NAMA:
MUHAMAMMAD AMMAR HARITH BIN
MUHAMMAD AZREEN
KELAS:
4 ZETA
TAJUK:
PENJODOH BILANGAN
NAMA GURU:
MUHAMMAD ADIB BIN ISMAIL
0
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKASURAT
1 PENGENALAN 2
2 CONTOH PENJODOH BILANGAN
3 CONTOH AYAT 3 - 28
4 NOTA PENJODOH BILANGAN 29
5 LEMBARAN KERJA
6 RUJUKAN 30 - 32
33
34
1
PENGENALAN
Apa itu Penjodoh Bilangan?
• Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama
dengan kata bilangan.
• Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu
benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
• Berikut adalah beberapa contoh penjodoh bilangan
serta penggunaannya
1 . Helai- untuk benda-benda yang nipis dan lebar.
Contoh- daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
2 . Kuntum- untuk bunga
Contoh- mawar, matahari, tulip, anggerik, melati, raya, kekwa
3. Buah- untuk benda besar dan padu , yang tidak mempunyai
bentuk tertentu
Contoh- kereta , negeri , rumah , kotak , kampung , komputer
2
CONTOH PENJODOH BILANGAN
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
CONTOH AYAT
Contoh Ayat
Helai
1. Ibu membeli dua helai seluar panjang di pasaraya.
2. Amir melukis gambar seekor ikan di atas sehelai kertas.
3. Encik Ismail memakai sehelai baju kemeja berwarna biru.
Kuntum
1. Encik Alias mengahdiahkan sekuntum bunga mawar kepada
isterinya.
2. Kakak memasukkan beberapa kuntum bunga tulip ke dalam pasu
kaca.
3. Adik melukis lima kuntum bunga matahari yang sedang mekar.
Buah
1. Ayah membeli sebuah kereta baharu.
2. Lima buah rumah telah musnah dalam kejadian kebakaran itu.
3. Terdapat dua puluh buah komputer di makmal komputer
sekolah saya.
29
NOTA PENJODOH BILANGAN
1. Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama
dengan
kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.
Penjodoh Bilangan dan Penggunaan:
baris:
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai,
pokok, orang dan sebagainya
batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan
sebagainya
biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan
sebagainya
30
cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan
sebagainya
das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan
sebagainya
ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-
sayuran, dan sebagainya
jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai
seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan
sebagainya
31
ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang,
dan sebagainya
laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan
sebagainya
pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting,
kasut, dan sebagainya
sikat:
Untuk pisang
ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai,
tali, dan sebagainya
32
LEMBARAN KERJA
1)Se ___________________ tiang lampu di tepi jalan itu telah tumbang.
2) Bapa Ali sedang menebang pokok dengan menggunakan
se___________________ kapak yang tajam.
3) Ibu membelikan adik dua ___________________ stoking baru.
4) Saya telah makan tiga _____________________ kuih talam ubi di gerai Pak Dol.
5) Lelaki yang kejam itu memukul seekor anjing dengan se____________________
rantai basikal.
6) Orang kaya itu membeli se___________________ permata yang bermutu tinggi.
7) Sudin mengutip se_____________________ batu kecil lalu mencampaknya ke
dalam sungai.
8) Pengganas itu telah menembak orang itu dengan menggunakan
se ___________________ senapang otomatik.
9) Saya hanya mampu makan beberapa ___________________ cempedak sahaja
kerana perut saya kenyang.
10) Sudin makan tiga ___________________ telur ayam separuh masak untuk
sarapan.
11) Beberapa _________________ daun kering telah gugur dari pokok itu.
12) Se __________________ rantai emas telah diragut dari leher wanita itu.
13) Saya menerima se_________________ kad jemputan hari lahir daripada kawan
baik saya.
14) Razali membeli se___________________ basikal di kedai itu.
15) Bapa menggali lubang dengan menggunakan se___________________
cangkul.
16 )Halim menggunakan ___________ sapu tangan untuk mengelap peluh di
dahinya.
33
RUJUKAN
1. http://jomkenalipenjodohbilangan.weebly.com/penjana-
lembaran-kerja.html
2. http://www.cikgusuhaimin.com/2018/01/himpunan-penjodoh-
bilangan-berserta.html
3. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4
34