The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PBM 2072 Kumpulan 14 (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 75085, 2022-04-26 23:37:44

testing

PBM 2072 Kumpulan 14 (2)

PBM 2072
Bahasa Melayu

Projek: Analisis Kesalahan Teks
Berkumpulan (25%)

Kumpulan : 14 Hari : 26 April 2022
Zeckqualine Melai Masa : ______________
Nama :
No. Matrik
Pengajar 74735
74752
Bil. Nama Ahli 74785
1 Errynna Cyril 74924
2 Evadzulija Adna Binti Abdullah 74948
3 Farah Dilla Binti Md. Sani 75085
4 Grace Lim Wen Nee
5 Hani Aufa Binti Mohd Rosni
6 Izzat Haris Bin Ismail

1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dalam negara kita iaitu Malaysia. Bahasa
Melayu juga merupakan bahasa ibunda kepada majoriti kumpulan etnik melayu. Menurut
(Jamaluddin, 2017), bahasa Melayu digunakan untuk menyampaikan ilmu dan telah
berlangsung sejak sekian lama. Terdapat banyak karya besar dalam bidang kesusasteraan, ilmu
teologi, metafizik, dan tasawuf serta falsafah dihasilkan dalam bahasa Melayu. Penghasilan
karya-karya tersebut membolehkan bahasa Melayu mencapai mercu tanda yang
membanggakan. Oleh itu, terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, kewibawaan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terus dikembangkan dan dirancang sebaik mungkin
terutamanya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Dengan ini,
bahasa Melayu telah memainkan peranan sebagai bahasa ilmu yakni sebagai medium dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah (Melai
& Abidin, 2020). Walaubagaimanapun, bahasa melayu kini telah dipinggirkan oleh sesetengah
masyarakat di Malaysia. Menurut Awang (2021), meskipun Bahasa Melayu adalah bahasa
pertama yang didahulukan dalam sebarang wadah komunikasi di negara ini, namum hakitatnya
masih berlaku penggunaan bahasa campuran atau bahasa rojak. Hal ini demikian kerana
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum yang terdiri daripada kaum
Melayu, Cina, India, Melanau dan lain-lain, penggunaan bahasa campuran iaitu bahasa rojak
kini banyak muncul dalam kalangan masyarakat. Sebagai warganegara Malaysia, kita
sepatutnya mementingkan penggunaan bahasa Melayu terutamanya dengan menguasai
penggunaan tatabahasa dalam bahasa Melayu. Kebiasaan kesalahan tatabahasa tidak hanya
berlaku dalam kalangan penutur natif bahasa Melayu bahkan juga dalam kalangan bukan
penutur natif (Melai & Abidin, 2020). Kesalahan tatabahasa ini berlaku kerana pengguna
bahasa ini belum menguasai sepenuhnya tatabahasa Melayu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk
menganalisis jenis kesalahan penggunaan tatabahasa yang terdapat dalam berita talian.

2.0 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA

Sumber Dipetik daripada laman web rasmi Liputan 6
Pautan https://www.liputan6.com/bola/read/4930560/cegah-pemakaian-
Contoh Kesalahan doping-di-kalangan-atlet-iado-gandeng-bnn
Organisasi yang sebelumnya Bernama Lembaga Anti Doping
Pembetulan Indonesisa (LADI) tersebut berharap kolaborasi ini mampu
kesalahan meningkatkan antisipasi pengunaan doping di kalangan atlet
Huraian (Tampubolon, 2022).
Organisasi yang sebelumnya Bernama Lembaga Anti Doping
Indonesisa (LADI) tersebut berharap kolaborasi ini mampu
meningkatkan antisipasi pengunaan doping dalam kalangan atlet.
Ayat tersebut dianggap salah kerana kesalahan penggunaan kata
sendi nama. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), kata sendi
nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama yang
menunjukkan tempat. Kata sendi nama “dalam” digunakan di
hadapan kata nama yang membawa pengertian lingkungan yang

Sumber Rujukan tidak mempunyai ruang atau jarak. Oleh itu, penggunaan di kalangan
atlet adalah salah dan sepatutnya ialah dalam kalangan atlet dalam
ayat tersebut.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017).

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kalangan&d=175
768&

2.1 KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM D-M

Sumber Dipetik daripada laman web rasmi Utusan Malaysia

Pautan https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/malaysia-brunei-setuju-kerja-

tanda-sempadan-diterus/

Kesalahan Sesi mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama untuk tahun ini dibuat

Ayat bersempena lawatan kerja selama tiga hari wakil kerajaan negara tersebut ke

Malaysia yang bermula Rabu lalu.

Pembetulan Mesyuarat sesi pertama Jawatan Kuasa Bersama untuk tahun ini dibuat

Ayat bersempena lawatan kerja selama tiga hari wakil kerajaan negara tersebut ke

Malaysia yang bermula Rabu lalu

Huraian Pada dasarnya, terdapat beberapa peraturan tertentu yang diguna pakai dalam

dalam mengatur susuna kedudukan kata nama dalam pembentukan frasa
nama. Peraturan tersebut merupakan hukum “D-M” iaitu “D” merujuk kepada
diterangkan dan “M” merujuk kepada menerangkan. Menurut hukum

tatabahasa, sesuatu perkara yang mahu diterangkan mestilah dinyatakan
dahulu sebelum diikuti perkataan yang menerangkan. Oleh itu, “Sesi

Sumber mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama untuk tahun ini dibuat
Rujukan bersempena lawatan kerja selama tiga hari wakil kerajaan negara tersebut ke
Malaysia yang bermula Rabu lalu.” Perkataan “mesyuarat’ merupakan frasa
nama yang yang perlu diterangkan. Manakala, perkataan “sesi pertama”
merupakan kata yang menerangkan astau kata adjektif. Kesimpulannya,
perkataan “sesi pertama” tidak boleh hadir dihadapan “mesyuarat” kerana
telah melanggar hukum D-M.
Panitia Bahasa Melayu. Hukum D-M.

http://kenalibahasamelayu.blogspot.com/2011/09/hukum-d-m.html

2.2 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA MAJMUK

Sumber Dipetik daripada laman web rasmi Utusan Malaysia

Pautan https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/kompaun-rm48000-dalam-

ops-label-produk-timur-tengah/

Kesalahan Menurutnya, antara lokasi yang menjadi perhatian dan sasaran pihak

Ayat penguatkuasaan JKNP seperti pasar raya, kedai runcit dan premis makanan.

Pembetulan Menurutnya, antara lokasi yang menjadi perhatian dan sasaran pihak

Ayat penguatkuasa JKNP seperti pasar raya, kedai runcit dan premis makanan.

Huraian Ayat majmuk merupakan gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Lazimnya,

terbentuk oleh kata dasar yang digabungkan atau dirangkaikan untuk

mencipta makna yang tertentu. Perkataan ini ditulis secara bercantum atau

secara terpisah. Kata majmuk terdiri daripada tiga jenis iaitu penggandaan

kata majmuk, kata majmuk mantap, dan pengimbuhan kata majmuk. Oleh itu,

terdapat kesalahan pada penggunaan kata majmuk mantap dalam ayat
“Menurutnya, antara lokasi yang menjadi perhatian dan sasaran pihak

penguatkuasaan JKNP seperti pasar raya, kedai runcit dan premis

Sumber makanan.” Sepatutnya imbuhan akhiran tidak perlu hadir di dalam perkataan
Rujukan “pihak penguatkuasaan JKNP”.
Muhammad. Jenis Dan Senarai Contoh Kata Majmuk Dalam Bahasa

Melayu. https://flip.my/kata-majmuk/

2.3 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI

Sumber Dipetik daripada laman web Kosmo!
Pautan
Kesalahan Ayat https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/berat-bella-
Pembetulan Ayat makin-bertambah-keadaan-makin-pulih/
Huraian Apa yang lebih penting ialah kesejahteraan adik Bella sendiri.
Apa yang lebih penting adalah kesejahteraan adik Bella sendiri.
Sumber Rujukan Perkataan kata pemeri “ialah” yang digunakan dalam ayat
tersebut perlu dibetulkan kepada “adalah”. Hal ini dikatakan
demikian kerana kata pemeri "ialah" menghubungkan subjek
dengan frasa nama manakala kata pemeri "adalah" pula
menghubungkan subjek dengan frasa adjektif atau frasa sendi
nama
Othman, M. (2012, September 9). KATA PEMERI. Retrieved

from Laman Bahasa Melayu:
http://mdfadilmin.blogspot.com/2012/09/kata-
pemeri.html

2.4 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA

Sumber Dipetik daripada Kosmo!

Pautan https://www.kosmo.com.my/2022/01/25/salah-siapa-zii-jia-atau-bam/

Kesalahan Ayat Sebenarnya, apa manfaat yang BAM peroleh daripada menggantung
Pembetulan Ayat Zii Jia dan pemain muda wanita, Goh Jin Wei selama dua tahun?
Huraian Sebenarnya, apakah manfaat yang BAM peroleh daripada
menggantung Zii Jia dan pemain muda wanita, Goh Jin Wei selama dua
Sumber Rujukan tahun?
Perkataan “apa” yang digunakan dalam ayat tersebut perlu dibetulkan
kepada “apakah”. Hal ini dikatakan demikian kerana kata tanya
digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai
bentuk penegas –kah dan hadir di bahagian hadapan ayat.
Shahirah, S. (2015, December 7). Ayat Tanya dan Kata Tanya.

Retrieved from Cikgu Siti Shahirah - Bahasa Melayu:
http://cikgusitishahirahbahasamelayu.blogspot.com/2015/12/ka
ta-tanya-kata-tanya-untuk-menanyakan.html

2.5 KESALAHAN PENGGUNAAN TANDA SEMPANG

Sumber Dipetik daripada laman portal rasmi astro AWANI.
Pautan
Kesalahan Ayat https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sop-ulang-alik-harian-
ke-singapura-dimuktamad-minggu-depan-khairy-350990
Pembetulan Ayat
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperincikan prosedur
Huraian operasi standard (SOP) khas perjalanan ulang alik harian ke Singapura
bagi rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu.

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperincikan prosedur
operasi standard (SOP) khas perjalanan ulang-alik harian ke Singapura
bagi rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu.
Perkataan “ulang alik” dalam berita tersebut perlu diperbetulkan dengan
menambah tanda sempang di antara perkataan “ulang” dan perkatan
“alik”. Hal ini demikian kerana kata ganda dieja tanpa tanda sempang
apabila kedua-dua perkataan mempunyai maksudnya sendiri dan tidak
digandakan seperti semak samun. Manakala, “ulang alik” perlu
diletakkan sempang kerana “alik” tidak mempunyai maksud yang
membolehkannya berdiri sendiri. Oleh itu, pekataan “ulang alik” dalam
ayat “Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperincikan prosedur
operasi standard (SOP) khas perjalanan ulang alik harian ke Singapura
bagi rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu.” perlu dieja dengan
tanda sempang iaitu “ulang-alik”.

Sumber Rujukan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2015). Carian PRPM.
http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sempang&d=10

2.6 KESALAHAN PENGGUNAAN “IANYA”

Sumber Dipetik daripada laman portal rasmi astro AWANI.
Pautan https://www.astroawani.com/berita-politik/tun-m-sahkan-tidak-
bertanding-pru15-
Kesalahan Ayat beripeluangkepadacalonlebihmuda350758?_gl=1*1t8nlrl*_ga*aTZUb
Pembetulan Ayat mRLOTEzamJNVjY3N3dEZVlTTjhVYW9eVlzeGxwRDhUd05SOX
Huraian p3dTNlZlJhd0RtankxZWRMWVdqNFV4Xw
Ianya termasuklah di Parlimen Langkawi yang dijangkakan akan
diserahkan kepada calon baharu meskipun, kepimpinan tertinggi dan
akar umbi masih mahukan beliau bertanding.
Ia termasuklah di Parlimen Langkawi yang dijangkakan akan
diserahkan kepada calon baharu meskipun, kepimpinan tertinggi dan
akar umbi masih mahukan beliau bertanding
Penggunaan perkataan “ianya” dalam berita tersebut perlu dibetulkan
dan digantikan dengan kata ganti nama yang sesuai iaitu “ia”. Hal ini
demikian kerana perkataan “ianya” merupakan cantuman dari “ia” dan
“-nya” yang merupakan kata ganti nama diri ketiga. Menurut Cikgu Fiq
(2013), “ia” dan “-nya” tergolong dalam jenis yang sama iaitu kata ganti
diri nama ketiga maka tidak boleh digabungkan. Oleh itu, perkataan
“ianya” dalam ayat “Ianya termasuklah di Parlimen Langkawi yang
dijangkakan akan diserahkan kepada calon baharu meskipun,
kepimpinan tertinggi dan akar umbi masih mahukan beliau bertanding.”
perlu diganti kepada perkataan “ia”.

Sumber Rujukan Fiq, C. (2013, Januari 30). PENGGUNAAN IA dan IANYA dalam
BAHASA MELAYU.
http://cikgufiq.blogspot.com/2013/01/penggunaan-ia-dan-
ianya-dalam-bahasa.html?m=1

2.7 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG

Sumber Dipetik daripada laman web rasmi Utusan Harian
Pautan https://utusan.news/ekonomi/2022/04/jelaskan-kaedah-
Kesalahan Ayat pembiayaan-alr-penganalisis-ekonomi/
Ini kerana, ALR dikatakan akan menerima lanjutan tempoh
Pembetulan Ayat konsesi sebagai balasan kepada janji dan komitmen untuk tidak
menaikkan tol, namun tempoh konsesi tidak diperjelaskan.
Huraian
Hal ini dikatakan demikian kerana, ALR dikatakan akan
menerima lanjutan tempoh konsesi sebagai balasan kepada janji
dan komitmen untuk tidak menaikkan tol, namun tempoh konsesi
tidak diperjelaskan.

Kata hubung “kerana” merupakan kata hubung pancangan
keterangan yang digunakan bertujuan untuk menggabungkan
klausa utama dengan klausa keterangan dan tidak boleh digunakan
sebagai penanda wacana. Dalam ayat “Ini kerana, ALR dikatakan
akan menerima lanjutan tempoh konsesi sebagai balasan kepada
janji dan komitmen untuk tidak menaikkan tol, namun tempoh
konsesi tidak diperjelaskan.” Penggunaan kata hubung “Ini kerana”
sering digunakan dalam penulisan namun sebenarnya salah dari

Sumber Rujukan segi tatabahasa kerana kata hubung ini merupakan
penterjemahannya daripada bahasa Inggeris iaitu “this is because”.
Oleh itu, penggunaan “ini kerana” perlulah ditukarkan kepada “hal
ini dikatakan demikian kerana” yang merupakan kata hubung yang
betul dalam ayat ini.
Salleh, A. (2009, Februari 20). Tatabahasa: Ini kerana. Diambil

daripada Blogger.com:
http://witra.blogspot.com/2009/02/tatabahasa-ini-
kerana.html

2.8 KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN KATA

Sumber Dipetik daripada laman web rasmi Utusan Borneo

Pautan https://www.utusanborneo.com.my/2022/04/12/najis-kucing-dan-
tikus-di-dapur-sebuah-premis-makanan-diarah-tutup

Kesalahan Ayat Lebih menjijikan, hasil pemeriksaan, anggota penguatkuasa PKBL
menemui najis tikus, kencing tikus, anak lipas dan telur lipas di dapur
premis tersebut selain beberapa kesalahan lain melibatkan aspek
kebersihan lain.

Pembetulan Ayat Lebih menjijikkan, hasil pemeriksaan, anggota penguatkuasa PKBL
menemui najis tikus, kencing tikus, anak lipas dan telur lipas di dapur
premis tersebut selain beberapa kesalahan lain melibatkan aspek
kebersihan lain.

Huraian Perkataan menjijikan yang digunakan dalam ayat tersebut perlu
dibetulkan kepada menjijikkan dengan menambah satu huruf “k”
dalam imbuhan akhiran. Imbuhan apitan “men...kan” merupakan

penggunaan awalan dan akhiran pada satu kata dasar untuk membentuk

kata kerja transitif iaitu kata nama, kata adjektif, kata tugas dan kata
kerja. Oleh itu, perkataan menjijikkan perlu dieja dengan dua huruf “k”
kerana imbuhan “men..kan” sesuai dieja dengan menggunakan dua
huruf “k”.

Sumber Rujukan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2017) Kata Terbitan :menjijikkan
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=menjijikkan

2.9 KESALAHAN AMALAN KELEWAHAN

Sumber Dipetik dari laman web rasmi Harian Metro

Pautan https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/09/622599/mr-diy-tawarkan-
Kesalahan ayat 39000-hadiah-percuma
Bagi meraikan pembukaan cawangan baharu hari ini, pihaknya
menyediakan lebih 39,000 hadiah percuma bernilai lebih RM900,000
kepada semua pelanggan cawangan ini.

Pembetulan ayat Bagi meraikan pembukaan cawangan baharu hari ini, pihaknya
menyediakan lebih 39,000 hadiah bernilai lebih RM900,000 kepada
semua pelanggan cawangan ini.

Huraian Ayat tersebut dianggap salah kerana terdapat kesalahan amalan
kelewahan dalam penulisan tersebut. Secara ringkasnya, kesalahan
amalan kelewahan bermaksud menggunakan perkataan secara
berlebihan dan dianggap membazir kerana jika diggunakan, ia tidak
membawa apa-apa maksud. Hal ini dijelaskan di mana menurut Lee
dan Raja Masittah Raja Ariffin (2007, p. 221), konsep konsep kata
lewah merujuk kepada penggunaan yang berlebih-lebihan sehingga

Sumber tertambah perkara yang tidak perlu atau berlaku ulangan makna yang
Rujukan sia-sia

Dalam konteks perkataan “hadiah” merujuk kepada pemberian oleh
individu kepada indvidu yang lain tanpa menuntut apa-apa bayaran.
Begitu juga dengan perkataan ‘percuma” yang merujuk kepada sesuatu
yang diberikan tanpa meminta apa-apa bayaran. Dalam konteks ini,
kedua-dua perkataan tersebut merujuk kepada satu persamaan iaitu
memberi tanpa menuntut atau meminta apa-apa bayaran. Oleh itu,
kesalahan ini dikenali sebagai kesalahan amalan kelewahan.

Lee, L. F., & Raja Masittah Raja Ariffin. (2007). Petunjuk bahasa.
Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulan, terdapat banyak kesalahan penggunaan Bahasa Melayu yang telah
dikenalpasti dan dibicarakan dalam tugasan ini. Tidak dinafikan bahawa masih wujudnya
kesalahan dan kekeliruan dalam penggunaan Bahasa Melayu yang ada pada peringkat formal
seperti organisasi media. Hal ini disokong oleh Azean Iduwani dan Zaitul Azman Zainon
(2011) di mana mereka menyatakan bahawa terdapat masih wujudnya kesalahan dalam
penulisan kewartawanan yang dihasilkan dan tidak menepati rumus tatabahasa Melayu tanpa
disedari oleh penulis mahupun pembaca. Meskipun penggunaan Bahasa Melayu tersebut
kedengaran dan kelihatan seperti betul penggunaannya, namun dari segi undang-undang
penggunaan Bahasa Melayu sememangnya salah.

Oleh itu, perkara sedemikian haruslah dibincangkan dan diperbetulkan agar tidak akan
mendatangkan kesan yang negatif kelak. Hal ini kerana menurut Mior Kamal Shahid (2015)
dan Jeniri Amir (2005), kesalahan berbahasa yang kerap berlaku di media masa akan
mengakibatkan pembaca menerima kesalahan tersebut secara tidak langsung dan akan menjadi
kebiasaan kepada mereka. Dengan itu, kesan daripada kebiasaan inilah yang telah
mengakibatkan isu-isu kesalahan penggunaan semakin membimbangkan pada masa kini. Oleh
itu, isu-isu kebahasaan Bahasa Melayu haruslah dipandang serius dan ditanggani dengan
pendekatan yang lebih efektif.

Akhir sekali, bak kata peribahasa, bahasa jiwa bangsa. Seperti yang kita sedia maklum
bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan juga merupakan identiti negara
Malaysia. Jadi, kita hendaklah mengunakan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu
dengan betul agar mutu bahasa kebangsaan kita akan terus terjamin. Secara tidak langsung,
usaha ini mampu untuk memperkenalkan identiti dan budaya Malaysia kepada negara luar.

RUJUKAN

Awang, Balkish. (2021). Semua Pihak Berperanan Memartabatkan Bahasa Melayu- DBP.
Bernama.com. https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1982464

Azean Idruwani Idrus & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2011). Analisis kesilapan dalam
laporan media: Morfologi dan sintaksis. In. Kamariah Kamaruddin, Arba’ie Sujud,
Zaitul Azma Zainon Hamzah & Samsina Abdul Rahman (Eds.). Kelestarian bahasa:
Satu rumpun satu ikatan (h. 18-31). Serdang: Penerbit UPM.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017).
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kalangan&d=175768&

Jamaluddin, Norliza. (2017). Upaya bahasa melayu sebagai sarana ilmu.
https://www.researchgate.net/publication/321904798_UPAYA_BAHASA_MELAYU
_SEBAGAI_SARANA_ILMU

Jeniri Amir. 2005. Dari Budaya ke Media: Mengangkat Suara Pinggiran di Sarawak.
Universiti Malaysia Sarawak.

Lee, L. F., & Raja Masittah Raja Ariffin. (2007). Petunjuk bahasa. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Melai, Zeckqualine & Abidin, Dayang. (2020). Pengajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan
Pelajar Asing: Analisis Pola Kesalahan Tatabahasa dalam Penulisan. Issues in
Language Studies. 9. 86-106. 10.33736/ils.2351.2020.

Mior Kamarul Shahid. 2015. Bahasa: Sejauh Manakah Media Peduli? Dewan Bahasa. 15(3):
8-10


Click to View FlipBook Version