The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mikhailmnaqiuddin, 2021-08-29 18:38:01

BANGUNAN BERSEJARAH

BANGUNAN BERSEJARAH

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD NAQIUDDIN MIKHAIL BIN NAZIR

TINGKATAN : 1 EDINBURGH

NO MATRIX : CP211085

1

1.2 JADUAL KERJA/SENARAI SEMAK

BIL PERKARA HALAMAN TARIKH TANDATANGAN

1.1 Tajuk Kajian 1 31 /7/2021

1.2 Jadual Kerja 2 31 /7/2021

1.3 Objektif Kajian 3 31 /7/2021
1.4 Kaedah Kajian 3 31 /7/2021

2.1 Mengumpul Maklumat 4 30/7/2021
2.2 Kerangka Kasar Penulisan
5 31 /7/2021
3.1 Pengenalan 6 1/8/2021

3.2 Latar Belakang Bangunan 7 1/8/2021
2/8/2021
3.3 Sturktur Bangunan 8-9 3/8/2021
10 4/8/2021
3.4 Tujuan/Sebab Binaan 11-12 4/8/2021
3.5 Fungsi Bangunan Masa Kini 13
3.6 Langkah-Langkah 5/8/2021
14 30/7/2021
Pemeliharaan 15
3.7 Rumusan
3.8 Rujukan

2

1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kusus Sejarah adalah untuk mengkaji

tentang Bangunan Bersejarah Istana Sultan Abu Bakar ( Muzium ) Pekan, Pahang
dengan lebih dekat lagi .Melalui kajian ini saya dapat memenuhi objektif berikut :

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-
sumber sejarah yang sahih. Hal ini dapat membantu saya membuat satu kajian
dengan betul,jelas dan tepat.

b) Kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang bangunan
bersejarah yang ada di Malaysia serta dapat memupuk perasaan bangga
terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia
bahawa betapa pentingnya bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita
untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta dapat memupuk semangat
di kalangan rakyat Malaysia.

c) Melalui kajian ini, saya juga dapat memupuk semangat patriotisme di dalam diri
saya.

1.4 KAEDAH KAJIAN
Sebanyak 2 kaedah kajian yang digunakan untuk mendapat maklumat secara

terperinci dan bersistematik.
i. Muat turun melalui internet
Saya turut menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di dalam negara kita
dengan melayari laman sesawang yang berkaitan dan produk malah turut
memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.
ii. Temu bual dan bacaan
Selain itu, dalam menyiapkan kerja kursus ini saya menggunakan kaedah lisan
iaitu melalui temubual dan melalui bacaan bagi mendapatkan banyak maklumat
tentang bangunan istana Sultan Abu Bakar ( muzium ) .

3

2.1 MENGUMPUL MAKLUMAT
• https://www.facebook.com/pahang.gov/posts/dahulu-dikenali-istana-kota-
berammuzium-sultan-abu-bakar-yang-terletak-di-bandar/771490539957847/
• http://www.heritage.gov.my/index.php/istana-sultan-abu-bakar-muzium-
pekan-pahang
• https://kujie2.com/percutian/muzium-sultan-abu-bakar-selepas-4-tahun-
ditutup.html
• https://www.tempatmenarik.my/muzium-sultan-abu-bakar-pekan-tempat-
menarik- di-pahang/
• http://heritage-gold.blogspot.com/2011/04/sejarah-bangunan-muzium-sultan-
abu.html
• https://kujie2.com/percutian/muzium-sultan-abu-bakar-selepas-4-tahun-
ditutup.html
• https://penselpatahtunteja.blogspot.com/2018/02/muzium-sultan-abu-bakar-
pekan.html

4

2.3 KERANGKA KASAR PENULISAN

BIL TUGASAN BUTIR
1 Pengenalan
• Memperkenalkan bangunan tersebut
2 Latar belakang bangunan lokasi bangunan

3 Struktur bangunan • Menceritakan asal-usul bangunan
tersebut
4 Tujuan bangunan dibina
• Tarikh pembinaan
5 Fungsi dan keadaan • Reka bentuk plan bangunan
bangunan pada masa kini • bahan binaan
• hiasan dalaman
6 Cadangan langkah-langkah • Menyatakan tujuan asal bangunan.
memelihara bangunan • kegunaan bangunan dahulu

7 Rumusan • Menyatakan kegunaan pada masa
sekarang
8 Rujukan
• Menyatakan peranan kerajaan.
merupakan tanggungjawab masyarakat

• Memberi pengetahuan
• memupuk unsur-unsur patiotisme.

• Internet

5

3.1 PENGENALAN

1. NAMA BANGUNAN
Muzium Sultan Abu Bakar, yang terletak di Bandar Diraja Pekan, dahulunya
dikenali sebagai Istana Kota Beram. Istana Kota Beram dibina pada tahun 1929.
Struktur asalnya adalah sebuah rumah kayu 2 tingkat dengan reka bentuk Inggeris
yang kemudiannya diubah menjadi rumah batu 2 tingkat.
Sultan Pahang Ke-4, Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah
telah mengambil alih rumah ini dan dijadikan istana rasmi baginda pada tahun 1948.
Almarhum memperkenankan agar Istana ini diberi nama Istana Kota Beram.
Pada tahun 1954, kerajaan negeri Pahang membina sebuah bangunan tambahan
yang disambung ke istana dan dijadikan Balairung Seri untuk digunakan sebagai
tempat mesyuarat dan upacara keraian sehingga tahun 1960.
Apabila Istana Abu Bakar siap dibina pada awal 60an, Almarhum Sultan Abu Bakar
berangkat meninggalkan Istana Kota Beram dan bersemayam di Istana Abu Bakar.
Pada tahun 1976, Sultan Pahang ke-5, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-
Musta’in Billah telah memperkenankan agar Istana Kota Beram dijadikan muzium
negeri Pahang sebagai tempat untuk rakyat Pahang mempelajari dan mengkaji asal
usul, sejarah dan budaya negeri Pahang.
Kini Muzium Sultan Abu Bakar menjadi antara tarikan utama pengunjung ke
Bandar Diraja Pekan setelah Muzium Sultan Abu Bakar diubah suai dengan landskap
yang serba indah dan bahan pameran yang semakin bertambah

6

2. LOKASI BANGUNAN

3.2 LATAR BELAKANG BANGUNAN
❖ Tarikh Pembinaan
Bangunan bersejarah ini telah dibina pada tahun 1929 sebagai kediaman Residen

Britsh bagi menggantikan bangunan kayu asal yang dibina pada tahun 1888. Sewaktu
Perang Dunia Kedua, bangunan ini telah dijadikan kediaman pegawai-pegawai Jepun.
Dalam tahun 1948, bangunan ini dibaik pulih dan dijadikan istana bersemayam Al-
Marhum Sultan Abu Bakar. Baginda menjadikannya sebagai Istana Rasmi Negeri dan
diberi gelaran nama “Istana Kota Beram” menggantikan Istana Sri Terentang. Istana
Kota Beram telah mengalami perubahan pada tahun 1954 dengan pembinaan
bangunan sambungan untuk kegunaan sebagai "Balairong". Pada tahun 1959-1965,
Istana baru dibina berhampiran kawasan Istana Terentang untuk persemayaman
D.Y.M.M Sultan Pahang.

7

. ASAL USUL BANGUNAN

Terdapat beberapa pendapat yang mengemukakan perihal keadaan asal tapak
bangunan ini. Menurut En. Majid Abdullah, Ketua Kampung Mengkasar, pada masa
dahulu tapak asal bangunan ini adalah hutan. Kawasan ini juga adalah sebahagian
tapak sebuah istana yang pernah didirikan di sini pada masa dahulu iaitu Istana Kota
Beram. Nama inilah yang diguna semula oleh baginda Sultan Abu Bakar kepada
istana rasmi baginda semasa zaman pemerintahan tuanku. Istana Kota Beram ini
telah lama ditinggalkan atau runtuh dan tapak ini kemudiannya ditumbuhi hutan.

Pada 24 Ogos 1888, British dengan rasminya campur tangan secara langsung
dalam pentadbiran Negeri Pahang. British merasakan mereka memerlukan sebidang
tanah untuk mendirikan tempat kediaman bagi para pegawainya yang bertugas di
Negeri Pahang. Oleh itu, pihak British telah mendapat kebenaran daripada Almarhum
Sultan Ahmad (Sultan Pahang yang pertama dari keturunan bendahara) iaitu sultan
yang memerintah pada masa itu bagi mendirikan sebuah bangunan khas untuk tujuan
tersebut. Ada pendapat yang mengatakan bahawa pihak British telah mengambil alih
tanah untuk mendirikan bangunan tersebut daripada Hj. Mohd Noor, Cek Dolah Bera
dan Tuan Hitam Menteri. Walau bagaimanapun, tidak ada maklumat sahih yang
menyatakan bagaimana British Berjaya mendapatkan tanah untuk tapak bangunan
tersebut. Sebaik sahaja Pahang menerima Residen Britishnya yang pertama iaitu J.P.
Rodger, beliau telah mendiami bangunan kayu yang telah dibina tersebut sehingga
1898.

8

3.3 STRUKTUR BANGUNAN
• REKA BENTUK PLAN BANGUNAN

Secara amnya, struktur binaan Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar ini
mengambungkan dua sistem binaan iaitu Sistem Dinding Tanggung Beban dan
Sistem Tiang dan Alang. Sistem Dinding Tanggungan Beban merupakan sistem
binaan dinding yang lazimnya digunakan pada binaan bangunan sebelum teknologi
konkrit bercerucuk diperkenalkan. Pada bangunan muzium ini sistem struktur ini
diaplikasi pada bahagian utama bangunan. Ketebalan dinding adalah di antara 12"
hingga 14" dan ia terbina daripada ikatan batu bata yang dilepa. Manakala Sistem
Alang dan Tiang ini diaplikasi untuk menyokong bahagian verandah dan juga anjung
terutamanya di tingkat satu. Tiang bangunan ini bersaiz 1'6" digunakan untuk
menyokong struktur yang terdiri dari rasuk di atasnya.

Struktur bumbung bangunan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu bumbung
curam dan bumbung rata. Bumbung curam menutup keseluruhan ruang tengah dan
anjung bumbung dengan genting tanah liat merah manakala bumbung rata konkrit
tetulang terdapat di bahagian serambi belakang.

Terdapat dua jenis tangga di dalam bangunan ini iaitu tangga batu dan tangga
kayu. Tangga batu dibina di pintu utama dan terdapat tangga batu baru yang dibina di
bahagian belakang dimana ia digunakan untuk menghubungkan bangunan ini dan
pejabat manakala tangga kayu dibina untuk menghubung antara tingkat satu dan
tingkat dua.

Kesemua pintu adalah kayu termasuk jenangnya dan ketinggiannya 90" dan
lebar berbeza bergantung pada jenis pintu dan ruangnya. Kesemua elemen tingkap
termasuk bingkai dan daun tingkap adalah dibuat daripada kayu. Tingkap-tingkap ini
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian atas diperbuat daripada kepingan kaca
manakala bahagian bawah menggunakan kayu keras.

• .BAHAN BINAAN
Pada asalnya merupakan bangunan kayu dua tingkat yang dibina oleh Inggeris
pada tahun 1888, sebagai tempat kediaman Residen British Pertama di Pahang, J.P.
Rodger.
Pada tahun 1929, bangunan kayu ini digantikan dengan bangunan batu dua
tingkat iaitu seperti yang terdapat sekarang ini.

9

❖ .HIASAN DALAMAN
Pada tahun 1929, bangunan kayu ini digantikan dengan bangunan batu dua

tingkat iaitu seperti yang terdapat sekarang ini.
Terdapat empat dewan iaitu Istana Kota Perak, Balairong Seri , Inderapura

dan Bunga Pekan yang menyediakan ruang pameran untuk Fesyen dan Tekstil,
Arkeologi & Masyarakat Orang Asli, Seramik , Kebudayaan & Kesenian Pantai Timur.

3.4 TUJUAN BINAAN
Pada 24 Ogos 1888, British dengan rasminya campur tangan secara langsung

dalam pentadbiran Negeri Pahang. British merasakan mereka memerlukan sebidang
tanah untuk mendirikan tempat kediaman bagi para pegawainya yang bertugas di
Negeri Pahang. Oleh itu, pihak British telah mendapat kebenaran daripada Almarhum
Sultan Ahmad (Sultan Pahang yang pertama dari keturunan bendahara) iaitu sultan
yang memerintah pada masa itu bagi mendirikan sebuah bangunan khas untuk tujuan
tersebut. Ada pendapat yang mengatakan bahawa pihak British telah mengambil alih
tanah untuk mendirikan bangunan tersebut daripada Hj. Mohd Noor, Cek Dolah Bera
dan Tuan Hitam Menteri. Walau bagaimanapun, tidak ada maklumat sahih yang
menyatakan bagaimana British Berjaya mendapatkan tanah untuk tapak bangunan
tersebut.

10

3.5 FUNGSI DAN KEADAAN PADA MASA KINI

Semasa Perang Dunia Kedua bangunan ini telah dijadikan sebagai markas
pentadbiran Kampetai. Namun begitu, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai
keadaan bangunan ini semasa penjajahan Jepun. Apa yang pasti tiada perubahan
yang dilakukan pada bahagian dalam bangunan ini tetapi pernah kakitangan muzium
menjumpai peluru ‘machine-gun’ yang masih berangkai ditanam dalam tanah di
sekeliling beberapa batang tiang di bawah bangunan ini ketika kerja-kerja menggali
kabel elektrik dilakukan. Peluru yang dipercayai kepunyaan tentera British yang masih
boleh digunakan itu dijumpai dalam jumlah yang agak banyak. Ia kemudiannya telah
diserahkan kepada pihak polis Daerah Pekan.

Sebaik sahaja perang tamat, bangunan ini terus ditinggalkan begitu sahaja
sehinggalah pada 1948, bangunan ini dengan rasminya diambil oleh Almarhum Sultan
Abu Bakar untuk dijadikan istana rasminya, dengan nama Istana Kota Beram. Di
Istana Kota Beram inilah Almarhum Sultan Abu Bakar mengadakan mesyuarat dan
juga menyambut ulang tahun hari keputeraan baginda. Disebabkan ruang di dalam
Istana Kota Beram ini terlalu sempit maka pada 1954, Kerajaan Negeri telah membina
sebuah bangunan tambahan untuk dijadikan balai dan dikenali dengan nama Balai
Rongseri. Almarhum Sultan Abu Bakar berangkat meninggalkan Istana Kota Beram
setelah siapnya Istana Abu Bakar pada 1965.

KDYMM Sultan Pahang telah berkenan menjadikan Istana Kota Beram sebagai
muzium negeri dan pada 17 Mac 1976 yang mana pejabat Lembaga Muzium Negeri
Pahang telah dipindahkan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ke Istana Kota
Beram. Setelah dijadikan muzium banyak pengubahsuaian dilakukan terutama di
bahagian dalam untuk dijadikan galeri-galeri pameran.

. PENGUBAHSUAIAN

Sebelum Kerja Konservasi Semasa Kerja Konservasi

11

Selepas Kerja Konservasi

Beberapa elemen di bangunan ini telah melalui perubahan mengikut keperluan
pada waktu tersebut. Antara yang ketara dapat dilihat ialah bahagian serambi di
tingkat atas dimana ruang antara tiang telah ditutup dengan tingkap ram kayu
sepanjang fasade hadapan. Di antara skop kerja untuk projek konservasi di bangunan
ini ialah menanggalkan komponen tingkap di ruang koridor keseluruhannya untuk
mengembalikan semula tampak asal keadaan bangunan ini. Walau bagaimanapun
oleh kerana bangunan ini digunakan sebagai galeri sebuah muzium, keperluan
penghawa dingin bangunan ini perlu dipertimbangkan. Sebagai penyelesaian,
bahagian ini akan ditutup dengan kaca jernih untuk tujuan hawa dingin.

Selain itu, kompenan lain yang melibatkan skop kerja konservasi utama ialah
menggantikan papan lantai dengan jenis kayu dan ukuran papan yang sama seperti
asal bagi kedua-dua tingkat bangunan kerana sebahagian besar papan lantai telah
mengalami kerosakan.

ANTARA KERJA-KERJA KONSERVASI YANG DILAKSANAKAN

Pandangan Muzium Sultan Ukiran yang mempunyai ciri-ciri kediaman Kolonel
Abu Bakar dari jalan utama British masih jelas kelihatan

12

3.6 LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN

CADANGAN BANGUNAN

LANGKAH-LANGKAH MEMULIHARA / MEMELIHARA
BERSEJARAH MUZIUM ISTANA SULTA ABU BAKAR , PEKAN

Berikut adalah cadangan yang boleh diambil tindakan oleh pelbagai pihak :
PIHAK KERAJAAN

1. Pihak Kementerian Pendidikan boleh memasukkan ke dalam sukatan mata
pelajaran sejarah/buku teks sekolah.

2. Mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO untuk mewartakan sebagai
warisan dunia.

3. Kementerian Pelancongan boleh memasukkan bangunan muzium Istana Sultan
Abu Bakar ke dalam pakej pelancongan untuk lawatan para pelancong sama ada
dalam negeri mahupun antarabangsa.

4. Memperuntukkan dana untuk memulihara bangunan muzium Sultan Abu Bakar.

PIHAK SEKOLAH / IBUBAPA

1. Persatuan / Kelab Sekolah / Ibu Bapa (PIBG) boleh membuat lawatan pada
musim cuti sekolah untuk mengenali dengan lebih dekat .

2. Pihak sekolah boleh membuat pertandingan bagi memupuk semangat cinta
akan tanah air.

MEDIA MASSA ( MAJALAH / AKHBAR / TV )

1. Pihak media boleh membuat dokumentasi dan menwar-warkan didalam media
masa samada dalam majalah, surat khabar mahupun melalui televisyen untuk
memberi penerangan dan pengetahuan umum kepada masyarat amnya.

13

3.7 RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah

ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja ini , banyak
pengetahuan, pengajaran dan nilai sejarah yang telah saya pelajari.

Saya berasa sangat bangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai
pelbagai kaum serta mempunyai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi
ikon kepada negara Malaysia amnya .

Selain itu , kita dapat memupuk sifat bangga dan perassan cinta akan
warisan bangsa yang menjadi mercu tanda negara serta mendapat sanjungan
dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar
negara .

Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah
ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar
terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa depan juga dapat mengenali dan
mengetahui bangunan-bangunan bersejarah ini .

14

3.8 RUJUKAN
• https://www.facebook.com/pahang.gov/posts/dahulu-dikenali-istana-kota-
berammuzium-sultan-abu-bakar-yang-terletak-di-bandar/771490539957847/
• http://www.heritage.gov.my/index.php/istana-sultan-abu-bakar-muzium-
pekan-pahang
• https://kujie2.com/percutian/muzium-sultan-abu-bakar-selepas-4-tahun-
ditutup.html
• https://www.tempatmenarik.my/muzium-sultan-abu-bakar-pekan-tempat-
menarik- di-pahang/
• http://heritage-gold.blogspot.com/2011/04/sejarah-bangunan-muzium-sultan-
abu.html
• https://kujie2.com/percutian/muzium-sultan-abu-bakar-selepas-4-tahun-
ditutup.html
• https://penselpatahtunteja.blogspot.com/2018/02/muzium-sultan-abu-bakar-
pekan.html

15

16


Click to View FlipBook Version