PANDUAN DAN PERATURAN
PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN LATIHAN KEMAHIRAN
DI INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
(ILKBS) MALAYSIA
PANDUAN
PENGGUBALAN SOALAN PERSIJILAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
MALAYSIA
01 JULAI 2015
BIL PANDUAN DAN PERATURAN MUKASURAT
1.0 PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN
2.0 DI INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
3.0
4.0 (ILKBS) MALAYSIA
5.0 KANDUNGAN
6.0
7.0 PENDAHULUAN 3
8.0
9.0 SKOP PELAKSANAAN 3
10.0
11.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN 3–4
12.0
FORMAT PEMBANGUNAN SOALAN & MASA (KERJA KURSUS)
13.0
14.0 4(a) (KERJA KURSUS & PEPERIKSAAN AKHIR) BAGI SUBJEK UMUM 6–7
/ BINA INSAN
4(b) PANDUAN PENILAIAN PENGETAHUAN (JENIS-JENIS SOALAN 9 – 10
KERJA KURSUS) BAGI SUBJEK TEKNIKAL ( JPK , ST, JKKP )
FORMAT PEMBANGUNAN SOALAN & MASA (PEPERIKSAAN AKHIR) 11-12
( TIDAK TERPAKAI BAGI PROGRAM ST SEMESTER AKHIR )
FORMAT PEMBANGUNAN SOALAN ST 14-15
ARAHAN WAJIB (KATEGORI SOALAN) 16
BILANGAN SOALAN MENGIKUT ARAS KESUKARAN 17
FORMAT PERINCIAN PEMBAHAGIAN SOALAN 17
TURUTAN BILANGAN NOMBOR SOALAN 18 – 19
TAKSONOMI BLOOM (ARAS KEMAHIRAN DAN KATA TUGAS) 20 – 21
FORMAT SOALAN/ITEM DAN JAWAPAN 23-26
CONTOH PERBEZAAN ARAS KESUKARAN SOALAN
CONTOH JENIS SOALAN
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 37
TARIKH BERKUATKUASA 37
LAMPIRAN ‘A’ – SENARAI NAMA JADUAL 38
LAMPIRAN ‘B’ - BORANG AKTA RAHSIA RASMI 1972 38
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 2 / 39
1.0 PENDAHULUAN
1.1 TUJUAN
Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi rujukan kepada penggubal soalan/item
penilaian kerja kursus dan peperiksaan akhir di ILKBS bagi Persijilan Kementerian Belia
dan Sukan.
1.2 OBJEKTIF
1.2.1 Memastikan penggubal yang terlibat dalam penggubalan soalan penilaian kerja
kursus dan peperiksaan akhir, faham dan jelas dalam membangunkan
1.2.2 soalan/item.
1.2.3 Memastikan soalan/item penilaian dan peperiksaan akhir berkualiti, teratur dan
seragam.
Menjadikan sistem penilaian dan peperiksaan mencapai piawaian yang ditetapkan
oleh badan persijilan.
2.0 SKOP PELAKSANAAN
Pelaksanaan panduan ini adalah wajib kepada semua pengajar dan penggubal yang
membangunkan soalan/item penilaian dan peperiksaan akhir Persijilan Kementerian Belia dan
Sukan Malaysia;
Suruhanjaya Tenaga (ST)
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Subjek Umum ( Teknikal / Non Teknikal / Bina Insan )
3.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan penetapan Dominasi Soalan bagi Penilaian Kerja
Kursus dan Peperiksaan Akhir Persijilan CGPA. Taksonomi Bloom digunakan sebagai asas rujukan
bagi merangka JSU yang bersesuaian dengan Persijilan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
3.1 PANDUAN ARAS KESUKARAN
Senang @ Rendah : Soalan pengetahuan
Sederhana : Soalan kefahaman, aplikasi
Sukar @ Tinggi : Soalan aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
JADUAL ‘A1’
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN SECARA KESELURUHAN
KOMBINASI ARAS KEMAHIRAN DOMINASI SOALAN
SENANG @ RENDAH SEDERHANA SUKAR @ TINGGI SENANG @ RENDAH
SEDERHANA
50% 30% 20%
SUKAR @ TINGGI
30% 40% 30%
20% 30% 50%
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 3 / 39
JADUAL ‘A2’
PERSIJILAN KBS (JPK/JKKP)
PERSIJILAN KBS JPK / JKKP DOMINASI SOALAN
SENANG @ RENDAH
SIJIL TEKNOLOGI TAHAP 1/ ASAS
TAHAP 2 / SEDERHANA
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI SUKAR @ TINGGI
DIPLOMA TEKNOLOGI PERTENGAHAN SUKAR @ TINGGI
TAHAP 3 / TERTINGGI SUKAR @ TINGGI
DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI
TAHAP 4
TAHAP 5
JADUAL ‘A3’
PERSIJILAN KBS (SURUHANJAYA TENAGA – PENDAWAI ELEKTRIK)
PERSIJILAN KBS PENDAWAI DOMINASI SOALAN
SIJIL TEKNOLOGI PW2 SENANG @ RENDAH
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI PW4
DIPLOMA TEKNOLOGI SEDERHANA
DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI
TIDAK BERKENAAN
JADUAL ‘A4’
PERSIJILAN KBS (SURUHANJAYA TENAGA – PENJAGA JENTERA)
PERSIJILAN KBS PENJAGA JENTERA DOMINASI SOALAN
SIJIL TEKNOLOGI
DIPLOMA TEKNOLOGI TIDAK BERKENAAN
DIPLOMA TEKNOLOGI
A0 & A1 SUKAR @ TINGGI
A4
DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI TIDAK BERKENAAN
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 4 / 39
PERSIJILAN KBS-
SUBJEK UMUM /
BINA INSAN
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 5 / 39
4.0 FORMAT PEMBANGUNAN SOALAN & MASA
4(a) (KERJA KURSUS & PEPERIKSAAN AKHIR) BAGI SUBJEK UMUM / BINA INSAN
4(a).1 Format pembangunan soalan Kerja Kursus bagi Subjek Umum/Bina Insan bagi semua
program persijilan hendaklah merujuk kepada jadual berikut:
4(a).1.1 Jadual B1
4(a).1.2 Jadual B2
4(a).1.3 Jadual B3
4(a).2 Soalan hendaklah akur dan memenuhi topik/silibus serta aras kemahiran yang
ditetapkan.
JADUAL ‘B1’
FORMAT PENILAIAN KERJA KURSUS (SUBJEK UMUM/BINA INSAN DAN SUBJEK UMUM
TEKNIKAL) BAGI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI , SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI, DIPLOMA
TEKNOLOGI & DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI
I. KUIZ
Jenis Soalan : Aneka Pilihan, Isi Tempat Kosong, Padanan, Label,
Penggunaan Betul /Salah, Jawapan Pendek
Bilangan Soalan
Bilangan Kuiz : Pilihan mana-mana jenis soalan/gabungan
Masa : 3-5 soalan
: Minimum 3 kali / subjek
: 10-15 minit
II. UJIAN TEORI : Aneka Pilihan, Isi Tempat Kosong, Padanan, Label,
Jenis Soalan
Jawapan Pendek
Penggunaan : Sekurang-kurangnya menggunakan 3 jenis soalan
Bilangan Soalan : 25 soalan
Bilangan Ujian : Minimum 2 kali / subjek
Masa : 30 – 60 minit
III. TUGASAN / KERJA LAPANGAN/PRAKTIKAL/ *AMALI KAWAD
Bentuk Penilaian : Kajian kes, penyelesaian masalah, penilaian amali kawad, penyelidikan,
pembangunan projek ringkas, kaji-selidik dll.
Bentuk pelaporan : Bentuk esei / slide presentation / pelaporan/ buku log dan lain-lain
Skema/Kriteria : Hendaklah ditetapkan dan disediakan oleh tenaga pengajar
Pelaksanaan : Secara individu atau berkumpulan( 2-3 orang )
Bilangan penilaian : Sekurang-kurangnya SATU(1) kali per subjek bagi mana-mana bentuk
penilaian yang dipilih
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 6 / 39
JADUAL ‘B2’
STRUKTUR SET SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEK UMUM/BINA INSAN DAN SUBJEK
UMUM TEKNIKAL) BAGI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI & SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI
PERKARA PERINCIAN
SOALAN OBJEKTIF Jenis soalan aneka pilihan
Jumlah soalan = 40
Jawab semua soalan
Satu soalan membawa 1 markah
Tempoh menjawab 1 soalan ialah 1½ minit
KESELURUHAN
I. Markah minimum lulus = Rujuk Panduan yang berkuatkuasa.
II. Markah penuh = Rujuk Panduan yang berkuatkuasa.
III. Masa keseluruhan = ( 1 Jam 15 minit bagi Subjek Umum
IV. Format Kertas Soalan Teknikal ). Lain-lain subjek 60 minit.
= Merujuk kepada panduan Format Kertas Soalan yang
berkuatkuasa
JADUAL ‘B3’
STRUKTUR SET SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEK UMUM/BINA INSAN
DAN SUBJEK UMUM TEKNIKAL) BAGI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI &
DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI
PERKARA PERINCIAN
Bahagian A Jenis soalan aneka pilihan
SOALAN OBJEKTIF Jumlah soalan = 30
Jawab semua soalan
(30 markah) Satu soalan membawa 1 markah
Tempoh menjawab 1 soalan ialah 1½ minit
Bahagian B Jumlah soalan = 2
SOALAN SUBJEKTIF Jawab semua soalan
Satu soalan membawa 10 markah
(20 markah) Tempoh menjawab 1 soalan ialah 15 minit
KESELURUHAN
I. Markah minimum lulus = Rujuk Panduan yang berkuatkuasa.
II. Markah penuh = Rujuk Panduan yang berkuatkuasa.
III. Masa keseluruhan = 1 jam 15 minit
IV. Format Kertas Soalan = Merujuk kepada panduan Format Kertas Soalan yang
berkuatkuasa
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 7 / 39
PERSIJILAN JPK
ST, dan
JKKP
(TEKNIKAL)
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 8 / 39
4(b) PANDUAN PENILAIAN PENGETAHUAN (JENIS-JENIS SOALAN KERJA KURSUS)
BAGI SUBJEK TEKNIKAL ( JPK , ST, JKKP )
4(b).1 Format pembangunan soalan Kerja Kursus bagi Subjek teknikal bagi semua
peringkat program hendaklah merujuk kepada jadual berikut:
4(b).1.1 Jadual ‘C1’
4(b).1.2 Jadual ‘C2’
4(b).1.3 Jadual ‘C3’
4(b).1.4 Jadual ‘C4’
4(b).1.5 Jadual ‘D’
JADUAL ‘C1’
PANDUAN PENILAIAN PENGETAHUAN/UJIAN (SUBJEK TEKNIKAL)
BAGI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI
Masa: 1 jam 15 minit
BAHAGIAN JENIS@BENTUK SOALAN BILANGAN SOALAN MARKAH
A Aneka Pilihan 10 soalan 20 markah
B 10 soalan 20 markah
C Isi Tempat Kosong 10 soalan 20 markah
D Padanan / Label 10 soalan 20 markah
E Betul atau Salah 4 soalan 20 markah
Jawapan Pendek 100 MARKAH
44 SOALAN
JUMLAH
JADUAL ‘C2’
PANDUAN PENILAIAN PENGETAHUAN/UJIAN (SUBJEK TEKNIKAL)
BAGI PROGRAM SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI
Masa: 2 jam
BAHAGIAN JENIS@BENTUK SOALAN BILANGAN SOALAN MARKAH
A Aneka Pilihan 20 soalan 20 markah
B Padanan 10 soalan 20 markah
C 5 soalan 20 markah
D Jawapan Pendek 4 soalan 20 markah
E Esei 20 markah
2 soalan (pilih 1 sahaja) 100 MARKAH
Kajian Kes 41 SOALAN
JUMLAH
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 9 / 39
JADUAL ‘C3’
PANDUAN PENILAIAN PENGETAHUAN/UJIAN(SUBJEK TEKNIKAL)
BAGI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI
Masa: 2 jam 30 minit
BAHAGIAN JENIS@BENTUK SOALAN BILANGAN SOALAN MARKAH
A Aneka Pilihan 10 soalan 20 markah
B Jawapan Pendek 5 soalan 20 markah
C Esei 2 soalan 20 markah
D Kajian Kes 4 soalan (pilih 2 sahaja) 40 markah
JUMLAH 21 SOALAN 100 MARKAH
JADUAL ‘C4’
PANDUAN PENILAIAN PENGETAHUAN (SUBJEK TEKNIKAL)
BAGI PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI
Masa: 3 jam
BAHAGIAN JENIS@BENTUK SOALAN BILANGAN SOALAN MARKAH
A Aneka Pilihan 10 soalan 10 markah
B Esei 5 soalan (pilih 3 sahaja) 30 markah
C Kajian Kes 6 soalan (pilih 4 sahaja) 60 markah
JUMLAH 21 SOALAN 100 MARKAH
JADUAL ‘D’
PANDUAN PENILAIAN PRESTASI (STRUKTUR SET SOALAN KERJA KURSUS)
BAGI SUBJEK TEKNIKAL PERSIJILAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KRITERIA PEMARKAHAN CATATAN
PROSES KERJA 20% / 60% BERGANTUNG KEPADA KURSUS
HASIL KERJA 60% / 20%
10%
SIKAP 10%
KESELAMATAN
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 10 / 39
5.0 FORMAT PEMBANGUNAN SOALAN & MASA (PEPERIKSAAN AKHIR TEKNIKAL)
( TIDAK TERPAKAI BAGI PROGRAM ST SEMESTER AKHIR )
5.1 Format pembangunan soalan Peperiksaan Akhir bagi Subjek Teknikal hendaklah merujuk
kepada jadual berikut:
5.1.1 Jadual ‘E’
5.1.2 Jadual ‘F’
5.1.3 Jadual ‘G’
5.2 Soalan hendaklah akur dan memenuhi topik/silibus serta aras kemahiran yang
ditetapkan.
JADUAL ‘E’
FORMAT PECAHAN SOALAN & MASA PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEK TEKNIKAL)
MENGIKUT KREDIT BAGI SEMUA PROGRAM KECUALI DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI
KREDIT 1 2 3 4 * Sehingga
BILANGAN SOALAN 10 15 20 25 4 kredit sahaja
I. TEORI ( OBJEKTIF )
Bilangan soalan bergantung kepada kredit
Bertambah 1 kredit, ditambah 5 soalan
Jumlah soalan dalam 1 kertas TERHAD kepada 60 soalan sahaja
Tempoh menjawab 1 soalan ± 1½ minit
Hanya jenis atau bentuk soalan Aneka Pilihan sahaja
JUMLAH SOALAN DALAM 1 KERTAS TEMPOH MASA MENJAWAB
10 – 25 soalan 30 minit
30 – 35 soalan 45 minit
40 – 50 soalan 1 Jam
55 – 60 soalan 1 Jam 30 minit
II. AMALI AKHIR
Pelajar perlu menjawab 1 soalan sahaja
Masa di antara 2 – 6 jam (bergantung kepada projek/kriteria pemarkahan)
Penggubal digalakkan menggubal beberapa set soalan Amali Akhir.
IKBN boleh memohon kepada BPK beberapa set soalan Amali Akhir semasa peperiksaan nanti.
Pihak IKBN boleh memohon kepada BPK beberapa set soalan Amali Akhir sekiranya perlu bagi
memastikan pelaksanaan peperiksaan amali dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sekiranya lebih daripada dua set soalan Amali Akhir , pihak IKBN boleh membuat undian
kepada pelajar untuk laksanakan set soalan yang berkenaan.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 11 / 39
JADUAL ‘F’
STRUKTUR SET SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEK TEKNIKAL)
BAGI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI
BAHAGIAN A (OBJEKTIF) BAHAGIAN B (SUBJEKTIF)
Setiap subjek ada 2 soalan TANPA mengira mata kredit
Jawab semua soalan
Satu soalan membawa 5 markah
Tempoh menjawab 1 soalan ialah 5 minit
OBJEKTIF & AMALI AKHIR Jumlah masa dan soalan subjektif bergantung kepada bilangan
( RUJUK JADUAL E ) subjek dalam kertas berkenaan. Contoh:
Kertas 1 mengandungi 2 subjek
DED 4512; bilangan soalan = 2
DED 4523; bilangan soalan = 2
Jumlah soalan = 4 Masa = 20 minit
KESELURUHAN
I. Maksimum 2 subjek dalam 1 kertas
II. Keseluruhan jumlah soalan dan kertas bergantung kepada bilangan subjek yang ditawarkan
pada semester berkenaan
III. Masa keseluruhan bagi kertas berkenaan ialah MASA BAHAGIAN ‘A’ + MASA BAHAGIAN ‘B’
JADUAL ‘G’
STRUKTUR SET SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEK TEKNIKAL)
BAGI PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI
BAHAGIAN A (OBJEKTIF) BAHAGIAN B (SUBJEKTIF)
Setiap subjek ada 20 soalan TANPA mengira Setiap subjek ada 2 soalan TANPA mengira
mata kredit mata kredit
Jawab semua soalan Jawab semua soalan
Satu soalan membawa 1 markah Satu soalan membawa 10 markah
Tempoh menjawab 1 soalan ialah 1½ minit Tempoh menjawab 1 soalan ialah 10 minit
Jumlah masa dan soalan objektif bergantung Jumlah masa dan soalan subjektif bergantung
kepada bilangan subjek dalam kertas kepada bilangan subjek dalam kertas
berkenaan. Contoh: berkenaan. Contoh:
Kertas 1 mengandungi 2 subjek Kertas 2 mengandungi 1 subjek
DED 5813; bilangan soalan = 20
DED 5824; bilangan soalan = 20 DED 5831; bilangan soalan = 2
Jumlah soalan = 40 Jumlah soalan = 2
Jumlah masa = 1 Jam Jumlah masa = 20 minit
KESELURUHAN
I. Maksimum 2 subjek dalam 1 kertas
II. Keseluruhan jumlah soalan dan kertas bergantung kepada bilangan subjek yang ditawarkan
pada semester berkenaan
III. Masa keseluruhan bagi kertas berkenaan ialah MASA BAHAGIAN ‘A’ + MASA BAHAGIAN ‘B’
IV. Soalan Amali Akhir perlu merujuk kepada Jadual E.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 12 / 39
PERSIJILAN
SURUHANJAYA
TENAGA
( PEPERIKSAAN AKHIR ST )
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 13 / 39
6.0 FORMAT PEMBANGUNAN SOALAN ST ( PEPERIKSAAN AKHIR ST SAHAJA )
6.1 Format pembangunan soalan untuk peperiksaan akhir persijilan Suruhanjaya Tenaga
ialah seperti berikut:
6.1.1 Kertas 1 (30 soalan objektif)
6.1.2 Kertas 2 Bahagian A (5 soalan subjektif pendek)
6.1.3 Kertas 2 Bahagian B (3 soalan subjektif panjang)
JADUAL ‘J’
BILANGAN SOALAN BAGI SETIAP KATEGORI
BIL SUBJEK NOMBOR KATEGORI / BILANGAN SOALAN
KERTAS PW2 PW4 A0 A1 A4
1 AKTA DAN PERATURAN
KERTAS 1 5 3 3 3 3
a. Akta 447 KERTAS 2 - - - - -
b. Peraturan-peraturan elektrik 1994 BHG. A 1 1 1 1 1
c. MS IEC 60364
KERTAS 2
BHG. B
2 KESELAMATAN
a. Pertolongan cemas KERTAS 1 5 2222
b. Keselamatan diri KERTAS 2 - ----
c. Keselamatan peralatan - ----
d. Keselamatan persekitaran tempat BHG. A
KERTAS 2 10 10 6 4 3
kerja 4 4212
BHG. B 1 1- - -
3 TEKNIKAL 10 10 8 6 3
KERTAS 1
TEORI PEMASANGAN KERTAS 2 4 4212
a. Pendawaian
b. Pengujian BHG. A - - @1 @1 @1
3.1 c. Perlindungan KERTAS 2
d. Pembumian
e. Kabel BHG. B
f. Faktor kepelbagaian
KERTAS 1
TEORI TEKNOLOGI
a. Kemagnetan KERTAS 2
b. Bateri BHG. A
c. Pengubah
d. Motor KERTAS 2
3.2 e. Litar-litar elektrik (Fundamental) BHG. B
f. Pengiraan
g. Hukum ohm
h. Faktor kuasa
i. Pengukuran dan pengujian
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 14 / 39
BIL SUBJEK NOMBOR KATEGORI / BILANGAN SOALAN
KERTAS PW2 PW4 A0 A1 A4
TALIAN AERIAL VOLTAN RENDAH KERTAS 1 - - - 51
a. Umbang
b. Tiang dan penyokong KERTAS 2 - - -2-
c. Kabel dan pengalir BHG. A
3.3 d. Lampu jalan - - - @1 -
e. Perlindungan KERTAS 2
f. Aksesori BHG. B - 2322
g. Simpai - - 22 -
h. Pelbagai KERTAS 1 - - @1 @1 -
KERTAS 2 - - - -7
KABEL BAWAH TANAH - - - -2
BHG. A - - - - @1
a. Jenis-jenis KERTAS 2 - - - -7
b. Peparitan - - - -2
3.4 c. Perlindungan BHG. B - - - - @1
- 2772
d. Sambungan dan tamatan KERTAS 1 - - 22 -
e. Pengujian - - @1 @1 -
KERTAS 2 - 111 -
PENGGERAK UTAMA (ENJIN) BHG. A - ----
a. Gavenor - ----
b. Filter KERTAS 2 30 30 30 30 30
3.5 c. AMF Board / Change Over Switch BHG. B 8 8888
d. Sistem penyejuk 2 2222
e. Bateri KERTAS 1
f. Minyak pelincir KERTAS 2
PENGULANG ALIK (ALTERNATOR) BHG. A
a. Penerus (Rectifier) KERTAS 2
b. AVR
3.6 c. Sistem penyegerakkan BHG. B
d. Perlindungan KERTAS 1
e. Geganti
KERTAS 2
PAPAN SUIS UTAMA BHG. A
a. Busbar
b. Pengubah arus KERTAS 2
3.7 c. Pemutus litar BHG. B
d. Geganti
e. Pengganding palang bus (Busbar KERTAS 1
KERTAS 2
Coupler)
BHG. A
PENDINGIN HAWA (AIRCOND) KERTAS 2
a. Jenis
b. Gas BHG. B
3.8 c. Pemula KERTAS 1
KERTAS 2
d. Bahagian
e. Senggaraan BHG. A
KERTAS 2
JUMLAH
BHG. B
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 15 / 39
7.0 ARAHAN WAJIB (KATEGORI SOALAN)
7.1 Bagi kategori A0, soalan Papan Suis Utama adalah soalan WAJIB dan dua (2) soalan
selebihnya dipilih sama ada:
7.1.1 Akta dan Peraturan, atau
7.1.2 Teori Teknologi, atau
7.1.3 Kabel Bawah Tanah
7.2 Bagi kategori A1, soalan Talian Aerial Voltan Rendah adalah soalan WAJIB dan dua
(2) soalan selebihnya dipilih sama ada:
7.2.1 Akta dan Peraturan, atau
7.2.2 Teori Teknologi, atau
7.2.3 Kabel Bawah Tanah, atau
7.2.4 Papan Suis Utama.
7.3 Bagi kategori A4, soalan Pengulangalik (Alternator) adalah soalan WAJIB dan dua
(2) soalan selebihnya dipilih sama ada:
7.3.1 Akta dan Peraturan, atau
7.3.2 Teori Teknologi, atau
7.3.3 Penggerak Utama.
8.0 BILANGAN SOALAN MENGIKUT ARAS KESUKARAN
PERSIJILAN PENDAWAI DOMINASI BILANGAN SOALAN
KBS ELEKTRIK SOALAN SENANG@RENDAH SEDERHANA SUKAR@TINGGI
SIJIL PW2 SENANG @ 15 96
TEKNOLOGI PW4 RENDAH 9 12 9
SIJIL SEDERHANA
LANJUTAN
TEKNOLOGI
PERSIJILAN PENJAGA DOMINASI BILANGAN SOALAN
KBS
JENTERA SOALAN SENANG@RENDAH SEDERHANA SUKAR@TINGGI
DIPLOMA A0 & A1 SUKAR @ 6 9 15
TEKNOLOGI TINGGI
DIPLOMA A4 SUKAR @ 6 9 15
TEKNOLOGI TINGGI
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 16 / 39
9.0 FORMAT PERINCIAN PEMBAHAGIAN SOALAN
9.1 PENDAWAI ELEKTRIK
PW2 PW4
SUBJEK KERTAS KERTAS 2 KERTAS KERTAS 2
1 Bahagian A Bahagian B 1 Bahagian A Bahagian B
AKTA & PERATURAN 5 - 13 - 1
KESELAMATAN 5 - -2- -
TEKNIKAL 20 8 1 25 8 1
JUMLAH 30 8 2 30 8 2
9.2 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
A0 A1 A4
SUBJEK KERTAS KERTAS 2 KERTAS KERTAS 2 KERTAS KERTAS 2
1 Bhg. Bhg. 1 Bhg. Bhg. 1 Bhg. Bhg.
3
AB AB AB
-1
AKTA & PERATURAN 3 -1 3 -1
KESELAMATAN 2 - - 2 - - 2 - -
TEKNIKAL 25 8 1 25 8 1 25 8 1
JUMLAH 30 8 2 30 8 2 30 8 2
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 17 / 39
10.0 TURUTAN BILANGAN NOMBOR SOALAN
JADUAL ‘K’
TURUTAN BILANGAN NOMBOR SOALAN OBJEKTIF KERTAS 1
NOMBOR PW2 PW4 KATEGORI A1 A4
SOALAN AK AK A0 AK AK
AK AK AK AK AK
1 AK AK AK AK AK
2 AK KS AK KS KS
3 AK KS KS KS KS
4 KS TP KS TP TP
5 KS TP TP TP TP
6 KS TP TP TP TP
7 KS TP TP TP TT
8 KS TP TP TT TT
9 TP TP TP TT TT
10 TP TP TP TT TAVR
11 TP TP TT TT KBT
12 TP TP TT TT KBT
13 TP TP TT TT PM
14 TP TT TT TAVR PM
15 TP TT TT TAVR PM
16 TP TT TT TAVR PM
17 TP TT TT TAVR PM
18 TP TT TT TAVR PM
19 TT TT KBT KBT PM
20 TT TT KBT KBT ALT
21 TT TT KBT PSU ALT
22 TT TT PSU PSU ALT
23 TT TT PSU PSU ALT
24 TT KBT PSU PSU ALT
25 TT KBT PSU PSU ALT
26 TT PSU PSU PSU ALT
27 TT PSU PSU PSU PSU
28 TT PPU PSU PPU PSU
29 PPU
30
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 18 / 39
JADUAL ‘L’
TURUTAN BILANGAN NOMBOR SOALAN SUBJEKTIF KERTAS 2
SOALAN / NOMBOR PW2 PW4 KATEGORI A1 A4
BAHAGIAN TP TP A0 TP TP
1 TP TP TP TT TP
SOALAN 2 TP TP TP TAVR TT
SUBJEKTIF 3 TP TP TT TAVR TT
4 TT TT TT PSU PM
PENDEK 5 TT TT KBT PSU PM
(Bahagian A) 6 TT TT KBT KBT ALT
7 TT TT PSU KBT ALT
SOALAN 8 AK AK PSU AK AK
SUBJEKTIF 1 AK
PANJANG TP TP
(Bahagian B) 2 PSU / KBT TAVR/ KBT ALT / TT /
/ TT / TT / PSU PM
AK SINGKATAN NAMA
KS AKTA DAN PERATURAN
TP KESELAMATAN
TT TEORI PEMASANGAN
TAVR TEORI TEKNOLOGI
KBT TALIAN AERIAL VOLTAN RENDAH
PM KABEL BAWAH TANAH
ALT PENGGERAK UTAMA (ENJIN)
PSU PENGULANG ALIK (ALTERNATOR)
PPU PAPAN SUIS UTAMA
PENDINGIN HAWA (AIRCOND)
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 19 / 39
11.0 TAKSONOMI BLOOM (ARAS KEMAHIRAN DAN KATA TUGAS)
ARAS & DESKRIPSI KATA TUGAS KEHENDAK CONTOH
KEMAHIRAN SOALAN
Takrifkan Meluahkan semula (1) Apakah /
(1) Pengetahuan : Nyatakan maklumat. Senaraikan /
Kebolehan kognitif untuk Labelkan Nyatakan /
mengingat semula atau Padankan Proses mengingat Tulis Semula
mengenal pasti elemen Pilihkan kembali jenis pakaian
spesifik yang terdapat dalam Senaraikan fakta/pemerhatian/ keselamatan yang
kandungan sesuatu maklumat Rekodkan prosedur/idea/takrif. digunakan oleh
yang dipelajari. Tulis Semula pekerja kimpalan
Isikan Proses menulis balik di bengkel anda.
* Aras Kesukaran : Berikan ingatan tentang
SENANG @ RENDAH sesuatu perkara.
(2) Kefahaman : Jelaskan
Kebolehan kognitif yang Terangkan Menunjukkan (2) Mengapakah /
melibatkan penggunaan Bezakan pemahaman tentang Jelaskan /
pengetahuan tanpa situasi Anggarkan maklumat. Terangkan /
baru dan tidak memerlukan Huraikan Huraikan
atau memperlihatkan tentang Berikan Contoh Menjelaskan idea penggunaan
implikasi terhadap pengetahuan Tulis Semula daripada satu bentuk pakaian
tersebut. Rumuskan komunikasi kepada keselamatan
Bincangkan satu bentuk yang lain; penting kepada
* Aras Kesukaran : Laporkan idea dijelaskan secara pekerja kimpalan
SEDERHANA Kumpulkan terus. di bengkel anda.
Mentafsirkan idea yang
tersirat pada
komunikasi asal kepada
bentuk lain.
Ekstrapolasi yang
melibatkan kebolehan
membuat pentafsiran
melangkau maklumat
yang terdapat dalam
komunikasi seperti
membuat ramalan,
inferensi dan anggaran.
(3) Aplikasi : Tunjukkan Menggunakan (3) Tunjukkan
Kebolehan kognitif yang Kirakan maklumat untuk kaedah dalam
menggunakan prinsip dan Jalankan menyelesaikan melaksanakan
generalisasi pada satu Sediakan persoalan/isu. peraturan
masalah dan situasi baru. Kaitkan penggunaan
Masalah dan situasi itu hampir Selesaikan Menggunakan pakaian
atau sebahagiannya baru Gunakan maklumat untuk keselamatan bagi
kepada pelajar. Ilustrasikan menyelesaikan pekerja kimpalan
Ukurkan masalah. di bengkel anda.
* Aras Kesukaran : Susunkan
SUKAR @ TINGGI Lukiskan
Lakarkan
Tentukan
Kelaskan
Binakan
Hasilkan
Ubahsuai
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 20 / 39
(4) Analisis : Kesan Dapat membezakan (4) Didapati ramai
Kebolehan kognitif untuk Kenal Pasti sesuatu, perincian atau pekerja kimpalan
memisahkan sesuatu set Bezakan memecahkan sesuatu di bengkel anda
komunikasi kepada elemen- Bandingkan kepada komponen- tidak mematuhi
elemen sehingga suatu bentuk Kategorikan komponen yang lebih penggunaan
pertalian antara elemen-elemen Analisakan kecil secara khusus dan pakaian
itu dapat dilihat dengan jelas. Bincangkan mengaitkan komponen- keselamatan. Buat
Buktikan komponen itu antara kajian dan
* Aras Kesukaran : Kemukakan satu dengan yang lain. kemukakan / kenal
SUKAR @ TINGGI Cadangkan pasti punca yang
Ramalkan menyebabkan
Kesimpulannya berlakunya
masalah
berkenaan.
(5) Sintesis : Menyatukan Mengkaji bahagian- (5) Didapati ramai
Kebolehan kognitif yang Ciptakan bahagian atau
menggabungkan elemen- Terangkan komponen-komponen pekerja kimpalan
elemen untuk membentuk Huraikan dalam sesuatu perkara di bengkel anda
suatu set komunikasi. Bentukkan dan kemudian tidak mematuhi
Susun Semula menyepadukan, penggunaan
* Aras Kesukaran : Rancangkan mencantumkan, pakaian
SUKAR @ TINGGI Tulis Semula menggabung jalinkan keselamatan.
Rumuskan semula bahagian- Kajian telah
Rekabentukkan bahagian itu untuk dilakukan, didapati
Hasilkan membentuk sesuatu punca utama
yang baru. adalah
Formula ketidakselesaan
semasa
Strukturkan menggunakannya.
Kisahkan Dengan merujuk
Perkukuhkan data kajian dan
Rundingkan punca utama,
Gabung huraikan kaedah
yang sesuai untuk
Jalinkan mengatasi
masalah
Kategorikan berkenaan.
(6) Penilaian : Kritik Menilai sesuatu perkara (6) Rekabentuk
Kebolehan kognitif yang paling Justifikasikan (melibatkan pakaian
tinggi untuk membuat Tafsirkan pertimbangan). keselamatan yang
pertimbangan dengan Ulaskan baru bagi pekerja
menggunakan kaedah dan Gredkan Melihat sesuatu dengan kimpalan di
kriteria yang piawai untuk Nilai menggunakan bengkel anda telah
menentukan kesesuaian, Rumuskan pemikiran yang objektif dilaksanakan
ketepatan, kecekapan, Terjemahkan dan logis, iaitu selama dua tahun.
keberkesanan tentang sesuatu Kaitkan menggunkan kriteria Anda dikehendaki
nilai, makna, pendapat, untuk mengulas dan
penyelesaian, prosedur, produk menilai/membuat menilai
dan lain-lain. pertimbangan. keberkesanan
rekabentuk
* Aras Kesukaran : pakaian
SUKAR @ TINGGI berkenaan.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 21 / 39
RUJUKAN
FORMAT
SOALAN/ITEM
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 22 / 39
12.0 FORMAT SOALAN/ITEM DAN JAWAPAN
Syarat-syarat am/umum yang MESTI dipatuhi semasa membangunkan soalan adalah seperti
berikut:
12.1 Tulisan (Font) : Tahoma
12.2 Saiz Tulisan : 11
12.3 Format Mukasurat (Page Setup)
11.3.1 Margins (Top, Bottom, Left, Right)
11.3.2 Saiz Kertas = 1 inci
11.3.3 Layout (Header and Footer) = A4
= 0.5” dan 0.3”
12.4 Perenggan (Paragraph) = Justify
11.4.1 Text Alignment = 1.5
11.4.2 Line Spacing = 0.5 inci
11.4.3 Default tab stops
12.5 Susunan/turutan jawapan mestilah bermula dari nilai terkecil hingga nilai terbesar
ataupun dari jawapan terpendek hingga jawapan terpanjang.
12.6 Selang 1 perenggan di antara satu soalan dan soalan berikutnya. (tekan ENTER sekali)
12.7 Set soalan dan jawapannya mestilah tamat di halaman yang sama.
12.8 Tanda soal hendaklah dirapatkan dengan perkataan terakhir soalan. (Siapakah?)
12.9 Selepas perkataan terakhir setiap jawapan, tanda noktah ‘.’ tidak perlu diletakkan.
12.10 Bagi soalan Aneka Pilihan, di sebelah kiri pilihan jawapan mestilah ditanda dengan
huruf besar berikut; A. – B. – C. – D.
12.11 Bagi soalan Kombinasi Jawapan Pilihan (Matrik), di sebelah kiri pilihan jawapan mestilah
ditanda dengan huruf besar nombor roman berikut; I. – II. – III. – IV.
12.12 Hanya empat (4) pilihan jawapan sahaja dibenarkan bagi soalan Aneka Pilihan/
Kombinasi Jawapan Pilihan (Matrik).
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 23 / 39
12(a) PENGENALAN PENILAIAN
Penilaian ialah satu proses menilai tahap pengetahuan dan kemahiran serta sikap kerja seseorang calon
yang mengikuti program latihan yang dilaksanakan di Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan.
12(b) KONSEP PEMBANGUNAN SOALAN
Terdapat empat (4) komponen soalan, iaitu:
i. Stimulus – rangsangan (jika perlu) yang berbentuk teks atau grafik bagi memberi gambaran
kepada situasi tugasan. Stimulus hendaklah berkait rapat dengan tugasan;
ii. Tugasan – pernyataan dalam bentuk arahan lengkap bagi mendapatkan respons kepada soalan.
Tugasan hendaklah boleh memberi respons yang dapat membezakan tahap keterampilan calon;
iii. Arahan – pernyataan yang menunjukkan bagaimana respons itu harus diberikan atau
disampaikan oleh calon. Arahan yang dimaksudkan adalah terdapat dalam kata tugas; dan
iv. Jawapan/Peraturan Skema Pemarkahan – panduan yang disediakan bagi menilai respons
yang diberikan oleh calon. Jawapan/Peraturan Skema Pemarkahan adalah bergantung kepada
jenis soalan yang digunakan, sama ada:
i. Soalan objektif: Pilihan jawapan yang betul; atau
ii. Soalan subjektif: Panduan (skema) yang disediakan untuk memberi markah kepada
respons calon.
CONTOH KOMPONEN SOALAN
Dalam satu litar elektrik, arus yang mengalir adalah 3A dan Stimulus
voltan bekalan adalah 12V.
Tugasan
Kirakan nilai rintangan litar tersebut. Distraktor
Distraktor
A. 2 arahan Jawapan
Distraktor
B. 3
C. 4
D. 8
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 24 / 39
CONTOH PERBEZAAN ARAS KESUKARAN SOALAN
Aras Kesukaran : Senang @ Rendah
13. Apakah yang dimaksudkan dengan balutan sejuk dalam program pelansingan?
A. Produk pelansingan yang menggunakan bahan kimia
B. Produk pelansingan yang menggunakan bahan pemanas
C. Produk pelansingan yang tidak menggunakan bahan kimia
D. Produk pelansingan yang tidak menggunakan bahan pemanas
Aras Kesukaran : Sederhana
14. Balutan sejuk dan balutan panas adalah antara jenis-jenis balutan yang digunakan dalam
program pelansingan. Nyatakan perbezaan di antara dua (2) jenis balutan tersebut.
A. Balutan sejuk gunakan pembalut kain, balutan panas gunakan pembalut getah
B. Balutan sejuk gunakan pembalut getah, balutan panas gunakan pembalut kain
C. Balutan sejuk gunakan pembalut kain, balutan panas gunakan pembalut plastik
D. Balutan sejuk gunakan pembalut plastik, balutan panas gunakan pembalut kain
Aras Kesukaran : Sukar @ Tinggi
15. Susunkan mengikut langkah-langkah yang betul untuk melakukan balutan sejuk dalam program
pelansingan.
I. Sapu bahan pelansingan pada anggota yang perlu dirawat
II. Pilih bahagian anggota badan yang perlu dibuat pelansingan
III. Balutkan kain pembalut pada anggota badan yang perlu dirawat
IV. Biarkan masa proses rawatan sekitar 20 hingga 30 minit sebelum dibukakan pembalut
A. I, II, III, IV 15.1
B. II, I, III, IV
C. III, I, II, IV
D. IV, I, II, III
15.1 Sekiranya soalan atau item mempunyai kata tugas seperti susunkan, aturkan dll.
Gunakan nombor roman ( huruf besar ) sahaja dalam pilihan jawapan.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 25 / 39
CONTOH JENIS SOALAN
CONTOH SOALAN ANEKA PILIHAN
16. Berapakah jumlah kuasa bagi motor tiga (3) fasa 415 V, 50 Hz sekiranya arus motor berkadar
2 A dan faktor kuasa 0.8?
A. 1150 W Sila rujuk 16.2 16.3
B. 1992 W syarat-syarat
C. 2345 W
D. 9870 W am/umum
12.5
16.1
16.1 Gunakan unit/simbol sekiranya pilihan jawapan dalam bentuk nilai. Antara angka dan
unit/simbol mestilah direnggangkan. (tekan SPACEBAR sekali)
16.2 Nilai (unit/simbol digandingkan dengan angka) boleh dimasukkan dalam pernyataan
soalan. Contohnya 415 V, 50 Hz, 2 A dan sebagainya.
16.3 Semua pernyataan soalan mestilah menggunakan perkataan penuh seperti jumlah
kuasa, arus motor, faktor kuasa dan sebagainya.
Sila rujuk
syarat-syarat
am/umum
12.4.3
17. Apakah kegunaan rantai pemasaan (timing chain) di dalam enjin empat (4) lejang?
A. Menghantar kuasa ke camshaft 17.3
B. Menghantar kuasa enjin ke rocker arm
C. Menerima kuasa salingan piston untuk dihantar ke timing chain sproket
D. Menerima kuasa pusingan dari crankshaft untuk memusingkan camshaft
17.1 17.2 17.4
17.1 Tanda A. hingga D. mestilah sejajar dengan permulaan soalan.
17.2 Jawapan hendaklah bermula dengan huruf besar bagi soalan yang berakhir dengan
tanda soal ‘?’.
17.3 Istilah teknikal Bahasa Inggeris di dalam kurungan hendaklah ditegakkan.
17.4 Perkataan Bahasa Inggeris dalam jawapan hendaklah ditegakkan.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 26 / 39
18. Kenapakah perlu dibuat penyelenggaraan komputer? Sila rujuk
I. Menstabilkan komputer syarat-syarat
II. Meningkatkan kapasiti storan
III. Mengurangkan kerosakan kecil am/umum
IV. Memanjangkan hayat komputer 12.7 – 12.12
A. III sahaja 18.2
B. III dan IV sahaja 18.3
C. I, II dan IV sahaja 18.4
D. I, II, III dan IV
18.1 Sila rujuk
syarat-syarat
am/umum
12.4.3
18.1 Tanda I. hingga IV. mestilah lurus sebelah kiri (left indent). Ianya hendaklah sejajar
dengan permulaan soalan dan juga tanda A. hingga D.
18.2 Tekan ENTER sekali supaya selang 1 perenggan di antara pilihan jawapan I. hingga IV.
dan pilihan jawapan A. hingga D.
18.3 Jika hanya satu (1) jawapan betul, perkataan ‘sahaja’ ditambah pada jawapan.
Andainya dua (2) atau tiga (3) jawapan betul, perkataan ‘dan’ dimasukkan juga.
18.4 Jika semua jawapan betul, perkataan ‘sahaja’ tidak perlu ditambah pada jawapan.
“Menutup makanan yang telah atau belum dimasak.”
19.1 ATAU 19.2
Menutup makanan yang belum dimasak.
Menutup makanan yang telah dimasak.
19. Apakah jenis kain dapur yang menepati pernyataan di atas?
A. Kain kapas yang tebal
B. Kain kapas yang tahan panas
C. Kain kapas halus yang tenunannya padat
D. Kain kapas halus yang tenunannya longgar
19.1 Nombor soalan mestilah sebaris dengan permulaan soalan.
19.2 Semua pernyataan penting terletak di sebelah atas soalan, bahagian sisi kirinya
hendaklah sejajar dengan permulaan soalan. Jika satu (1) sahaja pernyataan penting,
gunakan pembuka dan penutup kata “…………” dan sekiranya lebih, gunakan bullet.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 27 / 39
20.1 20.2
20. Pernyataan berikut adalah tidak betul mengenai spam folder, kecuali ...
A. peti simpanan koleksi gambar peribadi
B. peti simpanan fail-fail yang telah dibaca 20.3 20.4
C. peti simpanan sisipan emel yang telah dibuang
D. peti simpanan semua emel yang tidak dikehendaki
20.1 Penekanan perkataan positif/negatif dalam pernyataan soalan hendaklah dihitamkan
(bold). Contohnya: benar, sesuai, salah, bukan, gagal, melainkan, kecuali dan
sebagainya. Soalan berbentuk negatif adalah tidak digalakkan.
20.2 Istilah teknikal Bahasa Inggeris dalam pernyataan soalan hendaklah bertaip condong
(italic).
20.3 Jawapan hendaklah bermula dengan huruf kecil kecuali bagi Kata Nama Khas.
20.4 Tekan SPACEBAR sekali dan taip sebanyak 3 titik selepas perkataan terakhir soalan
yang memerlukan jawapan bersambung.
20.5 Sekiranya dalam pernyataan soalan/item atau dalam pilihan jawapan ada nilai nisbah
W : X : Y, jarak antara huruf atau angka dengan simbol nisbah ( : ) hendaklah tekan
SPACEBAR sekali.
21. Apakah nama injap di dalam rajah 1?
21.1
21.2
Rajah 1 21.3
A. Injap daun
B. Injap sehala
C. Injap dua hala
D. Injap bahan api
21.1 Kedudukan rajah di sebelah bawah soalan dan bahagian sisi kirinya hendaklah
sejajar dengan permulaan soalan.
21.2 Rajah nampak lebih jelas dan kemas jika dibuat picture border di sekelilingnya.
21.3 Nombor label berada di sebelah bawah rajah. Label juga menggunakan tulisan (font)
Tahoma bersaiz 11 dan perlu dihitamkan (bold).
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 28 / 39
Soalan 22 hingga 23 adalah merujuk kepada Rajah 2.
23.1 23.2
Rajah 2 23.3
22. Apakah nama alat pengukuran di atas? Sila rujuk
A. Barometer syarat-syarat
B. Multimeter am/umum
C. Micrometer 12.6
D. Tachometer
23. Berapakah nilai bacaan yang dipaparkan?
A. 5.28 mm
B. 5.48 mm
C. 5.58 mm
D. 5.78 mm
23.1 Pernyataan rujukan hendaklah dihitamkan (bold) dan permulaannya mestilah sejajar
dengan nombor soalan.
23.2 Kedudukan rajah di antara pernyataan rujukan dan soalan.
23.3 Nombor label mestilah mengikut susunan/turutan nombor sebelumnya dalam satu-
satu kertas soalan.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 29 / 39
CONTOH SOALAN ISI TEMPAT KOSONG 24.3
Arahan : Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. 24.4
24. _______________ terletak di hujung batang shaft armature.
[2 markah]
24.1 24.2
24.1 Jawapan mestilah bermula dengan huruf besar.
24.2 Bergantung kepada soalan, garisan boleh berada di awal, tengah atau akhir
pernyataan soalan. Garisan mestilah sama panjang. (tekan SPACEBAR 15 kali)
24.3 Setiap soalan hendaklah diletakkan tanda noktah di penghujung ayat.
24.4 Pecahan markah hendaklah berada di sebelah kanan baris bawah soalan. Ia
mestilah ditaip dalam huruf kecil dan dinyatakan dalam kurungan[ ] . Diboldkan
25. Dua (2) jenis injap yang terdapat di dalam sistem pembakaran empat (4) lejang ialah
_______________ dan _______________.
[4 markah]
25.1 25.2 24.4
25.1 Jawapan mestilah bermula dengan huruf kecil kecuali huruf besar bagi Kata Nama
Khas.
25.2 Pengisian sehingga dua (2) tempat kosong dibenarkan tetapi tidak digalakkan.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 30 / 39
26. Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberikan. 24.4 [5 markah]
26.1
Gogel Mikrometer Berus Kikir Angkup Tolok Gerek
_______________ a. Alat mengukur jitu dalam sesenggat 1/100 di dalam unit metrik.
_______________ b. Alat yang boleh digunakan untuk mengukur kebuk, lurah, gerek, alur,
bebibir dan aci.
_______________ c. Perkakas keselamatan yang dipakai bersama apron semasa menjalankan
kerja menggerudi.
_______________ d. Alat ini digunakan untuk membuang tatal yang terlekat di mata kikir.
_______________ e. Alat ini digunakan untuk menentukan saiz lubang, menyemak ketirusan
atau kebujuran sesuatu lubang.
26.1 Jawapan disediakan bersama dengan soalan isi tempat kosong.
Prinsip Pembinaan Soalan/Item Berbentuk Mengisi Tempat Kosong
Prinsip Penerangan
1
2 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas
3 soalan atau dalam kertas jawapan.
4 Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”,
5 supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.
6 Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti bilangan perkataan dalam ruang
kosong), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.
Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting
sahaja.
Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam satu
pernyataan/ayat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.
Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan/ayat, supaya
perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 31 / 39
CONTOH SOALAN PADANAN
27. Padankan premis (jenis kecacatan kayu) pada respons (gambar) yang betul dengan
menggunakan garisan.
24.4 [5 markah]
Premis Respons
a. Melengkung
b. Terpiuh
c. Merekah
d. Mengeleding
Prinsip Prinsip Pembinaan Soalan/Item Berbentuk Padanan
1
2 Penerangan
3 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu ke satu atau
4 padanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud sahaja.
5 Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”,
6 supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.
Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara (seperti bilangan perkataan),
supaya setiap perkaitan mempunyai aras kesukaran yang sama.
Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya
supaya pelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.
Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat,
supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.
Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan), supaya
pelajar tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari padanan.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 32 / 39
CONTOH SOALAN LABEL
Rajah 3
28. Merujuk kepada rajah 3, labelkan nama-nama komponen bertanda A, B, C, D dan E di dalam
ruangan yang betul.
24.4 [5 markah]
Label Nama Komponen
A
B
C
D
E
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 33 / 39
CONTOH SOALAN BETUL / SALAH
29. Tuliskan ‘B’ bagi pernyataan yang betul atau ‘S’ bagi pernyataan yang salah di dalam kotak
di penghujung pernyataan.
24.4 [5 markah]
a. Pengagih (distributor) merupakan peranti di antara penumpu (concentrator)
dan expander.
b. Jika meter ohm menunjukkan bacaan 0 Ω semasa menguji litar, ini
menunjukkan bahawa litar tersebut dalam keadaan tutup.
c. Proses di dalam multipleks dilakukan dengan menggabungkan beberapa isyarat
maklumat masukan dan seterusnya menghasilkan beberapa isyarat keluaran.
d. Tekanan rendah pada bahagian tekanan tinggi dan tekanan tinggi pada
bahagian tekanan rendah menunjukkan berlaku kerosakan pada injap
pemampat.
e. Kesesakan talian (congestion) merupakan satu proses pensuisan yang berlaku
apabila sebarang pendailan terhadap satu kumpulan saluran yang sesak tidak
akan berjaya.
Prinsip Pembinaan Soalan/Item Berbentuk Betul/Salah
Prinsip Penerangan
1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menulis/menanda (Betul / T) bagi
2 jawapan yang betul atau (Salah / F) bagi jawapan yang salah.
3 Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya
4 pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
5 Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut
6 sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
7 Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang dan maksud pernyataan),
8 supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.
Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang
jelas salah.
Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah,
untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam
pernyataan, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan
yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 34 / 39
CONTOH SOALAN JAWAPAN PENDEK
30. a. Nyatakan tiga (3) asas pemilihan sistem pendawaian konduit tolok berat.
30.1
[3 markah]
30.2
________________________________________________________________
________________________________________________________________ 30.4
________________________________________________________________
b. Senaraikan 10 kebaikan dan 10 keburukan sistem pendawaian konduit tolok berat.
30.3 30.4 [10 markah]
Kebaikan Keburukan
30.1 Sub soalan mestilah ditandakan dengan huruf kecil; a., b., c. dan seterusnya.
30.2 Bagi soalan berbentuk pernyataan, nombor 1 hingga 9 hendaklah ditaip dalam
perkataan dan angka dalam kurungan.
30.3 Nombor 10 dan ke atas hendaklah ditaip dalam bentuk angka sahaja.
30.4 Pecahan markah hendaklah berada di sebelah kanan baris bawah soalan. Ia
mestilah ditaip dalam huruf kecil dan dinyatakan dalam kurungan [ ].
Diboldkan.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 35 / 39
CONTOH SOALAN ESEI
31. Penentuan harga yang berpatutan amat penting bagi seseorang usahawan apabila memasarkan
produk mereka. Ia dipengaruhi oleh faktor luaran dan faktor dalaman yang memberi kesan
kepada kenaikan ataupun penurunan harga barangan.
a. Senaraikan lima (5) faktor luaran yang mempengaruhi penentuan harga sesuatu
barangan.
31.1 30.1 [5 markah]
b. Jelaskan dua (2) faktor dalaman seperti berikut: 30.4
31.2 i. Kos 30.4 [2 markah]
ii. Pemegang saham
Sila rujuk [3 markah]
syarat-syarat 30.4
am/umum
12.4.3
31.1 Nombor soalan mesti ada dan hendaklah digunakan nombor bulat sahaja.
31.2 Pecahan sub soalan mestilah ditandakan dengan nombor roman berhuruf kecil;
i., ii., iii. dan seterusnya.
Prinsip Prinsip Pembinaan Soalan/Item Berbentuk Esei
1
2 Penerangan
3 Penggubal perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya
4 soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.
5 Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu
6 menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.
7 Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya
pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah
yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.
Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur yang
akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.
Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk
memudahkan penyediaan skema jawapan.
Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 mukasurat) daripada soalan
berjawapan panjang (2 - 3 mukasurat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 36 / 39
13.0 TUGAS DAN TANGUNGJAWAB
13.1 Penggubal soalan hendaklah jujur dan penuh integriti sebelum, semasa dan selepas
membangunkan soalan.
13.2 Penggubal soalan yang dilantik hendaklah memenuhi semua kriteria yang ditentukan bagi
membangunkan soalan peperiksaan akhir.
13.3 Penggubal hendaklah sentiasa memastikan soalan yang dibangunkan tidak didedahkan
kepada pihak lain.
13.4 Soalan peperiksaan akhir yang dibangunkan adalah menjadi hak milik Bahagian
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
13.5 Bahagian Pembangunan Kemahiran melalui Unit Pentauliahan berhak untuk menentukan
set soalan untuk tujuan peperiksaan akhir.
13.6 Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia berhak untuk
meminda, mengulang guna dan menentukan format soalan yang sedang dan akan
dibangunkan.
14.0 TARIKH BERKUATKUASA
Panduan ini adalah berkuatkuasa mulai 01 JULAI 2015 dan panduan sebelum ini,
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/06102011 bertarikh 06 OKTOBER 2011 adalah DIBATALKAN.
“ IKBN, PROFESIONAL TERUNGGUL ”
KETUA PENGARAH 37 / 39
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN BELIA & SUKAN MALAYSIA
01 JULAI 2015
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015
SENARAI NAMA JADUAL LAMPIRAN ‘A’
BIL. NO. JADUAL NAMA JADUAL MUKASURAT
SECARA UMUM 3
4
1 JADUAL ‘A1’ JADUAL SPESIFIKASI UJIAN SECARA KESELURUHAN 4
2 JADUAL ‘A2’ PERSIJILAN CGPA (JPK)
3 JADUAL ‘A3’ PERSIJILAN CGPA (SURUHANJAYA TENAGA – PENDAWAI ELEKTRIK)
4 JADUAL ‘A4’ PERSIJILAN CGPA (SURUHANJAYA TENAGA – PENJAGA JENTERA) 4
PERSIJILAN KBS – SUBJEK UMUM / BINA INSAN 6
FORMAT PENILAIAN KERJA KURSUS (SUBJEK UMUM/BINA INSAN DAN 7
SUBJEK UMUM TEKNIKAL) BAGI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI,SIJIL 7
5 JADUAL ‘B1’ LANJUTAN TEKNOLOGI, DIPLOMA TEKNOLOGI & DIPLOMA LANJUTAN
9
TEKNOLOGI 9
10
STRUKTUR SET SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEK UMUM/BINA 10
6 JADUAL ‘B2’ INSAN DAN SUBJEK UMUM TEKNIKAL) BAGI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI 10
& SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI 11
12
STRUKTUR SET SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEK UMUM/BINA 12
7 JADUAL ‘B3’ INSAN DAN SUBJEK UMUM TEKNIKAL) BAGI PROGRAM DIPLOMA
14 – 15
TEKNOLOGI & DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI 18
19
PERSIJILAN JPK,ST DAN JKKP
8 JADUAL ‘C1’ PANDUAN PENILAIAN PENGETAHUAN (SUBJEK TEKNIKAL)
– PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI
9 JADUAL ‘C2’ PANDUAN PENILAIAN PENGETAHUAN (SUBJEK TEKNIKAL)
– PROGRAM SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI
10 JADUAL ‘C3’ PANDUAN PENILAIAN PENGETAHUAN (SUBJEK TEKNIKAL)
– PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI
11 JADUAL ‘C4’ PANDUAN PENILAIAN PENGETAHUAN (SUBJEK TEKNIKAL)
– PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI
PANDUAN PENILAIAN PRESTASI (STRUKTUR SET SOALAN KERJA
12 JADUAL ‘D’ KURSUS) BAGI SUBJEK TEKNIKAL PERSIJILAN KEMENTERIAN BELIA DAN
SUKAN
FORMAT PECAHAN SOALAN & MASA PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEK
13 JADUAL ‘E’ TEKNIKAL) MENGIKUT KREDIT BAGI SEMUA PROGRAM KECUALI DIPLOMA
LANJUTAN TEKNOLOGI
14 JADUAL ‘F’ STRUKTUR SET SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEK TEKNIKAL) BAGI
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI
15 JADUAL ‘G’ STRUKTUR SET SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR (SUBJEK TEKNIKAL) BAGI
PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI
PERSIJILAN SURUHANJAYA TENAGA ( PEPERIKSAAN AKHIR ST )
16 JADUAL ‘J’ BILANGAN SOALAN BAGI SETIAP KATEGORI
17 JADUAL ‘K’ TURUTAN BILANGAN NOMBOR SOALAN OBJEKTIF KERTAS 1
18 JADUAL ‘L’ TURUTAN BILANGAN NOMBOR SOALAN SUBJEKTIF KERTAS 2
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 38 / 39
LAMPIRAN ‘B’
PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PENJAWAT AWAM
BERKENAAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972
Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan-peruntukan
Akta Rahsia Rasmi 1972 dan bahawa saya faham dengan sepenuhnya akan segala yang dimaksudkan
dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan
salah, sesuatu benda rahsia, tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia atau apa-apa
tingkahlaku yang membahayakan keselamatan atau rahsia sesuatu benda adalah menjadi suatu kesalahan
di bawah Akta tersebut, yang boleh dihukum maksimum penjara seumur hidup.
Saya faham bahawa segala maklumat rasmi yang saya perolehi dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia, adalah milik Kerajaan
dan tidak akan membocorkan, menyiarkan, atau menyampaikan, sama ada secara lisan atau dengan
bertulis, kepada sesiapa jua dalam apa-apa bentuk, kecuali pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan
rasmi saya, sama ada dalam masa atau selepas perkhidmatan saya dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong atau dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia dengan tidak terlebih dahulu mendapat
kebenaran bertulis pihak berkuasa yang berkenaan. Saya berjanji dan mengaku akan menandatangani
suatu akuan selanjutnya bagi maksud ini apabila meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan.
Tandatangan: ……………………………………………………..……………
Nama (dengan huruf besar): ……………………………………………………
No. Kad Pengenalan: ……………………………………………….….……….
Jawatan: ……………………………………………………..………………….
Jabatan: ……………………………………………………..…………….….…
Tarikh: ……………………………………………………..……………….….
Disaksikan oleh: ……………………………………………………..……….
(Tandatangan)
Nama (dengan huruf besar): ………………………………………………….…
No. Kad Pengenalan: ………………………………………………………..….
Jawatan: ……………………………………………………..………………..…
Jabatan: ……………………………………………………..…………….…..…
Tarikh: ……………………………………………………..…………….…..….
Cop Jabatan: ……………………………………………………..………….….
BPK/PPSP(IKBN-CGPA)/01072015 39 / 39