The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Konsep Kejiranan made by Khairiyah, Nasiruddin,Audrey,Mark and Andros.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khaistudies, 2021-05-06 14:19:22

Konsep Kejiranan

Konsep Kejiranan made by Khairiyah, Nasiruddin,Audrey,Mark and Andros.

DUA 6022

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN
DALAM ISLAM

KONSEP KEJIRANAN

NAMA NO.PENDAFTARAN

KHAIRIYAH BINTI ZAILANI 05DKM18F2009
MUHAMMAD NASIRUDDIN BIN 05DKM18F2012
PARSIT
AUDREY ANAK AMBROSE 05DKM18F2018
MARK WONG WIZHE 05DKM18F2021
05DKM18F2024
ANDROS DREWRY ANDREW

NAMA PENSYARAH: NURSHAKHUZAIMAH SAHMAT

Penulis:
Khairiyah Binti Zailani
Muhammad Nasiruddin Bin Parsit
Audrey Anak Ambrose
Mark Wong Wizhe
Andros Drewry Andrew
Suntingan Oleh :
Khairiyah Binti Zailani

1

 Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah
SAW bersabda:
ِ‫جِ نْ جَا جْ ُي نْ هِ يْ هاا هل جْآ نَُج نْ هِ آ نْ هِ هِ َج نُْي نْ هِ نْ هَِجى جَا هِ ه‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia

berbuat baik kepada jirannya.” [Riwayat Muslim
(77)]

“Bersatu Kita Teguh,
Bercerai Kita Roboh”

2

PENGENALAN

Topik kali ini amat dekat dengan kita iaitu Konsep Kejiranan di dalam
Islam.Islam adalah salah satu agama yang cukup mulia dan memberi
banyak ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan mendorong ke arah
kebaikan dan kesejahteraan.

Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin
kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran.Secara
fitrahnya,manusia tidak boleh hidup seorang diri.

Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan
dalam kalangan masyarakat keliling.Hubunganyang baik dapat membentuk
sifat saling membantu,bekerjasama,saling menyayangi,menghormati dan
sebagainya.

3

Dalam Islam, jiran diangggap sebagai salah satu kelompok yang paling
hampir dengan kita selain ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Kita dituntut
untuk sentiasa berbuat baik dengan jiran tetangga dan adanya larangan
menyakiti hati jiran.

Malah, terdapat larangan yang menegah kita daripada menyakiti hati dan
perasaan jiran. Apakah balasan bagi mereka yang menyakiti hati
jiran?Suruhan supaya berbuat baik dengan jiran tetangga.

Dalam Al-Quran, Allah SWT ada menerangkan suruhannya untuk berbuat
baik dengan jiran. Maksud daripada firman Allah berkenaan menghormati
jiran adalah seperti berikut:

“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu
menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat,
orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan
membangga-banggakan diri.”
(Al-Quran, Surah An-Nisa’, ayat 36)

Dalam ayat tersebut, Allah Taala bukan menggalakkan atau meminta kita
untuk menghormati jiran, tetapi sebenarnya menyuruh kita melakukannya.

Suruhan tersebut adalah bersifat wajib dan bukannya satu pilihan. Tuntutan
untuk menghormati sesama jiran ini adalah sama hukumnya dengan tuntutan
untuk menyembah Allah SWT.

4

Berbuat baik dan larangan menyakiti hati jiran

Terdapat beberapa hadis yang melarang kita untuk menyakiti hati jiran. Malah,
ada juga hadis yang menjelaskan mengenai balasan bagi mereka yang
mengingkari suruhan ini. Abu Hurairah Radiallhuanhu ada meriwayatkan satu
hadis yang bermaksud:

“Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah
SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa
dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu
Nabi SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Hadis ini menyatakan dengan jelas bahawa mereka yang menyakiti hati jiran
akan dimasukkan ke neraka walaupun banyak amal solehnya dengan Allah
Taala.

Dengan hanya satu kejahatan yang dilakukan, kesemua amal kebaikannya
hanya menjadi sesuatu yang sia-sia sahaja.

Dalam e-folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep
kejiranan yang sebenar. Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan
dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke masa. Ini disebabkan semua
orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa
kepentingan kejiranan. Oleh itu , dalam e-folio ini akan mendedahkan
semangat kejiranan, punca punca semangat kejiranan yang semakin luntur,
langkah-langkah memupuk semangat kejiranan,kepenting semangat
kejiranan dan kebaikan kejiranan dalam masyarat .

5

OBJEKTIF KEJIRANAN

 Mengenal konsep kejiranan dalam membantu melahirkan anggota
masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan
negara.

 Menilai semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya adalah
sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu
memberangsangkan kepada negara.

 Mengetahui faktor kejiranan itu adalah amat penting didalam
pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan sahsiah individu dan
keluarga.

6

HAK-HAK JIRAN

 Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu.
 Jangan terlalu banyak bertanya keadaannya sehari-hari.
 Ziarahilah jika diri & keluarganya ditimpa musibah atau sakit.
 Tunjukkan simpati dan berikan pertolongan walaupun tidak diminta
 .Menyatakan perasaan gembira apabila memperoleh kesenangan atau

kurniaan dari Allah.
 Ampunilah segala kesalahannya apalagi yang tidak disengajakannya.
 Jangan mengintai kecacatan atau keburukannya.
 Jangan buat sesuatu yang tidak menyenangkannya.

7

KONSEP JIRAN DALAM ISLAM

 Tidak Menyakiti Jiran.
Sabda Rasulullah SAW;

“Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman
kerana gangguannya.”
Hadis Riwayat Muslim.

 Menjaga dan Mengambil-berat Terhadap Jiran.
Rasulullah SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa mengambil-berat
sesama saudara seislamnya.

“Barang siapa yang menolong saudaranya yang lain maka
Allah akan menuliskan baginya tujuh kebaikan bagi setiap
langkah yang dilakukannya.”
Hadis Riwayat Thabrani

8

 Berbuat Baik Dan Memelihara Keamanan Dengan Jiran.
Sesungguhnya sesiapa yang mengembirakan jirannya akan digembirakan
pula oleh Allah SWT.

“Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang
mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan
kepadanya pada hari kiamat.”
Hadis Riwayat Ibnu Mubarak.
 Memuliakan Jiran.
Nabi Muhammad SAW mengingatkan umatnya agar memulia dan
menghormati jiran seperti melayan kaum keluarga sendiri. Sabda Baginda;
“Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik
kepada jiran sehinggalah aku merasakan jiran itu kerabatku.”
Hadis Riwayat al-Bukhari.

9

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

Memupuk semangat Membantu Ketika
perpaduan Kesusahan Melanda

Melahirkan Masyarakat
Yang Harmoni

KEPENTINGAN
SEMANGAT
KEJIRANAN

Memudahkan Menarik Minat
program atau aktiviti Pelancong Asing

komuniti Menjamin Keselamatan 10
Setempat

KEBAIKAN MENGEKALKAN SEMANGAT
KEJIRANAN

Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat
bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia
maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan
seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi sesuatu
bencana sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu
kita. Begitu juga jika kita sakit, jiranlah yang kita harapkan untuk menghantar
kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.

Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan
tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga
keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang
tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di
rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, jika
kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah
orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita.

11

Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat
tinggal kita dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati
anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu
ketenteraman membuat bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan.
Nyatalah semangat kejiranan banyak memberi manfaat baik kepada diri
sendiri, penduduk setempat dan masyarakat umumnya. Manfaat yang lebih
besar ialah semangat kejiranan ini dapat mendorong terjalinnya hubungan
baik antara kaum dan membawa kepada perpaduan kaum.

12

PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN
LEMAH/BERKURANGAN

Terdapat pelbagai punca yang telah menyebabkan semangat kejiranan
semakin luntur dalam kalangan masyarakat sekarang. Antaranya adalah :

a) Perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal
sendiri.

-Ini telah menyebabkan golongan masyarakat yang hidup berjiran tiada lagi
masa untuk berborak dan saling tegur menegur antara satu sama lain.
-Kos sara yang tinggi juga telah menyebabkan mereka terlalu focus untuk
mengejar kekayaan dan perlu mencari dudit lebih sehingga berkerja lewat
malam.

Berbeza dengan zaman dahulu di mana jiran saling memerlukan kerjasama
antara mereka untuk mencari sesuap nasi seperti melakukan pekerjaan
bercucuk tanam, pertanian dan sebagainya.

13

b) Kemajuan dalam bidang teknologi atau media massa merupakan
factor lunturnya kejiranan.

-Masyarakat sekarang terlalu ayik menggunakan kemudahan teknologi
seperti telefon pintar, computer riba, tablet dan sebagainya. Dengan adanya
kemudahan seperti ini, mereka tidak perlu keluar dan bersusah payah untuk
membeli barangan keperluan.
-Sebaliknya, dengan adanya kemudahan seperti ini, mereka hanya perlu
menggunakan aplikasi secara talian untuk melakukan pesanan barangan
yang hendak dibeli.
Oleh yang demikian, mereka tidak perlu menghiraukan orang sekeliing dan
budaya sbegini akan menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesame
jiran semakin berkurangan. Ini akan menyebabkan komunikasi dan sikap
ramah0tamah kurang dalam pergaulan antara satu sama lain.

c)Arus pembangunan yang semakin pesat

-Seperti yang dinyatakan di atas, dengan adanya pembangunan yang pesat
seperti pusat membeli-belah, taman permainan, tempat berkaroke dan
sebagainya, masyarakat akan lebih gemar untuk berkunjung dan
menghabiskan masa di sana
-Oleh itu, kita seharusnya mengurangkan masyarakat yang mementingkan
diri sendiri dengan tidak bergaul sesame jiran. Ini akan menyebabkan
masyarakat sekeliling tidak Berjaya kerana perpaduan mereka amatlah rapuh
dan mudah dipengaruhi oleh anasir luar.
Kesimpulannya, pembangunan yang begitu pesat yang melanda negara
menjadi punca lunturnya semangat kejiranan dalam masyarakat kini.
LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Semangat kejiranan amatlah penting kerana merekalah yang akan menjadi
sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi
kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “ Jiran sepakat
membawa berkat” . Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan

14

supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu,
langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memeupuk semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Mengadakan aktiviti gotong-royong
Melalui aktiviti ini, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambal berbincang
tentang aktiviti-aktiviti yang hendak dilakukan. Perbincangan antara satu
sama lain sudah tentunya membolehkan mereka untuk berkenal-kenalan
antara diri masing-masing sekali gus mengenali hati budi jiran mereka dengan
lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang
mengatakan bahawa “Tak kenal, maka tak cinta”. Melalui cara ini, kita dapat
menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesame jiran.

Mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa Hari Perayaan.
Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuhkan
semangat kejiranan dalan kalanganjiran setempat. Melalui acara rumah
terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman
sesuatu yang mereka pernah lalui. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka
ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan
berbincang sambal menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.

CONTOH-CONTOH HARI PERAYAAN : Hari Raya Audilfitri, Tahun Baru
Cina, Hari Deepavali dn Hari Krismas.

Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat
untuk bertemu muka dan saling berkenalan dengan lebih erat lagi.

Menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti social seperti
persatuan atau pertubuhan.

15

Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai
satu system organisasi yang teratur. Persatuan atauu pertubuhan ini
hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak
pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan
Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan
sebagaunya. Melalui pertubuhan seperti iini, masyarakat setempat secara
bergilir-gilir dapat mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan
kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam
peribahasa Melayu, iaitu “ibarat aur dengan tebing” yang mementingkan
semangat sandar-menyandar uatau saling membantu dalam kehidupan.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan
diri sendiri dan sikap tidak memperdulikan orang lain semakin menebal bagai
“ enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing”. Jika hal ini
dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan
perpaduan negara. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan,
perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita
haruslah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa
terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

16

ADAB BERJIRAN

Terdapat banyak adab berjiran yang perlu kita menitik beratkan
agar hidup kita dalam berjiran sentiasa bahagia dan harmoni.

17

SENTIASA BERTOLERANSI
SAMA ADA MELALUI URUSAN

AGAMA,BUDAYA ATAU
SEBAGAINYA

SENTIASA MEWUJUDKAN TIDAK MENYAKITI MEREKA
SUSANA KEMESRAAN SAMA ADA MELALUI

PERKATAAN,PERBUATAN ATAU
SEKADAR SANGKA BURUK

ANTARA ADAB BERJIRAN

SENTIASA RENDAH DIRI DAN SENTIASA MENGAMBIL BERAT
BERLEMAH-LEMBUT DAN SIMPATI

SENTIASA BERSEDIA
MEMBERIKAN BENTUK
BANTUAN DAN PERTOLONGAN

18

KESIMPULAN

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada
kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan
masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat
merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu, perpaduan
juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa
perpaduan,negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan
masyarakat tidak dapat lagi hidup dalam keadaan aman dan
damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama
jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupukkan
semangat toleransi,saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka.

19


Click to View FlipBook Version