The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by padaidi, 2022-12-26 22:14:27

BUKU PENGURUSAN JENAZAH

BUKU PENGURUSAN JENAZAH

FARDHU KIFAYAH

PENGURUSAN
JENAZAH

Setiap yang hidup
pasti menemui kematian.

(Ali Imran : 185)

oleh: sitti hamizawati sakka

MUKADDIMAH

bismillahirrahmanirrahim

‫ِإ ﱠن ا ْﻟﺤَ ْﻤ َﺪ ﻟِﻠﱠ ِﻪ‬
‫ﻧَ ْﺤ َﻤ ُﺪ ُه َوﻧَ ْﺴ َﺘ ِﻌ ْﻴ ُﻨ ُﻪ َوﻧَ ْﺴ َﺘ ْﻐ ِﻔﺮُ ْه َوﻧَ ْﺴ َﺘ ْﻬ ِﺪ ْﻳ ِﻪ َوﻧَ ُﻌﻮ ُذ ﺑِﺎﻟﻠ ِﻪ‬
‫ َﻣ ْﻦ ﻳَ ْﻬ ِﺪ ِه ُﷲ‬،‫ِﻣ ْﻦ ُﺷﺮُ ْورِ أَ ْﻧ ُﻔ ِﺴ َﻨﺎ َو ِﻣ ْﻦ َﺳ ﱢﻴ َﺌﺎ ِت أَ ْﻋ َﻤﺎﻟِ َﻨﺎ‬
‫ِإﻟَ َﻪ‬ َ‫ أَ ْﺷ َﻬ ُﺪ أَ ْن ﻻ‬.‫ﻟَ ُﻪ‬ ‫ﻳُأَ ْ ﱠنﻀ ِﻠ ُﻣ ْﻞﺤَ ﱠَﻓﻤ ًﺪﻼَا َﻫَﻋﺎ ْﺒ ِد ُﺪ ُهَي‬ ‫ُﻣ ِﻀ ﱠﻞ ﻟَ ُﻪ َو َﻣ ْﻦ‬ َ‫َﻓﻼ‬
‫ اَﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ‬.‫َو َر ُﺳ ْﻮﻟُ ُﻪ‬ ‫ِإﻻﱠ ﷲ َوأَ ْﺷ َﻬ ُﺪ‬

‫َﺻ ﱢﻞ َو َﺳﻠﱢ ْﻢ َوﺑَﺎرِ ْك َﻋ َﲆ ُﻣﺤَ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋ َﲆ آﻟِ ِﻪ َو َﺻ ْﺤ ِﺒ ِﻪ َو َﻣ ِﻦ‬
‫ا ْﻫ َﺘ َﺪى ﺑِ ُﻬ َﺪا ُه ِإ َﱃ ﻳَ ْﻮ ِم ا ْﻟ ِﻘ َﻴﺎ َﻣ ِﺔ‬.

Ertinya : Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya dan
meminta pertolongan, pengampunan, dan petunjuk-
Nya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri
kita dan keburukan amal kita. Barang siapa
mendapat dari petunjuk Allah maka tidak akan ada
yang menyesatkannya, danbarang siapa yang sesat
maka tidak ada pemberi petunjuknya baginya. Aku
bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah
kiamat.dan bahawa Muhammad adalah hamba dan
Rasul-Nya. Ya Allah, semoga doa dan keselamatan
tercurah pada Nabi Muhammad dan keluarganya,
dan sahabat dan siapa saja yang mendapat petunjuk
hingga hari kiamat.

USTAZAH SITTI HAMIZAWATI SAKKA
KOLEJ KOMUNITI TAWAU

1

PANDUAN MENGHADAPI
KEMATIAN

1. Adab Pesakit Dengan Allah Di Saat Sakaratulmaut

1.Orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut,
hendaklah pasrah dan rela menerima segala yang
ditentukan Allah.

2. Hendaklah meminta maaf kepada orang tua, suami
atau siapa sahaja yang dianggap ada kesalahan kita
padanya.

3. Hendaklah redha meninggalkan seluruh sanak
keluarganya untuk pergi selama-lamanya.

4. Banyakkan membaca ayat-ayat al-quran dan berzikir
disaat menjelang kematian.

5. Berusaha agar sentiasa dapat mengerjakan solat.

6. Berusaha agar dapat menyucikan diri sebaik-baiknya
ketika mengerjakan ibadah kerana mencuaikannya boleh
menyebabkan azab kubur.

7. Berwasiat agar keluarganya tetap sabar dan tidak
meratapi dirinya serta tidak berbuat hal-hal bidaah
dalam menguruskan jenazahnya.

8. Mengajarkan mereka agar berdoa untuk dirinya
dengan doa-doa yang telah dianjurkan.

9. Hendaklah sentiasa merasa takut di atas segala dosa-
dosa dan mengharapkan keampunan dari Allah dengan
sepanjang waktu berbaik sangka kepada Nya

1

2. Adab Berhadapan Dengan orang Yang Nazak

1. Mentalqinkannya. Menuntun dan memimpinnya
mengucapkan kalimah ‫ﻻ اﻟﻪ إﻻ ﷲ ﻣﺤﻤﺪ رﺳﻮل ﷲ‬

2. Menghadapkannya ke arah kiblat. Dalam keadaan
berbaring pada sisi badan yang kanan, kepalanya ke utara
dan kakinya ke arah selatan. Jika tidak dapat berbuat
sedemikian, maka telentangkanlah ia, kepalanya
mengarah ke timur dan agak ditinggikan sedikit dengan
memakai bantal, sedangkan kakinya ke arah kiblat.

3. Menjemput orang soleh agar beroleh keberkatannya.
Sunat menghadirkan orang-orang soleh yang diharapkan
keberkatannya ke tempat orang yang hampir mati. Dan
sunat mendoakannya supaya dia mendapat keampunan
dan keringanan.

4. Membaca surah Yasin. Sunat membaca surah Yasin di
samping orang yang sedang nazak.

5. Membaca Surah Al-Baqarah. Tujuannya supaya orang
yang nazak itu mempunyai harapan dan baik sangka
kepada Allah.

6. Minuman. Hendaklah disediakan minuman dan
berilah ia minuman jika dia dahaga ketika nazak.

7. Bersugi. Sunat disugikan giginya semoga
memudahkan keluar rohnya dari jasad.

2

3. Cara Menghadapi Kematian Orang Yang Disayangi

1. Bersabar

Apabila seseorang itu sedang ditimpa sesuatu musibah, ia
diperintahkan untuk bersabar. Ucapan terbaik bagi
mereka yang ditimpa musibah kerana sesuatu kematian
ialah, inna lillahi wa inna ialaihi roojiuun. Kalimat ini
merupakan kalimat ‘istirjaa’ iaitu pernyataan kembali
kepada Allah. Adalah sunat menyebutnya ketika
seseorang tertimpa apa-apa musibah sama ada besar
mahupun kecil.

2. Jangan meratapi mayat

Bagi yang kematian keluarga hendaklah bersabar dan
janganlah sampai meratapi orang mati itu hingga
memukul mukul pipi dan menggoyak-goyakkan baju.
Sebab itu bukanlah dari ajaran Islam. Ratapan ialah
tanda marah dan tidak dapat menerima ketentuan Allah
dengan redha.

3. Sunat Mengucapkan Takziah

Ianya untuk menghibur, menyebarkan dan meringankan
kesusahan yang dideritai oleh orang yang sedang ditimpa
musibah kematian. Sunat selepas tiga hari selepas
kematiannya.

3

2

PERKARA SUNAT DILAKUKAN
SELEPAS KEMATIAN

1. Diuruskan oleh orang yang menyayanginya seperti dari
kaum keluarganya sendiri.

2. Memejamkan matanya. Cara memejamkan matalanya
ialah dengan merapatkan kelopak matanya yang sebelah
atas dengan kelopak mata yang sebelah bawah sambil
membaca :

‫ﺑﺴ ِﻢ ﷲِ َو َﻋ َﲆ ِﻣﻠَ ِﺔ َر ُﺳﻮ ِل ِﷲ‬
Ertinya : “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah
saw”

3. Sunat mengikat janggut dengan serban yang ada
dikepalanya

4. Merapatkan mulutnya jika ternganga.

5. Sunat melembutkan sendi-sendi tangan, kaki dan jari-
jarinya

6. Sunat diangkat dan diletakkan ditempat tinggi dengan
dihadapkan mukanya ke arah kiblat.

7. Setelah disalin pakaiannya, maka hendaklah ditutup
seluruh tubuhnya dengan kain bersih.

8. Lebih sempurna lagi bila mayat itu diletakkan di dalam
bilik yang tertutup.

9. Disunatkan meletakkan sesuatu benda yang sederhana
beratnya di atas perutnya seperti gunting untuk menahan
agar perutnya tidak buncit dan menolong memudahkan
najis keluar.

4

10. Di hujung kepalanya, elok dilekatkkan perasapan
kemenyan atau setanggi untuk menghilangkan bau yang
berkemungkinan keluar dari mayat itu.
11. Hendaklah segera membayar hutang si mayat jika ia
mempunyai hutang.
12. Tidak ada halangan untuk mencium mayat, bagi
keluarga dan sahabat handai yang terdekat yang sangat
sayang kepadanya.
13. Menyegerakan penyelenggaraanya.

5

3

PENYELENGGARAAN TERHADAP JENAZAH

Terdapat 4 perkara yang perlu dilakukan
terhadap saudara muslim yang meninggal dunia iaitu :-

1. Memandikannya
2. Mengkafankannya
3. Menyembahyangkannya
4. Mengkebumikannya
Hukum melakukan ke empat-empat perkara ini adalah
FARDHU KIFAYAH sekalipun orang yang mati kerana
membunuh diri kecuali bagi mereka yang mati syahid di
dalam medan peperangan ( ‫ ) َﻣﻌ َﺮ َﻛﺔ‬kerana melawan orang
kafir maka tidak wajib dimandikan dan disolatkannya.
Bila pekerjaan itu ditinggalkan berdosalah semua orang
Islam di kawasan tersebut, tetapi bila ada antara mereka
yang mengerjakannya walaupun dikerjakan oleh seorang
kanak-kanak yang mumaiyyiz, maka terlepaslah mereka
semua dari dosa.

6

1. MEMANDIKAN MAYAT

Disyari’atkan memandikan mayat adalah untuk
menghilangkan hadas kerana mati yang menyebabkan
lembutnya badan dan hilang akal. Dan mayat itu
bukanlah najis kerana orang mukmin tidak dianggap najis
sama ada masih hidup ataupun sudah mati.

Orang Yang Boleh Memandikan Mayat

1. Mayat lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki

2. Mayat perempuan hendaklah dimandikan oleh
perempuan

3. Suami boleh memandikan isterinya dan sebaliknya
isteri boleh memandikan jenazah suaminya.

4. Sebaiknya orang yang memandikan, adalah
keluarganya yang terdekat, jika ia mengetahui kewajipan
mandi serta dipercayai kalau tidak berpindahlah hak
kepada yang lebih jauh yang lebih berpengetahuan serta
amanah.

5. Orang yang memandikan mayat juga mestilah :-
Islam
Merdeka
Bukan pembunuh si mati
kanak-kanak yang mumaiyyiz
Bukan musuh si mati
Bukan orang fasik
Orang yang jujur dan amanah

7

Namun Imam Nawawi di dalam Kitab Syarah Muhazzab
meletakkan 2 syarat sahaja iaitu:

1. Islam sekiranya si mati Islam
2. Bukan pembunuh si mati, serta bukan orang yang
berdendam dengan si mati

Tersebut di dalam Kitab Sabilul Muhtadin bahawa tiada
haram dan tiada makruh perempuan yang haid dan nifas
memandikan
mayat dan tiada haram dan makruh orang yang junub
memandikan mayat.

Peralatan Memandikan Jenazah

1. Tiga buah baldi serta gayung
2. Air mutlak
3. Air daun bidara atau inai
4. Air kapur barus
5. Tanggung (tempat memandikan jenazah yang mudah air
jatuh/mengalir)
6. Sabun mandi
7. Sarung tangan (getah ataupun kain)
8. Kain panjang dan tuala
9. Kapas

Sebaik-baiknya tempat memandikan mayat adalah tempat
yang tidak ada orang yang masuk melainkan orang yang
memandikan dan orang yang menguruskan keperluan yang
bersangkutan dengan mandi itu.

8

Cara-cara Memandikan Jenazah
1. Pakaian mayat tersebut hendaklah disalin dengan kain
yang lembut atau kain sarung untuk menutupi bahagian
aurat sewaktu memandikannya. Kemudian baringkan
mayat di atas tempat yang disediakan.
2. Pastikan perkara-perkara yang menghalang air untuk
sampai kepada anggota badannya dihilangkan terlebih
dahulu seperti getah, lilin, sisik ikan, bekas plaster dan
sebagainya.
3. Mulakan mandian dengan membasuh seluruh anggota
tubuh badannya dengan air mutlak dari kepala sebelah
kanan hingga ke kaki dengan niat :

‫ﻧَ َﻮﻳ ُﺖ اﻟ ُﻐﺴ َﻞ َﻋ َﲆ َﻫ َﺬا اﻟ َﻤ ﱢﻴ ِﺖ ﻟِﻠّ ِﻪ ﺗَ َﻌﺎ َﱃ‬
Ertinya :Sengaja aku mandikan mayat ini (L) kerana Allah
S.W.T

‫ﻧَ َﻮﻳ ُﺖ اﻟ ُﻐﺴ َﻞ َﻋ َﲆ َﻫ َﺬا اﻟ َﻤ ﱢﻴ َﺘ ِﺔ ﻟِﻠّ ِﻪ ﺗَ َﻌﺎ َﱃ‬
Ertinya: Sahaja aku memandikan mayat ini (P), kerana
Allah S.W.T

9

4. Bersihkan segala kekotoran yang terdapat pada tubuh
badannya. Curahkan air mutlak ke serata tempat sambil
menggosok-gosok tubuh badannya dan membuang najis
yang ada. Sekurang-kurangnya ada 3 orang yang bertugas
memandikan mayat.

Seorang ditugaskan mencurahkan air mutlak ke atas
mayat.

Dua orang pula ditugaskan menggosok-gosok mayat
tersebut untuk membersihkan najis-najis yang terdapat
pada mayat. Sambil itu picit-picit sendinya sehingga
lembut dan boleh digerak-gerakkan. Picitkan pangkal
lengan dan hujung jari, kemudian paha diikuti oleh lutut,
tumit hinggalah ke hujung jari kaki. Ulangkan beberapa
kali hingga anggota jenazah boleh digerak-gerakkan.

5. Gunakan sabun mandi yang suci, gosokkan ke anggota
jenazah dari pusat hingga ke kepala dan dari lutut hingga
ke hujung kaki, gosoklah dengan lemah lembut. Tujuannya
untuk menghilangkan kekotoran sama ada daki, kesan
peluh dan sebagainya.

6. Jiruskan air mutlak untuk menghilangkan air sebelah
kanan.

7. Kemudian basuh kemaluan mayat dengan tangan
yang berlapik dengan sarung tangan supaya najis-najis
yang terdapat pada kemaluan (qubul) dapat dikeluarkan.
Haram menyentuh bahagian antara pusat dan lutut
mayat tanpa tangan berlapik dengan tiada hajat.

10

8. Perut mayat hendaklah diurut dengan lemah
lembut dan ditekan sedikit dengan tangan supaya keluar
segala kekotoran daripada lubang duburnya. Sebaiknya
masukan 2 atau 3 jari (yang telah berbungkus) ke dalam
lubang dubur jenazah dan pada masa yang sama jiruskan
air mutlak supaya najis yang keluar tidak terlalu melekat.

Ketika mengeluarkan najis mayat dari lubang
dubur berniatlah :

‫ﻧَ َﻮﻳ ُﺖ ا ِﻻﺳ ِﺘﻨﺠَﺎ َء ِﻣﻦ َﻫ َﺬا اﻟ َﻤ ﱢﻴ ِﺖ ﻟِﻠّ ِﻪ ﺗَ َﻌﺎ َﱃ‬
Ertinya : sahaja aku mengistinjakan mayat ini kerana
Allah Ta’ala

Perbuatan tersebut hendaklah diikuti dengan mencurahkan
air mutlak agar menghilangkan najis atau kotoran yang
keluar.

Sesudah itu, mayat dilentangkan lantas dibersihkan
duburnya dengan tangan kiri yang memakai sarung tangan.

8. Kemudian bersihkanlah matanya, lubang hidungnya,
telinga, giginya (disugi/digosok dengan jari telunjuk yang
telah dibalut). Bersihkan mulut, pastikan mulut dibersihkan
di semua kawasan. Bersihkan juga lubang pusatnya, celah-
celah jari tangan dan jari kaki.

9. Bersihkan kekotoran yang ada dicelah-celah
kuku jenazah.

11

10. Setelah itu, diwudhukan mayat dengan wudhuk yang
sempurna seperti orang yang hidup tiga kali, serta dengan
dimasukkan air ke dalam mulutnya sebagai berkumur-
kumur dan ke hidungnya masing-masing 3 kali. Lafaz
niatnya iaitu

‫ﻧَ َﻮﻳ ُﺖ اﻟ ُﻮ ُﺿﻮ َء ﻟِ َﻬﺬا اﻟ َﻤ ﱢﻴ ِﺖ ﻟِﻠﱠ ِﻪ ﺗَ َﻌﺎ ﱃ‬
11. Jiruslah mayat dengan air mutlak hingga diyakini
jenazah itu benar-benar bersih.
12. Kemudian basuh kepala dan mukanya serta janggut
dengan air bidara atau air sabun. Jika mayat perempuan
yang bersanggul maka urailah sanggulnya dan basuhlah
dengan air sabun. Gosok perlahan-lahan dan bilaslah
dengan air mutlak sehingga rata keseluruh rambut dan
janggutnya.
Rambut yang gugur atau tercabut hendaklah dimasukkan
ke dalam kafan ketika mengkafankannya.

12

Cara Mandi Sembilan Siraman Air

13. Seterusnya, mayat dijirus dengan air disebelah hadapan
badannya yang kanan bermula dari lehernya sampai kepada
tapakkakinya. Kemudian dijirus dengan air di sebelah
hadapan badannya yang kiri daripada lehernya sampai
kepada tapak kakinya. Kemudian dibaringkan mayat pada
rusuknya yang kiri dan dijirus dengan air bahagian badannya
yang kanan sebelah belakang daripada tengkuknya sampai
kepada tapak kakinya. Kemudian dibaringkan mayat pada
rusuknya yang kanan dan dijirus dengan air bahagian
badannya yang kiri sebelah belakang daripada tengkuknya
sampai kepada tapak kakinya.Tidak perlu diulang basuh
kepala dan mukanya kerana telah dibasuh pada mula-mula
tadi. Keseluruhan basuhan ini dikira basuhan yang pertama.

Cara basuhan yang kedua hingga ke sembilan serupa
dengan basuhan pertama tetapi basuhan seterusnya ini
dibasuh bermula dari kepada hingga ke tapak kaki.

Basuhan pertama, ketiga dan kelima dibasuh dengan
air daun bidara. Basuhan kali kedua, keempat dan keenam
dibasuh dengan air semata-mata (mutlak) kerana
menghilangkan air daun bidara.

Manakala basuhan yang ketujuh, kelapan dan kesembilan
dibasuh dengan air semata-mata yang dicampur sedikit
kapur barus. Basuhan ketujuh adalah dii’tibar sebagai
basuhan yang mengugurkan kewajipan bagi mandi.
Sementara basuhan kelapan dan kesembilan
menghasilkan sunat sahaja (Kitab Sabilul Muhtadin dan
Sullam Assibyan).

13

2. MENGKAFANKAN MAYAT
Sabda Rasulullah S.A.W : Pakailah pakaian yang berwarna
putih, kerana ia sebaik-baik warna pakaian bagimu. Dan
kafanilah orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan
kain berwarna putih.
Peralatan Mengkafankan Jenazah
1. Kain putih 18 @ 20 meter dan 45 @ 60 inci lebar.
2. Kapas 2 gulung
3. Cendana
4. Kapur barus
5. Gunting
6. Minyak wangi yang suci
7. Sehelai tikar
Persediaan Kain Kafan
1. Kain kafan berwarna putih hukumnya sunat.
2. Kain itu hendaklah berukuran 18 meter panjang dan 45 @
60 inci lebar.

14

3. Cara-cara memotong kain kafan :-

a. Kain itu hendaklah dikoyakkan tepinya terlebih
dahulu untuk dijadikan tali pengikat mayat. Jadikan 5
utas tali pengikat. Lebarnya 1 inci.

b. Panjang kain untuk orang dewasa lebihkan 2 kaki
dan kanak-kanak 1 kaki.

c. Lebarnya, ikut keadaan mayat.
Kecil/kurus/sederhana – 45” dan Besar – 60”

4. Kain kafan bagi mayat lelaki sunat dikafankan dengan
3 lapis

a. 1 lapis untuk pembungkus luar. Apabila memotong
kain, lebihkan satu kaki di kepala dan satu kaki di kaki
jenazah.
b. 1 lapis untuk baju dan serban
c. 1 lapis untuk kain sarung.

5. Kain kafan bagi mayat perempuan sunat dikafankan
dengan 5 lapis

a. 2 lapis pertama untuk kain kafan luar
b. 1 lapis untuk kain sarung
c. 1 lapis untuk baju
d. 1 lapis untuk tudung atau telekung.

15

Cara-cara Mengkafankan Mayat

Mayat yang keluar dari tempat permandian, ia keluar
dalam keadaan dibungkus dengan kain lepas yang
panjang yang menutupi kepalanya hingga ke kakinya.
Letakkan mayat di atas kafan yang telah disediakan.

Mayat Lelaki

1. Lapisan yang paling bawah ialah tali pengikat
mayat.

a. Tali dibahagian hujung kaki
b. Tali dibahagian lutut
c. Tali dibahagian pinggang
d. Tali dibahagian hujung dada
e. Tali dibahagian hujung kepala

2. Lapisan yang lebar berukuran panjang mayat
yang telah dilebihkan 2 kaki bahagian kepala dan 2 kaki
bahagian hujung kaki

3. Kemudian di atas kain tersebut, diletakkan baju dan
serbannya.

4. Dibahagian bawahnya (baju) pula diletakkan
kain sarung yang telah diukur dari bawah dada hinggalah
ke hujung kaki dan dilebihkan juga seperti lapisan yang
pertama.

5. Di atas baju dan kain sarungnya letakkan kapas yang
telah ditaburi serbuk cendana dan kapur barus@ minyak
wangi. Letakkan kapas agak banyak di bahagian sendi-
sendi dan pinggangnya.

16

6. Baringkan mayat di atas kain kafan yang telah disusun
atur itu dengan tertib dan perlahan-lahan.

7. Setelah mayat berada di atas kafan tersebut, letakkan
pula kapas ke seluruh badannya.

8. Setelah itu, pakaikan baju yang telah disediakan.

9. Pakaikan serban dengan melapikkan kapas dibahagian
dalamnya. Ikat ke belakang.

10. Pakaikan pula kain sarung dengan dilipat dari sebelah
kiri dan ditutupi dengan sebelah kanan. Kemudian
ikatkan dibahagian pinggangnya dan dilutunya dihujung
kakinya.

11. Kemudian, kain kafan lapisan bawah sekali itu dilipat
seperti berikut :

a. Mulakan dari sebelah kanan ke kiri, bermula dari
bahagian muka. Kemudian lipat kain tersebut di
bawah kaki kiri ke atas dan seterusnya.

b. Sebelum menutup mukanya berilah peluang kepada
keluarganya untuk melihat si mayat buat kaliterakhir.

c. Ikatkan mayat dengan tali yang telah sedia ada
dengan dimatikan simpulannnya disebelah kiri
lambungnya (rusuk kiri) kerana apabila mayat itu
hendak dikebumikan tali itu akan dilonggarkan.

17

Mayat Perempuan
1. Lapisan yang paling bawah ialah tali pengikat
mayat.

a.Tali dibahagian hujung kaki
b.Tali dibahagian lutut
c.Tali dibahagian pinggang
d.Tali dibahagian hujung dada
e.Tali dibahagian hujung kepala
2. Lapisan paling bawah ikut saiz mayat, lebihkan 2 kaki
di kepala dan 2 kaki di kaki. Taburkan sedikit cendana
dan minyak wangi @ kapur barus.
3. Lapisan kedua sama dengan lapisan pertama.
4. Atas 2 lapisan ini diletakkan pula kain sarung kemudian
bajunya dan di atas sekali ialah tudungnya.
5. Lakukan sebagaimana urus mayat lelaki pada langkah
3 hingga 7. kemudian pakaikanlah tudungnya.
6. Ikut langkah 8-9

18

3. SEMBAHYANGKAN MAYAT

1. Letakkan mayat di hadapan imam secara melintang.

2. Jika mayat lelaki, sunat diletakkan kepala mayat di
sebelah kiri imam. Imam pula berdiri setentang dengan
kepala mayat.

3. Jika mayat perempuan, kedudukan kepalanya adalah
sebelah kanan imam dan imam pula berdiri setentang
dengan pinggang mayat.

4. Seboleh-bolehnya hendaklah mengadakan 3 saf atau
lebih walaupun tiap-tiap saf ada dua orang atau lebih
kerana mengharapkan pengampunan dari Allah.

5. Yang paling utama (afdhal) hendaklah
disembahyangkan oleh 40 orang.

Rukun sembahyang jenazah 7 perkara:

1. Niat
2. 4 Kali takbir termasuk takbiratul Ihram
3. Berdiri betul bagi yang kuasa
4. Membaca Al Fatihah.
5. Selawat atas Nabi
6. Doa khusus pada mayat.
7. Memberi salam.

19

Bacaan Dalam Solat Jenazah

1.Selepas takbir pertama baca Surah Al Fatihah

2.Selepas takbir kedua baca selawat atas Nabi.
Sekurang-kurang selawat ialah:

‫اَﻟﻠّ ُﻬ ﱠﻢ َﺻ ﱢﻞ َﻋ َﲆ َﺳ ﱢﻴ ِﺪﻧَﺎ ُﻣﺤَ ﱠﻤ ٍﺪ َو َﻋﲆ آ ِل َﺳ ﱢﻴ ِﺪﻧَﺎ ُﻣﺤَ ّﻤ ٍﺪ‬

- Selawat yang paling afdhal adalah seperti selawat yang
dibaca di dalam Tahiyyat akhir solat.

3. Selepas takbir ketiga baca doa. Sekurang-kurang doa
ialah:

a. Bagi mayat lelaki ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ اﻏ ِﻔﺮﻟَ ُﻪ‬

b. Bagi mayat perempuan‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ اﻏ ِﻔﺮﻟَ َﻬﺎ‬
Ertinya: Ya Allah, ampunilah dia.

4. Selepas takbir keempat sunat dibaca doa ini :

‫ﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻻ ﺗَﺤﺮِﻣ َﻨﺎ اَﺟﺮَ ُه َو َﻻ ﺗَﻔ ِﺘ ﱠﻨﺎ ﺑَﻌ َﺪ ُه َواﻏ ِﻔﺮﻟَ َﻨﺎ َوﻟَ ُﻬ َﻮﻻﺧ َﻮاﻧِ َﻨﺎ اﻟ ّﺬﻳ َﻦ‬I
‫َﺳ َﺒﻘﻮﻧَﺎ ﺑِﺎﻻﻳ َﻤﺎ ِن َوﻻﺗَﺠ َﻌﻞ ِﻓﻲ ُﻗﻠُﻮﺑِ َﻨﺎ ِﻏﻼّﻟِﻠَ ِﺬﻳ َﻦ آ َﻣ ُﻨﻮ َرﺑﱠ َﻨﺎ اِﻧﱠ َﻚ َرو ُف‬

“Ya Allah! Janganlahkiranya pahala tidak sampai kepada
kami dan janganlah Engkau memberi kepada
kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan
dia bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului
kami dengan iman dan janganlah menjadikan gelisah
(dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman.
Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang”

20

4. KEBUMIKAN MAYAT

Sekurang-kurangnya menanam mayat di dalam satu
lubang yang boleh menyelamatkan mayat dari digali oleh
binatang buas dan mengelakkan berbau busuk dan
sebagainya.

Yang lebih baik ialah ditanam dalam sebuah lubang yang
kira-kira dalamnya sedalam 4 hasta setengah iaitu lebih
kurang 6 kaki.

Ada 3 cara meletakkan mayat dalam kubur ;

1. Dibuat liang lahad

2. Digali parit di tengah kubur (Liang Syaq)

3. Masukkan mayat dalam keranda

Mengkebumikan mayat dengan cara membuat lahad
adalah lebih afdhal dari cara yang lain jika keadaan tanah
kubur itu liat ,padat dan tidak mudah runtuh.

Jika keadaan tanah mudah runtuh lebih baik dibuat
parit kerana menyelamatkan mayat dari tertimbus.

Menanam mayat di dalam keranda dibolehkan sekiranya
keadaan kubur itu berair atau sebab lain yang memaksa
seperti dikhuatirkan dibongkar oleh binatang buas dan
sebagainya

21

Mayat hendaklah diusung dan dimasukkan pengusung
ikut sebelah kaki kubur di mana kepalanya disebelah kaki
kubur,kemudian diturunkan mayat itu didahulukan
kepalanya.

Ketika memasukkan mayat ke dalam kubur hendaklah
bercermat dan berlemah lembut serta membaca zikir.

Mayat diletakkan di dalam liang lahad dan wajib
dihadapkan ke arah kiblat dan sunat dibaringkan di atas
lambungnya (rusuk) yang sebelah kanan. Kepalanya
sunat diangkat dan dibantalkan dengan tanah yang telah
dikepal.

Eloklah dibukakan kain kapan pada pipinya yang
kanan supaya bersentuh dengan tanah. Belakangnya
disendal dengan tanah kuat-kuat supaya mayat itu tidak
terbalik atau terlentang.

Ketika mayat hendak dihulurkan turun ke dalam kubur,
janganlah duduk berjauhan tetapi hendaklah berdiri di
tepi kubur sambil berdoa.

Wajib ditutup liang lahad dengan papan atau sebagainya.

Pulang dengan harapan si mati mendapat ketenangan di
alam barzakh

22

RUJUKAN

Ainul Mardhiah (1998), Persoalan Mati dan Pengurusan
Jenazah, Perniagaan Jahabers, Johor Bahru, Johor.
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (2017), Mau’izah Hasanah
: Malam Pertama Di Barzakh, Galeri Ilmu Sdn.Bhd,
Selangor.
Al-Alim Al-Allamah AL-Faqih Tuan Guru Haji Chik B
Ahmad Al-Qodahi, Sullamu Sibyan : Membicarakan Fiqh
atas Mazhab Assyafie, 2003
Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-
Syarbaji : Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 1 :
Menghuraikan Bab Bersuci dan Sembahyang, Pustaka
Salam Sdn.Bhd, 2011
https://ilmupengetahuan4aha.wordpress.com/2015/04/09/
tata-cara-pengurusan-jenazah-lengkap-dengan-bacaannya/

23


Click to View FlipBook Version