Motivasi
“ Mengembalikan Semangat Belajar”
Assalamualaikum Apa khabar?. Semoga murid-
murid sihat dan
ceria selalu.
Kesan Covid -19 dalam
bidang pendidikan
Pengajaran dan
pembelajaran di rumah
( PDPR )
Tidak bersemuka
Adakah kamu sudah tidak bersemangat untuk belajar?
Cara Mengembalikan
Semangat Belajar
Cari tempat belajar yang sesuai
Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang
bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa.
Bahan untuk belajar
Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.
Antaranya pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya.
Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda
tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat
tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.
Pilih snek sesuai
Jangan pilih minuman minuman tenaga dan
kopi kerana ia boleh melemahkan badan
dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air
kosong adalah bagus untuk kekal cerdas.
Rehat yang Cukup
Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45
minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain.
Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.
Tip berehat
1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul
berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak
rehat lebih lama.
2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk
memproses semula maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil
peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat
pencapaian dalam peperiksaan/ujian.
Rasakan Bahang Motivasi
Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji
dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan
jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan
cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan.
Tidur yang Mencukupi
Biasanya murid-murid tiada semangat kerana aktiviti harian yang diisi
dengan belajar, bermain video menggunakan telefon bimbit terlalu
lama sehingga kurang mendapat rehat secukupnya.Murid-murid
sangat penat dan jumlah jam tidur tidak mampu menampung
kepenatan badan.
Oleh itu, pastikan tidur anda mencukupi, insyallah hari anda akan
bermula dengan segar dan indah!