The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BAYU AMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by limjitpheng, 2022-06-23 01:26:03

AGM PPTBA 2022

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BAYU AMAN

ATUR CARA MAJLIS

8.00 malam - : Pendaftaran para hadirin/ahli PPTBA
8.15 malam : Makan malam
8.45 malam : Mesyuarat Agung PPTBA sesi 2022/2023

Agenda Mesyuarat
1. Ucapan pengerusi
2. Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahunan yang lalu
3. Membentang dan menerima laporan tahunan oleh Setiausaha PPTBA
4. Membentang dan menerima serta meluluskan penyata kewangan oleh

Bendahari PPTBA
5. Membahaskan usul (jika ada)
6. Pelantikan Pengerusi sementara (sila beri cadangan dan sokongan)
7. Pemilihan AJK PPTBA sesi 2022/2023 (sila beri cadangan dan sokongan)
8. Pemilihan juruaudit dalaman (1 orang)
9. Ucapan penangguhan oleh pengerusi baru PPTBA 2022/2023
10. Hal-hal lain

UCAPAN PENGERUSI

Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua penghuni Taman Bayu Aman.

Saya sangat bersyukur pada tahun ini kerana kita dapat berkumpul dengan lebih bermakna
dan sama-sama menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Taman Bayu
Aman ( PPTBA) untuk sesi 2022-2023. Mesyuarat Agung Tahunan seperti ini perlu diadakan
pada setiap tahun sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persatuan dan bagi
memenuhi peruntukan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(ROS).

PPTBA telah menjangkau lebih satu dekad dan sepanjang itu, pelbagai aktiviti telah
dirancang dan dijalankan oleh Persatuan demi untuk kebajikan bagi semua penghuni. Saya
ingin mengucapkan terima kasih kpd semua mantan Ahli JawatanKuasa PPTBA kerana
berjaya meletak batu asas untuk membolehkan PPTBA sesi 2021-2022 bergerak ke depan
selangkah lagi. Walaupun kita semua, sama ada Ahli Jawatankuasa ataupun ahli biasa atau
penghuni, masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab hakiki, namun kesediaan
semua untuk sama-sama menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit menjadikan
Persatuan ini akan terus relevan dan berfungsi untuk semua penghuni.

Sebagaimana juga dengan lain-lain persatuan, aspek mengurus perjalanan persatuan kita
juga diwarnai dengan pelbagai halangan dan masalah. Nasihat saya kpd yang bakal dipilih
utk menerajui JK PPTBA 2022-2023 nanti, perlukan banyak bersabar dan teruskan fokus kpd
penyelesaian masalah secara ikhlas dan adil untuk semua. Nescaya anda semua akan
dihormati.

Saya mewakili semua AJK PPTBA sesi 2021-2022 mengucapkan terima kasih di atas
kerjasama semua penghuni yang telah menjayakan pelbagai program yang dijalankan.
Ribuan terima kasih juga ke atas sokongan padu oleh AJK penganut fahaman Dato Kong
Taman Bayu Aman serta penghuni yang sukarela untuk turun ke padang dan mengadakan
lawatan dari rumah ke rumah serta berkempen untuk mendapatkan tandatangan bagi
melengkapkan permohon PPTBA untuk mewujudkan taman kejiranan berpengawal
(Guarded Neighbourhood Community). Semoga apa jua aktiviti yang kita jalankan akan
dapat mengeratkan hubungan sesama kita dan mewujudkan kesejahteraan serta
keharmonian bersama.

Akhir kata, saya bagi pihak seluruh AJK sesi 2021-2022 memohon maaf sekiranya terdapat
sebarang kekurangan atau terkasar perkataan sepanjang kami menjalankan tanggungjawab
untuk tempoh sepanjang PKP dua tahun yang lalu hinggalah sekarang. Kita sebagai insan
biasa tidak akan dapat lari dari kelemahan dan melakukan kesilapan. Sekali lagi saya
merakamkan penghargaan kepada semua AJK dan seluruh penghuni Taman Bayu Aman
yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat serta pegangan agama yang telah banyak
bekerjasama dan membantu saya dalam menerajui Persatuan ini. Semoga segala usaha kita
sentiasa memberkati.

Terima kasih dan selamat bersidang.

Yang menjalankan tugas,

MINIT MESYUARAT AGUNG PPTBA SESI 2021/2022

LAPORAN SETIAUSAHA PPTBA DARI 2021 KE 2022

1. Membina pintu kecil ke laluan parkir kereta di hadapan pasar
Chiap Hong bagi mengatasi masalah kekurangan tempat parkir
di hujung lorong 2 dan 4. Pintu kecil ini juga dapat digunakan
oleh pelawat ke taman sekiranya ada majlis keramaian atau
sebarang bentuk jamuan.

2. Berjaya membuat pendaftaran PPTBA dengan ROS (Register of
Society of Malaysia) dan seterusnya membuka akaun persatuan
dengan Public Bank untuk semua urusan kewangan dan yuran
keahlian PPTBA.

3. Memulakan tuntutan dengan pemaju perumahan iaitu
Welcome properties mengenai beberapa perkara yang masih

tertangguh. Berjaya menghubungi pengarah urusan syarikat
iaitu Dato’ Tian dan mengemukakan tuntutan berikut:
a. Membina pondok pengawal yang baru dengan kelengkapan

seperti pejabat untuk pengawal keselamatan menjaga pintu
masuk, tandas serta pejabat kecil untuk urusan PPTBA serta
sistem CCTV.
b. Memasang/membaiki perakam CCTV di pintu masuk.
c. Memasang/membaiki palang penghalang kenderaan di pintu
masuk.
d. Mendirikan pagar yang berpintu/gate di Jalan Bayu Aman1
dan lorong belakangnya (back lane).
e. Mendirikan gerbang/batu tanda yang bertajuk “Taman Bayu
Aman” di kawasan pintu masuk.
f. Menyediakan beberapa unit alat GYM di taman permainan
kanak-kanak untuk orang dewasa.
g. Membekalkan kad imbas (proximity card) untuk penghuni
yang berdaftar di pintu masuk (percuma untuk ahli PPTBA).
h. Menyediakan pelekat kereta untuk penghuni taman bagi
memudahkan pengawal keselamatan mengenali dan
mengawal kemasukkan orang luar yang tiada urusan dalam
taman.

4. Melaksanakan proses permohonan perkara berikut
a. Permohonan membina gelanggang serbaguna dalam taman
Bayu Aman
b. Permohonan mendapatkan 2 set meja dan kerusi konkrit
c. Permohonan membina/membaiki bonggolan kelajuan
kenderaan dalam taman
d. Permohonan membaiki/membina pengadang jalan raya di
simpang masuk ke taman (di tepi lampu trafik di jalan
utama)
e. Permohonan mendapatkan kontena berhawa dingin sebagai
pejabat PPTBA daripada YB Dato’ Mustafa Kamal.

f. Permohonan mewujudkan Taman Kejiranan Berpengawal
(Guarded Neighbourhood Community)

g. Permohonan PPTBA untuk menggunakan tanah kerajaan
untuk tapak pondok pengawal, tapak kabin dan tanah
kosong sebagai ruang parkir kepada Pejabat Daerah dan
Tanah.

h. Permohonan kelulusan untuk membina pondok pengawal
kepada Polis Diraja Malaysia

i. Permohonan membaiki penutup longkang yang pecah akibat
kenderaan berat di sebelah luar taman kepada MBSP.

i. Menaikkan papan tanda kawasan larangan parkir di selekoh
bahaya dalam taman serta papan tanda tentang penjagaan
kebersihan dan pembuangan najis binatang peliharaan di
sekitar taman permainan kanak-kanak.

5. Kempen pendaftaran keahlian PPTBA serta pungutan yuran
keahlian sebanyak RM20 dan sumbangan ahli sebanyak RM80
sebagai dana untuk melancarkan projek untuk PPTBA yang
serba kekurangan.

6. Permohonan untuk mendapatkan dana daripada kerajaan di
bawah program geran MyICE yang bernilai RM10,000. Tiga
projek telah dirancang sekiranya berjaya iaitu projek gotong-
royong, projek taklimat 3R iaitu kesedaran menjaga alam
sekitar (Recycle, Reuse and Reduce) serta program kesedaran
menjaga haiwan liar seperti burung pantai serta lawatan ke
lokasi berkaitan jika bersesuaian.

7. Mengadakan taklimat dan dialog dengan penghuni serta
jamuan ringan kepada para hadirin (untuk semua penghuni).

8. Taklimat Bersama dengan YB Dato’ Mustafa mengenai pelbagai
isu kebajikan semasa era pandemic, era peralihan endemik

serta melobi Yb Dato’ Mustafa Kamal untuk melantik 2 AJK
PPTBA sebagai Ahli MPKK kawasan Teluk Air Tawar.

9. Mengatur lawatan VVIP iaitu exco Belia dan Sukan Pulau Pinang
serta ahli majlis MBSP ke Taman Bayu Aman supaya mereka
dapat melihat sendiri dengan mata kasar mereka akan keadaan
di Taman Bayu Aman. Diharapkan permohonan kita dapat
diluluskan dan peruntukan disediakan.

PENYATA KEWANGAN OLEH BENDAHARI PPTBA















USUL-USUL YANG DITERIMA

BILANGAN USUL USUL DIBAWA OLEH
1 En. Lim Jit Pheng
Keahlian PPTBA adalah dibuka kepada semua 29 Lorong Bayu Aman 3
2 pemilik rumah dan penyewa rumah yang
berdaftar di kawasan perumahan Persatuan En. Ng In Hock
3 Penduduk Taman Bayu Aman, Teluk Air
4 Tawar, Pulau Pinang tetapi adalah dihadkan 39, Lorong Bayu Aman 4
5 kepada satu keahlian bagi setiap rumah.
6 Penyewa rumah berdaftar adalah seorang Dr. Ragandran
yang mempunyai perjanjian sewa rumah yang 27 jalan bayu aman taman
sah di perumahan Persatuan Penduduk bayu aman
Taman Bayu Aman, Teluk Air Tawar, Pulau En. Lim Boo Leng
Pinang dan tidak boleh memegang 46,Lorong Bayu 2,Taman
jawatankuasa utama persatuan. Keahlian tiada Bayu Aman.
had kepada jantina, kaum, agama, bangsa,
nama keturunan, perkerjaan ataupun En. Chia Teck Leong
kewarganegaraan. Semua penghuni seperti 21,Lorong Bayu 5,Taman
yang dinyatakan di atas berkenaan berhak Bayu Aman.
untuk menjadi ahli sekiranya memohon. Maka En. Ooi Lip Khun
saya mengusulkan fasal 5 dan fasal 9 dalam 63 Jalan Bayu Aman 1
undang-undang PPTBA diubah bagi mematuhi
keperluan semasa.

1. peraturan dan undang-undang dalam PPTBA
supaya semua ketua isirumah atau penghuni
yang mendiami taman bayu aman (kecuali
penyewa rumah) dibenarkan menjadi ahli PPTBA
dan memegang jawatan dalam PPTBA. Penyewa
hanya boleh menjadi ahli biasa dan tidak boleh
memegang jawatan dalam PPTBA.
2. Mengusulkan CCTV kaedah wireless dipasang
di pintu masuk dengan menggunakan dana dari
PPTBA sementara menunggu pemasangan
CCTV yang lebih lengkap oleh pemaju
perumahan iaitu Welcome Properties Sdn Bhd.
Mengusulkan pembinaan pondok pengawal
disegerakan dan mengupah pengawal yang
bertauliah.

1. Mengusulkan pembinaan pondok pengawal
diteruskan demi kepentingan semua penduduk.
2. Saya mengusulkan bayaran masuk keahlian
PPTBA mulai tahun 2023 juga dikenakan iaitu
sebanyak RM50.00 (hanya untuk ahli baru
sahaja dan secara “one-off”).
3. Mempercepatkan pemasangan CCTV di pintu
utama untuk meningkatkan keselamatan.
Saya mengusulkan yuran keahlian PPTBA mulai
tahun 2023 dinaikkan dari RM20.00 setahun
kepada sebanyak RM50.00 setahun bagi
menampung perbelanjaan PPTBA untuk tahun-
tahun akan dating.
Mengusulkan tentang pembayaran gaji/elaun
kepada AJK yang menjalankan tugas. Apakah
kesan sekiranya AJK PPTBA tidak ambil gaji untuk
urus JMC/PPTBA? Jika ya (diberi gaji), bagaimana
JMC?PPTBA dapat urus jika JK PPTBA resign

dan tiada sesiapa ingin jadi committee/JK baru?

Adakah Documents dan bank accounts sentiasa

perlu tukar nama setiap kali tukar committee?

7 To have a BBQ facility for family and friends En. CHEAH POH LEONG
86 Jalan Bayu Aman
gathering purposes.

-Propose near to playground area.

-Must ready with a proper wahsing area, water tap

etc.

-Is on rental basis, firsr come first serve with

deposit. User must make sure they clean the area

after usage else deposit will be forfeited.

-One of the way to generate income for the PPTBA

PENGHARGAAN

Pihak pengerusi PPTBA, En Lim Jit Pheng serta ahli jawatankuasa PPTBA ingin
merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih di atas kehadiran,
kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan kepada ;
1. Semua mantan pengerusi PPTBA yang lalu
2. AJK PPTBA pada sesi 2021-2022
3. Mantan AJK PPTBA
4. semua penghuni Taman Bayu Aman
5. Pengawal keselamatan Taman Bayu Aman
6. Komuniti setempat
7. YB Dato’ Mustafa Kamal
8. MPPK Teluk Air Tawar

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version