NAMA : MUHAMMAD FAHMI HAKIMI BIN MOHAMMAD
FADIL
KELAS : 6 TOPAZ
SEKOLAH : SK JALAN 3
HOBI : BERMAIN BOLA SEPAK
CITA-CITA : PEMANDU KAPAL TERBANG DAN PEMAIN BOLA
SEPAK YANG TERKENAL DI SELURUH DUNIA
CATATAN : BENDERA, LAGU DAN JATA SEBAGAI LAMBANG
NEGERI
Bendera negeri perlis
Amin amin ya
Rabaljalil
Lingkaran padi pada
lambang
negeri Perlis memberi maksud
pekerjaan utama dan hasil
utama negeri iaitu
padi. Perisai pula
melambangkan kebanggaan
dan kehormatan negeri itu.
Lambang itu keseluruhannya
bermakna kebanggaan
negeri itu kerana kekayaan
hasil padinya.
Bendera negeri kedah
Allah selamatkan
Sultan mahkota
Bendera negeri memaparkan
bulan sabit berwarna hijau di
bawah perisai kuning dan
dilingkungi oleh jambangan padi
berwarna kuning di atas latar
belakang merah. Merah adalah
warna tradisional negeri dan juga
melambangkan kemewahan,
sementara bulan sabit adalah
simbol agama Islam. Perisai
melambangkan Sultan negeri
sebagai pelindung dan penjaga
rakyatnya.
Bendera negeri pulau pinang
Untuk negeri
Kita
Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan
Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2)
tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini
iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna
simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.
Bendera negeri perak
Allah lanjutkan
Usia sultan
Lambang Negeri Perak Darul
Ridzuan mengandungi Jata Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan. Jata ini dilingkungi
dengan bulan sabit yang
mengandungi bunga padi.Jata
melambangkan Kedaulatan Raja
Pemerintah.Bulan Sabit
menandakan Agama Islam
sebagai agama rasmi.Bunga padi
menggambarkan sumber
perusahaan rakyat dan
kesuburan negeri.
Bendera negeri selangor
Duli Yang Maha Mulia
Selamat Di Atas Takhta
Allah Lanjutkan Usia Tuanku
Rakyat Mohon Restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia Selama-lamanya
Aman Dan Sentosa
Duli Yang Maha Mulia
Tulisan khat "Selangor" di bahagian atas dicipta dengan
Lembing Sembuana di tengah-tengah membentuk puncak
dan diapit oleh Keris Panjang Beruk Berayun di sebelah kiri
manakala di sebelah kanan ialah Keris Terapang Gabus.
Lembing dan kedua-dua keris merupakan di antara Alat-alat
Kebesaran Negeri Selangor. Bulan Sabit dan Bintang
Berbucu Lima berwarna kuning diterapkan pada lakaran
tersebut. Tulisan khat "Dipelihara Allah" adalah Cogan Kata
Negeri Selangor ditulis di bahagian bawah lakaran. Bengkung
di bawah Cogan Kata merupakan pengikat Jata Negeri yang
juga digunakan sebagai pengikat pinggang pahlawan-
pahlawan zaman dahulu. Di bawahnya adalah Tali Batung
yang merupakan salah satu senjata zaman dahulu. Reben
kuning dengan tulisan "Selangor" merupakan dasar kepada
rekabentuk lakaran keseluruhan Jata Negeri Selangor
Bendera negeri sembilan
Berkatlah yang
di-pertuan besar
Sembilan Tangkai Padi di dalam perisai bermaksud sembilan
buah negeri dalam gabungan Negeri Sembilan yang
lama. Warna Merah dalam perisai menunjukkan hubungan-
hubungan pada masa lalu dengan British. Warna
Hitam bermaksud Dato'-Dato' Undang Yang Empat dan Tunku
Besar Tampin. Warna kuning pula bermakna Yang Di-Pertuan
Besar manakala Bintang Pecah Sembilan menunjukkan
sembilan buah negeri dalam gabungan yang sama. Pedang
dan sarung di atas perisai memberi maksud Tanda Keadilan
serta di tengah jata antara pedang dan sarung
terletak Changgai Putri tanda kebesaran Yang Di-Pertuan
Besar.
Bendera negeri melaka
Melaka maju
Jaya
Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka
sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris
maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka
pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima
tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka
ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya.
Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk
memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah
menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil
keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan
membukanya.
Bendera negeri johor
Lagu bangsa
Johor
Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai putih itu
menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.
Sementara bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam. Dua ekor harimau
melambangkan keberanian dan kekuatan.
Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam, dua jenis
hasil utama yang asal bagi negeri ini.
Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah “Kepada Allah Berserah”.
Bendera negeri pahang
Allah selamatkan
Sultan kami
Jata negeri terdiri daripada gabungan cogan, gading
bersilang, cogan kata ‘Ya Latiff’ dan skrol tertulis nama
Negeri Pahang. Mata cogan yang berbentuk daun kopi
adalah simbolik kepada peristiwa kejayaan sewaktu
menyusun perancangan untuk mengambil alih
pemerintahan Kerajaan Pahang oleh Wan Ahmad (Sultan
Ahmad) yang ketika itu dihidangkan air kopi. Gading gajah
yang bersilang melambangkan kegagahan dan
keperwiraan negeri ini. Gading gajah juga melambangkan
istiadat. Memberi erti negeri yang mempunyai adat istiadat
sempena gajah yang pada zaman dahulu digunakan
sebagai kenderaan dalam istiadat Diraja. Huruf jawi yang
mengapit cogan tersebut adalah perkataan ‘Ya Latiff’ yang
bermaksud ‘Allah Yang Maha Lembut’ ini merujuk kepada pemerintahan Sultan yang berpaksikan
kepada Agama Islam.
Bendera negeri terengganu
Selamat
Sultan
Bulan bintang menunjukkan negeri
Islam. Mahkota menandakan
pemerintahan Di Raja. Pedang,
Keris Panjang dan Cokmar pula
merupakan Alat Kebesaran Negeri.
Manakala di sebelah kanannya ialah
Quran melambangkan Undang-
undang. Buku Undang-undang di
sebelah kiri pula melambangkan
keadilan. Wali/Selampai
melambangkan Alat-alat Istiadat
Kebesaran.
Bendera negeri kelantan
Selamat
Sultan
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan.
Dua tombak dan dua keris maksudnya
kekuatan orang-orang Melayu Kelantan.
Anak bulan dan bintang adalah tanda
Islam. Dua pucuk meriam maknanya
bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia
untuk mempertahankan dirinya. Dua
ekor kijang mengingatkan kembali
kepada sejarah tua negeri ini tatkala
Che' Wan Kembang (atau Che' Siti)
Permaisuri Kelantan (kira-kira pada
akhir kurun yang ke 14) yang kerana
terlalu kasih kepada kijang
kesayangannya, telah memerintahkan
wang emas dicap dengan gambar
binatang itu.
Bendera negeri serawak
Ibu pertiwiku
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan aspirasi dan
pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi politik pembangunan.
Lencana negeri ini juga boleh membezakan keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di
dunia.
Lencana Negeri berupa burung Kenyalang yang menggembangkan sayapnya dengan perisai yang
mempunyai bendera negeri di dadanya. Sayapnya mempunyai 13 butir bulu yang melambangkan 13
buah negeri di Malaysia. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia terletak di sebelah kanan
dan kiri kaki burung. Burung Kenyalang ini bertenggek di atas reben yang memaparkan cogan kata
"Bersatu, Berusaha, Berbakti". Lencana negeri ini dilancarkan dengan rasminya pada hari yang sama
dengan Bendera Negeri yang ada sekarang.
Bendera negeri sabah
Sabah tanah
Airku
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang
menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih,
biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas
perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah
perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai
itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya"
berwarna putih.
Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat
berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.
Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon
melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara
nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
wilayah persekutuan wilayah persekutuan wilayah persekutuan
Kuala lumpur.
Putrajaya. Labuan.
Maju dan
Sejahtera
Bendera Wilayah Persekutuan digunakan untuk mewakili Wilayah Persekutuan secara
keseluruhannya. Tiga bendera asal asal masih digunakan apabila mewakili Wilayah
Persekutuan individu.
Bendera ini mempunyai tiga warna: kuning untuk mewakili rasa hormat, kedaulatan
dan kehormatan; merah untuk kekuatan; dan biru untuk perpaduan, keikhlasan dan
keharmonian. Tiga bar ufuk ini mempunyai perkadaran yang sama dengan
bendera Venezuela. Tiga bintang di bawah Jata Negara berdiri untuk tiga wilayah,
menyokong misi mereka untuk menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan yang
penting. Bintang lain mungkin ditambah jika terdapat wilayah lain pada masa akan
datang.