The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfaeliyanan, 2021-10-25 10:50:50

CONGKAK (1)

CONGKAK (1)

PERMAINAN TRADISIONAL
_CONGKAK_

WAN NUR AMANI HUDA BINTI WAN AHMAD
(DBTF1009)

NURUL AIN SYAKILAH BINTI TUMERAN
(DBTF1002)

NURFAELIYANA A/P RAMUN
(DBTF1011)

PUTRI NUR ARTIELIA BINTI MOHD NOR
(DBTF1008)

NUR AKMAL BATRISYIA BINTI MOHD ANUAR
(DBTF1020)

DEFINISI

ASAL-USUL

PERATURAN TATACARA LANGKAH
PERMAINAN MEMANASKAN

BADAN

DEFINISI

Nama congkak diberi oleh kerana permainan ini mula dimainkan dengan
menggunakan kulit kerang dan dari situlah bermulanya nama congkak ini.

ASAL-USUL

 Permainan congkak merupakan salah satu permainan masyarakat Melayu yang sudah lama bertapak
dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita.Congkak merupakan sejenis permainan yang
berasal dari negara Arab.Hal ini demikian kerana satu bukti tertua dijumpai oleh ahli sejarawan dan
cari gali “National Geography” yang menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang
selari yang bentuknya seperti papan congkak bertarikh 5000 hingga 7000 sebelum Masihi di Jordan
iaitu di sebuah negara Arab.

 Dari negeri Arab,permainan ini mula tersebar ke Asia Tenggara disebabkan oleh para pedagang arab
yang berdagang ke negeri Melaka

PERATURAN

SISTEM & SYARAT- KESALAHAN
SYARAT PERMAINAN
 Bermain dengan genggam terlungkup dan tidak
 Pertandingan akan dijalankan
serentak setelah undian dibuat. memasukkan buah atau guli ke rumah ibu atau
rumah anak.
 Para pemain dibenarkan
berlatih sebelum pertandingan  Sentuhan buah atau guli yang tidak berjalan atu
bermula.
menapak.

 Papan congkak mestilah yang  Berfikir melebihi lima saat.
mengandungi sekampung tujuh
rumah anak serta satu rumah  Buah/guli akhir yang digenggam tidak dilepaskan

ibu. sebelum mengambil buah/guli yang baru atau
memasukkan buah/guli di mana-mana rumah
anak dan ibu lebih dari satu butir.

PENENTUAN KEMENANGAN

 Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan buah atau guli di rumah anak) di setiap

papan. Pemenang ialah pemain yang memenangi dua papan atau pusingan,

 Pihak lawan membuat tiga kali kesalahan yang sama atau dibuang gelanggang.

 Pemenang adalah pasukan yang mengalahkan dua atau tiga pemain pasukan lawan.

TATACARA PERMAINAN

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan

kedua-dua pemain mestilah serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan
memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari
kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

2. Gerakan diteruskan sehingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya
buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan
yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam
kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan sehingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri.
Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati
di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain walaupun giliran berada
dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan..

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain perlu mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung
ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga
pihak lawan mengaku kalah.

LANGKAH MEMANASKAN BADAN

● Fokus pada otot utama semasa memanaskan badan seperti hamstring (pangkal peha).

Kemudian lakukan senaman ringan yang lebih spesifik kepada jenis sukan atau aktiviti
yang dilakukan.

● Panaskan badan sehingga badan berpeluh sedikit tetapi jangan sampai terlalu kepenatan.

CONTOH GERAKAN MEMANASKAN BADAN

CONTOH AKTIVITI CARA GERAKAN

Memanaskan badan untuk Berjalan secara perlahan
aktiviti jalan pantas. selama 5-10 minit

Memanaskan badan untuk Berjalan secara pantas

aktiviti berlari 5-10 minit

Memanaskan badan untuk Gerakkan sendi dan otot

latihan kekuatan . (seperti mengikut pola pergerakan

menggunakan pemberat atau semasa menggunakan

dumbbell) pemberat tetapi jangan

gunakan pemberat

Memanaskan badan untuk Berlari anak sambil membawa

bermain bola sepak. bola mengikut gerakan

latihan yang dipelajari tetapi

lebih perlahan

Memanaskan badan untuk Berenang secara perlahan

berenang. selama beberapa minit

CONTOH GAMBAR CONGKAK & CARA
BERMAIN CONGKAK


Click to View FlipBook Version