The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by intanyusnita78, 2021-09-14 03:31:26

TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA

BUKU SKRAP SEJARAH

Buku Skrap Digital

tokoh-tokoh
kemerdekaan
di malaysia

Sempena program semarak bulan
kebangsaan peringkat negeri Johor

PENDAHULUAN





Buku skrap sejarah ini di buat
bagi memberi maklumat
tentang tokoh perjuangan
pilihan saya iaitu Dato'
Maharaja Lela.


Dengan penglibatan saya

mewujudkan buku skrap sejarah
ini akan lebih memotivasikan
diri untuk membentuk jati diri
yang mantap dan memiliki
pemikiran yang lebih terbuka.


Buku skrap ini juga dapat
memberikan pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran
kepada saya.

BIODATA





























NAMA :
IRFAN HAKIMI BIN SUFIANHADI



TARIKH LAHIR :
06 JULAI 2010



TEMPAT LAHIR :
HOSPITAL PAKAR KPJ, JOHOR BAHRU,

JOHOR



UMUR :
11 TAHUN



NAMA SEKOLAH :
SEKOLAH KEBANGSAAN
SRI SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR



HOBI :
MEMBACA KOMIK



CITA-CITA :
MENJADI SEORANG YOUTUBER YANG

BERJAYA

BIODATA TOKOH
DATO' MAHARAJA LELA







































Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah Orang Besar
Berlapan Perak yang mentadbir kawasan Pasir Salak.


Seorang berketurunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah
anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.


Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau
datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta
dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela",
dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.


Pada 20 Januari 1877 Dato' Maharaja Lela telah meninggal
dunia setelah dijatuhi hukuman gantung.

RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
DAN KELEBIHANNYA

DATO' MAHARAJA LELA











Perjuangan Dato' Maharaja Pandak Lam menentang
British merupakan satu perjuangan yang suci dan
murni. Beliau tidak mahu mengotorkan dirinya
menjadi pencacai British, sebaliknya dengan penuh
strategi dan umpamanya mempertahankan sistem
tradisional di Perak yang diganggu gugat oleh pihak
British melalui pengenalan Sistem Residen.


Darah kepahlawanan Bugis yang mengalir dalam
dirinya membuatkan beliau pantang berundur, apa
yang ikatakan akan dikotakan. Pengetahuan agama
dan ketinggian keperibadiannya, menyebabkan
beliau dilantik sebagai mufti Perak dan

dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela
dengan kuasa yang boleh memancung tanpa
bertanya.

BUKTI KREDIBILITI TOKOH
DATO' MAHARAJA LELA











Sebagai Pembesar Yang Lapan di Perak, beliau antara tokoh
yang dianggap berwibawa dan begitu dihormati oleh

penduduk. Keprihatinan beliau membela nasib rakyat dan
menghalang gangguan British mendapat sokongan ramai.

Seruan beliau agar mengatur rancangan menghalang
pertapakan British telah mengundang ramai pengikut,
bukan sahaja dalam kalangan orang melayu malahan juga
orang asli sendiri, antaranya Seputum yang ditugaskan

membunuh J.W.W. Birch.



Gerakan terhadap British oleh beliau di Perak turut disertai
oleh ramai golongan bangsawan antaranya Orang Kaya-
Kaya Seri Agar Diraja, yang dikenali sebagai Dato' Sagor,
Ngah Kandin, Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim.
Perancangan beliau ternyata licik sehingga segala yang
dirancang dapat berjalan dengan lancar.



Dalam perjuangan ini beliau juga mendapat restu daripada
Raja Abdullah dan Raja Ismail serta mendapat sokongan

daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah.

JASA DAN SUMBANGAN TOKOH
DATO' MAHARAJA LELA











Penglibatan Dato' Maharaja Lela sebagai tokoh
utama dalam pembunuhan J.W.W. Birch
mendapat sanjungan rakyat Perak, namun

terdapat tali barut dalam kalangan orang Melayu
sendiri yang melaporkan kepada British tentang

penglibatannya sebagai pelaku utama dalam
rancangan membunuh Birch hingga beliau
akhirnya ditangkap dan dibicarakan secara tidak
adil oleh Mahkamah. Akhirnya pahlawan berani
Perak ini dijatuhkan hukuman gantung bersama-
sama Dato' Sagor dan Seputum, manakala
pembesar yang lain dibuang negeri ke Pulau

Sychelles.

PENUTUP









Nama Dato' Maharaja Lela sebagai
pengasas kebangkitan Perak akan
terus diingati dan dikenang sehingga
terkorban bagi mempertahankan
prinsip perjuangan. Sikap dengki, iri
hati dan pengkhianatan golongan
bangsawan dalam kes Dato' Maharaja

Lela menyedarkan kita bahaya
perpecahan yang melanda orang
Melayu. Perjuangan beliau menjadi
iktibar dan semangat buat orang

Melayu untuk terus bersatu
mempertahankan segala yang telah
diperjuangkan. Kisah Dato' Maharaja
Lela telah membuktikan kewujudan
bukan satu mitos di mana kewujudan

beliau telah tercatat pada tugu
peringatannya.


Click to View FlipBook Version