FOLIO SEJARAH BAB 6:
ANCAMAN KOMUNIS DAN
PENGISYTIHARAN DARURAT
Nama: Zharfan bin Abdul Karim
Kelas: 4 Delima
No. Maktab: HK190141
PENGHARGAAN
Utamanya sekali, saya bersyukur kepada Allah yang telah membenarkan saya melaksanakan
dan menyiapkan folio ini. Seterusnya saya ingin berterima kasih kepada guru saya cikgu
Fadlan yang membimbing saya untuk membuat folio ini. Saya juga ingin berterima kasih
kepada rakan karib saya yang menolong saya dalam perjalanan menyiapkan folio ini.
Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada 2 orang hamba Allah yang menolong saya
dan sangat saya cintakan, kedua ibu bapa saya. Dengin ini saya berharap agar folio ini dapat
membantu dalam memberikanlebuh banyak ilmu pengetahuan kepada diri sendiri.
ISI KANDUNGAN
1. Penyertaan Masalah
2. Objektif Kajian
3. Kaedah Kajian
4. Pengenalan
5. Factor – factor
6. Kesan – kesan
7. Kesimpulan
8. Rujukan
PENYERTAAN MASALAH
30 April 1930 merpakan tarikh penubuhan Parti Komunis Malaya. Sebelum pengaruh
tersebut meluas, ideologi komunis bermula oleh 2 orang pemuda, Karl Marx dan Friedrich
Engles. Mereka berdua telah menulis karya yang memarakkan ideology tersebut. Pengaruh
tersebut meluas ke China dan Indonesia dan akhirnya ke Tanah Melayu.
Menjelang tahun, tentera Jepun datang untuk menjajah Tanah Melayu, mereka berjaya
menawan hati rakyat dengan slog. Layanan yang mereka berikan amatlah kejam sehingga
terdapat penduduk yang terpaksa bersembunyi di bawah (PKM).
Penubuhan Malayan People’s Anti – Japanese Army (MPAJA) yang di luluskan oleh (PKM)
telah berkerjsama bersama British bagi menentang tentera Jepun. Mereka diberikan latihan
istimewa di sekolah Khas. Selain itu mereka juga diberikan kewangan, perubatan dan senjata.
Setelah Berjaya menawan Jepun kumpulan Komunis mula pergerakkan sebenar mereka
seperti harimau menunjukkan belangnya. Persoalannya, apakah impak penubuhan kumpulan
Komunis kepada Kerajaan Tanah Melayu?
KAJIAN LITERATUR
Dalam mengkaji dan menghasilkan folio ini, saya telah menggunakan Buku teks
Tingkatan 4, KSSM, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, karya Ridzuan bin
Hasan, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, Muslimin bin Fadzil dan Subramaniam a/l
Raman. Di sini saya telah merujuk kepada sejarah tingkatan 4 bab 6, Ancaman
Komunis Dan Pengisytiharan Darurat, pada halaman 144 – 150.
OBJEKTIF KAJIAN
SUMBANGAN KOMUNIS KEPADA KERAJAAN
TANAH MELAYU
Pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan. Pada masa itu orang Cina akan
berlindung di bawah (PKM) bagi mengelakkan diri diseksa atau dibunuh Jepun. (PKM) turut
menubuhkan pasukan gerila untuk menentang tentera Jepun. Setelah lama merancang
pergerakan mereka (PKM) bersetuju untuk menubuhkan paskan MaLayan People’s Anti-
Japanese Army (MPAJA).
Pasukan tersebut berkerjasama bersama british bagi mengalahkan Jepun. Mereka diberikan
senjata, ubat – ubatan, kewanagn dan latihan. Pada bulan Disember 1943, (MPAJA) dan
Force 136 yang mewakili tentera British telah mengadakan perjanjian kerjasama. Tegasnya,
akibat didera dan dibunuh oleh Jepun, (PKM) memulakan pergerakan mereka bagi mendapat
kesejahteraan.
KESAN SERANGAN KOMUNIS
Setelah Jepun menyareh kalah (Lord Mountbatten) merancang untuk mendarat di Tanah
Melayu tetapi penderatan Beliau lambat akibat upacara penyerahan rasmi. Hal ini
menyabakan Beliau lambat untuk mendarat ke Tanah Melayu. Pada Masa yang sama (PKM)
melalui (MPAJA) mengambil kesempatan dan melakukan kekecohan di Tanah Melayu.
Pada Ketika itu suasana Tanah Melayu Majadi huru – hara. Seperti Jepun juga (MPAJA)
telah menyeksa dan membunuh penduduk Tanah Melayu. Mereka telah malakukan
kekejaman terhadap golongan yang menolong Jepun terutamanya orang Melayu pada ketika
itu. Sebaik sahaja British Military Administration (BMA) mengambil alih pada 12 september
1945, (MPAJA) dibubarkan. Walau bagaimanapun (PKM) pada masa itu dibenarkan
bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang sah. Hal ini telah memberikan peluang kepada
(PKM) untuk melakukan pergerakan mereka semula.
Antara Pergerakan mereka termasuklah, pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah di
Sungai Siput, Perak. Pengurus Ladang tersebut merupakan Arthur Walker, John Allison dan
pembantunya Ian Cristian. Perbuatan komunis ini telah menybabkan pengisytiharan Darurat.
Pada mulanya Darurat di kuatkuasakan di Perak, Ipoh dan Sungai Siput serta di Johor, dearah
Muar, Kluang, Kulai dan Plentong. Kemudian dikuatkuasakan ke seluruh Perak dan Johor. Akhir
sekali Ke seluruh Tanah Melayu.
MENGKAJI PERBANDINAGAN ANTARA
SUMBANGAN KOMUNIS DAN TINDAKAN
MEREKA MENGANCAM KERAJAAN TANAH
MELAYU
Pada mulanya kita dapat mengetahui bahawa kumpulan komunis ditubuhkan dengan tujuan
untuk menentang penjajahan Jepun. Mereka telah menubuhkan gerila dan berkerjasama
bersama British untuk menentang Jepun. Jelaslah bahawa pendudukan Jepun bukan sahaja
memudaratkan Kerajaan Tanah Melayu malahan Kuasa lain.
Walau bagaimanapun, setelah Berjaya menawan penjajah mereka telah mengambil
kesempatan untuk melakukan kekecohan. Apabila (MPAJA) dibubarkan dan di berikan
peluang untuk menjadi pertubuhan yang sah di Tanah Melayu, kumpulan komunis tersebut
masih berdegil dan melakukan kekecohan yang mengakibatkan pengisytiharan Darurat.
Walaupun Darurat diisytiharkan mereka masih lagi melakukan kekecohan dengan harapan
dapat menghilangkan keyakinan penduduk terhadap British. Kekecohan tersebut termasuklah
seperti melumpuhkan ekonomi, merosakkan infrastruktur dan banyak lagi.
Jelaslah bahawa sudah terang lagi bersuluh yang (PKM) sebaik sahaja di tubuhkan di Tanah
Melayu tidak mempunyai hasrat untuk menolong atau menyokong Tanah Melayu, malahan
mempunyai objektif yang tersembunyi seperti penjajah yang lain.
PENGENALAN
Pada mulanya pengaruh komunis bermula di China dan Indonesia dan akhirnya meluas ke
Tanah Melayu. Pada 30 April 1930, Parti Komuni Malaya (PKM) di tubuhkan di Kuala
Pilah, Negeri Sembilan. Pengaruh tersebuat meluas melalui perbagai kaedah antaranya seperti
kesatuan kerajaan, sekolah china dan sebagainya. Menjelang tahun 1941 – 1945 (PKM)
bertindak akibat penjajahan Jepun. Mereka telah berkersama bersama British dan menubuhkn
Malayan People’s Anti – Japanese Army bagi menentang Jepun. Mereka juga diberikan
senjata, kewangan, perubatan dan juga latihan khas daripada British. Setelah menang (PKM)
seperti kacang yang lupakan kulit, mereka memulakan kekecohan di Tanah Melayu apabila
British lambat mendarat ke Tanah Melayu. Perbuatan mereka juga mencerminkan Jepun yang
telah melakukan kekejaman terhadap penduduk.
Apabila British Military Administration (BMA) mengambil alih Tanah Melayu, (MPAJA)
dibubarkan tetapi (PKM) diberikan peluang untuk bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang
sah di Tanah Melayu. Hal ini telah memberikan peluang kepada (PKM) untuk mempengaruhi
beberapa pertubuhan tertentu dengan idealogi komunis. Setelah beberapa tahun dibiarkan,
(PKM) Berjaya menguasai 335 kesatuan sekerja dan menyusup dalam Parti Kebangsaan
Melayu Melaya (PKMM), Malayan Democratic Union (MDU) dan PUTERA – AMCJA.
Oleh sebab pergerakan komunis yang radikal yang mengacau ekonomi dan keselamatan
negara, British telah meluluskan Trade Union Ordinance No.9 of 1948. Ordinan tersebut
mengakibatkan penyekatan pengaruh Komunis dan akhirnya mengharamkan (PKM).
Pada ketika itu juga, Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjuran dua persidangan di
Calcutta, India. Pesidangan tersebut merupakan persidangan Kongres Belia Asia yang
diadakan pada 19 Februari 1948 hingga 25 Februari 1948 dan persidangan Parti Komunis
India yang berlangsung pada Mac 1948. (PKM) turut menghantar wakil ke persidangan
tersebut. Dalam persidangan tersebut, pengikut komunis di kawasan jajahan digesa untuk
memperhebatkan perjuangan menentang kuasa imperialis di setiap negara Asia. Dengan ini
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (PKM) tealh mengambil keputusan untuk melancarkan
perjuangan bersenjata bagi menubuhkan Republik Kominis di Tanah Melayu. Pergerakan
komunis tersebut mengakibatkan Pengishtiharan Darurat.
FAKTOR – FAKTOR
PENUBUHAN (PKM)
1. MENANAM IDEOLOGI KEPADA PENDUDUK
TEMPATAN
Bermula pada tahun 1930 bulan April 30, (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri
Sembilan bagi memperluaskan ideologi komunis kepada penduduk. Mereka menggunakan
perlbagau taktik untuk meluaskan penagruh merekan. Taktik tersebut termasuklah dengan
penybaran akbar dan sekolah Cina.
2. MENAWAN PENDUDUKAN JEPUN
Apabila Jepun menjajah Tanah melayu mereka telah menjadikan hidup rakyat dalam
ketakutan. Mereka telah menyeksa dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang mereka.
Layanan mereka terhadap orang India dan Malayu sangat baik kepada mereka yang
bererjasama tetapi layanan buruk diberikan kepada orang Cina yang tidak bersalah. Ini
mengakibatkan orang Cina untuk bersembunyi di bawah (PKM) dan manubuhkan pasukan
gerila yang akan menentang Jepun.
3. MELUASKAN PENGARUH KOMUNIS
Tujuan utama (PKM) ditubuhkan adalah unuk meluaskan pengaruh bagi mencapai matlamat
mereka iaitu merampas kuasa British dan menubuhkan Republik Komunis. Dalam proses
tersebut meerka telah melakukan gerakan yang memudaratkan banyak pihak sehingga
pengisytiharan Darurat dilaksanakan.
KESAN – KESAN PENUBUHAN
(PKM)
1. PENGISYTIHARAN DARURAT
Apabila digesakan untuk menentang kuasa imperialis di Tanah Melayu, Jawatankuasa
Eksekutif Pusat (PKM) telah mengambil kesempatan untuk melancarkan perjuangan
bersenjata. Perjuangan tersebut mengakibatkan ekonomi dan infrastruktur Tanah Melayu
lumpuh dan mengakibatkan pengisytiharan Darurat oleh British.
2. KEMEROSOTAN EKONOMI
Walaupun pengisytiharan Darurat dilakukan kumpulan komunis masih lagi berdegil dan
membuat kerosakkan dengan harapan rakyat akan hilang keyakinan kepada British. Mereka
telah menjadikan lombong biji timah dan ladang getah sebagai sasaran utama mereka. Selain
itu mereka juga telah merosakkan kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai dan sekolah
serta membunuh pekerja.
3. KEROSAKKAN INFRASTRUKTUR
Pelbagai kemudahan asas telah komunis rosakkan dalam pergerakkan mereka, sebagai contoh
mereka merosakkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi. Bukan itu sahaja mereka
juga telah mengebom dan mengalihkan kereta api. Seterusnya mereka merosakkan
kemudahan telekomunikasi seperti telefon dan telegraf. Pekerja awam yang ditugaskan untuk
membaiki kerosakkan tersebut turut diserang oleh komunis. Perkerja seperti pembaiki jalan
raya dan tukang paip menghadapi kesusahan apabila melakukan kerja mereka apabila dikacau
komunis.
4. KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN
PENDUDUK TERGUGAT
Komunis melakukan banyak keganasan dan sikap yang mangakibatkan tergugatnya
keselamatan rakyat. Mereka telah menculik, menyerang, merampas serta membakar harta
benda dan membunuh penduduk yang enggan memberikan kerjasama. Hal ini dapat di
tekankan lagi dalam peristiwa pengeboman di Sheum Circus, Kampar, Perak yang
mengakibatkan sebanyak 46 orang cedera parah dan 4 kematian.
KESIMPULAN
Dengan ini jelaslah bahawa penubuhan komunis bukannya untuk menolong rakyat yang
menghadapi kesusahan ketika pemerintahan British ataupun Jepun. Malahan mereka
ditubuhkan untuk menyebarkan ideologi mereka untuk menubuhkan Republik Komunis.
Ancaman yang mereka lakukan menjadi bukti yang terang bahawa mereka akan lakukan apa
sahaja demi mencapai matlamat mereka.
Dengan itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa penubuhan komunis tidak membawa kita
kepada keamanan negara malahan menjadikan kehidupan rakyat semakin terancam dan
melumpuhkan ekonomi negara.
RUJUKAN
1. BUKU
Buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4, 2019
2. LAMAN WEB
https://en.wikipedia.org/wiki/Edward_Gent
https://www.myadha.net/2009/06/peristiwa-hitam-tanah-melayu-16-jun.html
https://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Peoples%27_Anti-Japanese_Army
LAMPIRAN