The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahrilfudin, 2021-02-01 10:24:20

hukum pakai emas

hukum pakai emas

AL-KAFI #953: HUKUM LELAKI MEMAKAI EMAS
PUTIH

Butiran
Dimuatnaik oleh Luqman Tarmizi
Diterbitkan: 12 Disember 2018

• Al Kafi li al-Fatawi

Soalan:
Apakah hukum seorang lelaki memakai cincin emas putih? Adakah hukumnya sama
dengan emas kuning yang biasa?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar
Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta
orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Memakai cincin emas bagi lelaki bahkan pengharamannya jelas melalui hadis Nabi
SAW. Daripada Abu Hurairah RA:

‫أ َّنهُ َن َهى َع ْن َخاتَ ِم ال ّذَ َه ِب‬
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.

Riwayat Muslim (2089)
Berkenaan dengan hukum lelaki memakai emas putih, maka ada sedikit perincian
yang perlu dilakukan.

Emas putih merupakan satu bahan yang terhasil daripada campuran dua unsur logam
iaitu emas dengan salah satu logam putih (white metal) iaitu nikel, manganese dan
palladium.[1]

Formulasi yang biasa digunakan dalam menghasilkan emas putih ialah campuran
emas kuning dan dialoikan dengan nikel, dengan nisbah 90% emas dan 10% nikel.[2]

Asalnya, tidak ada satu bahan yang dinamakan emas putih, yang ada hanyalah satu
campuran antara emas dan bahan logam yang lain yang membentuk emas yang telah
berubah warnanya dan tidak lagi berwarna kekuningan.

Maka hukum lelaki memakai emas putih ini yang disaluti dengan platinum, atau
dicampur dengan bahan seperti zink, perak dan tembaga, maka hukumnya adalah
haram. Adapun jika yang dimaksud emas putih adalah platinum, maka tidak mengapa
bagi lelaki untuk memakainya kerana ia tidak mempunyai unsur emas.

Hal ini berdasarkan kaedah:

‫إذا اجتَ َمع الحلا ُل والحرا ُم ُغ ِل َب الحرام‬

Maksudnya: Apabila berkumpul perkara halal dan haram maka perkara haram akan
lebih menguasai. (Rujuk Al-Asybah wa al-Nazair oleh al-Imam al-Suyuti
Rahimahullah hal. 105)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 juga telah
membincangkan Hukum Lelaki Memakai Emas Putih, dan Muzakarah telah
memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki.

Begitu juga ahli Fatwa Lajnah al-Da’imah Arab Saudi juga telah memfatwakan
pengharaman cincin emas putih ke atas lelaki. (Rujuk Fatwa Al-Lajnah al-Da’imah,
nombor fatwa 21867, 24/67)

Wallahu a’lam.

[1] https://www.wikiwand.com/en/Colored_gold#/White_gold

[2] Emsley, John (2003) Nature's building blocks: an A-Z guide to the elements, Oxford
University Press, hal. 168


Click to View FlipBook Version