The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noarazak, 2021-06-26 23:39:17

BAHASA MELAYU

SIMPULAN BAHASA

Bahasa Melayu
Tahun 5

Tajuk
Simpulan Bahasa

Cikgu NorRahimi



AYAM TAMBATAN

• Maksud : Orang harapan
• Contoh ayat : Ali merupakan ayam tambatan

dalam pasukan bola sepak sekolahnya.

ALAS PERUT

• Maksud : Makan sedikit untuk menahan lapar
• Contoh ayat : Lisa makan sekeping roti sebagai

alas perut sebelum pergi ke sekolah.

KAKI BANGKU

• Maksud : Tidak pandai bermain bola.
• Contoh ayat : Ali tidak terpilih dalam perlawanan

bola sepak itu kerana dia kaki bangku.

HARGA MATI

• Maksud : Harga tetap
• Contoh ayat : Semua barang di pasar raya itu

dijual dengan harga mati.

ANAK EMAS

• Maksud :Anak yang disayangi
• Contoh ayat : Nadia merupakan anak emas

kepada Encik Majid dan Puan Halimah.

ADA BAKAT

• Maksud : Berkebolehan
• Contoh ayat: Alya ada bakat menggubah

bunga hiasan.

MANDI PELUH

• Maksud : Kerja kuat
• Contoh ayat : Datuk saya bermandi peluh

mengerjakan sawah untuk mencari rezeki.

DURIAN RUNTUH

• Maksud : Keuntungan yang tidak disangka-sangka
• Contoh ayat : Ramlah mendapat durian runtuh

apabila dipilih sebagai pemenang pertandingan
itu.

TERANG HATI

• Maksud :Mudah belajar
• Contoh ayat : Ana yang terang hati itu mengambil

masa yang sekejap untuk memahami soalan yang
susah itu.

TIN KOSONG

• Maksud : Bercakap besar tanpa ilmu
• Contoh ayat :Janganlah terpengaruh dengan kata-

katanya kerana dia tin kosong sahaja.

LANGKAH SERIBU

• Maksud : Lari dengan sekuat hati kerana
ketakutan

• Contoh ayat : Abdul langkah seribu apabila
dikejar oleh anjing itu.

ANAK ANGKAT

• Maksud : Anak orang lain yang dipelihara sebagai
anak sendiri.

• Contoh ayat : Mak Kiah mengambil Amran sebagai
anak angkatnya.

MULUT MURAI

• Maksud : Orang yang gemar bercakap
• Contoh ayat : Siti digelar mulut murai kerana

kuat bercakap.

LIPAS KUDUNG

• Maksud : Buat kerja dengan cepat
• Contoh ayat : Ashraf membuat kerja itu seperti lipas

kudung kerana dia hendak pulang ke rumah dengan segera.

BATU API

• Maksud : Suka menghasut
• Contoh ayat : Jika tiada batu api

sudah tentu mereka tidak bergaduh.

BEKAS TANGAN

• Maksud : Hasil kerja tangan seseorang
• Contoh ayat : Bakul rotan ini adalah

bekas tangan ayah saya.

LAPANG DADA

• Maksud : Perasaan lega
• Contoh ayat : Jamal lapang dada apabila

mendapat tahu dia menang dalam peraduan itu.

BERI MUKA

• Maksud : Memberi kebebasan atau memanjakan
seseorang.

• Contoh ayat : Ayah selalu beri muka kepada adik
kerana dia anak bangsu.

DALAM TANGAN

• Maksud :Sudah tentu dapat
• Contoh ayat : Kejayaan pasti dalam tangannya

kerana dia seorang yang rajin berusaha.

MENCARI JALAN

• Maksud :Berusaha atau berikhtiar
• Contoh ayat : Aisyah mencari jalan untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

AIR MUKA

• Maksud :Riak wajah seseorang
• Contoh ayat : Air muka Lina berseri-seri apabila

mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

IRI HATI

• Maksud :Cemburu atau dengki
• Contoh ayat : Sikap Mira yang suka iri hati itu tidak

disenangi oleh rakan-rakannya.

ANAK TUNGGAL

• Maksud :Anak yang tidak mempunyai adik-
beradik.

• Contoh ayat : Aiman amat disayangi oleh ayah
dan ibunya kerana dia anak tunggal.

ANGKAT KAKI

• Maksud :Meninggalkan sesuatu tempat
• Contoh ayat : Ahmad angkat kaki setelah

mendengar berita buruk itu.

Selamat belajar

lebih berharga mutiara sebutir
daripada pasir sepantai

Daripada Cikgu No’a
SKBK/2021


Click to View FlipBook Version