The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normah51174, 2023-10-31 21:48:53

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN MENTERI BESAR JOHOR

PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR (PRESTIJ)

Keywords: KERTASKERJA MB

PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR( PRESTIJ ) KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN MENTERI BESAR JOHOR KEPADA PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR (PRESTIJ )


2 BIL BUTIRAN MUKASURAT 1 TUJUAN 3 2 LATAR BELAKANG 3 3 MATLAMAT 3 4 ORGANISASI PERTUBUHAN 4 5 AKTIVITI PERTUBUHAN 5 6 PERANCANGAN TAHUNAN 6 7 PENUTUP 6 8 LAMPIRAN 7 ➢ SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN 7 ➢ SENARAI CAWANGANCAWANGAN 8 ➢ SENARAI JAWATANKUASA 9 KANDUNGAN


3 1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon peruntukan khas Menteri Besar Johor kepada Persatuan Guru Tadika Islam Johor ( PRESTIJ ) bagi menjalankan gerak kerja, aktiviti serta program pertubuhan yang melibatkan guru-guru Tadika Agama Johor dan murid-murid Tadika Agama Johor diperingkat negeri. 2.0 LATAR BELAKANG Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Guru Tadika Islam Johor ataupun lebih dikenali sebagai PRESTIJ merupakan persatuan yang memiliki ahli seramai 302 orang guru terdiri dari Guru-guru Tadika Agama Johor dari seluruh negeri Johor. Ditubuhkan pada 05hb April 2015 dan didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Negeri Johor dengan nombor pendaftaran PPM-012-01-05042015, dimana alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah di Tingkat 3 dan 4, Blok B Pusat Islam Iskandar Johor, jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, Johor. Pertubuhan ini juga merupakan induk kepada 10 bahagian atau cawangan mewakili 10 buah daerah di dalam satu Negeri Johor (rujuk senarai lampiran) . 3.0 MATLAMAT Antara matlamat penubuhan Persatuan Guru Tadika Islam Johor ialah: 3.1 Menyatupadukan semua guru Tadika Agama Johor di dalam Negeri Johor tanpa gred jawatan. 3.2 Mempertingkatkan semangat perpaduan dan persefahaman antara guru- guru dengan Pejabat Pendidikan Islam Daerah dan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAINJ ). 3.3 Memberikan kerjasama yang erat kepada pejabat pendidikan islam negeri dan bahagian pendidikan islam, jabatan agama islam negeri johor dalam semua aktiviti dan kegiatan daerah dan negeri. 3.4. Mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar maklumat untuk tujuan kebajikan dan kemajuan ahli 3.5. Membantu memenuhi keperluan dan kebajikan profesion perguruan seperti menganjurkan seminar, kursus, bengkel dan seumpamanya.


4 PENOLONG SETIAUSAHA SURIANA BINTI SUHERMANTO AHLI JAWATANKUASA INTAN IZANNI BINTI ZAINAL AHLI JAWATANKUASA NURUL FARAH BINTI RAJID 4.0 ORGANISASI PERTUBUHAN PRESIDENT SITI ZAKIAH BINTI MAAT TIMBALAN PRESIDENT NORHAYATI BINTI SUDIN SETIAUSAHA NOOR WANI BINTI ISMAIL BENDAHARI SITI FATIMAH BINTI YAHYA


5 5.0 AKTIVITI PERTUBUHAN Persatuan Guru Tadika Islam Johor ( PRESTIJ ) merupakan pertubuhan yang bergerak aktif menjalankan aktiviti dan program bersama ahli-ahli yang terdiri dari guru-guru Tadika Agama Johor dari setiap bahagian atau daerah bagi mengeratkan ukhwah dikalangan ahli. Program-program yang telah berjaya dilaksanakan adalah seperti berikut : 5.1 Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Guru-Guru Tadika Agama Johor peringkat negeri Johor yang dilaksanakan setiap tahun pada bulan Ramadhan bagi mengimarahkan bulan tersebut sekaligus dapat menjadikan program membudayakan Al-Quran dikalangan guru. 5.2 Tournament Bowling Guru-Guru Tadika Agama Johor Peringkat Negeri Juga merupakan acara tahunan pada setiap tahun dimana setiap daerah menghantar wakil guru mewakili daerah masing-masing. 5.3 Mesyuarat Dwi Tahunan Dan Mesyuarat-Mesyuarat Penyelarasan Ahlijawatankuasa Induk Dan Bahagian yang diadakan pada setiap tahun bagi menyelaraskan apa juga program dalam menggerakkan perjalanan persatuan . 5.4 Bengkel Pengemaskinian Penyata Tahunan Dan Pengurusan Persatuan juga dijalankan pada setiap tahun bagi menyelaraskan serahan penyata tahunan induk dan juga setiap cawangan agar diserahkan kepada Jabatan Pertubuhan Malaysia dalam tempoh masa yang ditetapkan. 5.5 Majlis Khatam Al-Quran Murid-murid Tadika Agama Johor Peringkat Negeri yang dianjurkan sepenuhnya oleh bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAINJ ) dan penglibatan sepenuhnya oleh PRESTIJ bermula dari mesyuarat induk, persiapan majlis sehingga selesai majlis . 5.6 Majlis Meraikan Guru-Guru Tadika Agama Johor Yang Pencen dimana guru yang telah tamat tempoh perkhidmatan diraikan oleh guru-guru dalam majlis rasmi .


6 6.0 PERANCANGAN TAHUNAN Di samping program-program yang telah dijalankan, Persatuan Guru Tadika Islam Johor juga telah merangka program-program yang akan dilaksanakan untuk sepanjang tahun yang akan diletakkan di bawah beberapa kategori seperti : 6.1- Kategori Guru : 6.1.1 – Kursus Pendidikan Abad ke -21 6.1.2 – Bengkel pembinaan buku lembaran kerja murid 6.1.3 - Lawatan dan pelancongan 6.1.4 – Kursus pendedahan kanak-kanak bermasalah 6.2 – Kategori Murid : 6.2.1 – Ihtifal Ilmi murid-murid peringkat negeri Johor 6.2.2 – Ihtifal Riadhi murid-murid peringkat negeri 7.0 PENUTUP Persatuan Guru Tadika Islam Johor ( PRESTIJ ) merupakan pertubuhan yang mampu menjadi perantara antara guru-guru TAJ dan Pejabat Pendidikan Islam Daerah serta Bahagian Pendidikan , Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Selain itu, PRESTIJ juga menjadi tempat rujukan serta platform bertukar pendapat serta idea dalam tujuan bekerjasama kepada pihak jabatan. Kerjasama dan hubungan baik antara semua pihak dapat memberikan manfaat kepada guru-guru TAJ dan pihak jabatan khasnya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap Pendidikan anak generasi Johor.


7 8.0 LAMPIRAN 8.1 SIJIL PENDAFTARAN


8 8.2 SENARAI CAWANGAN-CAWANGAN BIL DAERAH NAMA CAWANAGN YANG DIDAFTARKAN NO DAFTAR 1 JOHOR BAHRU PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR BAHAGIAN JOHOR BAHRU PPM-012-01- 05042015-000001 2 SEGAMAT PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR BAHAGIAN SEGAMAT PPM-012-01- 05042015-000002 3 BATU PAHAT PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR BAHAGIAN BATU PAHAT PPM-012-01- 05042015-000003 4 MERSING PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR BAHAGIAN MERSING PPM-012-01- 05042015-000004 5 PONTIAN PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR BAHAGIAN PONTIAN PPM-012-01- 05042015-000005 6 KOTA TINGGI PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR BAHAGIAN KOTA TINGGI PPM-012-01- 05042015-000006 7 KLUANG PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR BAHAGIAN KLUANG PPM-012-01- 05042015-000007 8 KULAI PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR BAHAGIAN KULAI PPM-012-01- 05042015-000008 9 TANGKAK PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR BAHAGIAN TANGKAK PPM-012-01- 05042015-000009 10 MUAR PERSATUAN GURU TADIKA ISLAM JOHOR BAHAGIAN MUAR PPM-012-01- 05042015-000010


9 8.3 SENARAI AHLI JAWTANKUASA


Click to View FlipBook Version