The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husnazuraini, 2024-06-22 09:16:59

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKPELL

KALI KE 49, 2024

1 SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN LAYANG-LAYANG 81850 LAYANG-LAYANG, JOHOR. MesyuaratAgung Tahunan PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN LAYANG-LAYANG KALI KE-49 23AHAD JUN 2024 2.00 PETANG DEWAN BESTARI SKPELL ADUN LAYANG-LAYANG Yang Berhormat HJ. ABD. MUTALIP BIN ABD RAHIM Dirasmikan oleh :


2 BIL PERKARA M/S 1. NOTIS MESYUARAT AGUNG 3 2. ATURCARA MAJLIS 4 3. DARI MEJA GURU BESAR SK PEKAN LAYANGLAYANG 5 4. SEJAMBAK KATA ALUAN YDP PIBG 6 5. JAWATANKUASA PENGELOLA 7 6. AJK PIBG 2023/2025 8 7. CARTA ORGANISASI PIBK 2023/2025 9 8. LAPORAN AKTIVITI BERSAMA PIBG & PIHAK SEKOLAH 10 9. AGENDA MESYUARAT PIBG KALI KE 49 SESI 2024/2025 11 10. MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 48 2023 12 11. PENYATA KEWANGAN PIBG 2023 18 12. USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKPELL KE 49 20 13. PENGHARGAAN 21 ISI KANDUNGAN


3 Ruj. Kami : JBA2026/100-9/4/2024 (5) Tarikh : 6 Jun 2024 Tuan/Puan, MESYUARAT AGUNG PIBG SK PEKAN LAYANG-LAYANG KALI KE-49/2024 Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan: Tarikh : 23 JUN 2024 (AHAD) Masa : 2.00 PETANG Tempat : DEWAN BESTARI SK PEKAN LAYANG-LAYANG 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 3.1 Ucapan Penasihat (Guru Besar) 3.2 Ucapan Yang DiPertua PIBG sesi 2023/2025 3.3 Membentang dan menerima minit mesyuarat yang lalu 3.4 Perkara-perkara berbangkit 3.5 Membentang dan menerima Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 3.6 Membahaskan usul dan cadangan PIBG (jika ada) 3.7 Meluluskan Kadar Sumbangan tahunan PIBG 3.8 Hal-hal lain. 3.9 Ucapan penangguhan 4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan pautan cadangan usul dan slip kehadiran tuan/puan untuk diisi selewat-lewatnya pada atau sebelum 19 JUN 2024 (Rabu). Pautan : https://forms.gle/Bgy1VnPbh6TXMsus5 6. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya Yang Menurut Perintah, ………………………………………….. (ZAKIAH BINTI HAJI MOHAMAD) Setiausaha Kehormat PIBG, Sekolah Kebangsaan Pekan Layang-Layang. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PEKAN LAYANG-LAYANG 81850 LAYANG-LAYANG, KLUANG,JOHOR Tel : 07-7527137 Tel : 07-7527137


4 2.00 Ptg Pendaftaran kehadiran Ibu bapa / Guru serta AJK PIBG 2.30 Ptg Ketibaan Tetamu Kehormat 2.40 Ptg Majlis Perasmian dimulakan • Bacaan Doa oleh Ust. Syahmi • Tayangan Montaj SKPELL • Persembahan Sajak • Ucapan Yang DiPertua PIBG • Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmian Oleh Perasmi ( YB Tn.Hj Abd Mutalip Bin Abd Rahim ) • Gimik Perasmian 3.20 Pagi Cabutan Nama Bertuah 1 Penyampaian Cenderamata Perasmi Jamuan VIP 3.30 Ptg Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 49 dimulakan. 4.30 Ptg Cabutan Nama Bertuah 2 5.10 Ptg Bersurai ATURCARA MAJLIS 4


5 Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera A lhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Allah kerana sekali lagi kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49/2024 bagi Sekolah Kebangsaan Pekan Layang-Layang. Terima kasih dan tahniah kepada semua kerana dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat pada kali ini. Syabas diucapkan kepada semua warga Sekolah Pekan Layang-layang. Semoga dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang ramai dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan PIBG. Ini akan memudahkan penyaluran maklumat dan perkongsian matlamat sekolah kepada ibu bapa dan penjaga Telah sekian lama,kita akur bahawa ibu bapa dan masyarakat masih menaruh harapan terhadap keupayaan dan kebolehan kaum guru untuk mendidik anak-anak mereka di sekolah menjadi insan yang berguna. Dalam menghadapi arus perdana globalisasi, kaum guru turut bersama mengharungi pelbagai cabaran dan karenah murid-murid dengan pelbagai isu seperti masalah disiplin dan salah laku. Justeru, kita seharusnya merapatkan barisan dan saling bekerjasama dengan segala ahli komuniti yang ada bagi membentuk sejarah kecemerlangan sendiri Tugas guru pada hari ini juga turut menuntut mereka menjayakan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan melahirkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral, beretika selain melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Kejayaan Misi Nasional melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bergantung sepenuhnya kepada kesedaran dan tindakan para guru sebagai agen perubahan dan sumber inspirasi kepada para pelajar. Bersama-samalah kita menjayakan wawasan negara seterusnya berjaya melonjakkan profesion keguruan agar para guru sentiasa dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG 2023/2025 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49/2024 kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Terima kasih. Selamat Maju Jaya dan Salam Madani TUAN HAJI ZAINUN AZMAN BIN MAT ISA GURU BESAR SK PEKAN LAYANG-LAYANG. DARI MEJA GURU BESAR


6 Bismillahirrahmanirrahim dan Salam Sejahtera…. Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Dengan limpah kurniaNya, dapatlah saya menyusun sepatah dua kata di dalam buku program bersempena Mesyuarat Agung PIBG ke 49/2024. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG sesi 2023/2025 yang telah bekerja bersama-sama saya, membantu menggerakkan PIBG kali ini PIBG adalah peneraju pemuafakatan antara guru-guru, ibubapa dan komuniti. Semangat kerjasama antara ibubapa, guru, komuniti dan sekolah akan menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melangkah lebih jauh untuk menuju kejayaan. Majlis hari ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat demi kebajikan dan kepentingan masa depan anak-anak SKPELL. Kami AJK PIBG 2023/2025 telah cuba menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita terlebih dahulu. Kecemerlangan dan kegagalan PIBG bukan terletak sepenuhnya di atas bahu AJK tetapi berdasarkan sumbangan daripada ahli-ahlinya iaitu semua ibubapa kepada muridmurid yang bersekolah di SKPELL. AJK yang diamanahkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan adalah sekadar pelaksana dan penghubung antara PIBG dan pihak pengurusan sekolah. Oleh itu saya berharap PIBG tidak bergerak dengan hanya berharap kepada AJK sahaja. Sebaliknya, marilah kita bersatu hati bersama-sama menjadi pengerak dalam memacu PIBG menjadi lebih dinamik. Sekian, terima kasih. “MUAFAKAT TERAS KEJAYAAN” ROSLIM BIN HJ MISKON (YDP PIBG, SK Pekan Layang-Layang) KATA ALUAN YDP PIBG


7 JAWATANKUASA PENGELOLA PENASIHAT TN. HJ ZAINUN AZMAN BIN MAT ISA (GB) PENGERUSI EN. ROSLIM BIN MISKON (YDP) TIM.PENGERUSI PN. NORAZLINA BINTI AHMAD (NYDP) PN. AZIZAH BINTI SAAD(GPK 1) TN.HJ.ZAMANI BIN SURADI(HEM) EN. NOOR AZMI BIN MD SALIM(KOKO) SETIAUSAHA PN. ZAKIAH BINTI HAJI MOHAMAD BENDAHARI PN. NOOR AZREEN BT. KUSENAN PENYAMBUT TETAMU EN. ROSLIM BIN MISKON (YDP) TN.HJ. ZAINUN AZMAN BIN MAT ISA (GB) PN. NORAZLINA BINTI AHMAD (NYDP) PN. AZIZAH BINTI SAAD(GPK 1) TN.HJ.ZAMANI BIN SURADI(HEM) EN. NOOR AZMI BIN MD SALIM(KOKO)) JURUACARA PN. SITI NABIHAH BT MUSTAFA PN. JUNAINAH BT SAMIDON BACAAN DOA EN. MUHAMMAD SYAHMI BIN SHAFFIE BUKU PELAWAT/ROZET PN. SITI AMINAH BT. HJ.KUSAIRI BUNGA MANGGAR PN. SALMAH BINTI ABDUL 3 ORANG MURID HIASAN PENTAS PN.SITI SALMIZA BT SALEH CIK NOR ‘ADILAH BT KAMARUDIN PN. MELOR BT SUPIAN PN. NOR HUSNIDA BINTI BAHARUDIN PN.SALAWATI BT MD RADZE PN.KAMARIAH BT MOIDIN PENDAFTARAN PN.KHAIRUNNISA BT SHEIKH SAID PN. FARHANA BT ANGING PN.SITI AMINAH BT HJ KUSAIRI PENCATAT MINIT MESYUARAT PN.FARHANA BINTI ANGING PN.ZAKIAH BT HJ MOHAMAD BUKU PROGRAM PN.HUSNA BINTI MD ZURAINI PN.JULIANA BT YATIM JEMPUTAN PN.ZAKIAH BT HJ MOHAMAD PN.ZUARIAH BT KAILANI PERSIAPAN DEWAN/ BANNER EN.KHAIRI B.JA’AFAR EN. AIRZAM B. ITHNIN EN. SYAHMI B.SHAFFIE EN. MOHD FUAD B.SAFAR LADIN EN. ROZAMI BIN ISMAIL EN.MOHD RIZUAN B.ROHAZID GIMIK PERASMIAN PN.UMIAH BINTI MALUHI PN.JUNIADAH BT MOHD JOHAN. CENDERAMATA PERASMI PN.NAZHATUSHIMA BT ZAINAL JAMUAN IBUBAPA/GURU PN.FAZLIATON BT MD NOH PN.HJH YUSLIHA BT MD YUSOF PN. SUHAILA BT ABU BAKAR PN. NORAINI BT NGADIMAN 2 ORANG MURID JAMUAN VIP EN. ABDULLAH BIN TONGKON PN. SHAHRUL BARIAH BT SALLEH PN.MEGA MELOR BT SELAMAT P.A SISTEM/MONTAJ/LCD/DOKUMENTASI EN.ISHAK B.ABD WAHAB PN.ZAWANAH IZZATI BT MISRAN EN.ADHAM ZUBAIR B. AZHARI EN.AZLAN BIN SEMAN HADIAH CABUTAN BERTUAH PN.SITI HAJAR BT SHARIFF PN.NORAZREEN BT KUSENAN PN.MAZLINA BT BAHARIM PN.NORIZAH BT BOHARI PN. FARIDAH BT MOKHLAS 7


8 Penasihat : TN. HJ ZAINUN AZMAN BIN MAT ISA (GURU BESAR) Yang Dipertua : EN. ROSLIM BIN MISKON Naib Yang Dipertua : PN. NORAZLINA BINTI AHMAD Setiausaha Kehormat : PN. ZAKIAH BINTI HAJI MOHAMAD Pen. S/U Kehormat : PN. FARHANA BINTI ANGING Bendahari Kehormat : PN. NOOR AZREEN BINTI KUSENAN AJK (Wakil Ibu bapa) : EN. AZLAN BIN SEMAN : EN. ROZAIMI BIN ISMAIL : EN. MOHD RIZUAN BIN ROHAZID : EN. MUHD FUAD BIN SAFAR LADIN : PN. SALAWATI BT MD RADZE : PN. FARIDAH BT MOKHLAS@HASHIIM : PN. NORAINI BINTI NGADIMAN : PN. KAMARIAH BINTI MOIDIN AJK (Wakil Guru) : EN. MOHD. KHAIRI BIN JAA’FAR : PN JULIANA BINTI YATIM : PN. SITI NABIHAH BINTI MUSTAFA : Pemeriksa Kira-kira : EN. ABDULLAH BIN TONGKON : PN. NOR AZIZAH BINTI AHMAD Pemegang Amanah : EN. OTHMAN BIN KASSIM : PN. ZAIREEN BINTI ZAKARIAH CARTA ORGANISASI PIBG 2023-2025 8


9 PENGERUSI TN.HJ. ZAINUN AZMAN BIN MAT ISA (GURU BESAR) PENGURUS PROGRAM TN. HJ. ZAMANI BIN SURADI (GPK HEM) SETIAUSAHA PN. FARHANA BINTI ANGING AHLI JAWATANKUASA EN. ROSLIM BIN MISKON PN. AZIZAH BINTI SAAD EN. NOOR AZMI BIN MD SALIM PN. ZAKIAH BINTI HAJI MOHAMAD PN. ZAWANAH IZZATI BINTI MISRAN RAKAN STRATEGIK BSN KETUA KOMUNITI PEKAN LAYANG KETUA BALAI POLIS LAYANG-LAYANG KETUA BALAI BOMBA RENGAM KETUA-KETUA KAMPUNG PENGURUS-PENGURUS LADANG CARTA ORGANISASI PIBK 2023-2025 9


10 1. Bekerjasama dalam menjayakan Program Kembali Ke Sekolah pada awal sesi persekolahan. 2. Mengadakan Program Gotong-royong Perdana. 3. Mengadakan bacaan Yaasiin, dan tazkirah untuk semua murid pada setiap hari Khamis. 4. Bekerjasama dalam mengadakan program motivasi untuk kecemerlangan murid-murid SK Pekan Layang-Layang. 5. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. 6. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti pada hari-hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Raya Aidilfitri. 7. Membantu pihak sekolah mendapatkan sumbangan dan dana untuk aktiviti dan kemudahan asas sekolah. 8. Mengadakan jualan keperluan sekolah pada hari pendaftaran sekolah. 9. Membantu menguruskan jualan baju sukan dan baju KRMJ untuk murid-murid SKPLL. 10. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menghadiri dan memeriahkan majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. LAPORAN AKTIVITI KERJASAMA PIBG DAN SEKOLAH 10


11 1. Ucapan Penasihat (Guru Besar) 2. Ucapan Yang DiPertua PIBG sesi 2023/2025 3. Membentang dan menerima minit mesyuarat yang lalu 4. Perkara-perkara berbangkit 5. Membentang dan menerima Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 6. Membahaskan usul dan cadangan PIBG (jika ada) 7. Meluluskan Kadar Sumbangan tahunan PIBG 8. Hal-hal lain. 9. Ucapan penangguhan AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-49 SKPELL 11


12 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 48 /2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAAN PEKAN LAYANG-LAYANG, 81850 KLUANG JOHOR TARIKH : 18 JUN 2023 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : DEWAN BESTARI SK PEKAN LAYANG-LAYANG MEDIUM : BERSEMUKA KEHADIRAN : 136 orang 1.0 UCAPAN ALUAN YDP (EN.ROSLIM BIN MISKON) 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir, guruguru dan mengalu-alukan kehadiran ibubapa/penjaga. 1.2 Pengerusi menyatakan bahawa PIBG sekolah merupakan satu badan yang menyumbang tenaga dan kewangan dalam segala aktiviti sekolah demi kecemerlangan murid-murid di sekolah ini seterusnya membantu sedikit sebanyak meringankan beban pihak sekolah. 1.3 Oleh itu, Pengerusi berharap agar ibu bapa tidak culas dalam hal pembayaran yuran PIBG demi kelangsungan aktiviti anak-anak di sekolah ini. 1.4 Pengerusi juga menyatakan bahawa ibu bapa perlu memberi kerjasama kepada pihak sekolah sekiranya pihak sekolah menjemput ibu bapa untuk hadir ke sekolah. 1.5 YDP berasa gembira dan bersyukur kerana pada tahun ini mesyuarat dapat dijalankan secara fizikal dan dapat bertemu secara bersemuka dengan semua ibubapa yang hadir pada mesyuarat ini. 1.6 YDP juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan PIBG untuk segala program yang dijalankan. 1.7 Beliau memaklumkan bahawa barisan ahli jawatankuasa PIBG di SK Pekan Layang-Layang adalah pelaksana bagi memastikan kecemerlangan anakanak dalam akademik dan segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. PIBG juga berperanan untuk memastikan hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa dipertingkatkan. 1.8 YDP menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab PIBG dan sekolah dalam membantu kecemerlangan anak-anak sekolah ini pada masa hadapan. 1.9 YDP juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 kerana telah bersatu hati dalam membantu kecemerlangan PIBG.


13 2.0 UCAPAN GURU BESAR (EN.ZAINUN AZMAN BIN MAT ISA) 2.1 Guru Besar memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas sokongan ibu bapa dan guru-guru yang sudi bersama-sama meluangkan masa untuk berada dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Pekan Layang-Layang kali ke 48. 2.2 Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada pihak PIBG yang tidak pernah jemu untuk bersama-sama menggembling tenaga dan memberi sokongan yang cukup baik kepada pihak sekolah. 2.3 Guru Besar berharap hubungan sekolah dengan masyarakat akan menjadi sangat akrab dalam memacu kejayaan sekolah kerana kemenjadian murid adalah menjadi keutamaan pihak sekolah. 2.4 Guru besar juga menegaskan bahawa ibubapa tidak perlu khuatir akan keselamatan anak-anak semasa berada disekolah kerana keselamatan anakanak semasa mereka di sekolah. 2.5 Guru Besar berharap mesyuarat pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan berharap ibubapa dapat memberi kerjasama yang jitu dalam mesyuarat tersebut. 2.6 Guru Besar menyatakan tenatang kehadiran murid ke sekolah. Beliau berharap ibu bapa dapat memberi kenyataan ringkas kepada pihak sekolah sekiranya tidak menyediakan surat rasmi. Yang penting ada makluman dan kenyataan daripada pihak ibu bapa. 2.7 Guru Besar juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa murid yang mendapat Johan dalam Pertandingan Mahrajan Al Quran. 2.8 Akhir sekali, Guru Besar mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada barisan ajk PIBG yang tidak pernah jemu berganding bahu membantu melancarkan perjalanan sekolah. 3.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT KALI KE 47/2022 (PN. ZAKIAH BINTI HAJI MOHAMAD) 3.1 Cadangan untuk disahkan oleh En. Khairunnasri Bin Salam 3.2 Sokongan untuk disahkan oleh En. Mohd Azlan Bin Seman. 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2019/2020 4.1 Setiausaha kehormat PIBG iaitu Pn. Zakiah Binti Haji Mohamad 4.1.1 Cadangan untuk disahkan oleh Pn Kamariah Binti Maideen 4.1.2 Sokongan untuk disahkan oleh En Abdullah Bin Tongkon 5.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021(PN. NOOR AZREEN BT. KUSENAN) 5.1 Cadangan untuk disahkan Pn. Siti Hajar binti Mohd Daud 5.2 Sokongan untuk disahkan En.Mohd Khairi Bin Jaafar


14 6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 6.1 Tiada perkara yang berbangkit. 7.0 HAL-HAL LAIN 7.1 Meluluskan kadar sumbangan tahunan PIBG 7.1.1 Naib Pengerusi, Pn. Azlina mencadangkan agar jumlah sumbangan PIBG bagi tahun 2024 bagi setiap keluarga dinaikkan dari RM 30 ke RM 40. Cadangan tersebut disokong sebulat suara. 7.1.2 Guru Besar menerangkan tentang Bayaran Tambahan Murid Bukan Warganegara Sesi Persekolahan Tahun 2024 seperti berikut PERKARA JUMLAH Kokurikulum RM 3.00 Sukan RM 6.00 MSSM RM 2.00 Kegiatan Pend. Islam RM 6.00 Kertas Ujian Dalaman RM 6.00 Takaful RM 1.50 Jumlah Besar RM24.50 7.1.3 AJK PIBG bersetuju dengan kadar bayaran yang dibentangkan oleh Tn. Guru Besar. 7.1.4 Guru Besar memaklumkan bahawa setiausaha PIBG akan membuat surat kepada Unit Perhubungan dan Pendaftaran di Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk mendapatkan kebenaran mengutip bayaran tambahan tersebut.


15 7.2 Perbahasan Usul 7.2.1 Puan Herwati Abdullah mencadangkan agar pihak sekolah mempertimbangkan keselamatan murid-murid SKPELL yang menggunakan jejantas yang berada dihadapan sekolah. Beliau berharap jejantas tersebut dapat segera dibaiki kerana terdapat banyak kerosakan yang didapati di jejantas tersebut seperti bumbung yang lopong, besi-besi palang yang hilang, dan keadaan jejantas yang tidak stabil. Maklum Balas Yang Di Pertua PIBG– Perkara ini sedang dipertimbangkan. Beliau menjelaskan bahawa pihak PIBG dan sekolah telah mengusahakan isu jejantas. Namun masih belum ada maklum balas atau apa-apa tindakan daripada pihak yang berwajib. Hal ini adalah kerana pihak sekolah sebenarnya hanya menumpang kawasan KTM Berhad. Oleh itu, semua pihak perlu akur dengan masalah jejantas ini dan pada masa yang sama masalah lori yang lalu lalang di hadapan sekolah. Namun demikian pihak PIBG dan sekolah akan cuba lagi berunding dengan pihak yang terlibat bagi menangani isu jejantas ini.disediakan. 7.2.2 Puan Kamariah Binti Moidin mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan aktiviti pengumpulan barangan kitar semula. Maklum balas Guru Besar – Beliau akan mempertimbangkan usul ini dengan berbincang dengan semua guru SK Pekan Layang-layang. Satu cadangan yang bernas untuk diketengahkan. 7.2.3 Puan Norafidah Binti Abd Rahman mencadangkan agar jejantas di hadapan sekolah dapat dibaiki dengan kadar segera. Maklum balas Guru Besar – Beliau menyatakan seperti yang Yang Dipertua PIBG telah nyatakan dalam cadangan usul yang pertama bahawa isi jejantas in sedang diusahakan. Hal ini akan memakan masa kerana melibatkan pihak KTM dan YTL. 7.2.4 Encik Mohd. Norshazam Bin Ibrahim juga membawa usul berkaitan dengan isu jejantas. Maklum balas Guru Besar – Guru Besar menjelaskan lagi bahawa sehagian kawasan SK Pekan Layang-layang adalah milik pihak KTM. Antara kawasannya ialah bermula daripada tanda surau SK Pekan Layang sehingga turun ke padang. Jejantas juga termasuk dalam kawasan KTM. Memandangan pihak KTM sedang menaik taraf landasan mereka, jadi bagi menyelesaikan isu jejantas ini akan memakan masa yang agak lama. Namun pihak sekolah akan tetap terus memandang serius isu jejantas ini. 7.2.5 Puan Nurul Jannah Binti Che Bakar mencadangkan agar mengadakan bacaan Yassin dan aktiviti memasak bubur lambuk bersama waris. Maklum Balas Guru Besar – Beliau sekali lagi akan berbincang hal ini bersama guru-guru SK Pekan Layang-layang kerana beliau risau ketika aktiviti diadakan ramai ibu bapa yang tidak hadir ke sekolah untuk aktiviti rewang.


16 7.2.6 Puan Nur Iffahhusnina Binti Othman mencadangkan agar pihak sekolah mengecat bangunan sekolah yang telah lusuh warna catnya. Maklum Balas Guru Besar – Beliau menjelaskan bahawa pihak sekolah sebenarnya tiada peruntukkan khas untuk cat buat masa sekarang ini. Namun begitu ada sebahagian bangunan-bangunan kecil yang telah dicat dan dilukis mural dinding oleh pekerja kebersihan dan guru. Guru Besar juga telah membuat inisiatif daripada semua guru untuk membuat sumbangan RM 10 bagi membeli cat. Beliau juga berharap sekiranya ada ibu bapa yang ingin memberi sumbangan, bolehlah salurkan sumbangannya melalui anak-anak. Guru Besar juga berharap sekiranya ada ibu bapa yang ada kelebihan dalam mengecat atau melukis boleh juga untuk membuat sumbangan tenaga mereka dalam usaha untuk mencantikkan kawasan sekolah. 7.2.7 Puan Noraini Binti Ngadiman mencadangkan agar menu makanan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di selaraskan untuk setiap minggu. Beliau juga mencadangkan agar makanan RMT haruslah bergizi dan mengenyangkan. Maklum Balas Guru Besar – Beliau memaklumkan bahawa jadual menu RMT telah ditetapkan oleh pihak atasan iaitu KPM. Pihak sekolah hanya boleh membuat pilihan daripada menu yang disediakan mengikut kesesuaian keadaan. 8.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATAN KUASA PIBG SESI 2021/2023 8.1 Pencadang : Pn. Siti Hajar Binti Daud Penyokong : En. Mohd. Khairi Bin Jaa’far 9.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATAN KUASA PIBG SESI 2023/2025 9.1 Jawatan Yang Di Pertua PIBG -Cadangan nama. : En. Roslim Bin Miskon -Pencadang : Pn. Norazlina Binti Ahmad -Penyokong : Sebulat suara menyokong untuk dikekalkan. 9.2 Jawatan Naib Yang Di Pertua PIBG -Cadangan nama : Pn. Norazlina Binti Ahmad -Pencadang : Pn. Siti Marina Binti Jaafar -Penyokong : Sebulat suara menyokong untuk dikekalkan 9.3 Jawatan Ahli Jawatan Kuasa Ibu Bapa -Cadangan nama 1. :Pn. Salawati Binti Md. Radze -Pencadang : Pn. Nurradia Binti Salim -Penyokong : Sebulat suara menyokong Cadangan nama 2. : Pn. Faridah Binti Mokhlas@Hashim -Pencadang : Pn. Nurradia Binti Salim -Penyokong : Sebulat suara menyokong


17 Cadangan nama 3. : Pn. Noraini Binti Ngadiman -Pencadang : Pn. Nurradia Binti Salim -Penyokong : Sebulat suara menyokong Cadangan nama 4. : Pn. Kamariah Binti Moidin -Pencadang : Pn. Noraini Binti Ngadiman -Penyokong : Sebulat suara menyokong Cadangan nama 5. : En. Muhamad Fuad Bin Safar Ladin -Pencadang : En. Mohd. Azlan Bin Seman -Penyokong : Sebulat suara menyokong Cadangan nama 6. : En. Rozemi Bin Ismail -Pencadang : En. Mohd. Azlan Bin Seman -Penyokong : Sebulat suara menyokong Cadangan nama 7. : En. Mohd. Rizuan Bin Rohazid -Pencadang : En. Mohd. Azlan Bin Seman -Penyokong : Sebulat suara menyokong Cadangan nama 8. : En. Mohd. Azlan Bin Seman -Pencadang : En. Mohd. Rizuan Bin Rohazid -Penyokong : Sebulat suara menyokong 9.4 Bagi jawatan kuasa guru akan ditetapkan oleh Guru Besar dalam mesyuarat tertutup bersama barisan pentadbiran. 10.0 PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG KALI KE 48 10.1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48 ditangguhkan pada pukul 1.10 petang. Disediakan Oleh, Disahkan Oleh, ----------------------------------- ------------------------------- (ZAKIAH BINTI HAJI MOHAMAD ) ( ROSLIM BIN MISKON ) SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG YANG DIPERTUA PIBG


18 PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN LAYANG-LAYANG,81850 KLUANG,JOHOR. (BERMULA 01/01/2023 SEHINGGA 08/02/2024) NOTA: Adalah diperakui bahawa segala butiran diatas adalah benar. Baki Berakhir pada 08 Februari 2024 RM6413.08 TARIKH BUTIRAN PENERIMAAN AMAUN (RM) TARIKH BUTIRAN PERBELANJAAN AMAUN (RM) 01.01.23 13.02.23 20.03 23 18.06.23 04.10.23 BAKI DI BAWA KE HADAPAN Infaq Pendidikan Sumbangan PIBG Jualan Amal MAT PIBG Sumbangan YB – En. Roslim 6207.58 6015.00 5790.00 919.50 500.00 02.01.23 25.01.23 26.01.23 01.02.23 07.05.23 11.05.23 11.05.23 21.05.23 18.06.23 25.06.23 16.07.23 18.07.23 20.07.23 26.07.23 01.08.23 03.08.23 12.09.23 12.09.23 24.09.23 04.10.23 Cop Bulat PIBG Hadiah perpisahan GB Rosli Bin Sahdan Sumbg. Khairat kematian Arwah Syakir P.Khas Sumbangan Hari Anugerah Cemerlang MSSZ Zon Renggam /Layang Hiasan Bunga Sekolah (GB Azman) Sumbangan Hari Raya Mesyuarat AJK PIBG 03/22 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2023 Sumbangan untuk Panitia B.inggeris Mesyuarat AJK PIBG 01/23 Sumbg. Atlet P.Khas peringkat MSSJ & MSSN Kejohanan Sukan Olahraga ke 46 Belian barangan sukan kasut spike Cikgu Nasri Sumbangan kepada Atlet Rugby MSSJ Darwisy Miqail 6U Duit lawatan sekolah Sumbangan peserta Rugby sekolah Sumbangan MSSJ P.Khas Nurul Ain Sumbangan peserta pertandingan B.Melayu peringkat Negeri- Hisan Fatini 5U & Mirza Rifqie 5U Sumbangan peserta Tulisan Khat peringkat Negeri – Hazim 6U JUMLAH PERBELANJAAN BAKI 43.00 120.00 200.00 2500.00 316.00 1500.00 300.00 100.00 1920.00 100.00 35.00 120.00 735.00 2000.00 50.00 300.00 100.00 50.00 100.00 50.00 10639.00 8793.08 JUMLAH 19432.08 JUMLAH 19432.08


19 DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : …………………………………….. …………………………….. (NOOR AZREEN BT KUSENAN) (ROSLIM BIN MISKON) BENDAHARI PIBG SKPL YANG DIPERTUA PIBG SKPL DIPERIKSA OLEH: …………………………………… ………………………………… (ABDULLAH BIN TONGKON) (NOOR AZIZAH BT AHMAD) PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 TARIKH BUTIRAN PENERIMAAN AMAUN (RM) TARIKH BUTIRAN PERBELANJAAN AMAUN (RM) 01.01.24 15.01.24 31.01.24 BAKI DI BAWA KE HADAPAN Sumbangan YB Mutalib – Pejabat Pembangunan Terima duit sumbangan PA system Comets Kluang kepada PIBG 8793.08 5000.00 200.00 17.01.24 24.01.24 08.02.24 Hari Anugerah Kecemerlangan 2023/2024 PA Sistem Sekolah (Comets Musical Recording Studio ) Mesyuarat AJK 02/2023 JUMLAH PERBELANJAAN BAKI 2500.00 5000.00 80.00 7600.00 6413.08 JUMLAH 13993.08 JUMLAH 13993.08


20 1. MUHAMMAD SYAHMI BIN SHAFFEI Menaik taraf surau & membuat dewan terbuka. 2. ANIZA BINTI KHAMIS Mendapatkan maklumat jelas berkaitan insuran pelajar sekolah. Adakah hanya untuk kemalangan jalan raya sahaja atau kematian dan tidak merangkumi aspek lain sekiranya ada dikalangan pelajar mengalami masalah kesihatan lain & penyakit kronik . 20


21 Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada: 1. YB. HJ. ABD. MUTALIP BIN ABD RAHIM ADUN LAYANG-LAYANG 2. TUAN HAJI ZAINUN AZMAN BIN MAT ISA GURU BESAR SK PEKAN LAYANG-LAYANG 3. EN. ROSLIM BIN MISKON Yang Dipertua PIBG SKPELL 4. Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2025 7. Semua Penyumbang yang budiman. 8. Semua Ibu Bapa, Semua guru, Semua kakitangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 49 Tahun 2024. SekalungPenghargaan MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 21


22 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN LAYANG-LAYANG, KLUANG, JOHOR.


Click to View FlipBook Version