LANGKAH/ MASA AKTIVITI PDP CATATAN PERSEDIAAN (10minit) 1. Guru menyemak kehadiran murid Murid menandatangi kehadiran dan mendengar arahan daripada guru. 2. Guru memperkenalkan permainan KIM kepada muridmurid. 3. Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball O’ Hara. 4. Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti mata, dan ingatan, telinga dan pendengaran,deria rasa dan deria bau. 5. 6.Murid mendengar penjelasan guru ABM : Buku rekod kehairan PERKEMBANGAN (5minit) 1.Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. 2.Guru menjelaskan peraturan permainan KIM. Stesen 1: Deria mata dan ingatan Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, kerongsang botol minyak, lilin dan sebagainya. ABM: dulang, pen, pensel, kerongsang botol minyak, lilin air gula, air garam, air asam jawa
LANGKAH/ MASA AKTIVITI PDP CATATAN Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat benda-benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat benda kecil. Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan menulis semula barang-barang yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingati barang dengan tepat dikira pemenang. Stesen 2: Deria sentuh Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan tangan lapan hingga sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, pen, kotak mancis dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barang-barang Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Nilai: bekerjasama, bersungguhsungguh, berdisiplin
LANGKAH/ MASA AKTIVITI PDP CATATAN Stesen 3: Deria rasa Beberapa larutan disediakan seperti air gula, air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan milo. Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasai. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Stesen 4: Deria Bau Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiap pemain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang
LANGKAH/ MASA AKTIVITI PDP CATATAN Stesen 5: Deria mata dan ingatan Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas. Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan mengingat daun-daun tersebut. Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan set daundaun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi. Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenang. KEMUNCAK (40minit) 1.Setiap kumpulan bergilir-gilir bermain permainan KIM. 2.Setiap kumpulan diberi masa 8 minit untuk satu stesen ABM: Daun-daun, bunga, manila kad, penmarker, kertas warna NM: bekerjasama, bersungguhsungguh,menghargai alam sekitar EMK: kreativiti
LANGKAH/ MASA AKTIVITI PDP CATATAN PENUTUP (5minit) 1.Guru menyuruh murid berkumpul di dalam kelas. 2.Guru bertanya murid tentang nilai murni dan sikap yang telah dipelajari. 3.Murid menjawab soalan. 4.Guru memberi pujian atas prestasi murid.
BULAN TOPIK PROGRAM/AKTIVITI TUNAS PUTERI CATATAN JANUARI BUKU LOG 1.Murid menyediakan buku log dengan : Biodata/Profil diri Lencana Dunia Lencana Pandu Puteri Tunas Lambang Kumpulan Bereenam sendiri BBM Buku log Kertas A4 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) KEGIATAN KOKURIKULUM PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2024 UNIT PANDU PUTERI TUNAS SEKOLAH KEBANGSAAN MERBAU NAMA GURU : DHANA DEWALAKSMI A/P KUNACHAGARAN
BULAN TOPIK PROGRAM/AKTIVITI TUNAS PUTERI CATATAN FEBRUARI KAWAD KAKI Membuat latihan kawad kaki CALIT EMAS 1.Ahli membuat dandanan perca kain dan tali 2.Ahli menunjukkan hasil kerja BBM Kain perca Tali MAC PERTANDINGAN KAWAD KAKI Menyertai pertandingan kawad kaki peringkat sekolah APRIL CALIT EMAS Mengenali dan membuat pelbagai jenis simpulan seperti simpulan buku sila, bunga geti, lilit manuk, lilit dua simpul dan lilit pemati mudah BBM: Buku log Tali MEI CALIT EMAS Ahli mempelajari cara penjagaan kesihatan diri (mencuci tangan, badan) 1. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)
BULAN TOPIK PROGRAM/AKTIVITI TUNAS PUTERI CATATAN JUN TANGGA EMAS (KEMAHIRAN RUMAH TANGGA) 1.Ahli mempelajari kemahiran rumah tangga 2. Menyediakan sarapan pagi dengan air 3.Menghias meja Bahan-bahan untuk sarapan Kelengkapan meja JULAI TANGGA EMAS (JAHITAN) 1. Menjahit-jelujur/lilit ubi dan menjahit butang lubang 2,butang lubang 4 2. Menghasilkan batu Seremban BBM: Kain Benang dan Jarum Butang OGOS TANGGA EMAS (MENDANDAN MUKA) Setiap kumpulan memilih seorang wakil murid dan mendandan muka. BBM Alat Solek RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)
BULAN TOPIK PROGRAM/AKTIVITI TUNAS PUTERI CATATAN SEPTEMBER TANGGA EMAS (PAKAIAN KITAR SEMULA) Murid dalam kumpulan menyediakan pakaian yang menggunakan bahan kitar semula BBM: Bahan kitar semula Alat tulis OKTOBER ASAS PERKHEMAHAN Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan 1. Murid mempelajari cara dan memasang khemah dengan betul 2. BBM: Buku log Khemah NOVEMBER PERTANDINGAN MEMASAK & PEMBINAAN GAJET Menyertai pertandingan memasak peringkat sekolah RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)