The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BUNGA, 2023-10-30 12:54:47

WAJARKAH SEKOLAH VERNAKULAR DITERUSKAN (1)

SEKOLAH VERNAKULAR

WAJARKAH SEKOLAH VERNAKULAR DITERUSKAN?


TAJUK MUKA SURAT SIDANG REDAKSI 1 PRAKATA 2 DEFINISI SEKOLAH VERNAKULAR 3 PENGENALAN 4 WAJARKAH SEKOLAH VERNAKULAR DITERUSKAN? 5-6 ISU SEKOLAH VERNAKULAR DIPERDEBATKAN? 7-9 KESAN NEGATIF 10 SISIPAN 11-13 APA KATA MEREKA? 14 HARAPAN 15 KESIMPULAN 16 LAMPIRAN 17-19 RUJUKAN 20 ISI KANDUNGAN


SIDANG REDAKSI KETUA EDITOR NUR ALYA SAFIAH BINTI SYAIFUL BAHAREE 16DPR23F1045 SUB EDITOR NUR DINIE BINTI SHAIBATUL AKHWAL 16DPR23F1033 KETUA FOTOGRAFI WAN HAMIDAH BINTI ABDUL WAHAB 16DPR23F1052 PENSYARAH PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PUAN ZURAIHA BINTI MOHD ZAIN PENAUNG ENCIK MOHD RUZI BIN HAMZAH - 1


Bersyukur ke atas hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat sama-sama kami menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ke atas kami. Pertama sekali, kami ingin memberi penghargaan kepada pensyarah Penghayatan Etika dan Peradaban iaitu Puan Zuraiha Binti Mohd Zain atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menyiapkan tugasan ini selama 2 minggu. PRAKATA Seterusnya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami kerana telah memberi semangat dan sokongan moral serta telah memberi kemudahan yang tidak terhingga dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak dilupakan kepada ahli kumpulan yang telah bertungkus lumus, mengerah tenaga dan idea serta telah mengorbankan waktu cuti dan masa dalam memastikan tugasan ini berjaya disiapkan tepat pada masanya. Natijahnya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. OLEH : NUR ALYA SAFIAH BINTI SYAIFUL BAHAREE - 2


Maksud Sekolah Tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab dan sekolah pondok. Maksud Vernakular Bukan penggunaan bahasa atau dialek yang dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dalam masyarakat. - 3 OLEH : NUR DINIE BINTI SHAIBATUL AKHWAL


Kerajaan British tidak mempunyai niat mahu membangunkan bidang pendidikan di Tanah Melayu kerana beranggapan tidak akan memberi sebarang faedah kepada British malah akan memberi kesedaran kepada golongon terdidik ini untuk menentang kerajaan British. Akan tetapi, kerajaan British didesak oleh Sultan di Negeri-Negeri Bersatu dan akhirnya membina sekolah vernakular Melayu sejak pertengahan abad ke-19 sehingga berlakunya Perang Dunia Kedua. Dasar British yang longgar telah memberi peluang kepada pendakwah Kristian untuk menubuhkan sekolah Inggeris, kaum Cina menubuhkan sekolah vernakular Cina dan kaum India menubuhkan sekolah vernakular Tamil. Pada waktu yang sama. perkara ini menimbulkan ketidakseragaman dalam orientasi dan kurikulum pendidikan yang seterusnya menyebabkan berlakunya masalah yang rumit khususnya dari segi perpaduan kaum. PENGENALAN OLEH : NUR ALYA SAFIAH BINTI SYAIFUL BAHAREE - sejarahnusantaraef.blogspot.com/2018/02/sejarah-pendidikan-vernakular-di.html 4


WAJARKAH SEKOLAH VERNAKULAR DITERUSKAN? Jawapan kepada isu yang tidak pernah ada kesudahan ini ialah sekolah vernakular tidak sewajarnya diteruskan? Tidak perlu melihat terlalu jauh, cukup memerhati yang disekeliling kita dan kita dapat mengenalpasti bahawa perkara ini bukan suatu perkara yang baharu. Walaupun negara tercinta kita sudah mencapai kemerdekaan selama 66 tahun yang lalu, akan tetapi masalah seperti ini perlu diambil tindakan dengan segera sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa negara kita masih ada yang bersifat rasis antara kaum lain yang juga merupakan halangan untuk mencapai perpaduan kaum dalam negara. Masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak fasih berbahasa Melayu sedangkan itu merupakan bahasa Kebangsaan negara kita. Hal ini berlaku kerana penggunaan bahasa yang berbeza di setiap sekolah yang menyebabkan setiap kaum selesa menggunakan bahasa ibunda mereka sehinggakan mengakibatkan Bahasa Melayu tersisih. Isu ini dapat membataskan pertuturan antara kaum sehinggakan boleh menyebabkan berlakunya perselisihan faham seterusynya pergaduhan kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan jelas. OLEH : NUR ALYA SAFIAH BINTI SYAIFUL BAHAREE zahirzainudin.blogspot.com/2017/06/pendidikan-vernakular.html - 5


MENGAPAKAH SEKOLAH VERNAKULAR TIDAK SEWAJARNYA DITERUSKAN? Kontrak : Perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih Sosial : Segala yang berkaitan dengan masyarakat Kontrak Sosial : Suatu teori atau model dalam falsafah politik yang menekan mengenai hubungan antara asal usul sesebuah masyarakat itu dengan tampuk kekuasaan mereka yang memerintah dalam sesebuah negara terhadap individu dalam masyarakat DEFINISI OLEH : NUR ALYA SAFIAH BINTI SYAIFUL BAHAREE Wujud ibu bapa selain kaum Melayu yang menganggap sekolah kebangsaan tidak bermutu dan tidak berkualiti jika nak dibandingkan dengan sekolah vernakular yang mereka anggap lebih efektif. Terdapat sebuah kajian yang dibuat oleh Dr. Muhammad Abdul Khalid berjudul “The Colour of Inequality : Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia” di mana mendapati bahawa “droput rate” tertinggi di Malaysia berada dalam Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJKC ) iaitu setiap satu daripada empat ( 1/4 ) orang pelajar tercicir sebelum berusia 18 tahun. Di sini telah terbukti bahawa sekolah vernakular tidaklah bermutu seperti jangkaan dan ekspatasi mereka. kedudukan dan hak istimewa kaum Melayu diberikan kepada penduduk asal Tanah Melayu Islam sebagai agama rasmi persekutuan kedudukan institusi raja Melayu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Selain itu, terdapat persepsi yang menyatakan sekolah kebangsaan terlalu islamik dan terlalu melayu. Ini dilihat dari segi sambutan peristiwa agama Islam setiap kaum dan bacaan doa yang dibaca dan diamalkan sebelum bermulanya sesi persekolahan sehinggakan Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan isu ini. Akan tetapi, negara kita juga menghormati dan turut menyabut perayaan kaum lain. Jika kita lihat semula, bukankah Malaysia mempunyai kontrak sosial yang telah digubal sebelum kemerdekaan dan di dalamnya terdapat empat perkara penting iaitu : - 6 studocu.com/my/document/upload?origin=documentviewer-download-document-info-modal


Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran cabaran itu. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dalam penghakimannya memutuskan bahawa Parlimen mempunyai bidang kuasa untuk menggubal undang-undang mengenai pendidikan. Maka tidak hairanlah gesaan dibuat Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu A Aziz pada Khamis lalu apabila beliau meminta kerajaan segera mencari penyelesaian perdebatan isu sekolah vernakular kerana jika tidak ia akan menghangatkan lagi suhu perkauman di negara kita. Sekolah vernakular di Malaysia sudah lama didirikan sebelum merdeka lagi, namun kewujudannya masih dipertikaikan sehingga hari ini. Pada 26 Ogos lalu, Pemuda Bersatu (Armada) tetap mahu sekolah vernakular dihapuskan secara berperingkat meskipun Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique memberi jaminan kerajaan tidak akan memansuhkannya. Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sayap Bersatu itu menolak secara tuntas kenyataan Halimah yang didakwanya tidak mencerminkan citra nasional bagi menjayakan integrasi kaum di negara ini. Sebelum itu, pada 23 Oktober tahun lalu, peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga Naib Presiden Parti Bumiputera Pesaka Malaysia (Putra) memfailkan notis usul untuk mencabar kewujudan sekolah vernakular yang menurutnya bertentangan dengan perlembagaan. https://www.sinarharian.com.my/article/100151/suara-sinar/lidahpengarang/isu-sekolah-vernakular-terus-diperdebatkan OLEH : NUR DINIE BINTI SHAIBAUL AKHWAL ISU SEKOLAH VERNAKULAR DIPERDEBATKAN - 7


Statistik sekolah vernakular di Malaysia Peratus kaum selain Melayu di sekolah kebangsaan amat sedikit. Berdasarkan statistik KPM, peratus murid Cina dan India di sekolah kebangsaan masing-masing 0.73 peratus serta 2.63 peratus pada 2020, sekali gus tidak berpadanan demografi Malaysia.Kepelbagaian jenis sekolah kebangsaan dan swasta dalam sistem pendidikan membolehkan ibu bapa memilih sekolah sesuai untuk anak mereka. Bagaimanapun, kepelbagaian sekolah membentuk halangan menyukarkan peluang berinteraksi kepada murid. Murid di aliran vernakular, terutama SMPC kurang mendapat peluang pendedahan kepada pergaulan dengan kaum lain. Begitu juga pelajar aliran tahfiz dan sekolah agama rakyat (SAR) atau swasta, langsung tidak bergesel bahu dengan kumpulan etnik lain. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1117168/ tingkat-interaksi-rapatkan-jurang-sekolah-agama-vernakular OLEH : NUR DINIE BINTI SHAIBATUL AKHWAL - 8 Tingkat pendedahan pelbagai ras, etnik Jika dibiarkan, jurang antara kaum semakin bertambah hingga kita perlu meningkatkan pendedahan kepada kepelbagaian ras dan etnik. Apatah lagi ada antaranya langsung tidak mempunyai komponen penting kurikulum kebangsaan. Kesefahaman dalam pemahaman dan penghayatan kurikulum berlainan membesarkan lagi jurang perbezaan. Interaksi murid perlu dipertingkatkan bagi membolehkan mereka memahami latar belakang dan budaya masing-masing serta membangunkan aspirasi bersama untuk masa depan Malaysia.


Mungkin ia ada rentetan sejarah bahawa ia sudah bermula sebelum merdeka lagi. Ketika British menawarkan pendidikan arus perdana dalam bahasa Inggeris, sekolah vernakular juga wujud iaitu dalam bahasa ibunda bahasa Melayu, bahasa Cina (Mandarin) dan bahasa Tamil. Orang Melayu tidak mahu anak-anak mereka dididik di sekolah Inggeris kerana dikatakan bimbang akan dipengaruhi oleh agama Kristian apabila buku bacaan yang digunakan ialah kitab Bible. Manakala etnik Cina dan India pula menuntut sekolah vernakular dalam bahasa ibunda mereka atas alasan mahu memulihara bahasa, budaya, pemikiran, dan adab resam etnik masing-masing. Selepas merdeka sekolah aliran Inggeris telah bertukar kepada kepada aliran kebangsaan dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kerajaan bermula 1975 dimana matapelajaran diajar dalam bahasa kebangsaan dan peperiksaan LCE bertukar menjadi SRP pada tahun 1978, dan peperiksaan MCE bertukar menjadi SPM pada tahun 1980. https://www.ukm.my/atma/wp-content/uploads/2018/02/pb_180220-sekolah.jpg MEDIA MASSA OLEH: NUR DINIE BINTI SHAIBATUL AKHWAL Gambar menunjukkan konflik anara keperluan & kemahuan - 9


NOTA PENTING!!! Masyarakat stereotype :ialah kepercayaan umum tentang kategori orang tertentu. hal ini kerana ianya adalah jangkaan yang mungkin ada pada setiap orang dalam kumpulan tertentu. Civil disibedience : pembangkangan atau enggan mengaku warganegara untuk mematuhi undang undang tuntutan ,perintah kerajaan tertentu Kesan Negatif Kesan negatif kepada masyarakat jika sekolah vernakular diteruskan ialah melahirkankan kaum cauvinis yang tidak fasih dalam berbahasa kebangsaan ,yang tidak mesra budaya kebangsaan. Selain itu sering menunjukkan "civil disibedience"dan membawa perpecahan bangsa di Malaysia .Malahan pula dikatakan, sekolah vernakular menjadi asbab masyarakat tidak bersatu dan wujudnya pula masyarakat" stereotype" yang dapat menghancurkan negara sendiri kerana kepercayaan suatu kelompok tentang sesuatu dipercayainya. seterusnya antara kesan lainnya, adalah sekolah vernakular yang diwujudkan telah menekankan etnik dan identiti bangsa yang sangat melampau hal ini dikatakan demikian kerana menyebabkan individu di antara setiap kaum mempunyai pemikiran yang berlainan dan menjadi permulaan perpecahan bangsa di negara majmuk ini . menurut dewan bahasa dan pustaka | cauvinis. [cau.vi.nis] چاوۏينيس. Definisi : 1. bersifat menunjukkan pendirian atau semangat yg keterlaluan (melampau) dlm memperjuangkan OLEH: : WAN HAMIDAH BINTI ABDUL WAHAB https://www.scribd.com/document/413894194/kesan-negatif-sekolah-vernakular-docx - 10


OLEH : WAN HAMIDAH BINTI ABDUL WAHAB - 11


Oleh Wan hamidah binti Abdul Wahab - 12


Oleh: Wan hamidah binti ABDUL wahab 1)VERNAKULAR 2)SEKOLAH 3)CHINA 4)PERPECAHAN 4)PELBAGAI ETNIK 5)NEGARA 6)PERPADUAN 7)MALAYSIA 8)INDIA 9)MELAYU SILANG KATA - 13


OLEH : WAN HAMIDAH BINTI APA KATA BINTI ABDUL WAHAB MEREKA? Auni binti suhaimi 16DPR22F1052 Nur ain binti mamat 16DKM22F1042 Pada pendapat saya,sekolah vernakular ini tidak wajar untuk diteruskan jika diteliti dari sudut negara kita yang ada berbilang kaum dan bangsa ini, jika sistem ini diteruskan, ianya boleh merenggangkan hubungan kaum di Malaysia. Tambahan pula jika ianya diteruskan, berkemungkinan krisis antara kaum di Malaysia tidak akan pernah selesai. Jadi disini, harapan saya sebagai rakyat Malaysia adalah mengharapkan supaya kerajaan mengambil serius tentang permasalahan ini agar generasi akan datang tidak dibesarkan dengan kehidupan yang tidak harmoni ataupun bersifat berat sebelah. Nur yusra batrisyia binti yahya 16dpr22f1037 Pada pendapat saya, di setiap sekolah vernakular , contohnya (SJK) Cina, (SJK) Tamil, mereka lebih menggunakan bahasa ibunda masing - masing menyebabkan mereka kurang menguasai bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Seterusnya, mereka tidak dapat bergaul dengan bangsa lain yang mana akan menjadikan mereka tidak dapat berinteraksi dan mengenali budaya kaum lain secara holistik. Sistem seperti ini dilihat, sebagai penghalang perpaduan kerana setiap pelajar dapat berinteraksi secara terus dengan sesuatu kaum. Oleh itu, harapan saya dan merupakan jalan terbaik adalah dengan menghapuskan sekolah vernakular dan digantikan dengan sekolah satu aliran, dengan cara ini barulah setiap kaum dapat mengenali adat resam dan wajah sebenar kaum lain di negara ini serta menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. - 14 Pada pendapat saya, tidak wajar sekolah vernakular diteruskan kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum jadi sekiranya sekolah ini diadakan ianya mungkin akan memecah belahkan kaum di malaysia. Harapan saya, rakyat perlulah bersuara agar sekolah vernakular tidak diwujudkan. Hal ini supaya setiap lapisan masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni


HARAPAN KAMI Nur Alya Safiah Sebagai rakyat Malaysia yang bermasyarakat majmuk, saya berharap agar kerajaan tidak meneruskan sekolah vernakular di masa hadapan kerana saya berpendapat bahawa ini akan menyebabkan masyarakat sedikit sebanyak bersifat rasis sesama sendiri. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan imej negara serta dilihat sebagai satu peluang keemasan kepada negara lain untuk menjajah negara kita. Nur Dinie Saya berharap sekolah vernakular tidak akan lagi diteruskan kerana masyarakat berbilang kaum tidak dapat menjalinkan hubungan kemasyarakatan antara kaum jika sekolah vernakular diteruskan. Hal ini menyebabkan semangat perpaduan antara kaum akan semakin pupus dalam kalangan masyarakat kerana berlakunya perasingan kaum di negara kita. Wan Hamidah Saya berharap sekolah vernakular tidak menjadi salah satu punca pertelingkahan dan dapat menjaga adat setiap kaum walaupun berbeza pendapat. Oleh itu, saya sebagai rakyat Malaysia berharap pihak berkuasa dapat mengelakkan situasi berlaku pada genarasi akan datang. Justeru itu, dapat mengelakkan keharmonian dan keamanan negara. - 15


Isu sekolah vernakular tidak boleh dipandang sebelah mata oleh pihak kerajaan dan juga pihak masyarakat. Perkara ini perlu diambil cakna oleh pihak berkuasa dan sebarang tindakan perlu dilaksanakan dengan kadar segera. Perpaduan antara kaum perlulah berada di tahap yang maksima bagi mengekalkan keharmonian negara kita. Hal ini kerana, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, agama dan budaya tersendiri yang seacra tidak langsung telah membentuk imej sebuah negara yang bernama Malaysia. Melalui akhbar, statistik dan media massa yang telah kami lampirkan dalam majalah ini membuktikan bahawa sekolah vernakular merupakan antara punca kepada perpaduan kaum yang semakin renggang dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Adakah ini merupakan suatu perkara yang buruk untuk negara kita? Sudah semestinya. Jika kita, sebagai rakyat di negara ini tidak mempedulikan tentang isu ini, nescaya akan memberi peluang yang sangat besar kepada negara luar untuk memporakperandakan serta menjajah negara kita semula. Dengan ini, telah terbukti bahawa sekolah vernakular memberi kesan negatif terhadap perpaduan di Malaysia melalui kajian-kajian yang telah dijalankan di Malaysia. K O E LEH : S NUR A I LY M A SAFIAH P BINTI U SYAIFU L L BAH A AREE N - 16


L A M P I R A N Undian responden melalui aplikasi WhatsApp Puan Zuraiha Binti Mohd Zain menyemak perkembangan dan proses e-majalah - 17


Temu ramah secara atas talian Temu ramah secara bersemuka Temu ramah secara atas talian 1) 2) 3) - 18


Sesi taklimat - 19


RRUUJJUUKKAANN - 20 https://www.sinarharian.com.my/article/100151/suara-sinar/lidahpengarang/isu-sekolah-vernakular-terus-diperdebatkan 1. 2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1117168/tingkatinteraksi-rapatkan-jurang-sekolah-agama-vernakular 3. https://www.ukm.my/atma/wp-content/uploads/2018/02/pb_180220- sekolah.jpg


PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU21032 1.NUR ALYA SAFIAH BINTI SYAIFUL BAHAREE ( 16DPR23F1045 ) 2. NUR DINIE BINTI SHAIBATUL AKHMAL ( 16DPR23F1033 ) 3. WAN HAMIDAH BINTI ABDUL WAHAB ( 16DPR23F1052 ) SESI 2023/2024 KELAS DPR1A NAMA PENSYARAH : PUAN ZURAIHA BINTI MOHD ZAIN


Click to View FlipBook Version