The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d088728, 2022-02-23 07:17:36

"Sang Kancil Yang Rajin"

FINAL ASSESSMENT KAL3053

Penulis: Leesika Binti Michin

SYaanngg KRaanjcinil

KANDUNGAN

1 PENGENALAN Muka Surat 1

2 CERITA SANG KANCIL YANG RAJIN Muka Surat 2-11

3 NILAI MURNI Muka Surat 12

4 SOALAN Muka Surat 13

5 AKTIVITI SENI Muka Surat 14

6 RUJUKAN Muka Surat 15

PENGENALAN

Buku cerita “Sang Kancil Yang Rajin” ini adalah mengisahkan tentang seekor kancil
yang rajin dan seekor monyet yang pemalas. Pada suatu hari, penghuni hutan telah
diminta oleh Raja Rimba hutan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bekalan
makanan untuk musim kemarau yang akan tiba tidak lama lagi. Pada suatu hari dalam
perjalanan mencari bekalan makanan Sang Kancil telah bertemu dengan Si Monyet.
Sang Kancil mengajak Si Monyet untuk mencari bekalan makanan bersama-sama,
namun Si Monyet tidak mengendahkan ajakan Sang Kancil. Tidak lama kemudian,
musim kemarau pun telah tiba. Apakah yang terjadi dengan Sang Kancil dan Si Monyet?
Buku cerita ini dihasilkan berdasarkan nilai Pendidikan Moral selaras dengan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu nilai Kerajinan yang terkandung dalam
standard kandungan PM 11.0. Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(2017) nilai kerajinan bermaksud “Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan
berdedikasi dalam melakukan sesuatu.”

1

Di sebuah hutan terdapat seekor haiwan yang sangat rajin
dalam kalangan haiwan-haiwan yang ada di hutan itu. Haiwan
yang sangat rajin itu bernama Sang Kancil. Sang Kancil
seekor kancil yang sangat ceria.

2

Dalam hutan itu, Sang Kancil hidup majmuk dengan haiwan-
haiwan lain. Pada suatu hari, ada seekor burung yang bernama murai
telah diamanah oleh Raja Rimba untuk memanggil semua penghuni
hutan untuk berkumpul. “Hai kamu semua, raja rimba meminta
semua penghuni hutan untuk berkumpul . Raja rimba ingin membuat
pengumuman penting kepada semua penghuni hutan” kata Si Murai.

Hutan Majmuk

3

Dalam pengumuman itu, Raja rimba iaitu
Sang Singa meminta semua penghuni untuk
mencari dan mengumpulkan bekalan
makanan kerana musim kemarau akan
menjelang tiba tidak lama lagi. “Musim
kemarau akan menjelang tiba tidak lama lagi,
jadi semua penghuni hutan perlu
mengumpul sebanyak mungkin makanan
untuk bekalan kamu nanti pada musim
kemarau itu.” kata Sang Singa. Semua
penghuni hutan yang berkumpul pada masa
itu menggangguk faham akan kata Sang
Singa.

4

Setiap hari, Sang Kancil akan keluar rumah untuk mencari
bekalan makanan sebanyak mungkin. Sang Kancil menyimpan
semua makanan yang telah dibawa pulang
ke rumah. Sang Kancil menyimpannya di
dalam almari yang ada di rumahnya.
Sang Kancil sentiasa memastikan
bekalan makanan itu cukup
sepanjang musim kemarau
agar tidak kelaparan nanti.

5

Pada suatu hari, sewaktu dalam perjalanan mencari bekalan
makanan Sang Kancil telah bertemu dengan Si Monyet dan
Sang Kancil pun menyapa Si monyet. “Monyet, kau tidak
mencari bekalan makanankah untuk musim kemarau nanti?”
Tanya Sang Kancil pada Si Monyet. “Buat apa nak cari
bekalan kalau pokok pisang kat sini sentiasa berbuah. Kita

boleh ambil bila-bila masa sahaja lah Sang Kancil.”
Jawab Si Monyet. “Tapi Monyet, waktu kemarau
nanti semua tanaman akan matilah Monyet.
Marilah kita sama-sama cari bekalan makanan.”
Kata Sang Kancil. Namun, Si Monyet tidak
mempedulikan kata-kata Sang Kancil.

6

Si Monyet hanya memerhati sahaja Sang Kancil yang bekerja keras
setiap hari mengumpul makanan untuk musim kemarau nanti. Si
Monyet lebih suka tidur dan ke sana ke sini daripada mengumpul
makanan seperti Sang Kancil dan haiwan-haiwan lain.

7

Hari demi hari, bekalan makanan Sang
Kancil pun semakin bertambah banyak.
Bekalan makanan yang telah dikumpulkan
oleh Sang Kancil tersebut amat cukup untuk
musim kemarau yang akan menjelang tiba.

Dengan itu, kini Sang Kancil tidak
risau lagi akan bekalan makanan pada
musim kemarau nanti dan yang pasti
Sang Kancil tidak akan kelaparan.

8

Musim kemarau pun telah tiba dan semua penghuni hutan
tidak keluar daripada rumah kerana cuaca di luar sangat panas
pada waktu siang. Sama seperti haiwan lain, Sang Kancil pun
hanya berada di rumah sepanjang hari.

Hutan Majmuk

9

Setelah tiga hari musim kemarau berlaku di hutan itu, monyet berasa lapar.
Tetapi Si Monyet tidak mempunyai bekalan makanan apa-apa pun di rumah.
Pada petang itu, Si Monyet pun pergi ke rumah Sang Kancil. Si Monyet pun
mengetuk pintu rumah Sang Kancil dengan kuat kerana sangat lapar. Sang

Kancil terkejut terdengar bunyi ketukan yang
kuat itu. Apabila pintu dibuka, kelihatan Si
monyet yang dalam keadaan lemah dan tidak
berdaya. “Kenapa dengan kamu Monyet?”
tanya Sang Kancil. “Aku lapar Kancil, sudah
tiga hari aku tidak makan.” kata Si Monyet
sambil menangis..

10

Sang Kancil amat simpati melihat keadaan Si Monyet
lalu Sang Kancil mengajak Si Monyet masuk ke dalam
rumah. Sang Kancil memberi Si Monyet makan hasil
daripada makanan yang dikumpulkan oleh Sang
Kancil sebelum musim kemarau tiba. “Monyet
makanlah makanan itu. Aku kasihan melihat kau
begini” kata Sang Kancil. Si Monyet sangat malu
dengan Sang Kancil kerana telah memakan makanan
yang telah dikumpulkan oleh Sang Kancil sebagai
bekalan makanannya sewaktu musim kemarau. Si
Monyet sangat menyesal kerana tidak mendengar
nasihat dan ajakkan Sang Kancil dahulu. Semenjak
hari itu, Si Monyet tidak mahu menjadi pemalas lagi.

11

Nilai Murni

Berdasarkan cerita “Sang Kancil Yang Rajin” ini, ianya mengetengahkan nilai
moral iaitu nilai kerajinan sebagai pengajaran daripada cerita tersebut. Sebagai
contohnya, Sang Kancil sangat rajin mengumpul bekalan makanan sebelum
musim kemarau tiba. Hari demi hari Sang Kancil telah mengumpul banyak
makanan di rumah. Pada musim kemarau tiba Sang Kancil tidak berasa kelaparan
kerana Sang Kancil mempunyai banyak bekalan makanan untuk dimakan.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa dengan sikap rajin, kita akan memperolehi
pelbagai manfaat disamping dapat membantu orang lain yang berada dalam
kesusahan. Oleh itu, kita perlulah menanam sikap rajin didalam diri kita bagi
melakukan sesuatu hal atau sentiasa berusaha dalam kehidupan agar sentiasa
hidup bahagia dan menikmati kesenangan. Manakala, sikap malas perlulah dihindari
didalam diri kita agar kita dapat menikmati kesenangan hidup seperti orang lain.

12 12

SSOOAALLAANN

APLIKASI
1. Bagi memastikan bekalan makanan mencukupi pada musim kemarau yang akan tiba, apakah tindakan yang

dilakukan oleh Sang Kancil berdasarkan nilai kerajinan dalam cerita “Sang Kancil Yang rajin”? Tulis jawapan
anda.
__________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________

ANALISIS
2. Bulatkan gambar haiwan yang terdapat dalam cerita “Sang Kancil Yang Rajin”.

PENILAIAN
3. Pada pendapat kamu, mengapakah Raja Rimba meminta penghuni hutan mencari bekalan makanan untuk musim

kemarau yang akan menjelang tiba? Berikan pendapat anda.
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________

13

AKTIVITI KRAF Bahan-bahan kraf topeng
Topeng Sang Kancil kancil

1. Warnakan topeng muka kancil yang telah dicetak mengikut kreativiti o Kertas cetakan muka
masing-masing.
kancil
2. Setelah itu, Gunting topeng mengikut bentuk lakaran.
o Kad manila
3. Gamkan belakang topeng yang telah digunting tadi menggunakan o Gunting
glue stick. o Gam stick
o Tali
4. Lekatkan topeng yang sudah digam pada kertas manila. o Pensel warna
o Penebuk lubang
5. Guntingkan kad manila yang telah dilekatkan tadi mengikut bentuk
topeng.

6. Tebuk lubang di tepi pada bahagian topeng kiri dan kanan.

7. Masukkan tali di kedua-dua bahagian yang telah ditebuk tadi.

8. Topeng haiwan yang berbentuk muka kancil telah siap untuk dipakai.

14

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017).
Kurikulum Prasekolah Pendidikan
Kebangsaan (KSPK). Putrajaya: Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

15

Siri Mari Membaca Dengan Suku Kata yang bertajuk “Sang Kancil Yang
Rajin” merupakan antara koleksi cerita menarik yang diolah menggunakan
Here’sbaanhaasssaorytmanegntmofuadltaehrnuantivteurkespoaurracepsewmhobsaecsatymle fuitdsat.hSateosfettheisntgemahplpateerkataan
atau frasa ayat diulangi bertujuan untuk mengecam perkataan dan
pengukuhan perbendaharaan kata. Buku cerita ini juga mempunyai ciri
istimewa, dimana terdapat suku kata pada setiap ayat.

Cerita dalam siri ini dapat mengembangkan imaginasi para pembaca muda.
Cerita yang diketengahkan juga mengandungi nilai-nilai murni yang bai
sebagai pengajaran.

Dengan adanya buku cerita sebegini ianya mampu menarik minat para
pembaca muda untuk gemar membaca buku cerita berulang kali. Selain itu,
sifat gemar membaca dalam diri pembaca muda terus dapat disemai dari
semasa ke semasa.

Pada bahagian akhir buku cerita ini pula terdapat aktiviti seperti soalan dan
aktiviti membuat kraf yang bertujuan menguji pemahaman para pembaca
muda. Para pembaca muda pasti bukan sahaja terhibur malah memperoleh
pengajaran melalui cerita ini.


Click to View FlipBook Version