The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-05-19 19:57:25

PENDIDIKAN JASMANI - permainan

PENDIDIKAN JASMANI - permainan

PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 3SURIA

UNIT 8: CERIA DAN SIHAT

CIKGU SURIA BINTI ISA PDPR 3.0

20 MEI 2021
SK TIMBANG, KOTA BELUD KHAMIS

SIAPA KUAT DIA MENANG

Permainan Tarik upih

Tarik upih merupakan satu permainan kanak-
kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di
beberapa negara ASEAN. Upih pinang adalah
pelepah atau "pangkal" daun pokok
pinang.Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia
akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika
pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun
pinang dari pelepah itu akan dibuang dan
dijadikan hulu atau tempat untuk menarik
upih tersebut.

Permainan Tarik upih

Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang
mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih.
Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita.
Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau
terlanggar tunggul kayu atau ketul batu.
Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa
saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh
itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja.
pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-
kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma
lecehnya, upih ini nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main.
Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu.
Biasanya yang lebih tua atau besar akan menjadi penarik,
sementara yang kecil menjadi penunggangnya.

SIAPA KUAT DIA MENANG

Permainan batak lampung

• Permainan ini salah satu permainan tradisional yang
popular di kalangan masyarakat iban.

• Permainan ini sering dijadikan sebagai selingan satu
acara keramaian contohnya pada hari Gawai Dayak.

• Permaian ini biasanya dimainkan oleh kaum
lelaki.dimana mereka beradu kekuatan tangan dan
kaki untuk menguji siapa di antara mereka yang lebih
kuat.

• Permainan ini menggunakan sebatang kayu yang
panjangnya lebih kurang 50 – 70 cm panjangnya dan
berbentuk silinder.

• Peserta yang berganjak, terangkat dari kedudukan asal
atau menyerah kalah, dikira kalah dalam
pertandingan.


Click to View FlipBook Version