TANGGUNG JAWAB
MENTOR DAN MENTI
Nor’Asikin Binti Abdullah (Jururawat U41)
Jabatan Kejururawatan Hospital UiTM Puncak Alam
OBJEKTIF
Pada akhir topik ini, para peserta akan dapat:
• Menyatakan tanggungjawab Mentor dan Menti dalam melaksanakan
Proses Pementoran
TANGGUNG JAWAB MENTOR
- Mewujudkan jangkaan realistik (menetapkan matlamat dan
mengutamakan kepentingan tugasan) dalam perhubungan antara
Mentor dan Menti.
- Memahami prinsip-prinsip asas perubatan Kesihatan dan Memastikan
menti mengikut Standard Operating Procedure (SOP) hospital seperti
yang di tetapkan.
- Tidak Menghakimi (peka dengan situasi Menti, menegur Menti
dengan cara berkhemah, menolong dan mempunyai minat untuk
membantu menti dalam proses pekerjaan).
TANGGUNG JAWAB MENTOR sambungan..
Memahami
- Memberi dan menerima maklum balas konstruktif, berkongsi
maklumat tentang kejayaan dan kegagalan kepada menti.
- Menerima Menti dengan hati terbuka / ikhlas.
- Menunjukan kesediaan untuk berkongsi ilmu, kemahiran dan
kecekapan.
TANGGUNG JAWAB MENTOR sambungan..
Tingkah Laku
- Memberi komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan Proses
Pementoran dari segi ruang, masa, sokongan emosi dan komunikasi
kepada menti.
- Menunjukan contoh perawatan dengan yakin dan melaksanakannya
dengan sempurna.
- Menunjukkan Sikap Positif dan Bertindak sebagai Model Peranan
Positif.
- Sebagai pembimbing atau pemudahcara kepada menti.
TANGGUNG JAWAB MENTOR sambungan..
Komunikasi
- Mengekalkan hubungan secara konsisten dengan menti iaitu mendengar
dengan empati serta terbuka kepada pendapat menti (berbincang).
- Senang dihubungi secara peribadi samaada melalui telepon, email atau
media sosial.
- Menunjukkan kemahiran komunikasi/berinteraksi yang positif baik secara
lisan mahupun tanpa kata-kata.
- Mengadakan pertemuan bersemuka dan menetapkan mesyuarat bersama
Ketua.
TANGGUNG JAWAB MENTI
● Menghargai bantuan mentor tanpa ada unsur prejudis.
● Menerima secara terbuka maklum balas mentor, belajar dan mengamalkan
‘selfempowering behavior’.
● Kerjasama dengan mentor untuk wujud matlamat yang realistik.
● Berkomunikasi dengan mentor berkenaan dengan permasalahan secara
terus mencari pelbagai alternatif untuk mencapai matlamat
TANGGUNG JAWAB MENTI sambungan..
● Menyumbang idea untuk menyelesaikan masalah.
● Mahu/rela berbincang tentang kegagalan dan kejayaan yang dialami
- Perlu bersikap terbuka / menerima teguran.
● Melakukan sebarang tindakan yang sesuai untuk membina perhubungan antara
mentor menti dalam proses pementoran.
- Membincangkan tentang perkembangan pelajaran / prosedur dari masa ke semasa
● Memperakui elemen hormat, mempercayai dan keterbukaan adalah teras untuk
mencapai matlamat.
- Menghormati masa mentor dan mengurus masa sepanjang proses pementoran.
TANGGUNG JAWAB KETUA
❖ Memastikan perlaksanakan program pementoran mengikut panduan yang disediakan.
❖ Melantik mentor yang mempunyai pengalaman dan bersesuaian secara rasmi.
❖ Memantau mentor dan menti sepanjang perlaksanaan program pementoran.
❖ Mengadakan perjumpaan secara berkala.
❖ Menetapkan jadual kerja bersama mentor dan menti.
❖ Bekerjasama dengan mentor untuk penglibatan menti dalam teaching.
❖ Membuat penilaian separa pada bulan ketiga dan penilaian penuh pada bulan ke enam.
❖ Memantau tugasan mento dan menti.
❖ Menerima buku log pada bulan ke tiga dan enam semasa program.
❖ Melaporkan tugasan menti kepada Jabatan Kejururawatan.
❖ Memberi kaunseling pada menti yang bermasalah.
❖ Layak menamatkan hubungan mentor dan menti secara rasmi sekiranya terdapatnya HALANGAN
Penutup
Hasil dari bimbingan yang berkesan.
- boleh membantu dalam meningkatkan kualiti penjagaan pesakit
dengan selamat dan berkualiti.
Thank you