SUMBER TAKRIF ATMA
KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT
(1) JIWA
(2) NYAWA
BATIN SINONIM ATMA
SUKMA JIWA
NYAWA ROH
SPIRIT
SEKAPUR SIRIH
YANG DIPETUA PIBG SMK DARUL EHSAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya diberi ruang kepada saya untuk menyampaikan
sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak jawatankuasa penerbitan Majalah Sekolah pada
tahun ini. Sesungguhnya , penerbitan majalah sekolah setiap tahun mencerminkan satu kejayaan pihak sekolah
dalam mengembleng tenaga dalam bidang penerbitan. Dengan adanya semangat kerjasama yang utuh serta budaya
kerja berpasukan, saya yakin segala perancangan dapat direalisasikan dengan jayanya. Ianya juga berjaya
mendokumentasikan pelbagai maklumat tentang aktiviti, kejayaan dan pencapaian pelajar di SMK Darul Ehsan
sebagai memori indah di sekolah ini.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru yang mengajar, efisiennya pihak
pentadbir sekolah malahan perlu seiring dengan komitmen padu para ibu bapa dengan komuniti setempat.
Kerjasama semua pihak khususnya PIBG, haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan para
pelajar.
Justeru saya menyeru agar para pelajar supaya sentiasa berusaha membaiki pencapaian diri untuk mengapai impian
yang diimpikan. Para pelajar perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di luar sana.
Akhirkata, sekali lagi saya selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Darul Ehsan mewakili semua ahli
jawatankuasa PIBG akan sentiasa menyokong usaha pihak sekolah dalam merancang aktiviti untuk memajukan
pendidikan pelajar. Semoga warga SMK Darul Ehsan terus maju dengan cemerlang.
Sekian , terima kasih
PENGETUA SMK DARUL EHSAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayat-Nya kita dianugerahkan
kekuatan dan keyakinan untuk menerbitkan majalah digital yang begitu istimewa ini.
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada sidang redaksi majalah sekolah sesi 2021/2022 kerana telah
menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga terhasilnya majalah digital ini seiring dengan perkembangan pesat
teknologi pada masa kini. Kejayaan menerbitkan majalah digital ini mencerminkan kesungguhan , sikap positif,
inovatif dan bermotivasi tinggi dalam kalangan warga DESS yang terlibat semasa pandemik COVID-19 yang
mencabar ini.
Sesungguhnya majalah sekolah ini merupakan suatu dokumentasi yang sangat berharga dan memiliki nilai
sentimental yang tinggi. Di samping itu, dengan adanya majalah ini segala aktiviti kecemerlangan murid dan sekolah
yang dilaksanakan telah dapat diterjemahkan dalam bentuk gambar kenangan yang sangat bererti untuk diabadikan
sebagai memori indah pada suatu masa kelak. Mudah-mudahan majalah yang diterbitkan ini berupaya menjadi
wadah dalam merealisasikan visi dan misi DESS menjadi sebuah sekolah yang cemerlang.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah dalam mengukir kejayaan sama ada dalam bidang akademik,
kokurikulum mahupun sahsiah murid. Warga DESS sentiasa diseru supaya mendukung visi dan misi Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan dalam pelbagai bidang kerana mereka
merupakan aset yang amat berharga dalam memacu masa depan negara. Kejayaan yang digapai bukanlah sesuatu
yang datang bergolek tetapi merupakan hasil daripada perancangan, kepimpinan, organisasi yang sistematik dan
pemantauan berterusan. Jelaslah bahawa kegemilangan organisasi DESS menagih banyak pengorbanan,
kesungguhan dan keprihatinan semua warganya.
Akhir kata penutup bicara, marilah kita bersama-sama berdoa, terus berganding bahu dan melangkah seiring seia
sekatasehati senadi dalam mengharungi cabaran-cabaran baharu dunia pendidikan ini. Saya yakin bahawa semua
warga pendidik dan murid akan dapat bersama-sama terus meningkatkan kecemerlangan dan kegemilangan DESS.
Sekian, terima kasih.
DESS THE BEST
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Sejambak terima kasih diucapkan atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mengukir kata
dalam wadah teristimewa majalah sekolah pada kali ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi atas kejayaan menzahirkan majalah digital
sekolah yang sungguh istimewa ini. Segala peristiwa dan kenangan sepanjang tahun 2020 dan 2021
telah dirakamkan dan boleh dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Alhamdulillah, segala
kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana atas hasil usaha gigih dan komitmen yang
tinggi serta kerjasama padu daripada semua pihak maka lahirlah ATMA, majalah digital sekolah
yang kita tatapi sekarang. Majalah digital sekolah seumpamanya yang julung-julung kali diterbitkan
oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan.
Sesungguhnya, warga DESS hebat! Dalam keterbatasan dan kekangan akibat pandemik Covid-19
yang melanda dunia, perjuangan menggarap aspirasi negara untuk mencapai matlamat pendidikan
tetap diteruskan yang serba-serbinya perlu diadaptasi dalam persekitaran normal baharu. Kehebatan
ini sedikit sebanyak terakam kukuh dalam ATMA wadah nukilan warga DESS. Semoga segala
kenangan yang telah kita cipta bersama ini terpatri dalam helaian sejarah indah keluarga besar
DESS. Besar harapan saya agar ATMA terus cemerlang, DESS terus gemilang.
Akhir kata, syabas dan terima kasih.
~DESS THE BEST~
PENYELARAS MAJALAH ATMA SMK DARUL EHSAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan dan
kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada rakan-rakan guru dan pihak yang terlibat dalam
penerbitan majalah sekolah yang istimewa ini. Tanpa idea bernas guru-guru, tidak mungkin malajah digital
ini mampu dijadikan suatu kenyataan. Walau kita berhadapan dengan masalah COVID-19, banyak aktiviti
sekolah tidak dapat dilaksanakan. Namun, apa-apa yang ada perlu kita rakamkan untuk dijadikan
kenangan. Berkata kerjasama semua AJK terhasillah ATMA yang mengumpul kenangan dan pencapaian
sepanjang tahun lalu dan tahun ini untuk dijadikan tatapan dan rujukan pada masa akan datang.
Akhir sekali terimalah kata-kata ini untuk renungan kita bersama. "Adalah sesuatu yang luar biasa
melakukan yang biasa dalam hidup, tetapi biasakanlah melakukan yang luar biasa dalam hidup"
Sekian, Terima kasih
“DESS THE BEST”
KETUA MURID SMK DARUL EHSAN
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sidang Redaksi 2021 kerana telah memberi peluang
kepada saya untuk mencoretkan pengalaman dan harapan saya sebagai seorang Ketua Pengawas di SMK Darul Ehsan.
Sejujurnya, julung kali saya melangkahkan kaki saya ke sekolah ini pada tahun 2017, saya tidak pernah menyangka bahawa saya
akan dilantik sebagai seorang Ketua Pengawas. Betapa cepatnya masa berlalu di mana saya bermula hanya sebagai seorang
murid biasa yang pendiam pada tahun 2017 dan dipilih untuk menggalas jawatan ini pada tahun terakhir saya di sekolah ini.
Tidak dapat saya nafikan bahawa tugas sebagai Ketua Pengawas tidak semudah yang disangkakan. Tugasan ini mempunyai
amanah, tanggungjawab dan komitmen yang amat tinggi. Terdapat banyak dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi lebih-
lebih lagi pada musim pandemik ini. Namun, pengalaman ini telah memberi impak yang amat besar dalam hidup saya dan
membantu saya untuk menjadi lebih matang serta lebih bersedia untuk menempuh lebih banyak cabaran hidup pada masa yang
akan datang.
Sebagai seorang murid juga, kita mempunyai amanah untuk menimba ilmu. Kejayaan seseorang bukanlah berdasarkan
akademiknya sahaja, malah perlulah diseimbangkan dengan bidang kokurikulum dan penglibatan dalam segala aktiviti sekolah
serta mempunyai disiplin yang baik. Hal ini demikian kerana, kejayaan yang sempurna memerlukan pencapaian yang seimbang
dari segi emosi, rohani dan jasmani.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Darul Ehsan, Pn. Hjh. Norlia
Binti Abu Bakar, barisan pentadir, guru-guru disiplin, semua guru dan rakan-rakan yang telah memberi kepercayaan kepada
saya untuk menggalas tanggungjawab ini. Tidak lupa juga kepada Guru Penyelaras Lembaga Pengawas SMK Darul Ehsan, Pn.
Zunaidah Bt Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Lembaga Pengawas 2021 dan semua pengawas sekolah kerana telah
banyak membantu, memberi dorongan serta telah memberi komitmen yang baik sepanjang tahun ini. Semua kenangan ini akan
saya sematkan dalam hati dan ingatan saya sampai bila-bila.
Sebelum saya mengakhiri coretan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andai kata terdapat sebarang salah laku sepanjang
saya berada di sekolah ini. Harapan saya agar disiplin SMK Darul Ehsan akan tetap berada dalam keadaan yang baik. Semoga
guru-guru SMK Darul Ehsan sentiasa dikurniakan dengan tubuh yang sihat agar dapat terus mengajar generasi yang akan
datang.
Sekian, terima kasih.
pentadbiran
smk darul Ehsan
BARISAN PENTADBIR SMK DARUL EHSAN
Nadi penggerak
smk darul Ehsan
PROGRAM/AKTIVITI
PANITIA BAHASA MELAYU 2020/2021
1. PLC TAPAK RPH BAHASA MELAYU
10 januari 2020
Pn Haslinda dan Pn Hazwani Puan Nuramirah menunjuk cara penulisan
menunjukkan tapak RPH BM yang RPH PKJR dalam PdPc Bahasa Melayu
baharu kepada ahli-ahli panitia berpandukan Modul PKJR Ting 1 dan 2
PLC Sahibba
5 Ogos 2020
Pn Haslinda menunjuk cara permainan sahibba kepada
ahli panitia
Puan Norasni menunjuk cara PLC Liveworksheet secara
menghasilkan lembaran kerja google meet
interaktif menggunakan Live work
sheet
PLC
Pembugaran
PBD 2021
11 Mei 2021
Sesi pembentangan oleh
Pn. Haslinda Jamaludin
PROGRAM GILAPAN BINTANG MERENTAS MAYA BAHASA
MELAYU KERTAS 2 SPM 2021
MKMK STAR HUNTING 30 OKTOBER 2021
Bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu
SPM 2021
14 OGOS 2021
PANITIA BAHASA MELAYU 2020/2021
17 NOVEMBER 2021
UJIAN BERTUTUR SPMC
22-26 NOVEMBER 2021
ENGLISH LANGUAGE DEPARTMENT
2020 -2021( MORNING SESSION )
Pn Marini, Pn Shamirah, Pn Moving forward towards an
Ghandi, En Azleen, Pn Farah, excellence pedagogy
Pn Hazreeni
Pn Suzita, Cik Pravita & Pn Mercy
ENGLISH LANGUAGE ACTIVITIES
PEER SHARING CEFR- LISTENING CEFR- SPEAKING
ENGLISH LANGUAGE ACTIVITIES
LEARN A WORD A DAY
HIP PROGRAM HIP PROGRAM
ENGLISH LANGUAGE ACTIVITIES
STATE LEVEL SCHOOL LEVEL COLLABORATION
ENGLISH LANGUAGE ACTIVITIES
HIP PROGRAM IN CLASS READING ACTIVITY PEER SHARING
ENGLISH LANGUAGE ACTIVITIES
HIP PROGRAM
LEARN A WORD A DAY
ENGLISH LANGUAGE ACTIVITIES
Programmes for a solid foundation in
English
SAINS TULEN
CIKGU AZIZAN CIKGU RABI’AH CIKGU LIM
CIKGU MARSITA
MATEMATIK TAMBAHAN
CIKGU ASHILA
CIKGU KHUZAIMAH
KIMIA
BIOLOGI
CIKGU SAFURA
CIKGU SUNTHARI
FIZIK
CIKGU HASLINDA
CIKGU DIANA
AKTIVITI
PROGRAM
IHYA’
RAMADAN
TADARUS AL-QURAN S0LAT DUHA
HADIAH MELUKIS POSTER DAIE PEMBERIAN SUMBANGAN HARI RAYA
MUDA
CERAMAH NUZUL-ALQURAN
BUBUR LAMBUK
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
BACAAN YASSIN DAN TAHLIL
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
SECARA YOUTUBE LIVE
CERAMAH SAMBUTAN MAAL HIJRAH
SECARA YOUTUBE LIVE
PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Barisan hadapan :
Pn. Azmawati, Cik Nada (GKMP),
Pn. Akmarini (KP), Pn. Surina.
Barisan belakang :
Pn. Nadia, Pn. Norlia, Pn. Sakinah, Cik Huda,
Pn. Hasnida, Pn. Shuhada, Pn. Khairunnisa,
En. Fadhli.