IMPIAN MENJADI JUARA WARDINA SUKRI @ BM E
1 Di sebuah kampung kecil yang dikelilingi oleh sawah padi yang hijau, tinggal seorang budak bernama Wafi. Wafi ialah seorang budak yang berbadan gempal dan pendek. Wafi sangat meminati permainan sepak takraw. Dia bercita-cita untuk menjadi pemain sepak takraw sekolah. Walaupun badannya gempal dan pendek, semangat dan mimpinya yang besar membezakannya dari yang lain.
Setiap petang, Wafi akan ke gelanggang terbuka di tepi kampung untuk berlatih sepak takraw. Namun, semangatnya sering diruntuhkan oleh kawan-kawannya. Dia selalu dipandang rendah dan diejek oleh mereka terutamanya Zain. Zain ialah rakan sekelas Wafi. Dia merupakan atlet sepak takraw sekolah. Dia juga merupakan pemain sepak takraw terbaik di sekolah. 2
3
4 "Budak gempal dan pendek macam kau mana boleh main sepak takraw. " ejek Zain. "Tinggi dan saiz badan bukanlah segalanya Zain. Aku mungkin gempal dan pendek tetapi aku mempunyai semangat juara!" jawab Wafi dengan yakin. “Jika begitu, mari kita bertanding minggu hadapan. Tentu aku akan menang.” kata Zain dengan sombong. “Baiklah. Mari kita lihat siapa yang akan menang.” balas Wafi. Wafi bersetuju dengan cabaran Zain itu. Walaupun Wafi berasa sedih dan terluka, dia tetap tidak akan menyerah. Kata-kata Zain menjadi semangat untuk dia terus berlatih dan memperbaiki kemahiran dan ketahanannya.
Hanya seorang sahaja yang sentiasa percaya padanya iaitu, ayahnya, Pak Din. Pak Din ialah bekas pemain sepak takraw. Dia sentiasa memberikan sokongan kepada Wafi untuk mencapai impiaannya. Setiap petang, dia melatih Wafi di padang. Pak Din tidak mahu lihat anaknya terluka dengan ejekan orang lagi. "Jangan pedulikan kata mereka, Wafi. Ayah tahu kamu mampu melakukan apa sahaja yang kamu impikan," ucap Pak Din sambil mengusap rambut Wafi. Wafi berasa terharu mendengar kata-kata sokongan daripada ayahnya. Dia tahu ayahnya akan sentiasa berada di sampingnya dan memberikan semangat dan keyakinan yang diperlukan untuk menjadi juara. 5
"Baik ayah, Wafi akan buktikan kepada mereka yang orang berbadan gempal dan pendek juga boleh menjadi pemain sepak takraw jika mereka berusaha." balas wafi dengan penuh semangat. Pada mulanya, latihan itu agak sukar untuk diikuti oleh Wafi kerana saiz badannya. Namun, Pak Din tidak berputus asa melatih dan memberikan semangat kepada Wafi semasa latihan. Dengan penuh semangat, Wafi bersedia untuk membuktikan kepada semua orang terutama kawankawannya bahawa dia mampu menjadi seorang pemain bola sepak takraw yang hebat. 6
Suatu hari, pertandingan sepak takraw diadakan di kampung mereka. Semua kanak-kanak berkumpul untuk menyaksikan pertandingan yang hangat itu. Wafi juga turut serta walaupun ada rasa gugup yang menghantui dirinya. Sebelum pertandingan bermula, Wafi terserempak dengan Zain di tepi gelanggang. “Eh wafi, kau sudah bersedia mahu kalah ke? Kau tak akan boleh kalahkan kumpulan aku.” kata Zain dengan sombong. “Aku tidak kisah menang atau kalah yang penting aku sudah usaha sehabis baik” jawab Wafi dengan yakin. 7
Pertandingan bermula dan kedengaran sorakan daripada penduduk kampung. “Semangat wafi. Kami percayakan kau!” jerit salah seorang daripada kawan sekelasnya. “Wafi! Wafi! Wafi!”jerit kawan-kawannya yang lain. Selepas mendengar sorakan daripada penonton, Wafi menjadi lebih bersemangat. Wafi dan rakan sepasukannya bertarung dengan gigih. Mereka menghantar bola melintasi jaring dengan penuh semangat. Walaupun badan Wafi gempal dan pendek, dia bergerak dengan pantas dan tepat. Para penonton terkejut melihat kecepatan Wafi. Wafi telah berjaya menunjukkan kepada semua bahawa kekuatan sebenar adalah dari semangat dan kebolehan bukan hanya dari luaran. 8
LAGU RAKYAT Di kampung yang ceria, suasana gembira, Pertandingan sepak takraw bermula, Kawan-kawan berkumpul, semua bersorak riang, Tetap bersemangat dari pagi ke petang. Semua bermain dengan penuh semangat, Bola terbang tinggi melayang di udara, Budak gempal berani tak takut kalah, Mimpi besar di hati menjadi juara. Irama: Air Pasang Pagi 9
Wafi mula berasa penat dan mahu mengalah. Tibatiba dia teringat perbualannya dengan ayahnya. “Wafi, kamu tidak boleh mengalah. Kamu perlu usaha dengan lebih untuk membuktikan bahawa pandangan orang terhadap kamu itu salah.” kata Pak Din kepada Wafi. “Tapi ayah, saya rasa saya tak mampu untuk mencapai impian saya itu.” kata Wafi. “Tidak mengapa Wafi, yang penting kamu sudah usaha sehabis baik. Ayah tetap bangga dengan kamu. Ayah nampak usaha kamu berlatih setiap hari.” balas Pak Din dengan penuh senyuman. 10
Tidak lama kemudian, Wafi dan pasukannya berjaya menewaskan pasukan lawan, dan Wafi menjadi pemain terbaik dalam perlawanan tersebut. Wafi dianugerahkan pingat dan trofi oleh ketua kampung. Sorakan dan tepukan memenuhi padang, tetapi yang paling penting ialah senyuman yang menghiasi wajah Wafi. Wafi terus berlari dan memeluk ayahnya. “Tahniah Wafi, ayah sangat bangga dengan kamu.” ucap Pak Din. “Alhamdulillah, terima kasih ayah tanpa ayah Wafi tak akan berjaya memenangi pertandingan ini.” ucap Wafi dengan nada yang sebak. 11
Selepas pertandingan tamat, semua pemain berjabat tangan dan peluk tanda hormat. Ketika Wafi bersalaman dengan Zain, muka Zain kelihatan sedih dan malu. Zain meminta maaf kepada Wafi kerana selama ini dia telah memandang rendah dan mengejek Wafi. “Maafkan aku, Wafi.” kata Zain dengan nada yang kecewa. “Aku sudah lama maafkan kau lagipun kita kan kawan” balas Wafi dengan penuh senyuman. “Aku sangat bangga dengan kau kerana hari ini kau telah buktikan kepada semua yang usaha kau selama ini tidak sia-sia. Selepas ini boleh lah kau ajar aku teknikteknik baharu yang kau gunakan tadi” kata Zain sambil menepuk-nepuk bahu Wafi. “Tentulah boleh. Nanti kita boleh berlatih bersamasama setiap petang dengan ayah aku.” balas wafi. 12
Sejak hari itu, tidak ada lagi yang memandang rendah kepada Wafi. Mereka semua melihat dia dengan penuh kagum dan rasa hormat. Wafi telah berjaya membuktikan bahawa dengan azam dan semangat yang kuat, seseorang boleh mencapai impiannya. Di sebalik setiap langkah Wafi juga, ada seorang ayah yang sentiasa menjadi penyokong setia iaitu Pak Din. 13 -TAMAT-