AHAD, 5 MEI2024 DIRASMIKAN OLEH: YB DrZaliha binti Mustafa Menteri DiJabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Ahli Parlimen Sekijang MESYUARAT AGUNG SK P Seg I am B at G Baru KALI KE-28/2024
Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Segamat Baru Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Segamat Baru 1 Assalamualaikum w.b.t Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat kita bersama-sama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 pada tahun ini. Sokongan sebegini amat diharapkan agar segala program PIBG boleh dijayakan dalam membantu pihak sekolah untuk meraih kejayaan dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru sekolah ini yang berkorban dari segi masa dan tenaga bagi memastikan anak-anak kita terus berjaya. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG Sesi 2023/2024 SK Segamat Baru, Segamat kerana memberi kerjasama sepanjang saya menerajui PIBG sekolah ini. Saya berharap kerjasama seumpama ini berterusan dan berharap semua pihak terus dapat menyumbangkan tenaga, idea serta dana bagi membantu sekolah ini. Ibu bapa mendidik serta mengasuh anak-anak di rumah agar penyediaan diri yang baik dapat diterapkan dalam diri mereka. Di sekolah, para guru pula akan terus mendidik dan meningkatkan keperibadian anak-anak. Ibu bapa dan guru perlu saling membantu demi kemenjadian anak - anak. Saya percaya bahawa disiplin diri amat penting begitu juga nilai - nilai keagamaan. Kecemerlangan PIBG bukanlah terletak kepada AJK sahaja tetapi ia berdasarkan sumbangan dan komitmen daripada semua ahli-ahlinya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memainkan peranan sebagai penggerak dalam memacu persatuan ini agar menjadi lebih cemerlang di masa hadapan. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan bekerjasama sepanjang saya menjadi Yang Dipertua PIBG selama ini. Sekian, Terima Kasih. (ABD RASHID BIN ABD KADIR) YDP PIBG SK Segamat Baru
2 Syukur Alhamdulillah atas keizinan Allah dapat kita bersemuka untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Segamat Baru kali ke-28 Tahun 2024. Saya amat teruja kerana kita dapat terus memantapkan ikatan silaturahim seterusnya mencapai kemuafakatan untuk kepentingan anak masing-masing. Ibu bapa dan guru telah berusaha meningkatkan kecemerlangan anak - anak SK Segamat Baru. Dalam masa yang sama, nilai-nilai baik terus diterapkan dalam kalangan anak-anak . Sekolah kita akan terus menempa kejayaan bukan sahaja di Segamat malah di peringkat negeri mahupun peringkat kebangsaan melalui kerjasama yang mantap dalam kalangan ibu bapa dan guru. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga kita dapat mencapai kata sepakat dalam suasana yang harmoni. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2023/2024 yang telah menunjukkan komitmen sepanjang memegang jawatan ini. Harapan saya semoga ibu bapa terus memberikan sokongan dan kerjasama terhadap semua aktiviti sekolah. Barisan pentadbir dan guru sekolah akan terus berusaha meningkatkan pencapaian dan sahsiah murid. Sekian, Terima Kasih. (FAIRUSASIKIN BIN FATHOLMUNER) Guru Besar SK Segamat Baru Ucapan Penasihat PIBG SK Segamat Baru Ucapan Penasihat PIBG SK Segamat Baru Assalamualaikum w.b.t Izinkan saya berpantun terlebih dahulu sebelum memulakan coretan. indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.
Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Segamat Baru Kali ke-28 Sesi 2024 Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Segamat Baru Kali ke-28 Sesi 2024 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMAT BARU, JALAN SERIKAYA 12, SEGAMAT BARU, 85000 SEGAMAT, JOHOR. JBA7047 TEL : 07-9436177 FAKS: 07-9436177 E-MEL: [email protected] ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Ruj. Kami: SKSBGTB./100/13/1/4 ( ) Tarikh : 23 APRIL 2024 Kepada: AJK PIBG, IBU BAPA/ PENJAGA MURID/ GURU-GURU, SK SEGAMAT BARU Tuan/Puan, NOTIS MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMAT BARU KALI KE-28 SESI 2024 Merujuk kepada perkara di atas, Sekolah Kebangsaan Segamat Baru akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG seperti butiran di bawah: Tarikh : 05 ME1 2024 Hari : AHAD Masa : 2.00 PETANG Tempat : DEWAN DARUSSALAM SK SEGAMAT BARU 2. Oleh yang demikian, tuan/puan dipelawa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 nanti. Tuan/puan boleh menghantar usul menggunakan pautan google meet yang diberikan. Tuan/Puan yang telah menghantar usul hendaklah hadir dalam mesyuarat tersebut. DIingatkan bahawa usul tergempar tidak akan diterima pada mesyuarat itu nanti. 3. Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-28 ini. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MALAYSIA MADANI” Saya Yang Menjalankan Amanah, ……………………………………………….. (ZULKARNAIN BIN JALAL) Setiausaha, Persatuan Ibu bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Segamat Baru, Segamat, Johor. s.k Fail PIBG 3
Aturcara Majlis Pendaftaran Ibu Bapa Nyanyian lagu Negeri Johor dan Negaraku Bacaan doa Persembahan 1 Ucapan alu-aluan YDP PIBG, En. Abd Rashid bin Abd Kadir Ucapan Guru Besar, Cikgu Fairusasikin bin Fatholmuner Ucapan Perasmian Penutupan oleh YB Dr Zaliha binti Mustafa Persembahan 2 Penyampaian sijil dan cenderamata Sesi fotografi Jamuan VIP Mesyuarat Agung Tahunan Cabutan bertuah Majlis bersurai 2.00 petang Tarikh : 5 MEI 2024 Masa : 2.00 PETANG Tempat : DEWAN DARUSSALAM SK SEGAMAT BARU, SEGAMAT. Perasmi : YB DR ZALIHA BINTI MUSTAFA 4
Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28/2024 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28/2024 1. Ucapan Aluan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG) 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG yang lalu. 3. Perkara Berbangkit 4. Membentang, menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2023 5. Membentang dan Membahaskan Usul 6. Hal-hal lain 7. Pembubaran JK PIBG 2022/2023 dan pelantikan JK PIBG 2024/2025 8. Ucapan Penangguhan 5
Minit Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali ke-27/2023 Minit Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali ke-27/2023 TARIKH : 23 JUN 2023 MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SK SEGAMAT BARU PERASMI : YB CIK NORLIZAH BINTI NOH (PENUTUPAN) (PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR KEHADIRAN : IBUBAPA/PENJAGA - 114 ORANG GURU &STAF - 51 ORANG JUMLAH - 165 ORANG AGENDA MESYUARAT AGENDA 1 :Ucapan Aluan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG) AGENDA 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG yang lalu. 2.1.YDP PIBG, Encik Abd Rashid Bin Abd Kadir membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-26 / 2022 untuk diterima dan disahkan Dicadangkan oleh : Encik Kamaruddin Bin Muhammad Disokong oleh : Encik Azman Bin Razali AGENDA 3 : Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Tahunan PIBG 2022 3.1.YDP PIBG, Encik Abd Rashid Bin Abd Kadir membentangkan Penyata Tahunan PIBG 2022/2023 - Ahli mesyuarat menerima dan meluluskan Penyata Tahunan PIBG dengan sebulat suara. AGENDA 4 : Membentang dan Mengesahkan Laporan Penyata Kewangan PIBG 2022 4.1.Bendahari PIBG, Cikgu Rafidah Binti Ali membentangkan Penyata Tahunan PIBG berakhir 31 Disember 2022. AGENDA 5 : Membentang Perancangan Program dan Aktiviti PIBG Tahun 2022/2023 5.1.YDP PIBG, Encik Abd Rashid Bin Abd Kadir membentangkan Perancangan Program dan Aktiviti PIBG Tahun 2022/2023. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mesyuarat AJK PIBG yang telah dijalankan sebanyak 3 kali. Selain itu, pihak PIBG telah memberi sumbangan untuk program sekolah seperti jamuan akhir tahun 6, kejohanan sukan tahunan, sambutan maulidur rasul, sambutan hari guru. PIBG juga telah memberi sumbangan kepada murid - murid yang bertanding mewakili sekolah sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. PIBG sentiasa peka dengan keperluan sekolah demi kepentingan murid - murid. 6
BIL NAMA PENCADANG / NO. KP USUL YANG DICADANGKAN TINDAKAN 1 KUMUTHA A/P SHAMMUGAM Mengadakan karnival jual beli untuk menyemai minat dalam bidang perniagaan Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 2 AZURA BINTI MOHD YUSOP Mohon pakaian sukan di tempah awal sebelum sekolah bermula bagi mengelakkan pakaian sukan lambat di terima. Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 3 FARIDAH RIZAIMAH AMIRA BINTI SUKAIMAN Mohon waktu sekolah kembali seperti biasa macam dulu pada hari Ahad iaitu pulang pada jam 12.30 tengahari. Jika pukul 1.00 tengahari, budak terkejar-kejar untuk bersiap pergi sekolah agama. Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 4 MOHD FAIS BIN MUSTAFFA 1) Mencadangkan pihak sekolah memantau bahagian makanan di kantin. Anak - anak selalu mengadu makanan terlalu sikit dan mahal. 2) Mencadangkan murid - murid yang mendapat Rancangan Makanan Tambahan di sekolah dibenarkan keluar mengambil makanan dahulu sebelum pelajar lain. Ini kerana ada pelajar RMT yang keluar sekali dengan murd lain tidak mendapat makanan. Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir 5 ARIFF AMIRUL BIN SEMAIL Maklumkan menu dan harga terkini jualan makanan di kantin sekolah. Gambar menu serta harga makanan yang diambil pada permulaan sesi persekolahan tahun ini tidak sama seperti apa yang diberitahu dibeli oleh anak sekarang. Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir 6 FAZLIN NURULALBAQIAH BINTI NORDIN Berharap agar pihak sekolah dapat selaraskan semula jadual pulang pelajar pada setiap hari. Ini bagi memudahkan ibu bapa dapat mengambil anak mereka dengan lebih teratur. Contohnya tahap 1 pulang setiap hari pada pukul 12.30 tengahari. Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir 7 ERNI SUHANA BINTI PONIJAN Harap dapat mengekalkan pemakaian baju tshirt dan seluar track suit ketika sesi persekolahan. Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir 7 AGENDA 6 : Pembentangan usul-usul 6.1. Usul-Usul PIBG Yang Diterima Daripada Ibu Bapa / Penjaga 2023 .
BIL NAMA PENCADANG / NO. KP USUL YANG DICADANGKAN TINDAKAN 7. MUHAMMAD ABDUL JUFRI BIN ZULKIFLI 1. Menjemput penceramah agama untuk menasihati kepada murid yang bermasalah atau suka mengganggu murid lain. 2. Membuat sesi motivasi dan kaunseling berkala kepada murid yang bermasalah ini supaya sentiasa di pantau dari segi tutur kata dan akhlak diri. 3. Memberikan surat nasihat kepada ibu bapa murid yang bermasalah ini. Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 8. SITI MAIMUNAH BINTI ABDUL WAHID Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, harap pihak sekolah dapat menyediakan laluan berbumbung antara hentian menunggu murid-murid hingga ke bangunan utama sekolah supaya murid murid terlindung daripada hujan dan panas. Usul tidak dibincangkan kerana pencadang tidak hadir. 8 . 6.2.Lain - lain 6.2.1 Guru Besar menyentuh sedikit usul yang dicadangkan oleh pencadang yang tidak hadir. Berkenaan isu pakaian sukan yang lambat diterima, pihak sekolah memohon maaf di atas kelewatan. Untuk tempahan akan datang, pihak sekolah berusaha akan melaksanakannya lebih awal. 6.2.2 Bagi usul mengembalikan semula waktu persekolahan seperti tahun lalu, Guru Besar menyatakan bahawa jadual waktu dirancang mengikut KSSR dan garis panduan KPM. Jadi, waktu pulang murid tahap dua pada pukul 1.30 petang. 6.2.3 Berkaitan usul pemakaian baju sukan dikekalkan ketika sesi persekolahan, Guru Besar menyatakan pemakaian baju sukan akan dikekalkan sehingga pekeliling baru dikeluarkan oleh KPM. 6.2.4 Encik Amirul Hanafi memberi cadangan agar tabung sumbangan ikhlas disediakan untuk membantu pihak sekolah. Pihak sekolah boleh menyediakan QR Code sumbangan untuk memudahkan pemberian sumbangan. Sumbangan ini dapat menampung perbelanjaan sekolah terutamanya membaiki pelbagai kemudahan seperti membaiki pam tandas dan lain - lain . Ahli PIBG sebulat suara bersetuju agar tabungan ini perlu dibuka supaya ibu bapa dapat sama - sama meringankan beban sekolah.
6.2.5 Puan Basitah Rashid bertanya tentang pihak yang perlu dirujuk jika ada masalah berkaitan kantin. Anak - anak mengadu tentang makanan di kantin. Guru besar menyatakan segala aduan perlu terus disalurkan kepada pihak sekolah. AGENDA 7 : Ucapan Penangguhan. 7.1 YDP iaitu Encik Abd Rashid Bin Abd Kadir mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang dikekalkan. Pembubaran akan diadakan semasa mesyuarat agung pada tahun hadapan. Berikut merupakan Senarai Jawatankuasa PIBG SK Segamat Baru sesi 2023/2024 Yang Dipertua : Encik Abd Rashid bin Abd Kadir Naib Yang Dipertua : Encik Musa bin Harun Setiausaha : Cikgu Zulkarnain bin Jalal Bendahari : Cikgu Rafidah binti Ali AJK Guru : 1. Cikgu Mohd Anwar bin Mohd Nor 2. Cikgu Wan Farahafizah binti Wan Mohamed 3. Cikgu Natrah binti Jaa’far 4. Cikgu Mohd Azrin bin Zainal Din 5. Cikgu Abdul Latif bin Abdul Hamid AJK Ibu Bapa : 1. Puan Norzamzaritha binti Talib 2. Puan Haslina binti Mat Jusoh 3. Encik Mohd Azrin bin Abu Bakar 4. Encik Azman Bin Razali 5. Encik Kamaruddin bin Mohamad Juru Audit : 1. Cikgu Anidah binti Juhani 2. Encik Mohd Fadzil bin Mohamad 7.2 YDP mencadangkan agar Wang Sumbangan PIBG yang berjumlah RM50 bagi setiap keluarga dikekalkan seperti tahun lalu. Cadangan dipersetujui secara sebulat suara oleh ibu bapa dan guru. 7.3 YDP juga berharap semua AJK yang baru dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya selaku wakil PIBG. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.38 pagi. 9 Disediakan Oleh : ............................................. (ZULKARNAIN BIN JALAL) Setiausaha, Persatuan Ibu bapa dan Guru, SK Segamat Baru. Sesi 2022/2023 Disahkan Oleh : ............................................. (ABD RASHID BIN ABD KADIR Yang Dipertua, Persatuan Ibu bapa dan Guru, SK Segamat Baru. Sesi 2022/2023
: Penyata Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Segamat Baru 2023/2024 Penyata Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Segamat Baru 2023/2024 No. Pendaftaran : JPJ/PIBG/0833 Alamat : SK Segamat Baru, Jalan Serikaya 12, Segamat Baru, 85000 Segamat, Johor. Guru Besar SK Segamat Baru Cikgu Fairusasikin Bin Fatholmuner Encik Abd Rashid bin Abd Kadir Encik Musa Bin Harun Cikgu Zulkarnain bin Jalal Cikgu Rafidah binti Ali 1.0 SENARAI JAWATANKUASA PIBG SK SEGAMAT BARU 2023/2024 PENASIHAT YANG DIPERTUA N.YANG DIPERTUA SETIAUSAHA BENDAHARI AJK GURU 1. Cikgu Mohd Anwar bin Mohd Nor 2. Cikgu Wan Farahafizah binti Wan Mohamed 3. Cikgu Natrah binti Jaa’far 4. Cikgu Mohd Azrin bin Zainal Din 5. Cikgu Abdul Latif bin Abdul Hamid AJK IBU BAPA 1. Puan Norzamzaritha binti Talib 2. Puan Haslina binti Mat Jusoh 3. Encik Mohd Azrin bin Abu Bakar 4. Encik Azman Bin Razali 5. Encik Kamaruddin bin Mohamad PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. Cikgu Anidah binti Juhani 2. Encik Mohd Fadzil bin Mohamad PEMEGANG AMANAH YDP, Setiausaha, Bendahari 2.0 MESYUARAT AJK YANG TELAH DIJALANKAN SEPANJANG SESI 2022/2023 1. 04 September 2023 2. 11 Disember 2023 3. 16 April 2024 3.0 SENARAI PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SESI 2023/2024. 1.PIBG terlibat dalam gotong - royong sebelum pembukaan sekolah pada bulan Mac 2024. 2. AJK PIBG turut bersama dengan guru-guru menyambut murid semasa hari pertama pembukaan sekolah. 3.PIBG membantu menjayakan aktiviti sekolah seperti Hari Anugerah Kecemerlangan, Kejohanan Sukan Tahunan, Sambutan Maulidur Rasul, Jamuan Akhir Tahun 6 dan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah. 4. PIBG menyalurkan sumbangan kewangan untuk memperbaiki kemudahan asas di sekolah terutamanya tandas murid. 5. PIBG membantu mencantikkan kawasan pintu pagar sekolah semasa gotong-royong madani peringkat sekolah. 6. PIBG membantu menceriakan kawasan sekolah agar menarik dan persekitaran kondusif. 7. PIBG sentiasa peka dengan pandangan dan aduan ibu bapa dan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah melalui perbincangan dan kerjasama yang mantap. 8. PIBG sentiasa menyokong segala aktiviti sekolah sama ada dari segi kewangan dan tenaga kerja. 10
: Penyata Kewangan PIBGSK Segamat Baru Berakhir 01 Januari-31 Disember 2023 Penyata Kewangan PIBGSK Segamat Baru Berakhir 01 Januari-31 Disember 2023 BUTIRAN PENDAPATAN KREDIT BUTIRAN PERBELANJAAN DEBIT Kutipan Sumbangan Ahli PIBG 2023. Sumbangan PIBG RM 20,810.00 RM 390.00 RM 21,200.00 KURIKULUM : 1.Sumbangan Bayaran Modul Tahun 6. 2. Sumbangan Panitia Bilik PAK 21. 3. Sumbangan Untuk Panitia (Kemenjadian Murid). RM 450.00 RM 1,000.00 RM 2,174.00 HEM: 1.Sumbangan Ihya’ Ramadan. 2. Sumbangan Hari Raya 2023. 3. Sumbangan Program AADK Sekolah. 4. Sumbangan PRS Peringkat Negeri Johor 2023. 5. Sumbangan PRS Peringkat Negeri Johor (1 orang murid) 6. Sumbangan Program HEM 7. Sumbangan Pam Kolam 8. Sumbangan Program Kemenjadian Murid RM 500.00 RM 500.00 RM 300.00 RM 155.00 RM 50.00 RM 520.00 RM 350.00 RM 1249.00 RM 3,624.00 KOKURIKULUM Sumbangan MSSD (Penyertaan murid) 1. 2. Sumbangan PIBG MSSD 3. Sumbangan MSSJ (Ragbi & Hoki) 4. Sumbangan PPT Negeri (3 orang murid) 5. Sumbangan Ragbi MSSM (1 orang murid) 6. Sumbangan Olahraga MSSD (3 orang murid) 7. Sumbangan Merentas Desa MSSJ (2 orang murid) 8. Sumbangan Pengakap Negeri 9. Sumbangan Murid PPKI Negeri (1 orang murid RM 800.00 RM 100.00 RM 450.00 RM 300.00 RM 100.00 RM 60.00 RM 100.00 RM 420.00 RM 100.00 11
: Penyata Kewangan PIBG SK Segamat Baru Berakhir 01 Januari-31 Disember 2023 Penyata Kewangan PIBG SK Segamat Baru Berakhir 01 Januari-31 Disember 2023 BUTIRAN PENDAPATAN KREDIT BUTIRAN PERBELANJAAN DEBIT Kutipan Sumbangan Ahli PIBG 2023. Sumbangan PIBG RM 20,810.00 RM 390.00 RM 21,200.00 10. Sumbangan Karnival Ragbi 11. Sumbangan MSSJ PPKI 12. Sumbangan Kejohanan Hoki MSSD (L/P 11) 13. Sumbangan Pertandingan Petanque Daerah Segamat. 14. Sumbangan Ujian Lencana Kenaikan Pangkat Unit Uniform 15. Sumbangan Sukan Tahunan Sekolah RM 50.00 RM 100.00 RM 90.00 RM 160.00 RM 80.00 RM 600.00 RM 3,610.00 PRASARANA: 1.Sumbangan Baikpulih Tandas Sekolah 2. Sumbangan Baikpulih Surau Sekolah 3. Sumbangan Tanda Nama Sekolah PENGURUSAN: 1.Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke27/2023. 2. Sumbangan Tanda Nama Sekolah RM 1,400.00 RM 500.00 RM 1,700.00 RM 3,600.00 RM 3,400.00 RM 200.00 PROFIT: COWAY (MAC-NOV) JUMLAH PERBELANJAAN BAKI RM 11.00 RM 1,344.00 RM 19,413.00 RM 1,787.00 12 RM 3,600.00
: BUTIRAN PENDAPATAN KREDIT BUTIRAN PERBELANJAAN DEBIT Sumbangan daripada YB Zaliha (Ahli Parlimen Sekijang) Sumbangan daripada Kerajaan Negeri Johor Sumbangan Ibu Bapa Baikpulih Tandas Sumbangan daripada Kontraktor Sumbangan 3 Buah TV daripada Pejabat Pembangunan Menteri Besar RM 3,000.00 RM 5,800.00 RM 4,200.00 RM 200.00 RM 10,000.00 Gotong-royong PIBG -Tambahan Bayaran Tanda Nama Sekolah -Duit telah dibayar kepada pembekal RM 5,800.00 RM 200.00 RM 10,000.00 JUMLAH: BAKI: RM 23,000.00 RM 7,200.00 RM 16,000.00 Sumbangan Luar Untuk PIBG SK Segamat Baru 2023 Disediakan Oleh : ............................................. (RAFIDAH BINTI ALI) Bendahari, Persatuan Ibu bapa dan Guru, SESI 2022/2023 Disahkan Oleh : ............................................. (ABD RASHID BIN ABD KADIR) Yang Dipertua, Persatuan Ibu bapa dan Guru, SESI 2022/2023 13 Disemak oleh : ............................................. (ANIDAH BINTI JUHANI) juruaudit, Persatuan Ibu bapa dan Guru, SESI 2022/2023
: Usul-usul PIBG diterima daripada Ibu Bapa/ Penjaga Tahun 2024 Usul-usul PIBG diterima daripada Ibu Bapa/ Penjaga Tahun 2024 BIL NAMA PENCADANG USUL-USUL YANG DICADANGKAN TINDAKAN 1 RAHIMAH BINTI ABD MAJID Mohon supaya kedai buku hanya menjual barangan berkenaan pengajaran dan pembelajaran sahaja. Barangan mainan atau tidak berkaitan mohon untuk tidak dijual. Apabila sudah dibeli, cikgu pula yang rampas. Anak-anak sanggup tidak makan untuk beli barang mainan. Usul diterima dan dibahas. 2 NOR ZILAH BINTI ISNIN Mohon penjualan makanan ringan di hadapan sekolah dipantau .Kadang - kadang anak dibekalkan RM5.00 untuk membeli makanan berkhasiat dan kenyang di kantin akan tetapi mereka menahan diri untuk membeli makanan semasa rehat di kantin. Mereka menyimpan duit untuk membeli makanan ringan waktu balik sekolah di hadapan sekolah. Saya tidak bertujuan menyekat rezeki orang tetapi anak tidak makan semasa waktu rehat sebab hendak membeli makanan ringan tersebut. Usul diterima dan dibahas. 3 NURAISHATUL HIDAYAH BINTI MOHD KAMIL Mencadangkan agar laluan kiri dan kanan di jadikan sehala manakala laluan tengah berhadapan pintu pagar sekolah dijadikan jalan keluar bagi laluan sehala. Usul diterima dan dibahas. 4 SITI SALMA BINTI MOHAMAD Setakat ini berpuas hati dengan pihak sekolah. Usul diterima dan dibahas. 14
: Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2024 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2024 PENASIHAT : CIKGU FAIRUSASIKIN BIN FATHOLMUNER YDP PIBG : ENCIK ABD RASHID BIN ABD KADIR NAIB YDP PIBG : ENCIK MUSA BIN HARUN SETIAUSAHA : CIKGU ZULKARNAIN BIN JALAL BENDAHARI : CIKGU RAFIDAH BINTI ALI JAWATANKUASA NAMA GURU PENDAFTARAN 1.CIKGU SHARIFAH NUR FAIZAH BT SYED MOHAMAD (KETUA) 2.CIKGU AU HOI CHEW SAMBUTAN DAN PROTOKOL 1.CIKGU MOHD YUSRI BIN YAAKUB (KETUA) 2.CIKGU JOHARI BIN WAHAB 3.CIKGU FATIN NADIA BINTI AHMAD KAMIL BACAAN DOA 1.ENCIK KAMARUDDIN BIN MOHAMAD PERSIAPAN PENTAS 1.CIKGU WAN FARAHAFIZAH BINTI WAN MOHAMED (KETUA) 2.CIKGU MOHD SAIFUL BAHARI BIN KAMARULZAMAN 3.CIKGU SITI NORZAIDAH BINTI KAMARUDDIN 4.CIKGU HAFIZAN BIN BAHARUDDIN 5.CIKGU SYAMZARINA BINTI MISNAN 6.CIKGU SITI KHADIJAH BINTI MOHD SAIDIN HADRI 7.PUAN NORHANIM BINTI AHMAD PERSIAPAN TEMPAT 1.CIKGU MOHD ZAILAN BIN DERAMAN (KETUA) 2.CIKGU MOHD ANWAR BIN MOHD NOR 3.CIKGU ROSLAN BIN OMAR 4.CIKGU MOHD SUKKERRY BIN MOHD ARSHAD 5.ENCIK MUHAMMAD HANAFI BIN A RAZAK 6.ENCIK AZMAN BIN RAZALI 7.ENCIK MOHD AZRIN BIN ABU BAKAR CENDERAHATI & SIJIL 1.CIKGU LYIDIANA @ ANNA BINTI MOHD LIZAN (KETUA) 2.CIKGU NORLIZAWATI BINTI MOHAMAD NOH KAWALAN LALU LINTAS 1.CIKGU SAIFUL KHUSAINI BIN SHAMSUL BAHRI (KETUA) 2.CIKGU ROSMAINI BIN DAUD USHER 1.CIKGU NURUL HUDA BINTI MOHAMAD BASHAABIDIN 15
: JAWATANKUASA NAMA GURU JAMUAN 1.CIKGU NORZURAIHAH BINTI MOHAMED NOR (KETUA) 2.CIKGU HAFIZAH BINTI SAAT 3.CIKGU AISHAH BINTI MOHAMMED 4.CIKGU NURULHUDA BINTI KASUAN 5.CIKGU NORENA BINTI KUZAI@KUSAI 6.CIKGU NUR HAFIZAH BINTI OTHMAN 7.CIKGU MAZLINA BINTI ADAM 8.CIKGU SHAHRAZATULDURA BINTI ISMAIL 9.PUAN NORASIKIN BINTI SURANI 10.CIK NORFATIN FARHA BINTI MASSOM 11.PUAN NORZAMZARITHA BINTI TALIB CABUTAN BERTUAH 1.CIKGU SITI AISHAH BINTI WAHIDON (KETUA) 2. CIKGU AIMI HAZIRA BINTI MOHD RAIS 3. CIKGU ANIDAH BINTI JUHANI 4. CIKGU NATRAH BINTI JAAFAR 5. CIKGU ROSZETA BINTI MD NOR 6. CIKGU SITI RISLAH BINTI SABREY 7. PUAN NOOR HAIDAH BINTI MAHDIN 8. PUAN HASLINDA BINTI SAAT 9. PUAN HASLINA BINTI MAT JUSOH PENGACARA MAJLIS 1.CIKGU SUHAILA BINTI MOHAMED SALLEH PA SISTEM 1.CIKGU NORYAZID BIN ARPAN (KETUA) 2.CIKGU MOHD RIDHWAN BIN HAMID PENCATAT MINIT MESYUARAT 1.CIKGU BALQIS BINTI RASHID (KETUA) 2.CIKGU ROSNITA BINTI MOKHTAR PERSEMBAHAN 1.CIKGU UMI KALSOM BINTI ABU (PPKI) 2.CIKGU NURUL FATEHAH BINTI ZAKARIA (TAHAP 1) 3.CIKGU JAMILAH BINTI ABU BAKAR (TAHAP 2) 4.PUAN ZAINI BINTI SIPON BUKU PROGRAM 1.CIKGU SITI NURHAFIDZA BINTI MOHD RUBAI (KETUA) 2.CIKGU RAUDHA EIRDHANI BINTI SUPIEI 3. CIKGU ‘AISYAH AMANI BINTI MOHAMMED 4. PUAN SITI NORLAILA BINTI AZIS FOTOGRAFI 1.CIKGU MOHD AFIQ IRFAN BIN MOHD ZULKIPLI (KETUA) 2.CIKGU MUHAMAD ZAKI ZAFRI BIN ZAINAL PENYELARAS MAJLIS (FLOOR MANAGER) 1.CIKGU MURUGAN A/L RAMALINGAN 2.CIKGU ABDUL LATIF BIN ABD HAMID 16
: Setinggi-tinggi Penghargaan & Ucapan Terima Kasih YANG BERHORMAT DRZALIHABINTIMUSTAFA Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Ahli Parlimen P141 Sekijang PEJABATPELAJARAN DAERAH SEGAMAT EN.ABD RASHID BIN ABD KADIR (YDP PIBG SK SegamatBaru, Segamat) CIKGU FAIRUSASIKIN BIN FATHOLMUNER (GuruBesar SK SegamatBaru, Segamat) AJKPIBG SKSBSesi 2022/2023 Guru & KakitanganSKSegamatBaru, Segamat IbuBapa /PenjagaMuridSKSegamatBaru, Segamat Para Penyumbang : IZIMART YDPPIBG AJKPIBG Persatuan IbuBapa dan Guru SK SegamatBaru juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, barangan,tenaga, pendapat, kerjasama dan masa dalam menjayakan Majlis MesyuaratAgung PIBG Kali Ke-28 ini. 17
: JK PIBG 2024/2025 18 Yang Dipertua : Naib Yang Dipertua : Setiausaha : Bendahari : AJK Guru : 1. 2. 3. 4. 5. AJK Ibu Bapa : 1. 2. 3. 4. 5. Juru Audit : 1. 2.