The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-12098358, 2021-10-20 11:24:37

Peribahasa Bahasa Melayu

Create By Hayfa Safiya

Peribahasa
BAHASA MELayu

Hayfa Safiya Binti Muhamad Syamsu
4 Kreatif

SK KIARAMAS

Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa:Anak emas
Maksud:Anak yang disayangi oleh ibu
bapanya atau ketuanya.

Contoh Ayat
Adil merupakan anak emas
ayahnya kerana dia rajin dan
baik hati.

Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa:Air muka
Maksud:Rupa atau wajah
seseorang.

Contoh Ayat

Air muka Munirah menjadi muram
apabila ibunya melarang di
bermain-main di padang.

Perumpamaan

Perumpamaan:Bagai dihiris dengan
sembilu
Maksud:Perasaan yang sedih atau
kecewa kerana sesuatu perkara.

Contoh Ayat

Perasaan Ameera bagai dihiris dengan
sembilu apabila ayahnya ditangkap oleh
polis kerana mencuri di pasar raya.

Perumpamaan

Perumpamaan:Bagai aur dengan
tebing
Maksud:Tolong-menolong satu
sama lain.

Contoh Ayat

Kita harus saling membantu
bagai aur dengan tebing.

Bidalan

Bidalan:Sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit
Maksud:Kesabaran dalam melakukan
sesuatu akan memberikan hasil yang
memuaskan.

Contoh Ayat

Budaya menabung sedikit-sedikit lama-
lama jadi bukit dapat membuat kita
mempunyai sifat berjimat cermat dalam
pembelanjaan.

Bidalan

Bidalan:Masuk ke telinga kanan
keluar telinga kiri
Maksud:Nasihat atau pelajaran yang
tidak masuk ke dalam ingatan

Contoh Ayat

Demi kebaikan kita bersama
dengarlah nasihat ini baik-
baik.Jangan masuk ke telinga kanan
keluar telinga kiri,”kata penceramah.

Pepatah

Pepatah:Baik membawa resmi padi
daripada resmi Lalang
Maksud:Tidak sombong,rendah diri.

Contoh Ayat

Aidil merupakan seorang hartawan
tetapi mempunyai sikap rendah diri dan
tidak sombong seperti pepatah baik
membawa resmi padi daripada resmi
lalang.

Pepatah

Pepatah:Di mana ada kemahuan,di situ ada
jalan
Maksud:Seorang yang bercita-cita tinggi
akan berusaha mencapainya.

Contoh Ayat

Akhirnya Adam juga memiliki kereta
idamannya selepas bertungkus lumus dalam
mengumpul wang pada tahun lepas.Bagi
Adam di mana ada kemahuan di situ ada
jalan.

Kata-kata Hikmat

Bersatu teguh,bercerai roboh. Rajin dan usaha tangga kejayaan.
Maksud: Jika kita hidup bersatu,kita Maksud: Sifat rajin dan
akan menjadi kuat tapi jika kita bersungguh-sungguh akan
bercerai-berai kita akan menjadi
menghasilkan kejayaan.
lemah.

Bahasa menunjukkan bangsa. Kata dikotakan.
Maksud: Melalui pertuturan Maksud: Janji atau kata-kata yang
seseorang itu dapat diketahui diberikan hendaklah ditepati.
bangsanya.

Bandingan Semacam

Bandingan Semacam:Bijak seperti
pendeta
Maksud:Orang yang bijak

Contoh Ayat

Amin sering menjadi tempat
rujukan kawan-kawanya tentang
masalah pelajaran kerana dia bijak
seperti pendeta.

Bandingan Semacam

Bandingan Semacam:Hitam seperti
arang
Maksud: Warna yang sangat gelap.

Contoh Ayat

Kulitnya hitam seperti arang
kerana dia berkerja di tengah
panas setiap hari.

Sekian

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version