BENGKEL PEMANTAPAN DISIPLIN BERSAMA GURU
PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA
2. KESIMPULAN
Masalah disiplin merupakan suatu fenomena yang pastinya berlaku di setiap sekolah.
Masalah ini jika tidak dikawal akan terus berleluasa dan memburukkan situasi pembelajaran yang
kondusif. Kebijaksanaan sekolah khususnya badan disiplin untuk mengawal masalah disiplin
merupakan suatu lambang kejayaan. Pun begitu, bersandarkan sahaja seratus peratus kepada
guru-guru disiplin tidak memadai untuk mengawal disiplin pelajar.
Kesedaran ini telah menghasilkan idea memalui prinsip bahawa semua guru adalah guru
disilin. Ini bererti bahawa tanggungjawab menjaga dan mengawal disiplin pelajar adalah dipikul oleh
semua guru. Kerjasama perlu diteruskan dalam usaha sekolah melahirkan pelajar yang berjaya.
CEMERLANG DISIPLIN, AKADEMIK GEMILANG DAN KOLEJ TERBILANG.
Disediakan oleh :
sarah
Cik Sarazerah James
Ketua Unit Disiplin
BIRO MAKLUMAT DAN PENERBITAN
AHLI JAWATANKUASA
1. Mohd Al Khalifa bin Mohd Aff
2. Sufi Abidin bin Mislan
3. Derius Pitan (Wakil Ibu Bapa)
4. Rose Ponong (Wakil Ibu Bapa)
Aktiviti Tahun 2019
Sepanjang tahun 2019, Biro Maklumat dan Penerbitan Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah
bekerjasama dengan Unit Teknologi Maklumat (ICT) untuk menganjurkan beberapa aktiviti demi
mempertingkatkan pencapaian staf dan pelajar – pelajar Kolej Vokasional Keningau. Kami juga
telah mencuba untuk mewujudkan pembelajaran yang kondusif seiring dengan dasar pendidikan
Kebangsaan dalam mewujudkan pembelajaran abad ke 21 pada masa kini. Berikut adalah aktiviti
yang telah dilaksanakan:
1. 2019-03-09 Drone Workshop
Kelab Robotik Megamind dibantu oleh Unit ICT dan Biro Maklumat & Penerbitan telah
melaksanakan bengkel Dron di SMJK Chung Hwa Tenom pada 9 March 2019. Program ini telah
dikendalikan oleh 10 orang pelajar daripada Kolej Vokasional Keningau dan mereka telah menjadi
mentor kepada pelajar – pelajar sekitar daerah Tenom yang berminat untuk mempelajari tentang
teknologi dron dan cara mengendalikan dron dengan selamat. Program ini melatih pelajar Kolej
Vokasional Keningau untuk menjadi pemangkin teknologi TVET pada masa hadapan.
2. 2019-03-17 YSEALI Boot Camp
Ketua Unit Teknologi Maklumat, Mohd Al Khalifa bin Mohd Affnan telah menyertai program
tersebut di UMS pada 17 & 18 Mac 2019. Program YSEALI Boot Camp yang ditaja oleh kedutaan
Amerika Syarikat ini memberi peluang kepada peserta untuk menyelesaikan masalah sosial atau
alam sekitar yang berlaku di Sabah. Beliau bersama – sama ahli kumpulan yang lain telah
memperolehi suntikan dana sebanyak RM 3000 dan seterusnya layak ke peringkat akhir di Kuala
Lumpur untuk peluang memperolehi geran sebanyak RM 30,000. Masalah yang cuba diselesaikan
adalah untuk menjadikan Keningau sebuah bandar yang dapat mengawal penggunaan plastik pakai
buang dan menggunakan bahan terpakai dalam kehidupan seharian.
3. 2019-04-27 Bengkel ‘D.I.Y Banner to Tote Bags’
Kesinambungan daripada program YSEALI boot camp, kami telah bekerjasama dengan syarikat
sosial TanpaSampah untuk mengadakan bengkel membuat beg dengan bahan terpakai (banner).
Aktiviti ini telah disertai oleh 15 orang pensyarah & 15 orang pelajar Kolej Vokasional Keningau.
Mereka telah mempelajari lebih banyak tentang peluang perniagaan berasaskan bahan kitar
semula, dan juga cara jahitan yang kemas untuk ketahanan beg. Mereka telah berjaya
menghasilkan lebih 20 beg dan beberapa beg telah disumbangkan kepada TanpaSampah untuk
jualan amal.
4. 2019-07-24 Basic Video Making Workshop
Unit ICT telah menganjurkan bengkel asas membuat video pada 24 & 25 Julai 2019 kepada
pelajar dan pensyarah Kolej Vokasional Keningau yang berminat. Penceramah bengkel merupakan
ketua unit ICT sendiri dan bekas pelajar yang telah melanjutkan pelajaran di UiTM dalam bidang
perfileman. Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta teknik penggambaran dan
pembuatan video. Peserta juga telah mempelajari kemahiran suntingan video yang asas
menggunakan perisian Filmora. Video peserta yang telah siap boleh dilihat di youtube channel Kolej
Vokasional Keningau.
5. 2019-07-27 Tenom Makers Fair
Beberapa ahli Kelab Robotik Megatronic dan pensyarah Kelab Komputer telah mengikuti
program perkongsian teknologi Tenom Makers Fair di Taman Pertanian Tenom pada 27 & 28 Julai
2019. Aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program adalah pameran dron dan robotik,
membantu melancarkan gimik perasmian program, menjadi juri Young Innovator Challenge
peringkat daerah Tenom dan mengembara serta bermalam di tapak perkhemahan Taman
Pertanian.
6. 2019-09-11 Bengkel Buat Brosur
Unit ICT telah melasanakan beberapa bengkel kemahiran ICT kepada warga Kolej Vokasional
Keningau, termasuklah bengkel meghasilkan brosur menggunakan perisian Microsoft Publisher.
Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kemahiran asas membuat brosur digital
dan bercetak menggunakan rangka sedia ada. Wakil setiap program telah menghasilkan brosur
program masing masing dan telah dikongsi di telegram dan media sosial yang lain.
7. 2019-09-22 Gaja! Korea
Program Antarabangsa Gaja! Korea yang telah dikendalikan oleh Ketua Unit ICT, Mohd Al
Khalifa bin Mohd Affnan telah membawa 14 orang pelajar dan 5 orang pensyarah untuk berkongsi
pengalaman TVET di Seoul, Korea Selatan. Berlangsung pada 22 hingga 29 September 2019,
mereka telah melawat beberapa institusi pendidikan TVET di Seoul seperti Seoul Technical High
School, Seoul Robotic High School dan Seoul Polytechnic, menghadiri persidangan ALCoB dan
juga melawat tempat tempat menarik di Seoul. Program ini telah mengubah persepsi peserta
tentang budaya di Korea serta membuka minda mereka untuk lebih berjaya di masa hadapan.
8. 2019 Bengkel Google Form
Unit ICT telah melaksanakan bengkel Google Form kepada program yang berminat melalui
temujanji dan masa yang telah ditetapkan. Peserta didedahkan dengan penggunaan Google Form
dalam memudahkan urusan dokumentasi dan pengisian borang. Bengkel yang berlangsung selama
3 jam ini telah dilaksanakan beberapa kali pada tahun 2019 di program yang berbeza. Program
yang terlibat telah berjaya menghasilkan Google Form untuk mengurangkan penggunaan kertas
dan menjimatkan masa. Bengkel ini telah dikendalikan oleh pensyarah daripada Unit ICT, Ibrahim
Ismail.
9. 2019 Bengkel Rekabentuk Grafik Mudah Canva.com
Unit ICT telah melaksanakan 3 siri bengkel rekabetuk grafik menggunakan perisian Canva.com
sepanjang tahun di bawah bimbingan pensyarah daripada Unit ICT, Azharulzaman Ibrahim.
Penggunaan elemen grafik yang sesuai telah dipelajari oleh peserta dan canva.com membantu
peserta untuk mereka bentuk dengan lebih senang dan cepat. Setiap siri bengkel ini dilaksanakan
menggunakan 100% data Internet dan peserta telah berkongsi hasil bengkel di media sosial.
Bengkel ini memberi impak kepada peserta dalam penghasilan poster iklan yang lebih berkualiti
dan professional.
Isu
Antara isu yang perlu ditangani dan diselesaikan adalah masalah liputan Internet di Kolej
Vokasional Keningau. Untuk makluman, isu Internet di sekolah merupakan isu di hampir kesemua
sekolah di Malaysia, di mana pakej yang dibekalkan oleh kerajaan adalah bergantung kepada
liputan dan pakej yang ditawarkan oleh pembekal seperti Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya.
Pakej yang dibekalkan adalah tidak sesuai untuk digunakan secara meluas kerana terdapat had
kuota yang ditentukan dan hanya sesuai untuk digunakan oleh sejumlah pengguna sahaja. Oleh
sebab itu, pakej Internet ini adalah tidak efektif untuk pengguna yang ramai di Kolej Vokasional
Keningau.
Terdapat beberapa alternatif yang telah dicuba sebelum ini termasuk menggunakan dana
PIBG untuk melanggan talian tambahan, tetapi kami membuat kesimpulan ianya tidak kos efektif
selari dengan jumlah data yang dibekalkan. Oleh itu, talian tambahan itu telah dihentikan dan
beberapa pensyarah di bengkel masing masing telah menggunakan duit poket sendiri untuk
berkongsi data Internet bersama pelajar.
Cadangan Aktiviti Tahun 2020
Beberapa cadangan telah dibuat dan akan dijalankan pada tahun 2020 selari dengan
kemajuan negara dalam bidang Revolusi Perindustrian 4.0. Antara cadangan pelaksanaan Biro
Multimedia dan publisiti adalah:
1. Memurnikan penggunaan telefon pintar di kolej bersama Unit Disiplin.
2. Menambah lebih banyak kursus dan bengkel dalaman untuk warga kolej terutamanya dalam
pengetahuan ICT.
3. Memberi pendedahan kepada warga kolej dalam penggunaan ICT dalam pendidikan teknikal
dan vokasional melalui program dan pertandingan yang menarik dan mesra.
4. Melanggan UNIFI, talian Internet yang lebih berbaloi untuk menambah liputan Internet Wi-Fi
di kolej.
5. Mengeratkan lagi hubungan di antara PIBG dan kolej melalui media sosial.
6. Memastikan info yang diterima oleh semua pihak tepat, sahih dan cepat melalui pemantauan
berkala di sosial media dan bercetak.
Kesimpulan
Biro Maklumat dan Penerbitan komited dalam memastikan warga kolej memperoleh
pengetahuan ICT dalam pendidikan teknikal dan vokasional yang secukupnya dan juga
menyediakan kemudahan ICT yang optimum terutamanya prasarana yang lengkap dan canggih
untuk membolehkan warga kolej bersaing bersama institusi lain dalam revolusi perindustrian 4.0.
Semoga PIBG terus cemerlang dan menjadi contoh kepada yang lain.
Disediakan oleh,
Mohd Al Khalifa bin Mohd Affnan
(Ketua Unit ICT)
Biro Maklumat dan Penerbitan
PIBG Kolej V