PERSATUAN IBU BAPA-GURU
KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON
KM 5, JLN SEREMBAN,
71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN
_________________________________________________________________________
Ruj Kami : KVPD.100-13/1/14 (18)
Tarikh : 30hb Mei 2022
Telefon : 06-6512266
YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 38, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA.
Yang Berhormat,
JEMPUTAN MERASMIKAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KOLEJ VOKASIONAL
PORT DICKSON KALI KE-33
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa AJK PIBG Kolej Vokasional Port Dickson sesi
2021/2022 telah bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 pada
ketetapan berikut:
Tarikh : 18hb Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Masa Tamat : 12.00 tengah hari
Pengerusi : Tn Hj Omar bin Marzuki
3. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya YB sudi hadir merasmikan
Mesyuarat Agung tersebut. Tentatif majlis disertakan untuk makluman dan tindakan YB.
Sebarang maklum balas sila hubungi 0111-1483841 Pn. Zalipah atau 010-6584998 Pn.
Shahika.
4. Perhatian dan kesudian YB untuk hadir amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN NEGARA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
........................................
Tn Haji Omar bin Marzuki
YDP PIBG KVPD
s.k. 1. Pengarah Kolej Vokasional Port Dickson
2. Fail PIBG KVPD
ATURCARA MAJLIS
Mesyuarat Agung PIBG ke 33
ATURCARA MAJLIS
8.30 pagi - Pendaftaran ibu bapa dan guru
9.00 pagi - Nyanyian lagu “Negaraku”
- Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan doa
- Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG KVPD
Tuan Haji Omar bin Marzuki
- Ucapan Tuan Pengarah Kolej Vokasional Port Dickson
Encik Abdul Razak bin Ismail
- Ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 oleh perasmi
- Penyampaian sijil kepada AJK PIBG sesi 2021/2022.
11.00 pagi - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33
1.30 petang - Bersurai