The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zambrie, 2019-07-18 10:47:14

salawat ke atasNabi

Tazkirah

In naLLah hawamala ikatahu yu solu naalan nabiy

Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat kepada nabi

Ya aiyuhallazi na a manu solu alaihi wa salimu taslima

Hai orang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam
dengan ucapan yang sempurna

Alahamdulillah , Tajuk Tazkirah kita pada pagi ini ialah menafaat atau
keelbihan bersolawat kepada nabi

Sufyan As Sauri menceritakan:

Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia
membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Saya mendekatinya lalu
bertanya:

"Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil justeru
hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri
anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu.
Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan." Aku
meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa
kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang
tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya
dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang
mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus
bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan
melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar
itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya

bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah
melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia
berada disisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah
meninggal dunia," aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita
seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati."
"Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku
merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesuatu. Tanpa berbicara
apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu,
lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku
hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali
semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa
penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku
itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia datang
tadi. Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini,
maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan
yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan
cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama.
"Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta
penerangan lagi. "Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran"
jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya
yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu,
tidak berkata apa-apapun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun
begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia
mengalami hal buruk ini, ia memohon kepada ku untuk membantunya,

maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong
orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.

Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa
yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang
menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam
mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan
bercahaya lebih dari mulanya.

Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam
setiap kali solat (ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan
mengakhiri doa. Selain itu, kita digalakkan untuk berselawat pada bila-
bila waktu di luar solat dan apabila nama Baginda disebutkan.

Tapi, sebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat
ditekankan dalam kehidupan seharian?

7 KEPENTINGAN SELAWAT YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG

1. Ia Adalah Perintah Allah

Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-
Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya
berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan
kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”

Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa
hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai
hamba yang serba kekurangan ini.

Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara
kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda
dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.

2. Allah Membalas Selawat HambaNya

Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali
bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang
sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda
: “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan
berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]

Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah
melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi
Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara
menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.

3. Membuang Kerisauan

Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada
segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara
dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis
Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:

Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:

“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon
rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat
bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda

s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata:
“Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda:
“Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka
itu lebih baik untukmu”;

Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku”
Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi,
maka itu lebih baik untukmu”; Aku berkata: “Kalau demikian, aku
untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka
hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;

Aku berkata: “(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya
untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika
demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang
mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia
mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”

4. Diampunkan Dosa

Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi
Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.
Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin
berselawat kepada Rasulullah.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda
: “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah
berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya
dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]

Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan
kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan
dosa-dosa.

5. Rasulullah Membalas Ucapan Salam

Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang
mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama
seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.

Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad
menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat
yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat.
Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada
seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah
kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku
dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus
Solihin]

6. Meraih Syafaat Daripada Rasulullah Di Akhirat

Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani
pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut
terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan
hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda
: Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah
hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua
memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana
sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku
(pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]

Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW itu adalah
dengan berselawat sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa
yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada
waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari
kiamat.” (Riwayat Tabrani)

7. Doa Mudah Terkabul

Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima,
dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke
atas Nabi Muhammad.

Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang)
sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
[HR Imam Ath-Thabrani]

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil
yang sahih adalah:

‫اللَّ ُهّ َّمََّ َص ّلََّ َع َلىَّ ُم َح َّمَّدَّ َو َع َلىَّآ َّلَّ ُم َح َّمَّد‬

Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad
dan ke atas keluarganya.

Selawat paling utama diucapkan adalah selawat Ibrahimiyah. Selawat
Ibrahimiyah ialah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam
bacaan tahiyat akhir dalam solat.

Selawat itu menggabungkan dua ucapan salam ke atas Nabi
Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim iaitu “Allahumma salli ‘ala
muhammadin wa’ala ali muhammad, kama sallayta ‘ala ibrahim, wabarik
‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahim, fi
l-‘alamin, innaka hamidun majid.”

Maksudnya: “Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga
Muhammad seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan berilah keberkatan
kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti keberkatan-Mu
kepada keluarga Ibrahim, di seluruh alam, sesungguhnya Engkaulah
Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa
mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan
Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.


Click to View FlipBook Version