Jenis Kesantunan Lisan (Nonverbal) Kumpulan 3
Ahli Kumpulan Mu'az Fazlin Afiqah
Definisi Interaksi yang hanya menggunakan pelbagai gerakan badan dan isyarat sebagai alat komunikasi. Istilah popular untuk nonverbal ialah bukan verbal, bukan lisan, bahasa badan dan bahasa tubuh. Komunikasi tanpa berkata-kata, bercakap dan bertutur semasa menyampaikan maklumat kepada orang lain. Melibatkan pergerakan anggota badan, gerakan mata, ekspresi wajah dan postur badan dalam menerangkan tentang sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Boleh menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang.
Isyarat tangan yang menunjukkan tanda "X" membawa maksud dilarang atau salah. Isyarat tangan yang menunjukkan tanda "T" menandakan masa telah tamat. Perbuatan menggerakkan tangan ke kanan dan ke kiri sebagai tanda melambai. Pergerakkan anggota badan Kepala Gerakan tangan Gerakan kaki Perbuatan mengangguk kepala tanda setuju, berminat atau faham, manakala perbuatan menggeleng kepala adalah sebaliknya. Perbuatan mendongak kepala ke atas sedikit sebagai tanda kepada pertanyaan "apa". Pergerakkan memalingkan muka menandakan perasaan menyampah atau meluat. Duduk dengan cara melipatkan kedua kaki ke belakang merupakan cara duduk bersimpuh serta dianggap sopan. Duduk dengan cara tidak melunjurkan kaki ke arah orang tua merupakan tanda beradab. Perbuatan merendahkan sedikit lutut sebanyak sekali ketika hendak mengambil sijil atau pingat sebagai tanda hormat.
Air muka Senyuman Pergerakan mata Mengetap bibir/menyanggit gigi Ekspresi Wajah Untuk menyampaikan keadaan emosi. Teruja/ terkejut Mengantuk Geram/ marah Terdapat pelbagai jenis senyuman seperti senyum biasa, senyuman kegembiraan, senyuman teruja, senyuman malu, senyum untuk menutup rasa marah, kecewa atau sedih dan sebagainya. Senyum malu-malu Senyuman kegembiraan Senyuman biasa Mengecilkan mata tanda tidak memahami atau hendak lebih fokus kepada tutur bicara penutur. Mengelipkan mata berulang kali menandakan diri seseorang yang sedang menipu, gemuruh atau gelisah. Sering memandang ke arah lain sebagai tanda bosan. Menandakan perasaan marah atau sangat geram.
Postur tubuh Duduk dengan tegak Melambangkan seseorang yang berdisiplin, kemas, tegap dan berkarisma. Jalan menunduk sambil memasukkan tangan ke dalam poket Menunjukkan seorang yang pemalu, pendiam, tidak yakin dengan diri sendiri, misteri atau sedang berada dalam keadaan kekecewaan.
Sekian, terima kasih