1 | P a g e 1 | M T Q Z O N 2 TEKS PENGACARAAN Perujian Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 2 Daerah Kluang Tahun 2024 Masihi / 1445 Hijriah S.A KEM MAHKOTA KLUANG 30hb APRIL 2024 / 21 SYAWAL 1445 SELASA
2 | P a g e 2 | M T Q Z O N 2 TEKS PENGACARA MAJLIS Diumumkan ketibaan… Yang Berhormat Brigedier Jeneral Dato' Mohamad Suria bin Mohamad Saad Panglima 7 Briged Kem Mahkota Kluang dan Tuan Haji Mohd Faiz Bin Rohani Peawai Pendidikan Daerah Kluang ..Di iringi Ustaz Baharuddin Bin Jaafar Pengerusi Persatuan Guru Agama Zon 2 Daerah Kluang masuk ke dewan.. (Bacaan Selawat beramai-ramai) Hadirin hadirat sekalian dipersilakan duduk… بسم هللا الرحمن الرحيم الحمدهللا ربالعالمين والصالة والسالم على أشرف األ نبياء والمرسلين وعلى ءاله وصحبه اجمعين رباشرح لي صدري ويسرلي امري واحلل عقدة من لساني يفقهواقولي امابعد السالم عليکم ورحمة هللا وبرکات Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato' Mohamad Suria bin Mohamad Saad Panglima 7 Briged Kem Mahkota Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Faiz Bin Rohani Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kluang Selaku Perasmi Majlis Penutup Perujian Membaca Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 2 Yang Dihormati Kolonel TS Ainol Huda Bin Abd Manap Komandan Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat Kem Mahkota
3 | P a g e 3 | M T Q Z O N 2 Yang Dihormati Mejar Muhammad Hafeez bin Yusop Pegawai Pemerintah 8 Skuardron Kem Mahkota Yang Dihormati Mejar Zulkifly Bin Bahtiar Pegawai Logistik Markas Staff Stesen Merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Kem Mahkota Ustaz Baharuddin Bin Jafaar Pengerusi Persatuan Guru Agama Zon 2 Ustazah Zaiton binti Omar Penolong Pegawai Unit Akademik Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kluang Ustaz Haji Usri Bin Haji Ahmad Penolong Pegawai Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kluang.. Ustazah Hajah Radziah Binti Ahmad Kamal Guru Besar Sekolah Agama Kem Mahkota Kluang Guru Besar dan Guru-Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor Zon 2 Daerah Kluang Murid-Murid dan Peserta Perujian Memnaca Al-Quran Serta Hadirin sekalian PENDAHULUAN Hadirin Hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka kata. Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutup Perujian Tilawah Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 2 Daerah Kluang bagi tahun 2024
4 | P a g e 4 | M T Q Z O N 2 Masihi bersamaan 1445 Hijriah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda sekalian. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran semua… semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan pedoman hidup dunia akhirat. Ini menggambarkan komitmen pihak Pejabat Pendidikan Islam Daerah melalui Unit Kokurikulum dalam menerapkan budaya membaca al-Quran dan memahami intipatinya serta mengaplikasikan tuntutan dan menghindari larangan-Nya dalam amalan kehidupan kita seharian. Mudah-mudahan segala usaha yang disumbangkan untuk memartabatkan al-Quran bagi melahirkan generasi dan negara rabbani yang mencintai al-Quran akan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT serta diberkati oleh- Nya. BACAAN DOA Buluh di asah jalinan disemat Gubahan di olah bawa berangkat Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat Untuk menambah keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Al Fadhil Ustaz Muhammad Khairul Ikbal Bin Tajuddin dari Sekolah Agama Taman Delima untuk memimpin bacaan doa…...di persilakan . Amin – amin ya rabbal alamin …..majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi , mudah – mudahan majlis ini di berkati illahi .
5 | P a g e 5 | M T Q Z O N 2 UCAPAN ALUAN Hadirin hadirat sekalian.. Majlis yang berbahagia pada pagi ini akan diteruskan dengan ucapan alu-aluan… untuk itu,,, majlis dengan suka cita mempersilakan… Ustaz Baharuddin Bin Jafaar Pengerusi Persatuan Guru Agama Zon 2 Daerah Kluang untuk menyampaikan ucapan aluan…. Dipersilakan.. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Baharuddin Bin Jafaar Pengerusi Persatuan Guru Agama Zon 2 Daerah Kluang atas ucapan itu tadi.. UCAPAN PERASMIAN Kalau puan pikat kenari Jangan patahkan batang jerami Kepada puan salam diberi Mohon rasmikan majlis kami Hadirin hadirat sekalian, Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan ucapan perasmian…. Oleh itu, majlis dengan sukacita dan hormatnya menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Mohd Faiz Bin Rohani ….. Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kluang..untuk tampil memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Perujian Tilawah Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 2 Daerah Kluang bagi tahun 2024 Masihi bersamaan 1445 Hijriah….. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Faiz Bin Rohani … Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kluang..atas ucapan perasmian itu tadi.
6 | P a g e 6 | M T Q Z O N 2 PERSEMBAHAN Majlis pada pagi ini akan diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah…………………….Ayat…………………. yang akan dibacakan oleh Adik………………………………………………………………….………….dari Sekolah Agama…………………………………………. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan….. Terima kasih kepada Adik……………………………………………..atas bacaan ayatayat suci Al-Quran itu tadi. KEPUTUSAN & PENYAMPAIAN HADIAH Berkebaya batik bewarna merah , Di serikan dengan permata berlian , Tibalah masa penyampaian hadiah, Penerima teruja menerima anugerah Sidang hadirin hadirat sekalian.. Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan…. Pengisytiharan Keputusan dan Penyampaian Hadiah kepada peserta perujian Tilawah Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 2 Daerah Kluang bagi tahun 2024 Masihi bersamaan 1445Hijriah. Sukacita ingin dimaklumkan bahawa hadiah-hadiah yang bakal diterima oleh pemenang adalah : Johan :Pihak sekolah akan menerima sebuah Piala Johan ,manakala peserta akan menerima sebuah piala, wang tunai, baju dan sijil penyertaan. Naib Johan : Peserta akan menerima piala, wang tunai, baju dan sijil penyertaan Tempat ketiga : Peserta akan menerima piala, wang tunai dan sijil penyertaan.
7 | P a g e 7 | M T Q Z O N 2 Sehubungan dengan itu..Perhatian kepada peserta yang mendapat hadiah Johan agar dapat diiringi oleh Guru Besar dan Guru Penolong Ko-kurikulum. SLOT 1 Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan …… Yang Berhormat Brigedier Jeneral Dato' Mohamad Suria bin Mohamad Saad Panglima 7 Briged Kem Mahkota Di iringi oleh , Ustaz Baharuddin Bin Jafaar Pengerusi Persatuan Guru Agama Zon 2 Daerah Kluang untuk menyempurnakan penyampaian hadiah…dipersilakan ##BAGI ACARA ( 1 ) HINGGA ( 10 ) Berikut diumumkan keputusan Perujian Tilawah Al Quran bagi acara_______________ Tempat Ketiga… disandang oleh adik __________ dari Sekolah Agama _______ dengan markahnya ___________ Naib Johan….. disandang oleh adik __________ dari Sekolah Agama ________ dengan markahnya ___________ Johan….. disandang oleh adik __________ dari Sekolah Agama __________ dengan markahnya ___________ Majlis diteruskan dengan mempersilakan Ustaz Baharuddin Bin Jafaar Pengerusi Persatuan Guru Agama Zon 2 Daerah Kluang untuk menyampaikan cenderahati tanda penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Brigedier Jeneral Dato' Mohamad Suria bin Mohamad Saad , Panglima 7 Briged Kem Mahkota Kluang atas kesudian hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan Yang Berhormat Brigedier Jeneral Dato' Mohamad Suria bin Mohamad Saad , Panglima 7 Briged Kem Mahkota Kluang Di iringi oleh , Ustaz Baharuddin Bin Jafaar Pengerusi Persatuan Guru Agama Zon 2 Daerah Kluang untuk mengambil tempat semula.
8 | P a g e 8 | M T Q Z O N 2 SLOT 2 Hadirin Hadirat sekalian…. Majlis Pengistiharan Keputusan dan penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan menjemput Tuan Haji Mohd Faiz Bin Rohani Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kluang.. di iringi oleh , Ustaz Baharuddin Bin Jafaar Pengerusi Persatuan Guru Agama Zon 2 Daerah Kluang untuk menyempurnakan penyampaian hadiah…dipersilakan… ##BAGI ACARA ( 11 ) HINGGA ( 20 ) Berikut diumumkan keputusan Perujian Tilawah Al Quran bagi acara_____________ Tempat Ketiga… disandang oleh adik __________ dari Sekolah Agama _______ dengan markahnya ___________ Naib Johan….. disandang oleh adik __________ dari Sekolah Agama ________ dengan markahnya ___________ Johan….. disandang oleh adik __________ dari Sekolah Agama __________ dengan markahnya ___________ Hadirin hadirat sekalian... majlis diterusnya lagi dengan mengumumkan….. Johan Keseluruhan Perujian Tilawah Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 2 Daerah Kluang bagi tahun 2024 Masihi bersamaan 1443 Hijriah. Tempat Ketiga …Disandang oleh Sekolah Agama _______ dengan markahnya ____ Naib Johan …Disandang oleh Sekolah Agama ______ dengan markahnya _____ Johan …Disandang oleh Sekolah Agama _______ dengan markahnya _____
9 | P a g e 9 | M T Q Z O N 2 ( Cenderahati 4 orang penerima ) Majlis diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati tanda terima kasih dan penghargaan atas kehadiran di Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 2 Daerah Kluang pada hari ini…. Dipersilakan…………….. untuk menerima cenderahati… Kolonel TS Ainol Huda Bin Abd Manap Komandan Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat Kem Mahkota Mejar Muhammad Hafeez bin Yusop Pegawai Pemerintah 8 Skuardron Kem Mahkota Mejar Zulkifly Bin Bahtiar Pegawai Logistik Markas Staff Stesen Merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Kem Mahkota Ustazah Hajah Radziah Binti Ahmad Kamal Guru Besar Sekolah Agama Kem Mahkota Kluang ( Sijil Penyertaan Sekolah ) Acara pada hari ini diteruskan lagi dengan Penyampaian Siji Penyertaan Sekolah Dalam Perujian Tilawah Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 2 Daerah Kluang… (Ikut senarai nama dalam Buku Program 16 buah sekolah) Dipersilakan Ustaz/Ustazah ……………………..dari Sekolah Agama……………….. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Faiz Bin Rohani Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kluang..atas penyampaian hadiah dan cenderhati itu tadi …
10 | P a g e 10 | M T Q Z O N 2 Hadirin hadirat sekalian... Alhamdulilah dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 2 Daerah Kluang bagi tahun 2024 Masihi bersamaan 1445Hijriah. Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian semua tetamu yang hadir kerana dapat melapangkan masa menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 2 Daerah Kluang pada hari ini. Tidak lupa juga sekalung ucapan tahniah kepada para peserta perujian dan barisan guru yang telah berusaha sedaya upaya untuk meraih kejayaan pada hari ini. Pihak majlis juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, warga guru dan Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Kem Mahkota selaku Tuan Rumah Perujian Tilawah Al-Quran bagi Peringkat Zon 2 Daerah Kluang. Terima kasih juga kepada Pengerusi dan jawatankuasa Penyelaras Majlis Perujian yang turut menyumbang idea, tenaga, dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 2 Daerah Kluang kali ini. Kami bagi pihak majlis memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis pada hari ini. SLOT BERGAMBAR Sebelum Majlis melabuhkan tirainya.. Marilah kita bersama-sama membaca Tasbih Kafarah dan Surah Asr.. Makluman kepada hadirin sekalian…..Slot Bergambar tanda kenangan akan berlangsung sebelum kita meninggalkan dewan…
11 | P a g e 11 | M T Q Z O N 2 Majlis dengan sukacita menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Brigedier Jeneral Dato' Mohamad Suria bin Mohamad Saad Panglima 7 Briged Kem Mahkota dan Tuan Haji Mohd Faiz Bin Rohani Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kluang di iringi Ustaz Baharuddin Bin Jaafar Pengerusi Persatuan Guru Agama Zon 2 Daerah Kluang Serta Barisan Tetamu dan Guru Besar untuk naik ke pentas bagi sesi bergambar….dipersilakan.. Terima kasih atas sesi bergambar itu tadi… majlis dengan sukacita mempersilakan barisan Guru Besar untuk mengambil tempat di tempat makan yang telah disediakan. Majlis dengan berbesar hati juga, mempersilakan ….. Yang Berhormat Brigedier Jeneral Dato' Mohamad Suria bin Mohamad Saad.. Panglima 7 Briged Kem Mahkota dan Tuan Haji Mohd Faiz Bin Rohani, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Kluang, Di iringi Ustaz Baharuddin Bin Jaafar Pengerusi Persatuan Guru Agama Zon 2 Daerah Kluang dan semua tetamu untuk mengambil tempat di meja makan yang telah disediakan….dipersilakan…. Akhir kata..Semoga bertemu di lain masa dan ketika. Saya akhiri dengan lafaz wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.