~ SenaraiKandungan ~ BIL PERKARA MUKA SURAT 1 SENARAI KANDUNGAN 1 2 KATA ALUAN 2-5 3 ATUR CARA MAJLIS 6 4 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 7 5 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG 8 6 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 9 7 SENARAI KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 10 - 11 8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48 12 - 20 9 LAPORAN KEMAJUAN PIBG 2023/2024 21 - 22 10 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2023/2024 23 -24 11 USUL / CADANGAN 25 12 LAMPIRAN 26 - 31 13 PENGHARGAAN 32-33
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah dengan taufik dan iradah-Nya, pada hari ini dapat kita berkumpul bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG STem kali ke-49. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan penglibatan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ini. Semoga dengan kehadiran tuan puan semua, hubungan sesama kita dapat dieratkan, sebarang cadangan dapat disepakati, segala usul dapat dirungkai, dan seterusnya segala masalah dapat dileraikan secara musyawarah. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Atas dasar kesepakatan dan komitmen yang tinggi, maka dalam tempoh 49 tahun tertubuhnya PIBG di sekolah ini, segala kerjasama antara STem dengan PIBG telah berlangsung dalam keadaan yang baik. Terima kasih saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG kerana segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik terutamanya berkaitan keceriaan sekolah.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Walaupun keadaan cuaca semasa memberikan cabaran kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum, namun pihak sekolah masih menaruh harapan agar kejayaan murid-murid pada tahun ini dapat dicapai seperti tahun lepas iaitu ke peringkat daerah, negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan. Tuan-tuan dan puan-puan, Akhir kalam, jadikanlah MAT PIBG ini sebagai wadah percambahan idea, jambatan maklumat dan pengikat ukhuwah. Semoga kerjasama yang terjalin dapat memupuk hubungan yang saling melengkapi dalam usaha menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi realiti. Kepada barisan AJK PIBG 2023/24, sekalung penghargaan saya ucapkan atas sikap mesra dan budaya mudah dibawa berbincang yang telah ditunjukkan. Kepada barisan kepimpinan baharu AJK PIBG 2024/2025, pihak sekolah berharap agar gerakan baharu dapat disusun, digembleng, dipacu, disepakati menjadi senada seirama demi kemajuan anak-anak STem dalam memenuhi impian dan harapan kita agar STem menjadi sebuah sekolah yang kondusif, hebat dan berwatak. Sekian. Terima kasih. Wabillahhitaufikwalhidayah, Assalamualaikum w.b.t.
SEKAPUR SIRIH SEUNTAI KATA Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya kita Tahunan PIBG kali ke-49 bagi tahun 2024. dapat bersama-sama lagi untuk merealisasikan Mesyuarat Agung PIBG. Tahniah, syabas dan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/24 kerana dengan komitmennya berjaya melaksanakan tanggungjawab bersama iaitu mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -49 ini. Adanya kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan PIBG, kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan akan mampu melahirkan anak didik yang berdaya saing. Bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah dapat melahirkan insan yang mempunyai sahsiah murni untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba pelbagai ilmu, memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Semoga nanti lebih ramai ibu bapa tampil memberi sumbangan dari segi tenaga, sokongan serta idea yang realistik demi kemajuan anak-anak dan sekolah. Semoga Allah SWT memberkati kerjasama ini dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang di dunia juga di akhirat. Sekian , terima kasih.
ATUR CARA MAJLIS 8.00 pagi : Pendaftaran ibu bapa/penjaga dan guru. 8.30 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku : Persembahan murid 8.40 pagi : Ucapan aluan oleh pengerusi majlis : Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Sabri bin Md Harun : Tadabbur Al Quran oleh Adik Siti Nur Zahidah bt Mohd Zailani & Adik Maryam Husna bt Mohd Noor : Ucapan Yang Dipertua PIBG (En.Mohd Zainal Abidin bin Salleh) : Ucapan Guru Besar (Cg Suhaini binti Sheikh Abdullah) : Ucapan perasmian En Rohazal bin Abdullah Penolong PPD Pemulihan Khas Sektor Pembelajaran Pejabat pendidikan Daerah Dungun (Merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah) : Penyampaian sijil penghargaan : Persembahan murid : Cabutan bertuah 10.15 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 49 Cabutan bertuah 1.00 tgh : Majlis bersurai/Jamuan
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-
JAWATANKUASA PELAKSANA
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE1. Ucapan pengerusi 2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke- 48 3. Membincangkan perkara-perkara berbangkit dalam minit mesyuarat yang lalu 4. Membentang dan menerima laporan tahunan 2023/2024 5. Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023 6. Membentang dan menerima laporan berkaitan sumbangan Tabung PIBG dan Kecemerlangan 2024 7. Pembubaran AJK lama dan pelantikan AJK baharu sesi 2024/2025 8. Membahaskan usul-usul jika ada 9. Ucapan penangguhan
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KESENARAI NAMA KEHADIRAN PIBG 2023 BIL NAMA BIL NAMA 1 Ruhani binti Yusof 41 Norazira binti Mohd Isa 2 Nurul Diyana binti Mohd Zulkifli 42 Rozaidah binti Mamat @ Yusof 3 Fatin Nadiah binti Zulkafa 43 Mohd Ridhuwan bin Rosli 4 Azryna binti Ab Ghani 44 Azman bin Mamat 5 Hairosmazni binti Harun 45 Zuliati binti M. Nor 6 Ruzeha binti Ghazali 46 Nurul Atiyah binti Alias 7 Siti Zubaidah binti Razali 47 Azmira binti Azam 8 Rohanizan binti Mohd 48 Wan Fazlina 9 Norlaila binti Rozali 49 Wan Zaimah binti Wan Mohd Sudin 10 Norlita binti Mohammad 50 Noorhuda binti Mamat 11 Sarah Amirah 51 Amisah binti Masdah 12 Wan Mazrul Nizam bin Wan Mazlan 52 Mohd Hafiz bin Ab Rahman 13 Nor Ain binti Ismail 53 Zuraidah 14 Normasyitah binti Jauhari 54 Hazmizan binti Saudi 15 Mohamad Zainal Abidin bin Salleh 55 Nur Khaliza 16 Siti Sarah binti Abdullah 56 Norhaida binti Yusof 17 Mohd Azliza bin Mohd Rodin 57 Ahmad Faisal bin Muhamad 18 Nor Marina binti Sulong 58 Nor Zulaikha binti Mohd Puzi 19 Nor Hayati binti Yusof 59 Mohd Zulkeflie bin Muda 20 Norfardila binti Shafie 60 Norhasliza binti Abdullah 21 Nazira binti Mamat 61 Mohd Juriadi bin Jusoh 22 Norashikin binti Abdullah 62 Nura binti Mustafa 23 Rahimah binti Ismail 63 Maliani binti Ibrahim 24 Nur Aini binti Salleh 64 Noor Asikin binti Mat Nawi 25 Siti Zaharah binti Mohd 65 Rozaha bin Hamzah 26 Nurul Azlin binti Kamarudin 66 Norsalianti binti Abdullah 27 Rosmalina binti Rali 67 Hamidah binti Mohd 28 Suhaini binti Sheikh Abdullah 68 M. Hafizie bin M. Mdzoki 29 Abidah binti Yusof 69 Mohd Azrol 30 Norhayati binti Ismail 70 M. Zahrain bin Daud 31 Bismi Yasidah bt Alias 71 Noorain binti Noh @ Nayan 32 Maimunah binti Awang 72 Siti Rohayati 33 Normayuni binti Sudin 73 Zamri bin Zakaria 34 Norazira binti A. Rahman 74 Hassim bin Mohd Sapar 35 Jamilah binti Mamat 75 Norliana binti Muhamad 36 Nor Hasnida binti Yusof 76 Nur Suriyati 37 Suzilawati binti Sulong 77 Siti Nor Fadsuha 38 Nur Arfah binti Mirus 78 Wan Rosnani 39 Rosmaliza binti Rosli 79 Aziz Sukri 40 Siti Zarne binti Fakurol Rodzi 80 Nor Amalina binti Roseli
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE81 Rosliza binti Ismail 125 Azlina binti Alias 82 Suriana binti Ishak 126 Norlida binti Ramli 83 Norrohani binti Abdullah 127 Nur Azzuren binti Ruslan 84 Norhayati binti Abdullah 128 Azhar bin Ariffin 85 Mohd Fauzi bin Md Nor 129 Zamzarina binti Mohamad 86 Che Ku Mohd Asraff 130 Azlina binti Azis 87 Nor Farrah Niwarni binti Abd Majid 131 Razanah binti Nawawi 88 Norhidura binti Othman 132 M. Redzuan bin Abdullah 89 Nurul Farahana binti Mohd Hassan 133 Raja Mohd Nazrundin bin Raja Ahmad 90 Fatin Umiyah binti Hussin 134 Nurul Firdalina binti Awang 91 Nurul Aiza binti Kamarulzaman 135 Azmi bin Awang 92 Noor Azimah binti Tahri 136 Halihah binti Bahari 93 Normazizah binti Abd Majid 137 Nur Ardina binti Fauzi 94 Zuriati binti Othman 138 Noor Fairiah binti Abdullah 95 Noriza binti Mohd Zaila 139 Che Nurul Ain bin Che Alias 96 Nur Anith Syazana binti Tarmizi 140 Mohammad Firdaus bin Abdul Fatah 97 Siti Norfariizan binti Badarolzaman 141 Nur Suhaibah binti Mat Saman 98 Wan Norlaili 142 Nor Azlina binti Mohamad 99 Nor Azimah 143 Noorsharmimi binti Mat Nazir 100 Zalina binti Jusoh 144 Faizah binti Peris 101 Nor Jannah binti Jusoh 145 Hamidah binti Che Abdullah 102 Nik Mohd Izwan bin Nik Ismail 146 W. Nor Syafiqah 103 Nor Hazmi binti M. Hussin 147 Rafidah binti Ibrahim 104 Normaroha binti Salleh 148 M. Niwaddin bin Senik 105 Siti Haida binti Dagang 149 W MRushdan bin W APauzi 106 Hasnah binti Hassan 150 Norhazani binti Mohd Yusof 107 Mohd Sukran bin Ismail 151 Nurul Asmat binti Mohd Zali 108 Che Zairohazlin binti Zulkifli 152 Sharifah binti Abdullah 109 Muhamat Pazli bin Alias 153 Aziha binti Tawang 110 Zufaiza Mohamad 154 W Norfazzah Zakiah binti W M Idris 111 Norharyani binti Abdul Wahab 155 C W Nur Ainashahira bt C W Abdullah 112 Yati binti Nasir 156 Haslina binti Abdullah 113 Soffiah binti Ibrahim 157 Wan Nor Diana 114 Yuslina binti Ismail 158 Rosmawati binti Hamid 115 M. Redzuan bin Zainuddin 159 Emmy Fatmawati binti Hamdan 116 Norhaida binti Alias 160 Rita binti Selamat 117 Norfazdilah binti Ab Aziz 161 Nurul Fatma binti Mohd 118 Siti Zawiyah binti Ali 162 Azlida binti Ramli 119 Nor Zaila binti Othman 163 Rashdi bin Hamzah 120 Rohayah binti Winanto 164 Azlinawani binti Ramli 121 Haslianti Ya 165 Ropiyah binti Mat Hassan 122 Wan Mazlina binti Wan Muhd 166 Shabri bin A. Ghani 123 Mohd Azhar bin Mat Lazim 167 Wan Khatijah binti Wan Abdullah 124 Zaini binti Hitam
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEMINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TEMBAH TARIKH : 24 JUN 2023 MASA : 8.45 PAGI – 1.15 PETANG TEMPAT : DEWAN BAKTI SK TEBING TEMBAH KEHADIRAN : 169 ORANG SESI 1 1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Mengalu – alukan kehadiran semua ahli PIBG dan perasmi ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 48. 2 BACAAN DOA 2.1 Bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Ahmad Sabri bin Md. Harun 2.2 Bacaan ayat – ayat suci Al – Quran oleh adik Muhammad Anass bin Hasnur. 3 UCAPAN YDP PIBG (ENCIK MOHD KHALID BIN MOHD ARIFIN) 3.1 Ucapan terima kasih kepada guru besar, semua AJK PIBG, ibu bapa dan guru – guru yang bekerjasama menjayakan mesyuarat. 3.2 Beliau berharap pihak sekolah dapat lebih banyak sokongan daripada ibu bapa untuk bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti – aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk anak – anak. 3.3 Selain itu, harapan beliau ialah anak – anak akan lebih cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah. 3.4 Beliau turut mengharapkan PIBG boleh menjadi medium untuk ibu bapa memberi pandangan dan buah fikiran demi kemajuan anak – anak.Ibu bapa perlu turut memberi sokongan kepada pihak sekolah dari segi kos pelaksanaan program juga bagi menjayakan sesuatu acara atau aktiviti. 3.5 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang – penyumbang tabung PIBG dan penyumbang yang memberi sumbangan secara peribadi.Beliau menyenaraikan peyumbang – penyumbang tegar, antaranya ialah : 1. Natasha Yusuf Enterprise 2. Vital Equiti 3. Kedai Runcit Makmur 4. Encik Mohd Zainal 5. Masjid Nur HIdayah 6. Faiz Transport 7. Kantin sekolah
3.6 Pada tahun 2022, seramai 35% dari jumlah murid di Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah tidak menyumbang kepada tabung PIBG. Duit sumbangan ini sangat bermakna bagi tujuan melaksanakan program dan juga membantu murid – murid yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Disebabkan itu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG perlu mencari dana dari sumber yang lain bagi melaksanakan sebarang program. 3.7 Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG, ibu bapa, guru – guru dan penyumbang cabutan bertuah pada hari tersebut. 3.8 Beliau berharap beliau dapat mengundur diri dari jawatan YDP dan memberi peluang kepada ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah ini. Semoga dengan pelantikan YDP baru selepas ini dapat mengembangkan lagi idea. 3.9 Beliau memohon maaf bagi sepanjang tempoh beliau menjadi YDP. 4 UCAPAN GURU BESAR (CIKGU SUHAINI BINTI SHEIKH ABDULLAH) 4.1 Mengalu – alukan kedatangan Timbalan Pegawai PPD, Yang Di Pertua PIBG, guru – guru dan ibu bapa. 4.2 Ucapan syukur dapat berkumpul dalam mesyuarat pada kali ini walaupun diadakan pada hari minggu. Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa dan Timbalan Pegawai PPD kerana dapat meluangkan masa untuk hadir. Selain itu, ucapan penghargaan kepada AJK pelaksana mesyuarat dan khususnya kepada Cikgu Azmi selaku setiausaha PIBG kerana telah berusaha menjayakan mesyuarat agung pada hari ini. 4.3 Mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada YDP PIBG yang telah banyak memberi sumbangan dan juga kepada ibu bapa yang telah memberi maklum balas. 4.4 Beliau menjelaskan, PIBG memainkan peranan yang penting di sekolah kerana dengan sokongan dan bantuan ibu bapa yang menguatkan lagi tenaga kerja pelaksana dalam melaksanakan sebarang program di sekolah. 4.5 Beliau memohon sekiranya ibu bapa yang sebelum ini tidak dapat terlibat secara langsung dalam sebarang program di sekolah, diharap dapat ikut serta dalam program – program yang akan datang. 4.6 Pada tahun lepas terdapat beberapa insiden berkaitan pokok tumbang di sekolah termasuk pokok yang tumbang masuk ke dalam pagar sekolah. Dengan adanya bantuan dan kerjasama dari pihak PIBG, urusan mengalihkan pokok yang tumbang tersebut dapat diselesaikan dengan segera. 4.7 Beliau memaklumkan masih terdapat 27 orang murid tahun 3 hingga 5 yang masih tidak tahu membaca. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh PKP di mana murid tidak dapat hadir ke sekolah dan terdapat kekangan untuk menyertai kelas atas talian bersama guru. Sehubungan itu, satu program intervensi telah dijalankan bagi membantu murid – murid berkenaan. Program tersebut diberi nama Program Bacalah Sayang. 4.8 Hasil dari program tersebut, seramai 9 orang murid telah berjaya keluar dari kelompok yang masih tidak tahu membaca ini. Terdapat 5 orang dari baki murid berkenaan telah membuat saringan bersama doktor dan didapati perlu mengikuti kelas di aliran PPKI. Pada tahun 2023 pula, terdapat tambahan seramai 13 orang murid tahun 2 yang masih tidak tahu membaca. Program ini akan diteruskan kerana terbukti berkesan kepada murid sekolah ini. Beliau meminta kerjasama daripada ibu bapa untuk turut membantu anak – anak membaca di rumah. .
4.9 Selain dari program intervensi membaca, pihak sekolah juga telah mengambil inisiatif untuk membantu murid yang masih tidak boleh membaca Al – Quran dan juga Iqra’.Guru besar menyeru agar murid tahun 6 terutamanya yang masih belum melepasi Iqra’ 3 untuk meluangkan masa untuk membacanya di rumah memandangkan tahun 6 sudah tidak terlibat dengan kelas KAFA dan tiada kelas tambahan. 4.10 Berkenanaan KAFA, ibu bapa diminta untuk mengambil berat tentang kehadiran anak – anak. KAFA bermula pada pukul 1.15 petang. Murid akan diberi masa rehat untuk makan dan solat pada pukul 1.45 petang. 4.11 Beliau turut meluahkan kekecewaannya terhadap segelintir ibu bapa yang meminta untuk bawa balik anak terlebih dahulu sebelum KAFA bermula tetapi akhirnya anak tersebut tidak dihantar kembali ke sekolah untuk sesi KAFA. Justeru, pihak sekolah memutuskan untuk menyambung terus sesi KAFA selepas selesai kelas akademik sesi pagi. 4.12 Penglibatan murid dalam sesi KAFA sangat membantu murid dalam subjek Pendidikan Islam. Murid dapat belajar Al – Quran, ibadah, akidah dan banyak lagi berkaitan dengan agama Islam. 4.13 Solat Zohor berjemaah tetap diteruskan pada hari yang tiada sesi KAFA. Dari situ murid dapat belajar cara solat yang betul, bacaan – bacaan dalam solat, wirid dan juga doa. Di samping itu, murid dapat terlibat secara langsung dalam solat jemaah yang membolehkan murid lebih sedar tentang perkara – perkara yang perlu dibetulkan dalam solat. 4.14 Bagi kehadiran ke sekolah untuk sesi akademik waktu pagi, ibu bapa dinasihatkan untuk menghantar anak lebih awal ke sekolah kerana bacaan surah – surah lazim bermula dari jam 7.15 pagi. 4.15 Beliau memberi penjelasan tentang kelulusan guru – guru KAFA. 8 orang guru KAFA berkelulusan ijazah dari universiti dalam dan luar negara. Rugilah sekiranya ibu bapa membiarkan anak – tidak mengambil peluang untuk menuntu ilmu dari ustaz dan ustazah ini. Terdapat juga situasi murid hadir pada waktu sesi akademik pagi tetapi tidak hadir ke sesi KAFA dengan alasan ibu bapa yang tidak benarkan. 4.16 Berkenaan PBD pula, pentaksiran pertengahan tahun akan dilaksanakan pada bulan Julai bagi murid tahap 2. Tahap 1 pula hanya akan menjalani ujian sumatif sahaja. Pentaksiran dan ujian sumatif ini hanya berjalan mengikut jadual waktu kelas masing – masing. Tiada jadual spesifik dalam pelaksanaan pentaksiran ini. Pentaksiran akan berlangsung dalam masa dua minggu. Justeru, beliau memohon jasa baik ibu bapa untuk memastikan anak – anak sentiasa hadir ke sekolah. 4.17 Beliau berkongsi dengan ibu bapa tentang hasil pentaksiran Bahasa Melayu bagi murid tahun 1 dan 2. Seramai 8 orang murid tahun 1 dan 9 orang murid tahun 2 masih berada di TP2. 4.18 Temu murni dijadualkan pada bulan Julai selepas selesai PBD dan ujian sumatif. 4.19 Beliau mewakili semua guru memohon maaf kepada semua ibu bapa sekiranya terdapat sebarang kata – kata atau perkara yang mengguris hati dan perasaan. Pihak sekolah akan sentiasa cuba membuat yang terbaik untuk kecemerlangan anak – anak dari segi akademik dan disiplin.
5 UCAPAN PERASMIAN (ENCIK ROHAZAL BIN ABDULLAH – TIMBALAN PEGAWAI PPD) 5.1 Beliau menyampaikan salam dari Pegawai PPD Dungun yang tidak dapat hadir pada kerana ada urusan kerja yang lain. 5.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput beliau sebagai perasmi dan ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa yang hadir memenuhi dewan terbuka sekolah. 5.3 Beliau mengingatkan agar semua ahli dewan dapat bermesyuarat dengan bersemangat dan tidak menimbulkan sebarang isu atau kekecohan. Pemilihan perlu dibuat dengan bijak. Pilihlah wakil yang boleh membantu dalam peningkatan prestasi sekolah. 5.4 Namun begitu, tanggungjawab untuk mendidik anak adalah sepenuhnya di tangan ibu bapa kerana guru – guru boleh memantau anak – anak pada waktu persekolahan sahaja. Selebihnya anak – anak banyak menghabiskan masa di rumah bersama ibu bapa. 5.5 Beliau menjelaskan kepada ibu bapa tentang situasi murid berkeperluan khas (MBK). Untuk mengenal pasti MBK ini mengambil masa yang lama kerana perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan. Pada mulanya, guru membuat saringan bagi mengenal pasti murid yang tidak tahu membaca. Selepas itu, murid yang tidak tahu membaca ini akan disaring pula oleh pegawai – pegawai khas yang telah dilantik. Dari situlah MBK ini dikenal pasti dan dihantar kepada pihak doktor untuk saringan yang seterusnya. 5.6 Beliau memujuk ibu bapa agar tidak malu sekiranya anak berada di aliran PPKI dan memegang kad OKU. Ibu bapa sepatutnya lebih banyak membantu anak – anak ini. Statistik menyatakan seramai 14 ribu orang tidak menduduki SPM. Tiada SPM bermakna peluang untuk mendapat pekerjaan yang baik lebih tipis. Dengan adanya kad OKU dari awal dapat membantu murid ditempatkan di tempatnya yang sebenar dan di aliran yang betul. 5.7 Alangkah elok sekiranya ada ibu bapa yang berkemahiran datang ke sekolah untuk membantu guru pemulihan. Murid pemulihan selalunya memang banyak bergantung kepada masa belajar di sekolah sahaja kerana ibu bapa tiada masa untuk mengajar di rumah. Sekiranya ada ibu bapa yang ingin membantu, pihak sekolah akan memberi ruang dan waktu yang sesuai untuk melaksanakannya. 5.8 Berkenaan pokok tumbang, pihak PPD juga akan sentiasa peka dengan permohonan bantuan dari pihak sekolah. 5.9 Beliau mengucapkan takziah atas pemergian Almarhumah Ustazah Zahidah Hanisah binti Mohamad serta suami dan seorang anak perempuan akibat kemalangan jalan raya. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. 5.10 Beliau berpesan kepada AJK baru yang bakal dilantik supaya dapat belajar dari AJK yang lama tentang selok belok pelaksanaan sesuatu perkara. 5.11 Beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 48 dengan lafaz Bismillah pada jam 10.31 pagi.
SESI 2 1. UCAPAN NAIB PENGERUSI PIBG SESI 2022/2023 1.1 Encik Shabri bin Abdul Gahni selaku NYDP PIBG sesi 2022 mewakili Encik Mohd Khalid iaitu YDP PIBG sesi 2022 mengendalikan pembentangan mesyuarat PIBG bagi sesi yang lepas. Encik Mohd Khalid tidak dapat bersama kerana terdapat urusan lain yang tidak dapat dielakkan. 1.2 Encik Shabri mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. 2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE – 48 2.1 Minit mesyuarat telah dibentangkan oleh Naib Yang Di Pertua PIBG iaitu Encik Shabri bin Abdul Ghani. 2.2 Minit tersebut telah disahkan oleh Puan Rita binti Selamat dan disokong oleh Puan Norfadhilah binti Shafie. 3 MEMBAHASKAN PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada 4 PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PIBG TAHUN 2022/2023 4.1 Laporan tahunan telah dibentangkan oleh Setiausaha PIBG ,Cikgu Azmi bin Awang. Laporan itu telah diterima dan disahkan. 4.2 Pencadang : Nurul Atiyah binti Alias 4.3 Penyokong : Wan Nordiana binti Wan Ismail 5 PEMBENTANGAN DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR JUN 2023 5.1 Laporan kewangan telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG Cikgu Hassim bin Mohd Sapar. Baki kewangan setakat Jun 2023 ialah sebanyak RM 5817.91. 5.2 Laporan tersebut telah disahkan oleh Puan Fatmawati binti Hamdan dan disokong oleh Encik Syukran bin Ismail. 6 SUMBANGAN TABUNG PIBG DAN KECEMERLANGAN SEKOLAH 2022 6.1 Encik Wan Mohd Rushan bin Wan Ahmad Pauzi mencadangkan agar sumbangan PIBG dikekalkan iaitu RM20 sekeluarga dan sumbangan kecemerlangan RM30 setiap murid. 6.2 Cadangan tersebut telah disokong oleh Puan Norfadhilah binti Shafie. 6.3 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju sumbangan PIBG RM20 sekeluarga dan sumbangan kecemerlangan RM30 setiap murid. 7 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022 7.1 Secara rasminya Encik Shabri bin Abdul Ghani selaku Naib YDP PIBG sesi 2022 mengumumkan pembubaran AJK PIBG 2022. 8 LANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 8.1 Pihak sekolah telah bersetuju melantik Cikgu Mohd Ridhuwan bin Rosli sebagai pengerusi sementara.
9 PEMILIHAN YANG DIPERTUA PIBG 9.1 Calon : Encik Mohd Zainal Abidin bin Salleh Pencadang : Encik Shabri bin Abdul Ghani Undian : Majoriti 10 PEMILIHAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG 10.1 Calon : Puan Bismi Yasidah binti Alias Pencadang : Puan Siti Zahidah Undian : 52 11 PELANTIKAN AJK IBU BAPA 11.1 Calon AJK : Encik Shabri bin Abdul Ghani Pencadang : Encik Nik Mohd Izwan bin Nik Ismail 11.2 Calon AJK : Encik Hafizi bin Marzuki Pencadang : Encik Mohd Hafiz bin Abdul Rahman 11.3 Calon AJK : Puan Norhayati binti Ismail Pencadang : Cikgu Jamilah binti Mamat 11.4 Calon AJK : Encik Mohd Hafiz bin Abdul Rahman Pencadang : Cikgu Hassim bin Sapar 11.5 Calon AJK : Encik Wan Mohd Rushdan bin Wan Ahmad Pauzi Pencadang : Encik Shabri bin Abdul Ghani 11.6 Calon AJK : Nik Mohd Izwan bin Nik Ismail Pencadang : Cikgu Jamilah binti Mamat 11.7 Calon Pemeriksa Kira-kira : Puan Norhazani binti Mat Yusuf Pencadang : Encik Shabri bin Abdul Ghani 11.8 Cadangan ditutup oleh Puan Rohayati. 11.9 Keputusan :Semua cadangan disokong sebulat suara. 12 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN 12.1 Membenarkan ibubapa menunggu anak di pondok menunggu kerana musim panas. Jawapan :Cadangan ditolak kerana murid juga akan berada di situ sementara menunggu ibu bapa mereka yang belum sampai. 12.2 Memasang CCTV di sekolah. Jawapan : Akan dibincangkan dengan YDP PIBG kerana melibatkan kos yang agak besar iaitu pemasangan dan penyelenggaraan.
12.3 Pihak sekolah beri perhatian kepada pelajar pergi dan balik sekolah. Jawapan :Keselamatan murid di luar pagar sekolah adalah tanggungjawab ibu bapa, bukan lagi pihak sekolah termasuk pengawal keselamatan. Ibu bapa perlu menasihatkan anak – anak yang datang kesekolah dengan menaiki basikal atau berjalan kaki supaya berhati – hati ketika melintas jalan. Bagi ibu bapa yang menghantar anak, sila hantar sehingga kepintu pagar bukan hanya hantar di seberang jalan dan biarkan anak melintas sendiri. 12.4 Sediakan lokar bagi mengatasi beg berat. Jawapan :Sekolah tiada peruntukan untuk menyediakan lokar. Boleh disediakan sekiranya semua ibu bapa bersetuju untuk mengeluarkan modal untuk setiap orang anak masing – masing.Hasil bancian, 27/169 sahaja ibu bapa yang setuju. 12.5 Guru menyediakan senarai buku tulis bagi mengelakkan lambakan buku tulis. Jawapan :Pihak kedai buku sekolah akan membuat penambahbaikan dalam penjualan buku tulis. 12.6 Guru membuat hantaran dalam kumpulan diaplikasi Whatsapp bagi kerja rumah yang murid tidak sempat selesaikan di sekolah. Jawapan :Telah ada guru yang buat dan akan disebar luaskan lagi kepada semua guru. 12.7 PIBG berbincang dengan pihak kuari supaya dapat menyediakan papan tanda amaran lalu lintas kerana lori lalu di hadapan sekolah pada waktu puncak. Jawapan : Akan dipanjangkan semula kepada pihak kuari kerana perkara ini pernah dibincangkan dengan pihak kuari. 12.8 Kempen mengenai bahaya vape dan spot check secara berkala. Jawapan :Telah diadakan tetapi murid tetap mengulangi kesalahan yang sama. Namun begitu pihak sekolah akan sentiasa sedaya upaya mengekang gejala yang tidak berfaedah ini dari terus merebak dalam kalangan murid. 12.9 Isu bekal murid pada waktu KAFA. Pihak kantin tidak perlu tanya dari mana beli kepada murid kerana dikira sebagai mental torture. Anak – anak tidak tahu ibu bapa beli dari mana. Jawapan :Pihak sekolah akan mendapatkan penjelasan semula dari pihak kantin berkenaan isu ini.
12.10 Tandas tidak bersih. Jawapan :Pihak sekolah mengakui tandas tidak bersih dan ada juga yang tersumbat akibat dari cara penggunaan yang tidak betul oleh murid. Perkara ini telah diusulkan kepada pihak berwajib untuk diselesaikan tetapi masih tiada maklum balas. Guru besar memaklumkan bahawa pekerja kebersihan membersihkan semua tandas di sekolah sebanyak dua kali sehari. 12.11 Jadual kelas yang tidak praktikal; contohnya dua waktu sebelum rehat dan satu waktu lagi sebelum balik. Jawapan :Pelaksanaan jadual tersebut adalah mengikut saranan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam langkah mengatasi isu beg berat. 12.12 Waktu kelas Pendidikan Jasmani yang tidak praktikal, padang penuh dengan murid pada satu hari yang sama. Jawapan :Pihak sekolah telah menyusun jadual untuk kelas Pendidikan Jasmani dengan teliti. Jika ibu bapa melihat keadaan padang yang penuh dengan murid, pada hakikatnya murid yang berada di padang sentiasa bertukar – tukar. Murid tahun 1 hingga tahun 6 tidak berada di padang sekaligus pada waktu yang sama. 12.13 Menyelaraskan waktu balik KAFA pada satu waktu sahaja bagi memudahkan ibu bapa mengambil anak tahap 1 dan 2 pada satu masa sahaja. Jawapan : Guru besar akan membuat bancian melalui guru KAFA. 12.14 Kedudukan kelas tahun 1 dipindahkan ke bawah. Jawapan :Tidak dapat dilaksanakan kerana ada kekangan kelas. Terdapat kelas yang tidak boleh diubahsuai kegunaannya seperti bilik RBT. 12.15 Aktiviti sukan 1M1S disambung terus pada hari Selasa pada pukul 4 hingga 5 petang. Jawapan :Tidak dibenarkan oleh JPN 12.16 Guru – guru diharap lebih mesra. Jawapan :Tidak ada guru di Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah tidak mesra, mungkin telah secara semulajadinya muka kelihatan tidak mesra. Dalam kumpulan di aplikasi Whatsapp pula, guru besar memang tidak akan membalas sebarang persoalan melainkan guru kelas atau guru yang terlibat sahaja. Guru besar memohon maaf atas sebarang kekurangan dari pihak sekolah.
13 Hal-hal lain 13.1 Tiada 14 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG SESI 2023 14.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memohon kerjasama daripada semua ibu bapa untuk memberi sebarang idea untuk kebaikan anak- anak di Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah. 14.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.15 petang. Dicatat oleh : Cikgu Aziha binti Tawang Cikgu Fatin Nadiah binti Zulkafa Cikgu Azryna binti Abdul Ghani Cikgu Rozaidah binti Mamat Kalau meniup serulingbambu, Siapayang ikut akan terbuai, Kalauhidup saling membantu, Mana yang kusut akan selesai. Kalau sudah menebuk gading, Tebuk menjadi ukiran pekat, Kalau sudah duduk berunding, Elok dicarikata muafakat
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SK TEBING TEMBAH 1. PENDAHULUAN Persatuan Ibu Bapa dan Guru –Guru SK Tebing Tembah ditubuhkan bertujuan : a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan muridmurid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah; b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka. c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan; d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak pada amnya; dan e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. 2 SENARAI AHLI JAWATANKUASA Penasihat : Pn. Suhaini bt Sheikh Abdullah ( Guru Besar ) Yang Di Pertua : En. Mohd Zainal Abidin b Salleh Naib Yang Di Pertua : Pn. Bismi Yasidah bt Alias Setiausaha : Cg. Azmi Bin Awang Naib Setiausaha : Cg. Azryna bt Abd. Ghani Bendahari : YM Tg Khairunizan b YM Tg Shariff Ahli-ahli: 1. En. Shabri b Abd Ghani 2. En. Hafizie b Mohd Mazuki 3. En. Mohd Hafiz b Abd Rahman 4. En. Nik Mohd Izwan b Nik Ismail 5. Pn. Norhayati bt Ismail 6. En. W M Rushdan b W A Pauzi 7. Cg. Jamilah bt Mamat 8. Cg. Normasyitah bt Jauhari 9. Cg. Rohanizan bt Mohamad 10.Cg. Mohd Syafiq b A Ghani Pemeriksa Kira-kira 11. Pn. Norhazani bt Yusof 12. Pn. Norlaila bt Rozali
BIL TARIKH TEMPAT AKTIVITI PENGLIBATAN 1 17 . 08 . 2023 Perkarangan sekolah Program Masak Bubur Lambuk Ibu bapa/Guru/PIBG 2 20 . 08 . 2023 Kawasan sekolah Program gotong-royong Ibu bapa/Guru/PIBG 3 24 . 03. 2024 Dewan Bakti Program Back To School Guru/PIBG/Ibu bapa 4 25 . 03. 2024 Longkang besar dan longkang bangunan Gotong-royong Madani Guru/PIBG/Murid 5 04. 04. 2024 Dewan Bakti Majlis Berbuka Puasa Guru/PIBG/Murid 6 18. 04. 2024 Dewan Bakti Jamuan Raya Guru/PIBG/Murid 7 22. 04. 2024 Sekitar Kg Tebing Tembah Kejohanan merentas desa Guru/PIBG/Murid 8 18. 05. 2024 Kawasan sekolah ( Taman Herba ) Gotong-royong Madani Guru/PIBG/Ibu bapa LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SK TEBING TEMBAH
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN
USUL/CADANGAN SESI 1. Pemakaian uniform sekolah ditukar kepada baju sukan kerana cuaca panas dan kelonggaran untuk tidak memakai tali leher pada setiap hari. Cadangan : Maimunah bt Awang 2 Pemakaian T-shirt kokurikulum bersama seluar trek pada hari kokurikulum ( Selasa) dan kurangkan aktiviti padang pada musim panas. Cadangan : Nurul Atiyah bt Alias dan Hazliza bt Zulkifli 3 Pelbagai menu makanan di kantin murid-murid tiada pilihan terutama makanan berat. Cadangan : Ahmad Faisal bin Muhamad dan Muhamat Pazli bin Alias 4 Menaik taraf kebersihan tandas-tandas murid dan segera membaiki kerosakannya. Cadangan : Siti Nur Aisyah bt Ramlee dan Mazuki bin Mamat 5 Pemasangan khemah diruang menunggu terutama musim panas. Cadangan : Nur Hafizah Tul Huda bt Ahmad 6 Sekolah memerlukan sebuah dewan yang lebih baik untuk aktiviti sukan, kokurikulum dan pelbagai guna. Cadangan : Nurul Firdalina bt Awang 7 Membina susur gajah untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan ketika hujan dan memperbanyakkan kemudahan awam seperti tong sampah serta pengurusan waktu balik diperkemaskan supaya ibubapa tidak bertanya sentiasa. Cadangan : Siti Nur Aisyah bt Ramlee
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI JAWATAN NAMA AHLI PENASIHAT CG SUHAINI BINTI SHEIKH ABDULLAH (GURU BESAR SK TEBING TEMBAH) YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA WAKIL IBU BAPA: 1. 2. 3. 4. 5. 6. WAKIL GURU: 1. 2. 3. 4. 5. 6. PEMERIKSA KIRA-KIRA WAKIL IBU BAPA: WAKIL GURU:
SELAYANG PANDANG AKTIVITI TAHUNAN PIBG Gotong - royong Merentas desa
SELAYANG PANDANG AKTIVITI TAHUNAN PIBG Majlis Berbuka Puasa Hari Guru 24 Apreasasi KO 23 Hari Guru 24
SELAYANG PANDANG AKTIVITI TAHUNAN PIBG Gotong – royong HAC 23/24 Duta Sahsiah 23 Hari Raya 24
SELAYANG PANDANG AKTIVITI TAHUNAN PIBG Gotong – royong Hari pertama persekolahan 24/25 Sukan Tahunan Sekolah 23/24
Mari memasak bubur lambuk Terima kasih semua! SELAYANG PANDANG AKTIVITI TAHUNAN PIBG
SENARAI PENYUMBANG VITAL EQUITY SDN. BHD WAHABA GROUP SDN. BHD CO-OP BANK PERTAMA DUNGUN BANK KERJASAMA RAKYAT DUNGUN NATASYA YUSOFF ENTERPRISE KEDAI RUNCIT MAKMUR MASJID NURUL HIDAYAH DIN BROTHERS ENTERPRISE KANTIN SEKOLAH RIZKY JAYA ENTERPRISE -SYARIKAT KEBERSIHAN PRIMA PLATINUM SDN. BHD -SYARIKAT KESELAMATAN TERIMA KASIH DAUN KELADI
kepada : • Semua guru, ibu bapa / penjaga yang sudi hadir untuk menjayakan majlis ini. • Semua dermawan yang sudi menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit bagi merealisasikan semua program PIBG sesi 2024/2025. • Semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49. • Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis yang penuh dengan usaha permuafakatan ini. PIBG SK Tebing Tembah mengucapkan jutaan Semogausaha murni ini dapatditeruskan lagi pada masa hadapan. Buah selasih buah kelubi, Di dalam dulanghidangan pagi, Terimakasih daun keladi, Apabiladiundang datanglahlagi. STem – SatukanKekuatan Tentukan Tindakan