FOLIO NOVEL JEJAK MONPUS
NAMA : MUHAMMAD NAQIUDDIN MIKHAIL BIN NAZIR
KELAS : 2 EDINBURGH
TUGASAN : NOVEL JEJAK MONPUS
CIKGU : CIKGU AMIR
ISI KANDUNAGAN
• Sinopsis
• Tema
• Persoalan
• Plot-teknik binaan plot
• Watak dan perwatakan
• Latar
• Gaya Bahasa
• Nilai
• Pengajaran
SINOPSIS
SINOPSIS BAB 1
PENYELAMAT PUS PUS
Sebuah bangunan yang didirikan bersebelahan dengan sebuah rumah teres dua
tingkat yang sudah empat tahun berpenghuni merupakan sebuah makmal kecil
kepunyaan Zahar .Di situlah Zahar melayani kelompok ulat dan serangga
kesayangannya.Kumpulan ulat rama-rama tersebut merupakan penghuni makmal
tersebut. Dia memang cukup gemar akan serangga itu terutamanya pada peringkat
ulat bulu.Ibu Zahar, iaitu Qistina dikenal juga dengan panggilan Cikgu Qistina.Zahar
merupakan anak tunggal Qistina. Dia sedia maklum tentang minat anak bujangnya
itu.Zahar gemar akan dunia haiwan sejak dia masih kecil lagi.Minat Zahar itu serupa
dengan minat ayahnya.
Zahar memberitahu hasratnya untuk ke Tanjung Paya Bakau di Tanjung Piai.Dia
mahu mencari spesies baharu.Selepas makan tengahari dan Solat Zohor,Zahar
masuk ke perpustakaan mini miliknya untuk membaca ensiklopedia dan buku-buku
yang baru dibelinya di Raden Bookstore untuk menambahkan pengetahuannya
tentang spesies larva Pus Pus.Hal ini demikian kerana Zahar ingin mencari punca
kenapa Pus Pus kurang aktif.
SINOPSIS BAB 2
HASRAT TERPENDAM
Zahar menanti Mawar di pantai yang menghadap Pulau Pisang.Nama Pulau
Pisang dikatakan berasal daripada pokok pisang yang banyak terdapat di pulau
itu.Menurut cerita lisan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar Benut,Pontian
Besar, dan Kukup.Dikatakan orang Acheh telah membuka pulau itu (1818) untuk
dijadikan kawasan petempatan.Pulau itu kononnya dianggap misteri kerana
pendatang yang cuba memulakan kehidupan dikatakan sering ‘diganggu’.Setelah
lama,seorang pawang iaitu Wak Buik yang berketurunan Bugis Riau dipanggil untuk
membuka pulau itu.Dia berjaya dan pulau itu dijadikan kawasan penanaman
pelbagai buah-buahan.
Wak Buik meninggal dunia seorang diri. Ada juga yang mendakwa
bahawa pawang itu mati kerana ingin menyelamatkan diri ke tanah besar.Tuk Munir
arwah datuk Zahar memberitahunya bahawa pulau itu didiami bunian.Nek Yah pula
mengatakan bahawa gua pulau tersebut tersimpan harta karun.Dari jauh, pulau itu
kelihatan seperti orang sedang duduk berzikir.Zahar ingin ke pulau itu dengan hasrat
yang mendalam bagi mencari spesies baharu yang tidak pernah
dilihatnya.Lamunanya terhenti apabila Mawar menyapanya.
Mawar tinggal di Ladang South Malaya hanya kira-kira 5 kilometer dari kampung
Zahar,Kampung Maju Jaya.Zahar mengenali gadis yang cantik dan berbudi bahasa
ini sewaktu dia terlanggar Mawar ketika melintasi di Fakulti Sains Hayat.Mawar
merupakan penuntut terbaik Sains Hayat dan Zahar mengaguminya. Zahar mencipta
formula racun serangga untuk ulat bungkus yang boleh menyelamatkan berjuta-juta
kelapa sawit di Sempang Renggam daripada musnah.Inovasi agen biologi ini
merupakan perkongsian idea antara Zahar dengan Profesor Doktor Yahya
Samad,Dekan Fakulti Sains Hayat.Pertemuan Zahar dan Mawar pada petang itu
berakhir di Toko Buku Sumber Ilmiah di Bandar Pontian.
SINOPSIS BAB 3
DILANDA MISTERI
kereta Qistina itu rosak sejak semalam.Menurut Cikgu Ismail yang datang
membantu,bateri kereta Cikgu Qistina tidak dapat berfungsi lagi.Kereta itu
kemudiannya dihantar ke bengkel untuk diservis oleh mekanik.Qistina mengajar di
Sekolah Menengah Sri Yasin.Dia merupakan guru Bahasa Melayu yang sangat
berdedikasi.Dia sangat disayangi oleh murid-muridnya.
Di sekolah,terdapat seorang anak murid yang disukainya iaitu Faridah yang
rajin,bijak dan mampu cemerlang pada masa hadapan.Faridah merupakan anak
tunggal yang tinggal bersama neneknya sewaktu di Pahang dahulu.Di bilik
darjah,dia sering dijadikan pelajar contoh Kelas 4 Karisma.Namun begitu,ada
sesuatu misteri dalam fikirannya tentang Faridah.Dia melihat lelaki separuh abad
bertemu Faridah sejak dua minggu lalu.Apabila ditanya,Faridah memberitahu
bahawa lelaki itu seorang Profesor Bioteknologi di London dan dia ialah pak cik
Faridah.Lelaki tersebut telah mengingatkan Qistina tentang sesorang yang pernah
mengisi hidupnya dahulu.
SINOPSIS BAB 4
KEMBARA KE TANJUNG PIAI
Zahar teringat kembali anugerah yang telah diterimanya semalam.Setakat
ini,hampir sepuluh anugerah yang telah diraihnya hasil daripada
penyelidikannya.Antaranya termaksuklah pingat emas dan perak ITEX,Anugerah
Yayasan Sains Toray Malaysia,Anugerah Inovasi Negara,Langkawi Award, dan
Anugerah Medal Emas Penyelidikan(MPOB).
Zahar berjanji dengan rakan sekuliahnya,Malcom Tan untuk bersama-sama ke
Tanjung Piai.Mereka ingin mencari pengganti spesies Pus Pus yang semakin lemah
itu.Tanjung Piai merupakan tempat ekopelancongan yang terkenal dengan tempat
persinggahan burung pantai dan burung air yang berhijrah mencari makan.Hutan
paya bakau itu dikawal rapi oleh Jabatan Perhutanan atas kapasitinya sebagai
habitat flora dan fauna.
Semasa menjelajah,Malcom memberitahu Zahar bahawa dia terjumpa seekor ulat
bulu berwarna keemasan.Zahar terpukau dengan spesies ulat bulu itu.Zahar rasa
bersyukur kerana spesies ini mungkin boleh menyelamatkan spesies Pus
Pus.Sebelum pulang,Zahar dan rakannya itu telah singgah di warung Pak Sino
untuk menikmati mi udang yang sangat terkenal di daerah Kukup.Sesampainya di
rumah,Zahar terus menyelidik lima spesies yang diketemuinya di Taman Hutan Paya
Bakau Tanjung Piai.Jika perlu dia ingin membuat pengklonan antara tisu Pus Pus
dengan mana-mana tisu larva-larva itu.Selepas semalaman menghadap bahan
eksperimennya,Zahar belum menemukan penawar bagi Pus Pus.
SINOPSIS BAB 5
MEREDAH HUTAN KEM KAIZEN
Kem Kaizen di pinggir hutan simpan Gunung Pulai dan bersebelahan dengan Kem
Biro Tatanegara.Kem tersebut dijadikan tempat motivasi serta kem pembangunan
insan cemerlang.Kelab Biologi Alam, Fakulti Sains Hayat Universiti Teknologi
Malaysia telah memilih kem tersebut sebagai destinasi kembara ilmu.Bentuk muka
buminya yang mempunyai paya,bukit,gunung,hutan serta tasik begitu mendamaikan
dan menjadi tempat habitat flora dan fauna.
Doktor Azura seorang pensyarah muda memberikan kuliah yang
memberangsangkan kepada semua peserta.Sewaktu minum bersama-sama dengan
Malcom,tiba-tiba Munirah meminta izin untuk duduk bersama-sama. Sebenarnya,
Munirah berniat untuk memikat Zahar walau dengan apa cara sekalipun. Munirah
terjatuh ke dalam kolam.Zahar tanpa sebarang prasangka telah terjun ke dalam
kolam untuk menyelamatkan Munirah.Tindakannya itu dilihat oleh Mawar dengan
rasa cemburu dan Zahar berasa serba salah.
Dalam perjalanan meredah hutan,mereka menemukan kubu-kubu lama British,
terowong Jepun, dan kawasan peninggalan Perang Dunia Kedua.Zahar begitu leka
mencari pengganti Pus Pus.Tiba-tiba dia terlihat seekor beluncas berwarna
kuning.Sewaktu asyik memerhatikan beluncas itu, tiba-tiba Zahar tergelincir dan
jatuh ke dalam jurang.
Fikri terdengar jeritan Zahar dari jauh.Dengan bantuan dua orang pemuda yang
sedang melakukan aktiviti meredah hutan di situ, Zahar berjaya
diselamatkan.Setibanya di kem, Mawar berasa cemas melihat keadaan
Zahar.Persaaannya cemburu terhadap Munirah hilang secara perlahan-lahan.Doktor
Azura juga berasa cemas lalu mencadangkan mereka menelefon Doktor
Zakaria.Sewaktu di rumah Zahar, Zahar telah mempelawa Fikri dan Malcom ke
makmal serangganya.
SINOPSIS BAB 6
KEJADIAN MISTERI DI PULAU
Masyarakat sibuk bekerja di ladang getah,kelapa sawit,dan kebun. Kehadiran warga
asing menyebabkan peluang pekerjaan anak-anak muda tertutup dan akhirnya
menyebabkan mereka terlibat dengan gejala dadah,menghidu gam,mencuri, dan
merosakkan harta benda awam.Zahar sendiri pernah membelasah Ripin, seorang
penagih gam kerana cuba mencuri tong gas di luar dapur rumahnya.Sejak peristiwa
itu, Zahar berdendam dengan Ripin.
Qistina menghalang Zahar pergi ke Pulau Pisang kerana bimbangkan peristiwa
buruk seperti yang berlaku di Kem Kaizen dahulu.Namun,kini semuanya sudah
menjadi kenangan kerana suaminya beralih kasih dan melukakan hatinya.Selepas
bercerai,dia berpindah ke Kampung Maju Jaya.Menurut berita,bekas suaminya telah
berhijrah ke London untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Doktor
Falsafah.Dia teringat kembali kisah Faridah bertemu dengan lelaki yang mirip
dengan suaminya.
Pada waktu yang dijanjikan,Zahar,Fikri dan Malcom menaiki bot ke Pulau
Pisang.Setibanya di sana,mereka disambut dengan kera dan beruk berbonggol
merah yang garang.Zahar teringat tentang Hikayat Abdullah yang mencatatkan
bahawa Pulau Kukup berhampiran dengan Pulau Pisang merupakan tempat
persembunyian lanun.
Dia seperti melihat seekor ulat bulu yang besar memandangnya tanpa
berkedip.Secara tiba-tiba,angin menderu kencang.Selepas angin berhenti bertuip,
ulat besar yang dilihatnya tadi telah bertukar menjadi kecil sepertu ulat
biasa.Kebingungannya terhenti apabila Fikri dan Malcom mengejutkannya.
SINOPSIS BAB 7
PENEMUAN BAHARU
Zahar begitu asyik dengan kajiannya di makmal.Spesies Monarch yang
ditemukannya di Pulau Pisang tempoh hari telah dijadikan bahan kajian.Ulat tersebut
kelihatan lemah dan sakit.Selepas seminggu,dia kembali ke makmal tetapi seperti
ada sesuatu yang tidak kena.Zahar berasa kagum kerana gabungan spesies Pus
Pus dan Monarch telah menghasilkan ulat bulu yang sangat cantik.Spesies baharu
itu dinamakan Morgan.
Kilauan badan Morgan menyebabkan mata Zahar berasa pedih.Dia memakai
cermin mata untuk mengamati kecantikan Morgan. Peristiwa pelik tempoh hari yang
berlaku di Pulau Pisang itu masih menghantui fikirannya.Tentang kejadian aneh itu
pula Fikri beranggapan bahawa Zahar hanya terlelap buat seketika.Namun, perkara
yang lebih penting baginya adalah dia telah berjaya menyelamatkan spesies Pus
Pus.
SINOPSIS BAB 8
SERANGAN WAKTU MALAM
Selepas sebulan berlalu, Kampung Maju Jaya dikejutkan dengan serangan ulat
bulu yang digelar mereka sebagai serangan ulat bulu puaka.Keadaan ini
menimbulkan suasana panik dan takut dalam kalangan penduduk.Mereka diserang
penyakit kegatalan kulit,akibatnya ada penduduk kampung yang berjumpa bomoh
kerana bimbang terkena penyakit buatan orang.Ada yang memberikan petua agar
melumurkan badan dengan tepung dan campuran air kunyit dan kapur.Akhirnya,
masing-masing ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Namun, ubat yang diberikan
tidak berkesan kerana hanya mampu menghilangkan kegatalan buat seketika.Zahar
berasa gelisah dan curiga.Dia bimbang serangan ini berpunca daripada spesies
baharunya itu.
Tiba-tiba, Zahar terkejut apabila mendapati bahawa Morgan tiada di
tempatnya.Selepas subuh,dia kembali ke makmal dan mendapati Morgan sudah
mengalami perubahan ciri fizikal iaitu tumbuh sayap kecil pada kiri dan kanan
abdomennya.Keadaan menjadi genting apabila Ripin bersam-sama dengan
beberapa orang kampung datang ke rumah Zahar.Mereka menuduh Zahar sebagai
punca kejadian ini.
Dua hari selepas kejadian, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor,pegawai
kesihatan,pegawai polis,dan Unit Forensik menyiasat makmal Zahar.Namun tiada
apa-apa yang ditemukan untuk dikaitkan dengan serangan ulat bulu itu.Kumpulan
penyiasat mengambil sampel ulat bulu yang menyerang penduduk untuk diuji di
makmal kesihatan.
Petang itu, Zahar pergi ke balai raya untuk disoal siasat.Zahar didakwa membela
ulat tanpa permit.Zahar gagal memastikan ulat bulunya tidak membahayakan
kesihatan penduduk. Zahar menafikan tuduhan itu.Dia memberitahu banyak faktor
yang menyebabkan serangan ini terjadi.Antaranya termaksuklah pencemaran habuk
dan asap kilang sawit.Pak Rahmat bersetuju dengan pendapat Zahar.Salah seorang
daripada mereka mencadangkan agar penduduk kampung melakukan solat hajat
untuk menyelesaikan musibah ini.
SINOPSIS BAB 9
TERCETUS PERSELISIHAN
Di warung Pak Mail,Manaf,Jusuh,Ahmad,Usop, dan Ripin berbincang berkenaan
serangan ulat bulu yang melanda kampung mereka.Mereka cuba menyalahkan
Zahar atas kejadian yang berlaku di kampung tersebut.
Perbualan mereka terhenti apabila Zahar dan ibunya tiba di warung itu dengan
kereta.Ripin meluru keluar dan cuba mencetuskan pertelingkahan.Qistina cuba
meleraikan situasi tegang tersebut.Pak Mail menegur perbuatan Ripin yang bersikap
kurang ajar terhadap Cikgu Qistina.Ego Zahar tercabar apabila Ripin mengaitkan
tindakan ibunya membela dirinya dengan kejadian ayahnya meninggalkan
keluarganya.Ripin telah mengeluarkan pisau lipatnya lalu melibas bahu Zahar. Ripin
melarikan diri kerana panik. Mereka bersama-sama membawa Zahar ke hospital
dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Qistina.
SINOPSIS BAB 10
MERISIK KHABAR
Mawar bergegas pulang apabila mengetahui bahawa Zahar telah dimasukkan ke
hospital kerana bergaduh dengan Ripin. Pertemuan mereka mengubati kerinduan
masing-masing.
Zahar memberitahu Mawar tentang sesuatu yang pelik berlaku apabila Morgan
selalu hilang pada sebelah malam.Mawar seperti terkejut apabila Zahar
memberitahunya bahawa Morgan boleh terbang.Zahar mengesyaki Morgan yang
hilang pada waktu malam mempunyai kaitan dengan serangan ulat bulu di
kampungnya.
SINOPSIS BAB 11
MISTERI TERJAWAB
Zahar membuat kajian mendalam berkenaan ulat bulu melalui internet dan buku.
Hasil daripada kajiannya, dia mendapati serangan ulat bulu di kampungnya
mempunyai kaitan dengan pencemaran seperti habuk dan debu di udara
berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku sewaktu revolusi industri dahulu.
Pada waktu malam, Zahar pergi ke makmal dan mengintai tingkah laku Morgan di
sarangnya.Dia melihat cahaya kebiru-biruan keluar dari sarang Morgan.Dia melihat
Morgan terapung-apung di udara.Hasil daripada jejakannya, Zahar mendapati
bahawa Morgan telah merangsang ulat-ulat bulu berintik hitam keluar dan melekat di
tempat yang berdebu,berjelaga dan tercemar.
Mawar menganggap kejadian yang diceritakan oleh Zahar itu seperti dalam filem
sains fiksyen.Pada malam itu, Zahar telah mengekori Morgan. Masalah lain pula
timbul apabila penggunaan racun serangga yang berlebihan menyerang salur
pernafasan,paru-paru,jantung,hati,system pernafasan,system saraf otot dan organ
dalaman yang lain.
SINOPSIS BAB 12
MANGSA BAHARU
Subuh itu, Pak Alias mendengar kambing peliharaanya tidak henti-henti
mengembek.Selepas solat dan berwirid, dia mengejutkan isterinya, Mak Cik Habibah
yang masih tidur.Dia cuba mengejutkan cucunya,Raziq yang sedang tidur. Selepas
menunaikan solat, Pak Alias terus ke kandang kambingnya, dan alangkah
terkejutnya apabila dia mendapati anak-anak kambingnya bergelimpangan mati
akibat disearang ulat bulu.
Pada pagi itu,warung Pak mail menjadi kecoh dengan kejadian yang menimpa
anak-anak kambing Pak Alias.
SINOPSIS BAB 13
DEMAM PERASAAN
Seperti kebiasaannya Qistina melangkah ke kelas 5 Gigih.Dia mengarahkan anak-
anak muridnya menghantar buku latihan.Umar seorang daripada anak muridnya
tidak menyiapkan kerja rumah dengan alasan kambingnya beranak telah
menyebabkan kelas 5 Gigih riuh rendah dengan bunyi ketawa.
Pada suatu malam, Qistina terkejut apabila mendapat tahu bahawa kambing Umar
mati digigit ulat bulu sementara ayahnya pula dimasukkan ke hospital akibat sesak
nafas angkara ulat bulu. Dia amat berharap agar anaknya, Zahar dapat mencari
penawar dengan segera.
SINOPSIS BAB 14
Ke Pulau Lagi
Zahar mengajak Fikri menemaninya ke Pulau Pisang. Fikri menolak kerana berasa
serik. Zahar cuba memujuk Fikri. Akhirnya, Fikri bersetuju setelah melihat mata
Zahar bergenang. Keesokannya, mereka ke Pulau Pisang. Fikri ternampak beberapa
ekor ulat bulu berwarna hitam biru merayap-rayap. Fikri memberitahu Zahar tentang
ulat-ulat bulu itu. Zahar hampir tidak percaya dengan apa-apa yang dilihatnya .
beberapa ekor ulat bulu yang mirip dengan spesies Morgan sedang makan daun-
daun hijau.
SINOPSISI BAB 15
Dendam Masih Membara
Ripin begitu marah apabila mendapati benih sawitnya habis dimakan ulat. Bagi
Ripin, semua yang berlaku disebabkan oleh ulat Zahar . Pagi itu juga, Ripin ke rumah
Zahar untuk meminta ganti rugi. Keesokannya, cerita Ripin menyerang Zahar tersebar ke
seluruh kampung. Fikri memberitahu Zahar bahawa ulat bulu ada musuh semula jadi seperti
serangga parasitoid atau pemangsa . ladang kelapa sawit di situ yang merangsang
pembiakan ulat bulu berintik hitam. Zahar memutuskan untuk melenyapkan spesies
Morgan .
Sinopsis Bab 16
Zahar termenung panjang di dalam makmalnya. Dia teringat kata-kata ibunya yang
menyuruhnya mencari jalan penyelasaian masalah. Sebelum ke Alor Gajah, ibunya
berpesan agar Zahar memusnahkan makmalnya. Hal ini adalah untuk mengelakkan
orang kampung mengganggu keluarga mereka lagi. Dalam makmal, Zahar
menghasilkan penawar menggunakan cecair daripada badan MorgaN.
Sinopsis Bab 17 :
Malam itu, Zahar tertidur di sofa. Pada pagi esoknya, dia segera melihat hasil
eksperimennya malam tadi. Dia menyemburkan sejenis cecair pada
Morgan. Kepulan asap putih dan hijau kekuningan keluar daripada badan Morgan
menyebabkan ulat itu tidak berdaya dan akhirnya mengeras. Tiba-tiba dia
dikejutkan bunyi kuat seperti sesuatu jatuh ke tanah. Dia tidak menyangka apa-apa
Sinopsis Bab 18 :
Zahar memberitahu Fikri bahawa dia telah mencipta penawar walaupun terpaksa
memusnahkan. Selepas tamat kuliah Zahar pulang untuk melihat penawar yang
diciptanya
Di dalam makmal, dia terkejut bahan uji kaji dan buku formulanya sudah
hilang,. Zahar menghubungi Fikri dan mereka berjumpa di kopitiam. Mereka
menyangka semua ini angkara Ripin. Mereka mengeledah makmal itu dan
menjumpai sekeping resit daripada Syarikat Ban Hen. Zahar mahu ke gudang tapak
semaian untuk menyiasat. Esoknya Zahar membuat laporan polis tentang
kehilangan bahan dan peralatan makmalnya. Polis membuat intipan di stor tapak
semaian benih cambah sawit. Seminggu kemudian, Ripin diberkas di rumahnya
berhubung sindiket penjualan benih cambah benih secara haram dan pemalsuan
dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby Plantation Berhad dan FELDA
Agriculture Services Bhd. Turut diberkas ialah Jusoh dan Ahmad. Polis turut
menjumpai buku formula dan serta hasil eksperimen Zahar. Perkara ini amat
mengembirakan Zahar.
Sinopsis Bab 19 :
Majlis Perbandaran Johor dan Jabatan Kesihatan Pontian menjalankan operasi
Nyah Ulat Bulu. Mereka menyembur menggunakan agen Biologi yang dicipta oleh
Zahar. Zahar menerima ucapan tahniah bertubi-tubi. Pengurus inovasi UTM
memaklumkan mereka akan mengkormersialkan ciptaan Zahar. Ciptaannya itu
dinamakan MONPUS. Seorang tokoh dari Universiti Oxford akan tiba bersama
delegasi Menteri Sains dan Inovasi untuk melancarkan produk MONPUS, harta
intelek Zahar Baharudin. Apabila tetamu masuk Qistina terkejut melihat tetamu itu
ialah bekas suaminya sehingga paluan gong mengejutkannya daripada lamunan.
Selepas itu Zahar diumumkan sebagai penerima anugerah Biasiswa Kerusi
Canselor mewakili pelajar Asia. Profesor Dr. Baharudin dijemput untuk
menyampaikan anugerah tersebut. Qistina terharu kerana hari itu, dia menyaksikan
seorang ayah menyampaikan anugerah kepada anak yang tidak dikenalinya. Naluri
Zahar mengatakan bahawa lelaki itu ialah ayahnya. Perkataan ayah terpacul
daripada mulutnya. Dr. Baharudin memeluk anaknya. Dia segera mencari Zahar
dan Qistina. Dia menyapa Qistina dan memohon maaf atas kesilapannya yang
lalu. Qistina diperkenalkan dengan Irdiana, isterinya. Di dalam dewan, Qistina
terdengar bisikan Dr. Baharudin yang melamarnya semula.
Tema
Kecintaan seorang pemuda terhadap ilmu Sains dan dunia penyelidikan
PERSOALAN
1. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya
Contoh : Zahar sanggup berulang-alik dari university untuk tinggal Bersama ibunya
2. Kepentingan ilmu dalam kehidupan
Contoh : Zahar mengaplikasikan sains bagi mencipta penawar serangan ulat bulu
3. Sifat suka berdendam dalam masyarakat
Contoh : Ripin menaruh dendam terhadap Zahar dan mencari peluang untuk
membalas dendamnya
Plot – Binaan Plot
(a) Permulaan –Memperkenalkan watak Zahar dan ibunya, Qistina. Zahar
mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dalam bidang Biologi,
Fakulti Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia. Minatnya amat
mendalam terhadap serangga terutamanya spesies ulat bulu dan rama-
rama.
(b) Perkembangan – Zahar berasa sedih kerana ulat bulunya yang bernama
Pus Pus semakin tenat. Zahar bersama dengan rakannya, Malcom ke
Taman Paya Bakau di Tanjung Piai untuk mencari spesies ulat bulu
tersebut. Kemudian, Zahar meneruskan pencariannya di Kem Kaizen
bersama dengan Malcom dan Fikri. Namun begitu, mereka tidak berjaya.
Akhirnya, Zahar dan rakan-rakannya ke Pulau Pisang. Mereka berjaya
menemui spesies Monarch. Cantuman tisu Pus Pus dan Monarch telah
menghasilkan ulat bulu yang cantik. Zahar menamakan spesies baharu
tersebut Morgan.
(c) Perumitan/Konflik – Beribu-ribu ulat bulu menyerang Kampung Maju Jaya.
Penduduk kampung terkena penyakit. Ripin dan beberapa orang pemuda
menuduh Zahar sebagai punca serangan ulat bulu. Ibu Zahar, Qistina
berjanji akan memanggil pihak Jabatan Kesihatan untuk menyiasat kejadian
yang berlaku. Dua hari selepas itu, Unit Kawalan Bawaan Vektor, beberapa
orang pegawai kesihatan, dan pihak polis dari Unit Forensik datang ke
Kampung Maju Jaya. Mereka menggeledah makmal Zahar tetapi tidak
menjumpai apa-apa.
(d) Klimaks/puncak cerita – Formula ciptaan Zahar hilang. Zahar dan Fikri ke
balai polis untuk membuat laporan. Hasil siasatan yang dilakukan mereka
mendapati bahawa Ripinlah yang bertanggungjawab
(e) (e) Peleraian – Zahar berjaya mencipta formula MONPUS. Formula
ciptaan Zahar berjaya menghapuskan ulat-ulat bulu di Kampung Maju Jaya.
Ripin pula ditangkap oleh pihak polis atas jenayah yang dilakukannya.
Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila Zahar berjaya menerima
Anugerah Sains Negara yang disampaikan oleh ayahnya sendiri.
Kegembiraan Zahar makin bertambah apabila ayahnya melamar ibunya
semula.
Watak dan perwatakan
i-Watak Utama (Zahar)
a) Perwatakan
• Seorang yang tabah
Contohnya: zahar tabah dengan tuduhan yang diberikan oleh Ripin dan
penduduk kampung mengenai serangan ulat bulu
• Seorang yang rajin
Contohnya: zahar rajin berusaha untuk menghasilkan penawar bagi serangan
ulat bulu
• Seseorang yang menyanyangi ibunya
Contohnya: zahar sanggup berulang-alik dari universiti untuk tinggal bersama
ibunya
ii-Watak Sampingan (Mawar)
• Seorang yang mengambil berat
Contohnya: Mawar memberi kata-kata semangat kepada Zahar apabila Zahar
menghadapi masalah.
• Seorang yang bijak
Contohnya: Mawar merupakan penuntut terbaik Sains Hayat
• Seorang yang memberi inspirasi
Contohnya: Mawar sentiasa memberi inspirasi kepada Zahar untuk melakukan
iii-watak sampingan (fikri)
• Seorang yang menghormati orang tua
Contohnya: Fikri bercakap dengan sopan apabila bercakap dengan ibu Zahar,
Qistina
• Seorang yang baik hati
Contohnya: Fikri sentiasa membantu Zahar apabila Zahar menghadapi kesusahan.
• Seorang yang setia kawan
Contohnya: Zahar sanggup menemani Zahar untuk pergi ke Pulau Pisang
Latar
i-latar tempat
• Tanjung Piai
Contohnya: Zahar dan rakan-rakannya mencari spesies baharu ulat bulu
• Makmal Zahar
Contohnya: Zahar membuat uji kaji berkaitan spesies ulat bulu yang ditemuinya
• Pulau Pisang
Contohnya: Tempat Zahar dan teman-temannya mencari spesies ulat bulu yang
baharu untuk menggantikan spesies Pus Pus yang tenat.
ii-latar masyarakat
• Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
Contohnya: Zahar sering melakukan eksperimen, penyelidikan dan inovasi untuk
kepentingan masyarakat umum
• Masyarakat yang berpendidikan tinggi
Contohnya: Zahar merupakan seorang yang berpendidikan tinggi
• Masyarakat yang suka berdendam
Contohnya: Ripin yang berdendam dengan Zahar
iii-latar masa
• Waktu pagi
Contohnya: Zahar menghantar ibunya ke sekolah kerana kerete ibunya rosak
• Waktu pentang
Contohnya: Zahar pergi ke balai polis untuk di soal siasat
• Waktu subuh
Contohnya: penduduk kampung mencari rezeki
Gaya Bahasa
1. Peribahasa: bagai ikan pulang ke lubuk, seperti mencurah air ke daun keladi
2. Simile: cinta seperti kerja,amat meletihkan.tiba-tiba perasaan Fikri dihempap
perasaan yang berat
3. Metafora: tiara kehidupa, lautan masa
Nilai
1. Keberanian : Zahar dan rakan-rakanya berani untuk menjelajah beberapa
kawasan untuk mencari spesies serangga demi kajian
2. Kasih Sayang : Qistina bimbang terhadap keselamatan anaknya Zahar
selepas Zahar dituduh orang kampung kerana menyebabkan serangan ulat
bulu ke atas penduduk kampung
3. Setiakawan : Fikri sentiasa bersama Zahar dalam melakukan kajian
Pengajaran
1. Kita hendaklah gigih dalam berusaha mencari kejayaan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah seperti Zahar yang berjaya
mendapatkan formula untuk melawan serangan ulat bulu kepada
orang awam
2. Kita seharusnya menyayangi ibu dan bapa kita kerana mereka banyak
berjasa kepada kita ibarat Zaahar yang menyayangi ibunya walaupun tanpa
kehadiran bapanya setelah mereka bercerai
3. Kita sewajarnya mengelak daripada melakukan pertuduhan melulu terhadap
seseorang tanpa usul periksa dan bukti. Contohnya penduduk Kampung Maju
Jaya yang mempercayai Ripin bahawa Zahar adalah punca serangan ulat
bulu terhadap penduduk kampung