The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kami ditugaskan untuk membuat e folio tentang tajuk ini.
Nama pelajar:
1. Darmesharan A/l Chandrasekar (33DTM20F1008)
2. Muhamad Hazirul Haiqal Bin Rahaizek (33DTM20F1020)
3. Azim Bin Mohd Shuib (33DTM20F1030)
4. Muhammad Suhaili bin Ronnie Izam (33DTM20F1044)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazirul.haiqal2001, 2020-11-07 15:11:49

PERANAN PIHAK SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDKAN DALAM MENYATUPADUKAN ANAK-ANAK MUDA DARI SEGI KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.

Kami ditugaskan untuk membuat e folio tentang tajuk ini.
Nama pelajar:
1. Darmesharan A/l Chandrasekar (33DTM20F1008)
2. Muhamad Hazirul Haiqal Bin Rahaizek (33DTM20F1020)
3. Azim Bin Mohd Shuib (33DTM20F1030)
4. Muhammad Suhaili bin Ronnie Izam (33DTM20F1044)

Keywords: KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DI SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
( MPU21032)

TAJUK TUGASAN
“PERANAN PIHAK SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDKAN DALAM
MENYATUPADUKAN ANAK-ANAK MUDA DARI SEGI KEBUDAYAAN

KEBANGSAAN”

NAMA PENSYARAH
PUAN NUR KHAMSIAH BINTI ADAN

NAMA PELAJAR
1. Darmesharan A/l Chandrasekar (33DTM20F1008)
2. Muhamad Hazirul Haiqal Bin Rahaizek (33DTM20F1020)

3. Azim Bin Mohd Shuib (33DTM20F1030)
4. Muhammad Suhaili bin Ronnie Izam (33DTM20F1044)

1

ISI KANDUNGAN

No. Isi Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif Tugasan 3
4-5
Isi + huraian + contoh 6
3.0

-Memartabatkan Bahasa Melayu di sekolah dan IPT.
-Aktiviti Kokurikulum dapat memupuk perpaduan.
-Menyambut perayaan di sekolah dan IPT dapat
mengenali budaya kaum lain.
- Mengadakan tarian tradisional dan malam
Kebudayaan di sekolah dan IPT.

5.0 Kesimpulan

6.0 Lampiran 7-10

7.0 Rujukan 11

2

1.0 Pengenalan

Dalam meniti arus kemodenan ini, kebudayaan kebangsaan sangat
penting bagi seseorang individu tersebut. Ini kerana,cara hidup sesuatu
kumpulan manusia itu tidak dapat difahami melainkan melalui
kebudayaan. Kebudayaan ini juga boleh diterapkan dari peringkat
sekolah dan institusi pendidikan. Ini kerana,anak-anak muda ini ibarat
kain putih yang mudah untuk mencorakkan sesuatu perkara. Hal ini
dikatakan bahawa, di sekolah atau institusi pendidikan anak-anak muda
ini dapat mempelajari selok belok budaya orang lain dan juga dapat
berkongsi pengetahuan tentang kebudayaan kaum masing-masing.
Tanpa budaya,sesuatu kaum tidak mempunyai sebarang keistimewaan
dan mungkin akan kehilangan identiti kaum itu sendiri. Oleh itu, sekolah
atau institusi pendidikan dapat dilihat sebagai “medium” untuk anak-anak
muda masa kini bersatu dari segi kebudayaan kebangsaan.

2.0 Objektif Tugasan

1. Untuk menjelaskan kebudayaan kebangsaan amat penting bagi anak-anak
muda bersatu pada masa kini.
2. Menerangkan bagaimana pihak sekolah dan institusi pendidikan membantu
dalam mewujudkan semangat perpaduan tidak mengira kaum.
3. Untuk menunjukkan bahawa anak-anak muda penting dalam memastikan
negara aman dan damai.
4. Menerangkan Bahasa Melayu dapat membuat anak-anak muda bersatu tidak
mengira kaum untuk berkomunikasi di sekolah dan institusi pendidikan.
5. Menjadi panduan dalam membentuk diri yang ingin berjuang untuk
memantapkan perpaduan serta kebudayaan kebangsaan di sekolah dan institusi
pendidikan seperti belajar bersungguh-sungguh demi menaikkan nama
Malaysia justeru meningkatkan moral rakyat Malaysia untuk ikut berjuang dan
secara tidak langsung telah meningkatkan perpaduan di Malaysia.

3

3.0 ISI

Antara peranan untuk pihak sekolah dan institusi pendidkan untuk
meyatupadukan anak-anak muda dari segi kebudayaan kebangsaan ialah
memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini
adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat
perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kepada rakyat
Malaysia. Hal ini dikatakan bahawa, perkara ini mampu membentuk elemen
perpaduan dalam kalangan anak-anak muda. Apabila anak-anak muda berbilang
kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di
sekolah rendah lagi hingga masuk ke IPT usaha untuk membentuk satu
masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih
berkesan dan mudah.Contohnya, di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum
akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti-
aktiviti p&p ataupun aktiviti kokurikulum. Sama juga dengan pelajar di ipt
mereka akan bercampur dengan kaum lain jika pihak institusi mengadakan
sesuatu aktiviti seperti mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan
dan aktiviti sukan. Selain itu juga, di sekolah anak-anak muda akan belajar
pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
manakala sesetengah pelajar di ipt akan belajar matapelajaran Etika dan
Peradaban.Hal ini akan memberi lagi kukuh sifat perpaduan antara kaum dalam
kalangan anak-anak muda. Jelasnya, generasi muda perlu sedar akan peranan
untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh
pihak sekolah dan pihak institusi pendidikan.

Selain itu, aktiviti kokurikulum di sekolah juga dapat memupuk semangat
perpaduan. Pihak sekolah mesti memastikan penglibatan murid berbilang
kaum dalam aktiviti kelab, persatuan dan badan-badan beruniform. Hal ini
demikian kerana aktiviti kokurikulum ini mampu memupuk sikap saling
bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati serta bersatu–padu.
Contohnya, dalam aktiviti perkhemahan Pengakap, ahli-ahli akan bekerjasama
mendirikan khemah, memasak makanan, melakukan aktiviti berkumpulan
membina gajet dan sebagainya. Hal ini akan memupuk semangat muhibbah
dalam kalangan murid berbangsa Cina, Melayu dan India. Oleh itu, kegiatan
kokurikulum sebenarnya satu alat yang sangat berkesan untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.

4

Seterusnya, pada setiap musim sesuatu perayaan pihak sekolah atau
institusi Pendidikan selalunya mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum.
Perayaan yang selalu diadakan ialah contohnya, Hari Raya Puasa, Tahun Baru
Cina, Deepavali dan lain-lain. Dengan cara ini, setiap anak-anak muda dapat
mempelajari budaya dan adat resam sesuatu kaum di Malaysia ini. Hal ini akan
menyebabkan anak-anak muda dapat menghormati budaya kaum
lain.Sambutan perayaan ini juga merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Ini dikatakan bahawa anak-anak muda akan berinteraksi dengan orang yang
mereka tidak kenali.Perkara ini akan memberi banyak kebaikan. Selain itu juga
apabila mengadakan sambutan perayaan ini anak-anak muda juga akan
memperhiaskan diri dengan pakaian hari raya.Kaum lain juga akan memakai
pakaian perayaan yang disambut. Antara contohnya, kaum Cina dan India
memakai pakaian orang melayu ketika menyambut perayaan orang Melayu iaitu
semasa mengadakan Hari Raya Aidilfitri dan sebaliknya jika kaum lain
menyambut perayaannya orang Melayu juga turut memakai pakaian kaum
tersebut.Hal ini juga sangat penting untuk memantapkan lagi hubungan anak-
anak muda tidak mengira kaum.

Disamping itu juga, kebiasaanya sekolah dan institusi turut akan mengadakan
malam kebudayaan atau persembahan tarian tradisional yang daripada pelbagai
kaum. Hal ini dikatakan bahawa, anak-anak muda sendiri akan memakai pakaian
tarian tradisional kaum tertentu dan akan mempersembahkan tarian tradisional
itu kepada penonton. Anak-anak muda ini juga akan mempelajari tarian tarian
tradisional yang diajar oleh gurunya. Ini akan memberi sedikit sebanyak
pengetahuan kepada anak muda tentang bagaimana tarian tradisional ini.
Contohnya, tarian zapin, tarian kipas, tarian singa dan tarian india. Secara tak
langsung anak-anak muda dapat memahami perbezaan kaum bukanlah dari segi
perbezaan bahasanya dan pakaiannya sahaja sebaliknya perbezaan dari aspek
tariannya juga.

5

5.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, pihak sekolah dan pihak institusi pendidikan
amat penting untuk membantu anak-anak muda bersatu dalam
kebudayaan kebangsaan. Anak-anak muda adalah yang akan
menentukan keamanan negara pada masa akan datang. Selain itu,
tenaga pengajar seperti guru dan pensyarah harus memikirkan
bagaimana lagi untuk memantapkan anak-anak muda masa kini dari
segi semangat perpaduan dan kebudayaan kebangsaan di sekolah
mahupun institusi pendidikan . Tenaga pengajar sangat penting
dalam menyampaikan ilmu perpaduan kepada pelajar. Hal ini
demikian kerana, penyampaian seuatu ilmu perpaduan yang
berkesan kepada anak-anak muda masa kini.

6

6.0 Lampiran
GAMBAR SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SEKOLAH DAN IPT.

7

GAMBAR SAMBUTAN HARI RAYA CINA DI SEKOLAH DAN IPT.
8

GAMBAR SAMBUTAN HARI RAYA DEVAPALI DI SEKOLAH DAN IPT.
9

GAMBAR TARIAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM.
10

7.0 Rujukan
1. cikguchom.blogspot.com/
2. www.myjurnal.my
3. http://jimmymie66.blogspot.com/
4. https://www.penerangan.gov.my/

11


Click to View FlipBook Version