan ditambahbaik dari masa ke semasa selaras
dengan penemuan terbaru, perkembangan teknologi serta perubahan mengenai cara-cara
pengawalan dan pembiakan nyamuk Aedes di Malaysia.

21

AMALAN TERBAIK REKA BENTUK BANGUNAN BAGI MENANGANI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

5.0 RUJUKAN

1. British Standards: BS 6229: Code of Practice for Flat Roof
2. Charlwood J., Pinto J., Ferrara P., Sousa C., Ferreira C., Gil V. and do Rosário V. Raised

houses reduce mosquito bites. Malaria Journal. 2003.
3. Choy E., Khair E., Atan A., Sahani M., Ali Z. Perubahan cuaca dan penyakit denggi: kajian

kes di Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Jurnal E-Bangi.(2011): 38-48
4. Environmental Health Committee (enHealth) of the Australian Health Protection Committee.

Guidance on use of rainwater tanks, 3rd Edition. 2010.
5. JKR Mechanical System Design & Installation Guidelines for Architects & Engineers, Edition

2011
6. JKR L-S1 : Specification for Low Voltage Internal Electrical Installation, Mei 2011
7. JKR L-S15: Specification for 11kV Circuit Breaker Equipment, Julai 2011
8. Kay et al., 1984 Kay B.H., Barker-Hudson P., Stallman N.D., Wiemers M.A., Marks E.N., Holt

P.J., Muscio M. & Gorman B.M. Dengue fever. Reappearance in Northern Queensland after
26 years. Medical Journal of Australia. Vol. 140, pp. 264-68. 1984
9. Kirby M., Ameh D., Bottomley C., Green C., Jawara M., Milligan P., Snell P., Conway D.,
Lindsay S. Effect of two different house screening interventions on exposure to Malaria
vectors and on anaemia in children in The Gambia: a randomised controlled trial. The Lancet
2009; 374: 998–1009.
10. Koh K.W., Lee C.N., Yuske K., Choon S.T., Li W.A., Kit Y.W., James L., Kee T.G. The 2005
Dengue epidemic in Singapore: Epidemiology, Prevention and Control. Annal Academy of
Medicine. July 2008, Vol. 37, No. 7. 2008
11. Koradsen F., Amerasinghe F., Van Der Hoe W., Kamerasinghe P., Perera D. and Piyaratne M.
Strong association between house characteristics and Malaria vectors in Sri Lanka, The
American Society of Tropical Medicine and Hygiene. 68(2), 2003, pp. 177–181
12. Lindsay S., Jawara M., Paine K., Pinder M., Walraven G. and Emerson P. Changes in house
design reduce exposure to malaria mosquitoes. Tropical Medicine and International Health.
Volume 8 no 6 pp 512–517 June 2003.
13. Lindsay S., Emerson P. and Charlwood J. Reducing Malaria by mosquito-proofing houses.
Trends in Parasitology. Vol. 8. No. 11, Nov 2002.
14. Lwetoijera D., Kiware S., Mageni Z., Dongus S., Harris C., Devine G and Majambere S. A
need for better housing to further reduce, indoor malaria transmission in areas with high bed
net coverage. Parasites & Vectors. 2013.
15. Malaysian Standard: MS 2526:2014: Urban Stormwater Management
16. Malaysian Standard: MS 1552: 2007: Vitreous China Water Closet Pans
17. Malaysian Standard: MS 795:2011: WC Flushing Cistern
18. Medronho R., Macrini L., M.Novellino D., T.F.Lagrotta M., Pedreira C.,: Aedes aegypti
Immature Forms Distribution According to Type of Breeding Site. The American Society of
Tropical Medicine and Hygiene. 80 (3) 2009
19. Montgomery B., Ritchie S. Roof gutters: A key container for Aedes aegypti and Ochlerotatus
notoscriptus (Diptera: Culicadae) in Australia. The American Society of Tropical Medicine and
Hygiene. 67(3) 2002.
20. National Environment Agency, Singapore. Guide Book On Prevention of Mosquito Breeding.
4th Edition 2008.
21. Nazri Che Dom, Ahmad Abu Hassan, Zulkiflee Abd Latif, Rodziah Ismail. Impact of climate
and landuse variability based on Dengue epidemic outbreak in Subang Jaya. IEEE Colloquium
on Humanities, Science and Engineering Research, Dec 5-6, 2011, Penang. 2011.
22. Njie, M. Impact of house design on the entry and exit of insect disease vectors in the
Gambia. Durham theses, Durham University, 2011
23. STM: Guidelines on Planning Requirement for Cabling of Building for Telephone
24. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984:2011
25. Ye Y. Hoshen M, Louis V., Séraphin S. Housing conditions and Plasmodium falciparum
infection: protective effect of iron-sheet roofed house. 2006.

22


Click to View FlipBook Version