The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 640-13-raihanah, 2023-12-10 09:18:56

Rancangan Latihan Kemahiran Hoki (1)

Rancangan Latihan Kemahiran Hoki (1)

RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN Permainan : Hoki Kemahiran : Menolak Tarikh : 8 November 2023 Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi Tahun/ Darjah : 5 Amanah Bilangan Murid : 25 Jantina : Perempuan Objektif Pembelajaran : 1. Murid dapat melakukan dua daripada tiga jenis kemahiran menolak bola hoki. 2. Murid dapat menolak bola dalam zon yang ditetapkan. 3. Murid dapat mengikut peraturan yang ditetapkan bagi permainan kecil kemahiran menolak dan pantas. Penerapan Nilai : Kerjasama, kepatuhan, bertanggungjawab, berdisiplin Peralatan/ BBM : Kon, Marker cone, Kayu hoki, Bola hoki, Nombor Bip Prosedur Latihan: LANGKAH/ MASA AKTIVITI/ KETERANGAN PENGELOLAAN/ GAMBAR RAJAH/ GRAFIK Persediaan/ Memanaskan badan (10 minit) Regangan 1. Menolak kepala ke kanan dengan keadaan jari di tepi pipi. 2. Menolak kepala ke kiri dengan keadaan jari di tepi pipi. 3. Mendongakkan kepala ke atas dengan ibu jari dirapatkan dan menolak bahagian bawah dagu. 4. Menunduk kepala ke bawah. 5. Membuat regangan jari tangan kanan ke atas dan ke bawah. 6. Membuat regangan jari tangan kiri ke atas dan ke bawah. 7. Menolak tangan kanan ke bahu kiri.


8. Menolak tangan kiri ke bahu kanan. 9. Mengilas badan ke kanan dan ke kiri. 10. Regangan pada kaki dengan keadaan pergelangan kaki menegak. 11. Tangan kanan dan tangan kiri memegang lutut. 12. Merapatkan lutut perlahan-lahan ke badan. 13. Ibu jari kaki menyentuh lantai dan tangan cekak pinggang dan mata pandang ke hadapan. 14. Memastikan setiap pergerakan regangan dalam kiraan 8. Memanaskan badan Murid melakukan pemanasan badan secara berkumpulan untuk menolak dan menghantar bola hoki dalam segi tiga besar. Set Induksi 1. Guru menunjukkan demonstrasi menolak bola yang betul. a. Menerangkan kepada murid cara yang betul dan salah untuk menolak bola. b. Membuka kaki seluas bahu membentuk bukaan “L”. c. Meletakkan permukaan kayu hoki yang rata pada belakang bola hoki. d. Membengkokkan lutut. e. Memegang kayu hoki dengan genggaman terbuka. f. Tangan kiri menggenggam bahagian hulu kayu hoki dan tangan kanan pula menggenggam bahagian tengah kayu hoki. g. Bahu menghadap ke arah sasaran. h. Memandang ke arah bola dan menolak bola. i. Membongkokkan badan sedikit ke depan, kemudian menolak bola sehingga kena pada sasaran. 1. Murid berada dalam segi tiga besar dengan seorang murid berganti-ganti di tengah segi tiga bagi menghantar bola kepada rakan-rakan yang berada dalam segi tiga. 2. Murid-murid perlu menolak bola dengan pantas kepada rakan-rakan yang lain supaya tidak melebihi segi tiga besar yang telah dibentuk. 3. Jika terdapat murid yang tidak mampu menolak bola tersebut, mereka perlu berada di tengah segi tiga tersebut berganti-ganti untuk menghantar bola kepada rakan-rakan yang lain. 4. Murid-murid hendaklah menambahkan lebih banyak jarak ke belakang kemudian mengulangi perbuatan yang sama tersebut. 5. Murid perlu mengulangi setiap perbuatan tersebut sebanyak 3 kali.


2. Menerangkan kepada murid cara yang betul dan salah untuk menolak bola. a. Tidak menggunakan back stick untuk menolak bola. b. Cara pegangan semasa menolak bola adalah betul. c. Menolak bola dengan menggunakan kayu hoki sahaja. Aktiviti Kemahiran/ Ansur maju (15 minit) Ansur Maju 1 Menolak Angin Secara Individu dalam Garis Lurus: 1. Membuka kaki seluas bahu membentuk bukaan “L”. 2. Meletakkan permukaan kayu hoki yang rata untuk menolak angin. 3. Membengkokkan lutut. 4. Memegang kayu hoki dengan genggaman terbuka. 5. Tangan kiri menggenggam bahagian hulu kayu hoki dan tangan kanan pula menggenggam bahagian tengah kayu hoki. 6. Bahu menghadap ke arah sasaran. 7. Membongkokkan badan sedikit ke depan, kemudian menolak angin ke arah sasaran. 9. Murid mengulang perlakuan tersebut dengan menolak angin pada jarak yang ditetapkan sebanyak 3 kali. Ansur Maju 2 Menolak Bola Secara Individu dalam Garis Lurus pada jarak dekat, sederhana dan jauh: 1. Membuka kaki seluas bahu membentuk bukaan “L”. 2. Meletakkan permukaan kayu hoki yang rata pada belakang bola hoki. 3. Membengkokkan lutut. 4. Memegang kayu hoki dengan genggaman terbuka. 5. Tangan kiri menggenggam bahagian hulu kayu hoki dan tangan kanan pula menggenggam bahagian tengah kayu hoki. 1. Murid secara berpasangan memegang kayu hoki dengan betul dan akan menolak angin daripada kon A ke kon B dan kemudiannya kon B ke kon A. 2. Murid menghadap ke arah sasaran kon mengikut pasangan masing-masing. 3. Murid membongkokkan badan dan menolak angin menggunakan kayu hoki dengan pegangan yang betul ke arah sasaran kon yang ditetapkan. 4. Guru membuat pemantauan terhadap teknik yang dilakukan oleh murid dan memberikan bimbingan kepada murid yang salah.


6. Bahu menghadap ke arah sasaran. 7. Memandang ke arah bola dan menolak bola. 8. Membongkokkan badan sedikit ke depan, kemudian menolak bola sehingga kena pada sasaran. 9. Murid mengulang perlakuan tersebut dengan menolak bola pada jarak yang berbeza dalam garis lurus. Ansur Maju 3 Menolak Bola Secara Berpasangan melepasi jarak yang ditetapkan: 1. Membuka kaki seluas bahu membentuk bukaan “L”. 2. Meletakkan permukaan kayu hoki yang rata pada belakang bola hoki. 3. Membengkokkan lutut. 4. Memegang kayu hoki dengan genggaman terbuka. 5. Tangan kiri menggenggam bahagian hulu kayu hoki dan tangan kanan pula menggenggam bahagian tengah kayu hoki. 6. Bahu menghadap ke arah sasaran. 7. Memandang ke arah bola dan menolak bola. 8. Mengilaskan badan, mata memandang ke arah bola dan menolak bola. 9. Murid mengulang perlakuan tersebut dengan menolak bola dalam garis lurus. 1. Murid secara individu akan menolak bola hoki daripada kon pemula ke arah kon penamat dengan memegang kayu hoki dengan betul. 2. Murid menghadap ke arah sasaran kon berjarak pendek, sederhana dan panjang mengikut peralihan. 3. Murid membongkokkan badan dan menolak bola ke arah sasaran kon mengikut jarak yang ditetapkan. 4. Guru membuat pemantauan terhadap teknik yang dilakukan oleh murid dan memberikan bimbingan kepada murid yang salah.


1. Murid secara berpasangan akan menolak bola dari kon pemula ke arah kon penamat secara berganti-ganti bermula daripada murid A dan diteruskan dengan murid B. 2. Murid menghadap ke arah sasaran kon berjarak sama. 3. Murid membongkokkan badan dan menolak bola ke arah sasaran kon mengikut jarak yang ditetapkan. 4. Guru membuat pemantauan terhadap teknik yang dilakukan oleh murid dan memberikan bimbingan kepada murid yang salah.


Aktiviti Latih Tubi/ Pengukuhan (10 minit) Latih Tubi Menolak Bola Secara Berkumpulan dalam Bentuk Zig Zag: 1. Membuka kaki seluas bahu membentuk bukaan “L”. 2. Meletakkan permukaan kayu hoki yang rata pada belakang bola hoki. 3. Membengkokkan lutut. 4. Memegang kayu hoki dengan genggaman terbuka. 5. Tangan kiri menggenggam bahagian hulu kayu hoki dan tangan kanan pula menggenggam bahagian tengah kayu hoki. 6. Bahu menghadap ke arah sasaran. 7. Memandang ke arah bola dan menolak bola. 8. Mengilaskan badan, mata memandang ke arah bola dan menolak bola. 9. Murid mengulang perlakuan tersebut dengan menolak bola dalam bentuk zig zag dengan mengulang-alik bertukar arah. 1. Murid secara berkumpulan akan menolak bola dari kon pemula ke arah kon penamat secara berganti-ganti bermula daripada murid A, B, C dan D dalam bentuk zig zag. 2. Murid menghadap ke arah sasaran kon mengikut bentuk zig zag. 3. Murid membongkokkan badan dan menolak bola ke arah sasaran kon mengikut arah bentuk zig zag yang telah ditetapkan. 4. Murid D dan A perlu menolak bola dalam garis lurus ke arah sasaran marker cone setelah selesai setiap pusingan tolakan bola dalam bentuk zig zag. 5. Murid mengulangi perlakuan yang sama tersebut sebanyak 3 kali pusingan. 6. Guru membuat pemantauan terhadap teknik yang dilakukan oleh murid dan memberikan bimbingan kepada murid yang salah.


Kemuncak/ Permainan Kecil (20 minit) Permainan Hoki Mini Peraturan permainan: 1. Murid hanya dibenarkan menggunakan kemahiran menolak bola hoki sahaja dalam permainan ini. 2. Salah seorang ahli daripada kumpulan perlu menjadi penjaga gol pada bahagian kon yang telah disediakan. 3. Bola yang berjaya ditolak dan dihantar masuk ke dalam gol dikira sebagai satu mata. 4. Pasukan lawan hendaklah membuat halangan kepada pasukan lawan yang lain supaya tidak dapat mengutip mata. 5. Bola bertukar tangan kepada pihak lawan setelah setiap kali mata dikutip. 6. Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai pemenang. 1. Murid secara berpasukan akan bermain permainan kecil hoki. 2. Setiap pasukan perlu mempunyai penjaga gol pada bahagian kon gol yang telah disediakan. 3. Setiap pasukan perlu merancang dan menentukan posisi masing-masing di padang sebelum memulakan permainan. 4. Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk menghantar bola mengikut kemahiran menolak bola hoki sahaja. 5. Setiap pasukan perlu menolak bola memasuki gol untuk mendapatkan mata. 6. Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai pemenang. 7. Guru membuat pemantauan terhadap teknik yang dilakukan oleh murid dan memberikan bimbingan kepada murid yang salah. Penutup/ Gerak Kendur 1. Regangan pada kaki dengan keadaan pergelangan kaki menegak.


Menyejukkan Badan (5 minit) 2. Tangan kanan dan tangan kiri memegang lutut. 3. Merapatkan lutut perlahan-lahan ke badan. 4. Ibu jari kaki menyentuh lantai dan tangan cekak pinggang dan mata pandang ke hadapan. 5. Mengilas badan ke kanan dan ke kiri. 6. Menolak tangan kiri ke bahu kanan. 7. Menolak tangan kanan ke bahu kiri. 8. Membuat regangan jari tangan kiri ke atas dan ke bawah. 9. Membuat regangan jari tangan kanan ke atas dan ke bawah. 10. Menunduk kepala ke bawah. 11. Mendongakkan kepala ke atas dengan ibu jari dirapatkan dan menolak bahagian bawah dagu. 12. Menolak kepala ke kiri dengan keadaan jari di tepi pipi. 13. Menolak kepala ke kanan dengan keadaan jari di tepi pipi. 14. Murid menyejukkan badan dengan melakukan setiap pergerakan dalam kiraan 8. Soal Jawab 1. Bersoal jawab dengan murid mengenai kemahiran menolak. 2. Guru membuat peneguhan untuk menilai kemampuan murid menguasai kemahiran menolak. 3. Guru memberikan pujian dan komen mengenai tahap kemahiran menolak dan tingkah laku murid. 4. Guru memuji kebolehan murid dan memberikan kata-kata semangat kepada murid yang tidak mampu melakukan kemahiran menolak dengan betul. Rumusan


1. Guru merumuskan pengajaran tentang kemahiran menolak dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Catatan Refleksi Pelajar: Catatan Pensyarah Penyelia:


Click to View FlipBook Version