HAK JIRAN
NAMA : WAN AHMAD ZARIF BIN WAN FARIZA (03DDT20F1004)
MUHAMMAD FARIS BIN RIZUAN ( 03DDT20F1028)
MUHAMMAD AKHYAR AIMAN BIN AZIZI ( 03DDT20F
SUBJEK : PENGAJIAN ISLAM ( MPU23032)
KELAS : DDT2A
NAMA PUAN JAMILAH BINTI OMAR
PENSYARAH :
1.0 ; MUKHADIMAH
Definisi jiran dalam bahasa : Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan
dengan rumah atau tinggal setempat (kawasan kejiranan) samada di kiri,
dan kanan, hadapan atau belakang, atas dan bawah bagi rumah
flat atau kondominium.
Definisi jiran dalam istilah : jiran adalah orang yang tinggal di sekililing
rumah kita mengelilingi setiap penjuru atas,bawah,kiri,kanan,hadapan
mahupun belakang. Ahli jiran mestilah 40 buah rumah yang
berpenghuni .
Dalil : Dalam kitab Al-Quran Karim , Allah berfirman : Dan hendaklah
kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan
sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa
dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran
tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan
orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur
dan membangga-banggakan diri; (surah al-nisa ayat 36)
2.0 ; KATEGORI JIRAN
1. Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan ialah saudara
terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini,
mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim, kerabat serta
sebagai seorang jiran.
2. Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita atau suadara kira,
mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai seorang jiran.
3. Jiran Bukan Islam
Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh diangga sebagai musuh. Hal
ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita
masih perlu menghormati mereka dan tidak menyakitki mereka seperti
sabda Nabi Muhammad S.A.W;
“ Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku, dan
barang siapa yang menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah.”
3.0 ; ANJURAN BERBUAT BAIK KEPADA JIRAN
Banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menyeru kepada berbuat baik sesama manusia
terutama jiran. Berikut disenaraikan ayat al-Quran dan Hadis berkaitan anjuran berbuat
baik kepada jiran
Dapatlah disimpulkan bahawa, Islam sangat menganjurkan berbuat baik sesama jiran.
Al-Quran dan al-Sunnah mengajar manusia untuk saling melengkapi antara satu sama
lain. Ini adalah ciri utama ajaran Islam yang syumul (menyeluruh) dan kaffah(lengkap)
mencakupi setiap aspek kehidupan. Dengan itu, setiap individu perlu memelihara
hak-hak jiran demi memenuhi tuntutan agama, selain menjaga hubungan silaturahim
dan ketenteraman sejagat
4.0 ; ADAB-ADAB JIRAN
Adab berjiran menurut Islam antaranya ialah:
1. Tidak Menyakiti Jiran Sebagai jiran, seseorang itu mestilah menjauhi segala perbuatan yang
tidak disenangi oleh jiran tetangganya. Perbuatan tersebut seperti mencuri, membuat bising,
memfitnah, membuang sampah berdekatan dengan rumah jiran sehingga menimbulkan bau
busuk. Sabda Rasulullah SAW; “Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman
kerana gangguannya.” (Hadis Riwayat Muslim) Dengan itu, sangatlah rugi bagi golongan yang
beriman kepada Allah tetapi bersikap buruk terhadap jirannya. Jadi, berlemah-lembutlah terhadap
jiran, jangan meninggikan suara, menegur jiran-jiran dengan ucapan salam dan senyuman,
sentiasa bersangka baik, menerima teguran jiran atas kesilapan sendiri dan lain-lain hal yang
menjaga ketenteraman kejiranan.
2. Menjaga dan Mengambil-berat Terhadap Jiran Lebih bertanggungjawab jika seseorang itu
menjaga kepentingan jiran-jirannya dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran dan perhatian.
Bermula dari amalan ni akan melahirkan masyarakat yang berkasih-sayang. Rasulullah SAW
mengingatkan umatnya agar sentiasa mengambil-berat sesama saudara seislamnya. “Barang siapa
yang menolong saudaranya yang lain maka Allah akan menuliskan baginya tujuh kebaikan bagi
setiap langkah yang dilakukannya.” (Hadis Riwayat Thabrani) Jika terdapat jiran yang sakit atau
ditimpa ujian, ziarahlah mereka dan hulurkanlah bantuan mengikut kemampuan. Selain itu, selalu
bertanya khabar akan kesihatan jiran-jiran. Oleh itu, sedikit sebanyak, seseorang itu perlu
mengetahui akan pekerjaan dan cara kehidupan jiran-jirannya. Ini bukanlah untuk ‘menjaga tepi
kain orang’ tetapi sebagai seorang ahli masyarakat yang bertanggungjawab dan benar-benar
mengenali jirannya.
5.0 ; PERANAN DAN HAK TANGGUNGJAWAB
Islam mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam mengendalikan masyarakat
majmuk. Hak dan tanggungjawab masyarakat majmuk telah digariskan dalam Piagam
Madinah iaitu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia yang telah disusun oleh
Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Antara hak dan
tanggungjawab yang tertera dalam Piagam Madinah adalah seperti berikut:
a. Semua masyarakat adalah satu ummah yang bertanggungjawab menjaga
kedaulatan negara.
b. Warganegara Islam dan warganegara bukan Islam bertanggungjawab
mempertahankan keselamatan negara daripada serangan musuh atau penceroboh.
c. Setiap warganegara bebas bergerak dan menetap di Madinah.
d. Setiap warganegara bebas bergiat, memiliki harta dan menuntut ilmu.
e. Masyarakat wajib saling menolong atas kebaikan bersama.
f. Masyarakat tidak boleh membantu musuh atau sekutu untuk melakukan
kemungkaran.
g. Setiap warganegara yang dizalimi mesti dibantu dan berhak mendapat pembelaan.
h. Kebebasan mengamalkan ajaran agama tanpa paksaan.
i. Semua masyarakat mesti mengamalkan nilai yang baik.
6.0 ; KESIMPULAN
Kata-kata pujangga di atas telah dipetik dari media social dari #salammuslim.
Kata-kata yang sangat menusuk kalbu apabila si pembaca membacanya. Kita sebagai
seorang muslim hendaklah menghormati jiran walaupun apa pun yang terjadi kerana
jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita.
Oleh itu , janganlah kita menjadi seorang yang berlagak sombong kerana apabila
suatu hari nanti kita berada dalam kesusahan, mereka orang pertama yang akan
menolong kita.
Bukan itu sahaja, banyak hikmah yang kita akan perolehi jika kita berbuat baik pada
jiran antaranya kehidupan kita akan semakin dipenuhi dengan keharmonian dan
kedamaian.
Seterusnya, kita dapat bersatu kearah kemajuan dan kehidupan yang akan lebih
berkualiti. Dan akhir sekali, kerja yang berat akan menjadi lebih ringan iaitu adanya
sifat tolong menolong dalam diri.
7.0 ; RUJUKAN
https://en.wikipedia.org/wiki/Jiran
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=jiran
https://cdn.discordapp.com/attachments/802379906721251329/84564218225714
7964/Topik_3kejiranan.pdf