ASSESSMENT COVER SHEET/
LEMBARAN HADAPAN PENILAIAN KURSUS
DEPARTMENT/ JABATAN AGRO-BIOTEKNOLOGI
PROGRAM : DIPLOMA BIOTEKNOLOGI
SESSION/ SESI : 1 2021/2022
MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN
LECTURER’ S NAME/ :
NAMA PENSYARAH PUAN MASTURA
TYPE OF ASSESSMENT/ :
JENIS PENILAIAN E-FOLIO
TITLE/ TAJUK : SUKAN DAN PERPADUAN
SUBMISSION DATE/ :
TARIKH HANTAR 03/12/2021
RECEIVED DATE (fill in by lecturer) :
TARIKH TERIMA (diisi oleh pensyarah)
STUDENT’S NAME/ NAMA PELAJAR MATRIC NUMBER/ CLASS/
NOMBOR MATRIK KELAS
WAN NUR AMANI HUDA BINTI WAN AHMAD DBT1A
PUTRI NUR ARTIELIA BINTI MOHD NOR 23DBT21F1009 DBT1A
NURFAELIYANA A/P RAMUN 23DBT21F1008 DBT1A
SITI AISHAH BINTI SAMSUDIN 23DBT21F1011 DBT1A
23DBT21F1010
MARKS/ MARKAH:
CLO1 CLO2 CLO3 CLO4 TOTAL
MARKS/
JUMLAH MARKAH
LECTURER’S COMMENT/
KOMEN PENSYARAH
SUKAN DAN
PERPADUAN
WAN NUR AMANI HUDA BINTI WAN
AHMAD
PUTRI NUR ARTIELIA BINTI MOHD NOR
NURFAELIYANA A/P RAMUN
SITI AISHAH BINTI SAMSUDIN
BIL PERKARA
1 PENGENALAN
2 DEFINISI SUKAN DAN PERMAINAN
3 DETIK-DETIK PERPADUAN DI
MALAYSIA
4 PERANAN SUKAN DALAM
MENYATUKAN PERPADUAN KAUM
5 ATLET BERBILANG KAUM
6 IMPAK SUKAN KEPADA PERPADUAN
7 KESIMPULAN
8 RUJUKAN
9 LAMPIRAN
This template was created by Slidesgo
WAN NUR AMANI HUDA PUTRI NUR ARTIELIA
BINTI WAN AHMAD BINTI MOHD NOR
23DBT21F1008
2 3 D BT2 1 F 1 0 0 9
DBT1A DBT1A
NURFAELIYANA A/P SITI AISHAH BINTI
RAMUN SAMSUDIN
23DBT21F1011 23DBT21F1010
DBT1A DBT1A
PENGENALAN
Bidang sukan di lihat mampu menjadi
landasan dalam memupuk perpaduan
antara kaum.Biarpun berlainan fahaman
politik,berbeza agama dan bangsa namun
maysrakat bersemangat ketika menyokong
pasukan negara yang bertanding .Selain itu
juga, aktiviti sukan dapat membentuk ke
arah negara yang harmoni kerana rakyat
Malaysia yang berbilang bangsa tidak kira
warna kulit atau asal usul tetap sehati
sejiwa dan bekerjasama di antara satu
sama lain supaya hidup dalam suasana
negara yang aman dan damai.
Melalui sukan,kita dapat mempelajari bahawa adat
setiap permainan atau perlawanan mempunyai kalah
dan menang.Oleh itu, kita haruslah tetap menyokong
dan tidak berprasangka buruk antara satu sama lain
kerana boleh mendatangkan kesan yang negatif dalam
perpaduan antara masyrakat .Justeru itu,kita sebagai
masyrakat mestilah bersifat terbuka terhadap adat
permainan tersebut .Misalnya , atlet badminton
Malaysia kalah di pusingan awal dan rakyat Malaysia
haruslah bersikap terbuka dengan menerima
kekalahan tersebut dan tetap memberikan sokongan
serta memuji para atlet tersebut di atas usaha mereka
dalam setiap perlawanan yang berlangsung.
Di samping itu, kegiatan sukan juga dapat
membuatkan hubungan sosial antara masyarakat
menjadi lebih baik bagi mewujudkan perpaduan
dalam aspek pembangunan negara. Hal dikatakan
demikian, kerana kita dapat mengelakkan diskriminasi
dan pengasingan antara masyarakat apabila kita
bersatu padu. Contohnya , pada peringkat yang lebih
tinggi, pelacaran aktiviti sukan secara global seperti
sukan olimpik dan sukan sea dapat diwujudkan.
Kesannya, Malaysia dapat menjalinkan hubungan
diplomatik yang baik dengan negara-negara luar. Hal
ini membuktikan sukan dapat memberi banyak
kebaikan dalam menwujudkan perpaduan sama ada
di dalam negara mahupun di luar negara.
PERPADUAN
SUKAN SUKAN
DAN
PERPADUAN
DEFINISI
Sukan ialah suatu aktiviti riadah yang paling sesuai
dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara
kita ini. Sukan juga merupakan salah satu aktiviti fizikal
yang dilakukan dengan pelbagai tujuan seperti
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran
dan sebagainya.Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis
sukan dari berbagai- bagai jenis kaum seperti kaum
Melayu, India dan Cina. Antara permainan kaum Melayu
ialah congkak iaitu sejenis permainan tradisi yang sering
dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau permainan.
Seterusnya, permainan kaum Cina ialah Xiang Oi iaitu
permainan papan Cina yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Selain itu, permaina kaum India pula ialah Karom
di mana permainan ini dijadikan aktiviti harian pada bila-
bila masa sahaja bagi mengisi masa yang terluang.
Penglibatan masyarakat dalam bidang aktiviti sukan
dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar
pertarungan di gelanggang sahaja.
Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis
penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun
kumpulan. Ini merujuk kepada semua perhubungan sosial
yang mengaitkan masyarakat dengan pelbagai kaum.
Perpaduan juga ditakrifkan sebagai hubungan erat atau
bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan kaum dan etnik yang berbeza bagi mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain
perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat dalam membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara.
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum
yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di
Malaysia ialah kaum Melayu, Cina, India Kadazandusun dan
Iban. Perpaduan tidak akan tercapai sekiranya ada
segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api serta
menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di
Malaysia
Sukan dan perpaduan dijadikan sebagai alat
perpaduan tanpa mengira ideologi dan
menyemarakkan semangat patriotik dalam
kalangan rakyat, contohnya ,aktiviti bersukan dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim dan sekaligus
dapat menerapkan disiplin dan integriti dalam
kalangan peserta.Selain itu ,Negara Malaysia telah
mengadakan Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA
setiap 2 tahun sekali yang mana dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan permain atau
penonton.Kemudian SUKMA mula diadakan pada
setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara
negeri.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan
dalam kalangan pemain atau penoton yang hadir
pada waktu tersebut. Di samping itu,bersukan juga
menyelami erti perpaduan ,menghormati antara
kaum yang mana kesannya kita dapat
mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta
ini agar dapat mencapai kemajuan serta mampu
bersaing dengan negara lain.Terdapat pelbaga
jenis sukan yang ada,contohnya sukan
badminton,bola sepak dan sukan renang yang
melibatkan pelbagai kaum sertai dari pelbagai
negeri dalam negara ini.
BOLA
SEPAK
BADMINTON DETIK-DETIK OLAHRAGA
PERPADUAN
DI
MALAYSIA
SEPAK
TAKRAW
Perlawanan bola sepak adalah antara satu daripada saat dan detik
perpaduan yang jelas dapat dilihat di kalangan rakyat malaysia apabila
semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama
memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-masing. Mereka
menyokong pasukan masing-masing tanpa melihat pasukan mereka
terdiri daripada kaum atau berlainan bangsa atau tidak. Budaya ini harus
diteruskan dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat malaysia agar ia
menjadi alat perpaduan utuh ribuan penyokong bola sepak malaysia
yang dikenali sebagai ‘Harimau Malaya’ agar ia tetap ‘mengaum’ setiap
kali perlawanan bola berlangsung khususnya apabila Malaysia menjadi
tuan rumah di stadium keramat iaitu Stadium Nasional ,Bukit Jalil.
Di peringkat sekolah, setiap sekolah memainkan peranan untuk
mengadakan kejohanan olahraga balapan dan padang setiap tahun.
Contohnya, semua pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan rumah
sukan secara rawak dimana setiap rumah sukan itu bukan sahaja terdiri
daripada pelajar-pelajar yang berlainan umur malah terdiri daripada
pelajar yang berlainan kaum dan bangsa. Ini menunjukkan, tidak
berlakunya pengasingan mengikut kaum dan agama dalam suatu
pertandingan yang diadakan. Hal ini membuktikan,diskriminasi antara
kaum tidak akan berlaku kerana setiap pelajar yang berbilang kaum ini
diberikan hak sama rata untuk menyertai atau menyokong sukan yang
dipertandingkan. Mereka bebas untuk bersorak sebagai tanda sokongan
kepada peserta rumah sukan mereka
Dalam pasukan bola sepak itu sendiri terdiri daripada
pemain pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.
Kemudian masyarakat berbilang bangsa hadir ke
stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan bola
sepak semasa perlawanan berlangsung .
Contohnya Bagi bekas pengendali Harimau Malaya, B.
Sathianathan, Beliau mewakili sekolah pada tahun 1970
hingga 1975 dalam sukan sepak takraw dan memilihnya
kerana pasukan itu perlu terdiri daripada pemain
Melayu, Cina dan India. Mereka berlatih bersama-sama.
Secara tak langsung beliau sebagai bangsa India
bergaul mesra dengan pemain lain yang terdiri daripada
pemain Melayu dan Cina. Bagi beliau , situasi seperti
inilah yang dikatakan mendorong penyatuan bangsa
melalui sukan
BADMINTON
Sementara itu, bekas pemain BADMINTON
perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek
berkata, beliau kagum melihat semangat
penyokong, secara tidak langsung
memberi motivasi kepada pemain sewaktu
beraksi mewakili negara. Sorakan
penyokong turut membantu pasukan
negara merangkul Piala Thomas pada
1992. Penyokong yang terdiri daripada
pelbagai kaum itu mengikut rentak ketua
sorak mereka yang memberikan sorakan.
Beliau dapat melihat semangat
penyokong Malaysia melalui sorakan itu
yang mahu pasukan kebangsaan menang
dalam pertandingan itu Beliau berharap
masyarakat pelbagai kaum ini dapat terus
bersatu dan menjaga keharmonian
negara.Justeru , Kita harus mengekalkan
perpaduan dan saling bekerjasama untuk
mencapai satu matlamat.
PERANAN SUKAN DALAM
MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM
Sukan
yang boleh
menghalang interaksi antara pemain, penyokong,
pengurusan SERTA masa. MISALNYA, Zaman bola
sepak negara PADA tahun 1980-an pasti tidak akan
lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan
Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai
Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid
Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi
ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang
berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun
sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat
perpaduan dalam kalangan masyarakat umum
walaupun mempunyai pelbagai perbezaan serta
fahaman politik yang tersendiri. Ketika Perang Dunia
Kedua, sukan TELAH menjadi alat untuk mengetepikan
perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan
negara-bangsa yang boleh bersama meskipun
mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur
tadbir urus yang sedikit berbeza.
Nama: Dato’ Azizulhasni Bin
Awang
Umur: 33 tahun
Keturunan :Melayu
Sukan: Berbasikal
Pencapaian Terkini:
Pingat perak di Sukan
Olimpik Tokyo 2020
Nama: Datuk Lee Chong
Wei
Umur: 39 tahun
Keturunan: Cina
Sukan: Badminton
Pencapaian terkini:
Pingat emas di Sukan
Konmawel 2018
Nama: Dato Pandalela
Renong Anak Pamg
Umur: 28 tahun
Keturunan:Bidayuh
Sukan: acara terjun
Pencapaian terkini: pingat
emas pada Piala
Dunia Terjun FINA di Pusat
Akuatik Tokyo, Jepun
Nama: Dato Dr Nicol Ann David
Umur:38 tahun
Keturunan: India
Sukan: Skuasy
PencapaiAN Terkini: Anugerah
Atlet
Terunggul Sepanjang Zaman
Sukan Dunia
Nama: Muhammad Ziyad
Zolkefli
Umur: 31 tahun
Keturunan: Melayu
Sukan: lontar peluru
Pencapaian Terkini: Pingat
emas pada
Paralimpik Musim Panas
Tokyo
Justeru itu , perpaduan bukan sekadar dalam kalangan
masyarakat, tetapi juga dalam segenap lapisan stratifikasi
kepimpinan dan organisasi sukan.Hal ini supaya perpaduan
tidak dikompromi malah dijadikan sebagai benteng
pembinaan jati diri yang menyeluruh.Hal Ini dikatakan kerana
sukan merupakan antara mekanisme yang penting dalam
melentur semangat 'kekitaan'.Hal ini bagi membangunkan
prestasi sukan di negara , disamping sekali gus juga dapat
memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas
kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat yang
berbilang kaum dan etnik. Seterusnya , Sukan mampu
memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama
dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi
penyertaan malah lebih daripada itu.Selain itu , menghargai
dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.
This template was created by Slidesg o
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh
melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja
dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan
mengukuhkan kesejahteraan pelbagai
masyarakat dalam memastikan perpaduan
terus utuh juga mampu menjadi sebahagian
dari proses meraikan kepelbagaian kelompok
etnik yang ada di negara ini.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan
merupakan aspek yang penting untuk memupuk
perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh
sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan
untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti
Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk
kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga
mencergaskan anggota badan kita selain
menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan
terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan,
pembangunan,kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya.
RUJUKAN
https://pts.com.my/berita/lee-chong-wei-juara-all-england-
sekali-lagi
https://says.com/my/seismik/sejarah-badminton-malaysia-
yang-orangmalaysia-perlu-tahu
https://www.scribd.com/doc/134835659/Sukan-Alat-
Perpaduan
https://www.kosmo.com.my/2021/05/05/pandelela-juara-
dunia-pahatsejarah-baharu-malaysia/
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang
https://www.sinarharian.com.my/article/46132/KHAS/Cerita-
Merdeka/Sukan-menyatukan-anak-Malaysia
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/09/
862111/perhebat-acara-sukan-untuk-penyatuan-kaum
LAMPIRAN