The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Salawat kepada Nabi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zambrie, 2019-07-18 10:40:59

Tazkirah

Salawat kepada Nabi

In naLLah hawamala ikatahu yu solu naalan nabiy

Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat kepada nabi

Ya aiyuhallazi na a manu solu alaihi wa salimu taslima

Hai orang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam dengan ucapan
yang sempurna

Alahamdulillah , Tajuk Tazkirah kita pada pagi ini ialah menafaat atau keelbihan
bersolawat kepada nabi

Sufyan As Sauri menceritakan:

Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat
kepada Rasulullah SAW. Saya mendekatinya lalu bertanya:

"Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil justeru hanya
membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda
ini? Tanya orang itu.
Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku meninggalkan
ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku
bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi
hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu
jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus
bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang
semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang
sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum
sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku.
"Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis.
Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua
manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku"
aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesuatu. Tanpa berbicara apapun lagi,
dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak
tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah

berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya.
Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian
iapun hendak kembali semula dari arah yang ia datang tadi. Melihat ia akan pergi, dan
aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya
bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan
kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan
purnama. "Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta
penerangan lagi. "Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya. Aku
terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia
Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia
selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia
memohon kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya,
dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku"
jelasnya.

Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah
berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu,
dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah
kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali solat
(ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan mengakhiri doa. Selain itu, kita
digalakkan untuk berselawat pada bila-bila waktu di luar solat dan apabila nama
Baginda disebutkan.

Tapi, sebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat ditekankan
dalam kehidupan seharian?

7 KEPENTINGAN SELAWAT YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG

1. Ia Adalah Perintah Allah
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam
surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah S.W.T.
dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman

berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan
sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan
kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan
ini.

Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut
perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan
Islam serta peribadinya yang unggul.

2. Allah Membalas Selawat HambaNya
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin
yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di
dalam hati.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat
kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR
Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan
kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas
selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.

3. Membuang Kerisauan
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang
mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang
disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:

“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku,
sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang
elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku
berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar
mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda:
“Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”; Aku berkata:

“Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka
hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata: “(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat
kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah
engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara
dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”

4. Diampunkan Dosa
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta
menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan
pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang
berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan
dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh
itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.

5. Rasulullah Membalas Ucapan Salam
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu
menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih
akan kita iaitu umat selepas zamannya.

Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata
salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke
Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun
yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan
rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad,
Riyadus Solihin]

6. Meraih Syafaat Daripada Rasulullah Di Akhirat
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang
mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini
kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di
antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian
hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu,
kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari
kiamat nanti). [HR Abu Daud]

Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW itu adalah dengan berselawat
sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang
berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh
kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)

7. Doa Mudah Terkabul
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah
satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.

Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia
berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih
adalah:

َ‫اللَّ ُهّّمََّ َص َّلَّ َعلَىَّ ُم َح َّمّدََّ َو َعلَىَّآ ّلََّ ُم َح َّمّد‬

Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas
keluarganya.

Selawat paling utama diucapkan adalah selawat Ibrahimiyah. Selawat Ibrahimiyah
ialah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan tahiyat akhir dalam solat.

Selawat itu menggabungkan dua ucapan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan
Nabi Ibrahim iaitu “Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama
sallayta ‘ala ibrahim, wabarik ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama barakta
‘ala ali ibrahim, fi l-‘alamin, innaka hamidun majid.”

Maksudnya: “Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan
keluarga Muhammad seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, di seluruh
alam, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat
dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut
mendapat rahmat daripada Allah.


Click to View FlipBook Version