The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by U2002324 STUDENT, 2023-05-15 07:41:00

Strategi Dakwah Rasulullah dengan mengasah bakat sahabat

Pengantar Pengajian Usuluddin

Strategi Dakwah d e n g a n Rasulullah M e n g a s a h B a k a t S a h a b a t C H A I R U L A Z L A N D A N I S H A K A S H A H H A Z I M J A R A W I I S M I H A N I F A M I R I Q B A L P e n g a n t a r P e n g a j i a n U s u l u d d i n


PENULIS CHAIRUL AZLAN BIN MOHD JOHARI U2002324 DANISH AKASHAH BIN MADIHI U2002349 AHMAD HAZIM BIN JARAWI U2002356 ISMI HANIF HAIKAL BIN ISHAK U2002347 MUHAMMAD AMIR IQBAL BIN SUHARMAN U2002341


I S I K A N D UNGA N 1 . P e n d a h u l u a n ……………………………………… 1 2 . P e n d e k a t a n P e r s o n a l D e n g a n M e n g e n a l B a k a t S a h a b a t …………………………………… 2 3 . P e m a n f a a t a n B a k a t S a h a b a t D a l a m M e n y a m p a i k a n P e s a n D a k w a h ……………… 3 4 . P e n g e m b a n g a n B a k a t S a h a b a t S e b a g a i B e n t u k P e m b i n a a n U m a t …………………....4 5 . I m p l e m e n t a s i P e n g e m b a n g a n B a k a t S a h a b a t P a d a M a s a K i n i ……………………… 6 6 . K e b e r h a s i l a n M e n g a s a h B a k a t S a h a b a t . .9 7 . P e n u t u p … … … … … … … … … … … … … … … … … 1 0


PENGENAL AN Sebagai seorang muslim kita diwajibkan untuk sentiasa melakukan dakwah tanpa kecuali agar lebih banyak manusia terdedah dengan agama islam mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing. Firman allah dalam Al-quran iaitu surah al Imran ayat 104 “Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”. Dakwah merupakan tugas bagi para rasul dan ia merupakan perintah yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad iaitu orang pertama yang melakukan dakwah sejak islam diturunkan. Dakwah boleh kita fahami dengan maksud mengajak atau menyeru kepada sesuatu perkara. Dakwah menurut perspektif islam pula ialah menyeru kepada manusia supaya beriman dengan Allah dan rasul-rasulNya dengan membenarkan apa yang telah dikhabarkan oleh mereka seta taat pada perintah mereka. Rasulullah memulakan dakwahnya di Mekah pada awal kenabian beliau. Beliau menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orangorang Mekah, mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali kepada ibadah kepada Allah yang tunggal. Dakwah beliau di Mekah pada awal umumnya berfokus pada konsep Tauhid iaitu kesan kepada allah dan mengajak orang-orang untuk meninggalkan kejahilan, penyembahan berhala, dan perbuatan dosa. Dakwah Rasulullah merupakan contoh yang terbaik bagi umat Islam hingga saat ini. Beliau mengajarkan pentingnya menyampaikan pesan agama dengan hikmah, kesabaran, dan kelembutan. Selain itu, beliau menunjukkan bahawa dakwah juga melibatkan pembangunan masyarakat yang berlandaskan pada nilai-nilai keadilan, persaudaraan, dan toleransi. Dalam sejarah dakwah Rasulullah telah banyak mengajar kita untuk melakukan dakwah dengan cara yang berkesan antaranya ialah Rasulullah mengukuhkan strategi dakwah dengan mengasah bakat para sahabat. Pemikiran dan kebolehan yang istimewa para sahabat dapat membantu mereka untuk memahami dengan baik apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah. Oleh itu mereka menyampaikan pesan-pesan agama kepada orang ramai dengan lebih efektif dan mencapai lebih banyak kejayaan dalam Islam. 1


Selain Rasulullah SAW memiliki cara khusus dalam mengenali sahabatnya . Antaranya , baginda memperhatikan tingkah laku dan akhlak sahabatsahabatnya. Baginda selalu mencari sahabat-sahabat yang memiliki akhlak yang baik, jujur, dan amanah. Sebagaimana sabda baginda , "Allah tidak melihat bentuk tubuh dan rupa kalian, namun Dia melihat ke dalam hati kalian dan melihat perbuatan-perbuatan kalian." (HR. Muslim). Jika sahabat tersebut memiliki akhlak yang baik, seperti jujur dan amanah, maka Rasulullah SAW akan semakin mendekatinya dan membangun hubungan persahabatan yang erat. Bukan itu sahaja , Rasulullah SAW juga sering memperkuat hubungan dengan sahabat-sahabatnya. Beliau sering mengunjungi rumah sahabatsahabatnya dan mengajak mereka untuk bersama-sama dalam kegiatankegiatan baik. Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Hijr : 15:32 yang berbunyi "Dan bersahabatlah kamu dengan orang-orang yang beriman. Dan hendaklah kamu tetap bersabar terhadap segala sesuatu yang menimpa kamu."Contohnya, Rasulullah SAW sering mengunjungi rumah sahabat-sahabatnya, seperti Abu Bakar, Umar bin Khattab, dan lain-lain. Beliau juga sering mengajak sahabat-sahabatnya untuk melakukan kegiatankegiatan bersama, seperti berburu atau berkuda. Hal ini membuat Rasulullah SAW semakin dekat dengan sahabat -sahabatnya danmembangun persahabatan yang kuat. Dapatlah disimpulkan bahawa baginda memiliki pendekatan personal dalam mengenali dan membangun hubungan persahabatan dengan para sahabatnya. Rasulullah SAW juga selalu memperlakukan sahabat-sahabatnya dengan penuh kasih sayang dan kepedulian, sehingga beliau dapat membangun hubungan persahabatan yang erat dan kuat dengan mereka. Melalui pendekatan personal ini, Rasulullah SAW dapat membangun hubungan persahabatan yang tidak hanya kuat dan erat, tetapi juga dapat memberikan solusi yang bijaksana dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh sahabat-sahabatnya. Pendek atan Personal D e n g a n M e n g e n a l B a k a t S a h a b a t 2


Selain mengenal potensi dan bakat sahabat, Rasulullah SAW juga memanfaatkan bakat sahabat dalam menyampaikan pesan dakwah. Dalam hal ini, ia memberikan ruang bagi sahabat untuk menunjukkan kemampuan mereka dalam berdakwah. Terdapat beberapa contoh dimana Rasulullah memanfaatkan bakat sahabat. Antaranya ialah : a) Ketika Rasulullah memerintahkan mus’ab bin umair iaitu duta dakwah pertama nabi Muhammad untuk menyebarkan dakwah islam di kota Madinah. Beliau merupakan antara sahabat yang mempunyai kemahiran berbahasa yang sangat baik sehingga mampu untuk menyampaikan pesanan dakwah yang berkesan kepada masyarakat Madinah pada waktu itu. Pada awalnya Mus’ab merupakan seorang pemuda kaya namun miskin akibat ibunya telah mengambil segala kemewahan setelah beliau memasuki islam. Walaupun begitu, setelah mengenali Rasulullah beliau kaya iman dan juga ilmu agama sehingga menjadi anak yang sangat berilmu pada zaman tersebut. b) Rasulullah memanfaatkan kemahiran yang ada pada Abu Bakar As-siddiq iaitu sahabat dekat beliau. Abu bakar mempunyai kecerdasan dan kebijaksanaan yang luar biasa dalam menyebarkan dan memperkukuhkan agama Islam. Abu bakar merupakan khalifah yang pertama selepas wafatnya Rasulullah. Hal ini telah menunjukkan sahabat- sahabat yang lain memberi kepercayaan yang besar kepada beliau untuk menggantikan Rasulullah sebagai seorang pemimpin. c) Rasulullah juga memanfaatkan kekuatan dan ketegasan yang ada dalam diri Umar bin Khattab untuk menjaga keamanan dan keselamatan ketika berada di Madinah. Umar diberi tanggungjawab besar oleh Rasulullah untuk mengetuai pasukan muslim dalam menempuhi beberapa pertempuran penting. Pe m a n f a a t a n b a k a t s a h a b a t d a l a m m e n y a m p a i k a n p e s a n d a k w a h 3


D) Terdapat juga seorang sahabat Rasulullah yang telah dimerdekakan oleh beliau iaitu bilal bin rabah. Bilal mempunyai suara yang sangat indah dan nyaring, oleh itu beliau telah dijadikan oleh Rasulullah seorang muadzin dan juga merupakan muadzin pertama dalam sejarah islam . kelebihan suara beliau mampu memanggil umat islam di Madinah untuk mendirikan solat. Terdapat banyak lagi contoh Rasulullah memanfaatkan kebolehan yang ada pada sahabat. Baginda Rasulullah bijak memahami kelebihan dan kesitimewaan individu yang ada pada sahabat untuk kepentingan umat islam dalam menyebarkan dakwah islam. Bakat yang dimiliki oleh para sahabat juga telah memberi banyak kesan positif kepada umat islam pada zaman sekarang. Pe n g e m b a n g a n b a k a t s a h a b a t s e b a g a i b e n t u k p e m b i n a a n u m a t Rasulullah SAW mengambil kira seluruh aspek kemahiran dan semangat juang yang terdapat dalam diri para sahabat khususnya pengembangan bakat yang sedia ada dan semula jadi dalam pembinaan umat yang berkualiti dan berprestasi tinggi. Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah membuat satu modus operandi ataupun prosedur latihan secara berskala dan berperingkat supaya potensi bakat para sahabat dapat dikembangkan dan diasah dengan lebih sempurna dan konsisten. Sebagai contoh,Rasulullah SAW pernah menyertai para sahabat yang melakukan aktiviti memanah sebagai riadah pada waktu petang.lalu Nabi SAW memberi sokongan dengan sabdanya, ”Lemparkanlah panahmu itu, saya bersamamu.”(Riwayat Bukhari).Ini menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan Rasulullah SAW dalam pemantapan bakat memanah yang sedia ada pada para sahabat itu ditonjolkan 4


menjadi aktiviti riadah.Rasulullah SAW menekankan bahawa "kekuatan itu adalah memanah". Dalam hadis, Nabi menyebutnya tiga kali sebagai satu penegasan. Rasulullah SAW mengambil kira seluruh aspek kemahiran dan semangat juang yang terdapat dalam diri para sahabat khususnya pengembangan bakat yang sedia ada dan semula jadi dalam pembinaan umat yang berkualiti dan berprestasi tinggi. Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah membuat satu modus operandi ataupun prosedur latihan secara berskala dan berperingkat supaya potensi bakat para sahabat dapat dikembangkan dan diasah dengan lebih sempurna dan konsisten. Sebagai contoh,Rasulullah SAW pernah menyertai para sahabat yang melakukan aktiviti memanah sebagai riadah pada waktu petang.lalu Nabi SAW memberi sokongan dengan sabdanya, ”Lemparkanlah panahmu itu, saya bersamamu.”(Riwayat Bukhari).Ini menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan Rasulullah SAW dalam pemantapan bakat memanah yang sedia ada pada para sahabat itu ditonjolkan menjadi aktiviti riadah.Rasulullah SAW menekankan bahawa "kekuatan itu adalah memanah". Dalam hadis, Nabi menyebutnya tiga kali sebagai satu penegasan. Contoh yang lain pula ialah berkuda.Sebagaimana sekuntum bunga tidak akan sempurna tanpa hinggapan kumbang,begitu juga dengan memanah tanpa berkuda. Dalam salah satu hadis riwayat Imam Bukhari RA, Nabi Muhammad SAW, menganjurkan para sahabatnya termasuk seluruh umat Islam yang mengikuti sunnahnya, agar mampu menguasai kekuatan berolahraga terutamanya berkuda, berenang, dan memanah. Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggangbaik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda. 5


I m p l e m e n t a s i s t r a t e g i d a k w a h R a s u l u l l a h Implementasi strategi dakwah Rasulullah SAW dengan mengasah bakat sahabat tidak hanya relevan pada masa lalu, tetapi juga memiliki implikasi yang kuat pada zaman sekarang. Dalam era moden ini, umat Islam dapat mengadopsi pendekatan serupa dengan mengembangkan bakat dan potensi mereka sebagai sarana dakwah yang berkesan. Dengan memanfaatkan beragam bakat yang dimiliki umat Islam, pesan-pesan dakwah dapat disampaikan dengan cara yang menarik, relevan, dan dapat mempengaruhi audiens yang lebih luas. Mari kita jelajahi beberapa contoh implementasi strategi ini dengan lebih rinci. d e n g a n m e n g a s a h b a k a t s a h a b a t p a d a m a s a k i n i a. Pemanfaatan kemampuan komunikasi: Komunikasi yang efektif merupakan kunci dalam menyampaikan pesanpesan dakwah. Di era digital yang terhubung, umat Islam dapat memanfaatkan media sosial, blog, podcast, atau saluran YouTube untuk untuk menyampaikan pesan-pesan dakwah. Individu-individu dengan bakat komunikasi yang kuat, seperti pengucapan awam atau menulis, dapat mengembangkan konten yang informatif, inspiratif, dan mudah difahami untuk menjangkau audiens yang beragam. Contoh: Seorang muslim yang mahir dalam pengucapan awam dapat menjadi pembicara di konferensi atau program yang bertujuan untuk memperkenalkan Islam dengan cara yang menyentuh hati dan membangun 6


pemahaman yang mendalam. Dengan keahliannya dalam berkomunikasi, ia mampu menyampaikan pesan-pesan dakwah dengan gaya yang menarik dan meyakinkan. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melancarkan Akademi Daie Muda sesi 2022. Para daie perlu turun ke medan sepertimana Rasulullah SAW dan para sahabat yang terdahulu turun ke medan mendepani umat mengajak mentauhidkan Allah. Program yang diselia oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ini mempunyai misi yang amat besar dalam melahirkan ikon dakwah berfokuskan pidato yang dapat menjadi contoh tauladan dengan nilai-nilai Islam yang indah kepada masyarakat serta anak muda di negara kita. b. Pemanfaatan kemampuan seni dan budaya: Seni dan budaya memiliki daya tarik yang kuat dalam menjangkau dan mempengaruhi masyarakat. Umat Islam dapat memanfaatkan bakat seni dan budaya mereka untuk menyampaikan pesan-pesan Islam dengan cara yang kreatif dan menarik. Melalui seni seperti musik, lukisan, atau teater, nilainilai Islam dapat diungkapkan dengan cara yang emosional dan menginspirasi. Contoh: Seorang seniman muslim yang mahir dalam seni musik dapat menciptakan lagu-lagu yang mengandung pesan-pesan kebaikan, perdamaian, atau cinta kasih sesuai dengan ajaran Islam. Lagu-lagu ini dapat disebarkan melalui platform digital dan menarik perhatian masyarakat nonMuslim yang kemudian tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang ajaran Islam. Raihan (digayakan sebagai RAIHAN) ialah sebuah kumpulan nasyid Malaysia yang telah menggegarkan Malaysia justeru sebagai perintis industri nasyid secara komersial. Lagu-lagu di dalam album “Puji-Pujian” yang berasaskan zikrullah seringkali diputarkan di radio dan siaran televisyen diumpamakan sebagai tiupan angin dingin ke hati pendengar muslim mahupun bukan. 7


c. Pemanfaatan kemahiran teknologi: Teknologi telah mengubah cara kita berinteraksi dan menyebarkan informasi. Umat Islam dapat mengasah bakat mereka dalam bidang teknologi seperti desain grafik, pengembangan aplikasi, atau produksi video. Dengan menggunakan kemahiran ini, umat Islam dapat menciptakan konten digital yang menarik dan berkualiti tinggi untuk menyampaikan pesan dakwah yang relevan dan mudah diakses. Smart Quran merupakan aplikasi Al-Quran mudah alih pertama yang diluluskan oleh Lembaga Pelesenan dan Kawalan Percetakan Al-Quran di bawah KDN. Antara fungsi di dalam aplikasi ini, pengguna boleh mencari surah yang ingin dibaca melalui susunan nama surah, juz’ dan boleh menanda halaman yang dibaca. Turut mengandungi teks terjemahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan boleh memainkan audio bacaan ayat AlQuran yang dibaca oleh beberapa qari terkenal seperti Sheikh Abdullah Ibn Ali Basfar, Sheikh Ali al-Huzaifi, Sheikh Ibrahim al-Akhdar dan Sheikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf. Secara kesimpulannya, implementasi strategi dakwah dengan mengasah bakat sahabat pada masa kini melibatkan pemanfaatan kemahiran komunikasi, seni dan budaya dan kemahiran teknologi. Dengan membangunkan bakat dan potensi individu dalam konteks dakwah, umat Islam dapat memperluas liputan dan impak pesan-pesan dakwah, serta mencapai audiens yang lebih luas dan beragam. Dengan cara ini, umat Islam dapat menyebarkan ajaran Islam dengan cara yang menarik, relevan, dan memberi manfaat kepada masyarakat dalam era globalisasi ini. 8


Ke b e r h a s i l a n s t r a t e g i d a k w a h R a s u l u l l a h d e n g a n m e n g a s a h b a k a t s a h a b a t Rasulullah SAW menunjukkan contoh dengan menggunakan bakat dan kemampuannya sendiri dalam menyebarkan ajaran Islam. Strategi dakwah Rasulullah SAW dengan mengasah bakat sahabat terbukti sangat berhasil dalam menyebarkan Islam di masa lalu. Keberhasilan ini dapat dilihat dari jumlah sahabat yang memeluk Islam dan menyebarkan ajaran Islam ke seluruh penjuru dunia. Dalam hal ini, strategi dakwah dengan mengasah bakat sahabat telah membuka peluang bagi umat Islam untuk menunjukkan potensi dan bakat yang dimilikinya dalam mengembangkan Islam. Selain itu, strategi ini juga mendorong umat Islam untuk lebih memperhatikan pembinaan dan pengembangan bakat dalam upaya menyebarkan pesan dakwah. Rasulullah SAW juga memanfaatkan segala bentuk kepakaran. Setiap para sahabat mempunyai kepakaran mereka tersendiri. Oleh itu rasulullah s.a.w. memanfaatkan sebaik mungkin kepakaran mereka bagi menjayakan misi dakwah. Misalnya, ketika menghadapi Perang Khandaq setelah mengadakan mesyuarat, Rasulullah bersama para sahabat bersepakat menerima idea Salman al-Farisi r.a. Daripada pengalaman dan kepakarannya, Salman mencadangkan agar mempertahankan Kota Madinah dengan menggali parit di sekelilinginya. Lalu Baginda s.a.w. mengarahkan kepada setiap sepuluh orang lelaki supaya menggali parit seluas 40 hasta. Ketika itu juga, semua orang Islam dengan pantasnya menggali parit. Baginda juga memilih sahabat yang memiliki kemampuan khusus untuk memberikan kontribusi bagi perkembangan dakwah. Contohnya, sahabat Abu Bakar yang memiliki keahlian dalam bidang kewangan dan sahabat Umar bin Khattab yang memiliki kemampuan kepemimpinan yang luar biasa. Rasulullah juga memberikan latihan dan pembinaan secara intensif kepada para sahabat untuk meningkatkan kualiti mereka dalam berdakwah. Melalui pendekatan seperti ini, Rasulullah berhasil menumbuhkan semangat dakwah pada para sahabat dan mengajarkan mereka untuk menjadi pelopor dan pemimpin dalam menyebarkan ajaran Islam. Para sahabat kemudian menjalankan peranan penting mereka dalam menyebarkan ajaran Islam ke berbagai daerah di seluruh dunia. Secara keseluruhan, strategi dakwah Rasulullah dengan mengasah bakat para sahabat sangat efektif dalam menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia sehingga ke hari ini . 9


PENutup Pada era globalisasi yang kian mencanak dari masa ke semasa,umat islam sewajarnya mengambil ibrah dalam strategi dakwah Rasulullah SAW dalam pengembangan bakat para sahabat dengan cara pendekatan personal dalam mengenal bakat sahabat,pemanfaatan bakat sahabat dalam menyampaikan pesan dakwah, pengembangan bakat sahabat sebagai bentuk pembinaan umat, implementasi strategi dakwah melalui pengembangan bakat sahabat pada masa kini dan keberhasilan strategi dakwah Rasulullah dengan mengasah bakat sahabat. Umat Islam juga sewajarnya bukan sahaja menyiapkan diri dari sudut bakat yang berkaitan dengan olahraga semata-mata sebaliknya juga mengenal pasti bakat-bakat terpendam yang lain seperti kemahiran yang berkaitan dengan corak dan penulisan seperti penulisan khat,kemahiran seperti pengucapan awam dan keberanian untuk melakukan pembentangan di hadapan semua orang dalam bahasa mudahnya keberanian dalam mengutarakan pendapat dan menyampaikan apa yang tersurat di hadapan semua orang.Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang berbunyi “Bersungguh-sungguhlah dalam hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah (dalam segala urusan), serta janganlah sekali-kali kamu bersikap lemah. Jika kamu tertimpa sesuatu (kegagalan), maka janganlah kamu mengatakan, ‘seandainya aku berbuat demikian, pastilah tidak akan begini atau begitu’. Tetapi katakanlah, ‘ini telah ditakdirkan oleh Allah dan Allah berbuat sesuai dengan apa yang dikehendaki’. Karena sesungguhnya perkataan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan”(HR. Muslim No. 2664). Semoga seluruh umat islam pada masa kini akan tetap teguh bersatu dan membuat persiapan sebaik mungkin bukan sahaja dari sudut fizikal tubuh badan malah dari segi kekuatan dan keluhuran pegangan iman yang kuat agar segala musibah dan ujian yang akan mendatang dapat diatasi dengan mudah dan lancar tidak kira waktu,keadaan dan tempat. 10


BIBLIOGRAFI Al-Kandahlawy, Muhammad Yusof (1984). Kehidupan Para Sahabat Rasulullah SAW. Drs.Samsul Munir Amin ,M.A.(2022).Sejarah Dakwah. AMZAH. https://books.google.com.my/books?id=bqOAEAAAQBAJ&lpg=PP1&ots=XEcI 3mYjmO&dq=dakwah%20rasulullah&lr&pg=PA130#v=onepage&q=dakwah%20r asulullah&f =false Ibn Hajar Al-'Asqalani. (1866). Kitab Fathul Bari jilid 6. Dar al-Ma'arif. Khalid Mahmood Shaikh.(2000).Da'wah in Modern Times.Adam Publishers. Media Baharu.(2022,August 16 ).Akademi Daiei Muda YADIM , lahirkan pendakwah cekap teknologi.Berita RTM.https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/45226- akademi-daei-muda-yadim-lahirkan-pendakwah-cekap-teknologi Patrick Sookhdeo.(2014). Dawa: The Islamic Strategy for Reshaping the Modern World. Isaac Publishing LLC. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2016). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-150: Memanah, Berenang Dan Berkuda. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-alhadith/1042irsyad-al-hadith-siri-ke-150-memanah-berenang-dan-berkuda Syaikh Safiyyu al-Rahman Al-Mubarakfuri.(2019).Terjemahan Al-Rahiq Al-Makhtum: sirah Nabawiyyah. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Syeikh Sufian Nur Marbu Al-Banjari Al-Makki.(2015). Fadhilat Memanag dan Berkuda, Arrouha Publications.


P e n g a n t a r P e n g a j i a n U s u l u d d i n Dakwah boleh kita fahami dengan maksud mengajak atau menyeru kepada sesuatu perkara. Dakwah menurut perspektif islam pula ialah menyeru kepada manusia supaya beriman dengan Allah dan rasulrasulNya dengan membenarkan apa yang telah dikhabarkan oleh mereka seta taat pada perintah mereka. Dalam sejarah dakwah Rasulullah telah banyak mengajar kita untuk melakukan dakwah dengan cara yang berkesan antaranya ialah Rasulullah mengukuhkan strategi dakwah dengan mengasah bakat para sahabat. Oleh itu mereka menyampaikan pesan-pesan agama kepada orang ramai dengan lebih efektif dan mencapai lebih banyak kejayaan dalam Islam.


Click to View FlipBook Version