The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Damia Afiqah Yazaidi, 2023-07-20 11:12:35

Water Rocket

Damia & Yasmin

0 0 0 0


"ROKET SAINS ADALAH SUKAR, DAN ROKET MEMPUNYAI CARA UNTUK GAGAL" Sally Ride Water Rocket | 1 Damia & Yasmin


pakah itu Water Rocket? Water Rocket ataupun dikenali sebagai Roket Air dalam Bahasa Melayu adalah salah satu jenis roket yang menggunakan tekanan udara digabungkan dengan air sebagai bahan bakar. Roket air diperbuat daripada botol plastik yang diisi dengan air. Roket dipenuhkan dengan sebahagian air kemudian dimampatkan dengan udara dari pam udara. Namun, untuk projek kali ini, kami menambah plastik sampah sebagai payung terjun. PENGENALAN Water Rocket | Pengenalan | 2 A "UNTUK PELANCARAN, ROKET PERLU DIISI DENGAN AIR SEHINGGA JUMLAH YANG DIKEHENDAKI, KIRA-KIRA 40% DARIPADA ISIPADU." Semakin besar tekanan dan isi padu air yang digunakan, semakin tinggi dan jauh roket air dapat meluncur. Setelah tekanan udara mencukupi, roket akan dilancarkan dari pad pelancar, melepaskan air dari dasar roket dan menyebabkan roket terbang pada kelajuan tinggi. Roket air selalu digunakan sebagai projek sekolah ataupun hiburan semata-mata. Terdapat pelbagai teori fizik dapat dipelajari yang akan dijelaskan lebih lanjut pada artikel seterusnya. Damia & Yasmin


1) Bagi badan utama roket air, kita memerlukan botol besar (1.5 liter). Buang label plastik pada botol tersebut. 2) Bagi sayap pula, Lukiskan 4 sayap roket di kadbod. Ia dilukis dan dipotong mengikut saiz botol. Pita pelekat dilekatkan supaya menjadi kalis air. ntuk membina roket air yang lengkap, ia memerlukan: PROSEDUR MEMBINA 2 botol besar (1.5 liter) Plastik sampah Tali Pisau pemotong Pistol perekat panas Kadbod Getah Pita pelekat 1) Guntingkan bahagian tepi plastik sampah. Lipatkan kepada 4 bahagian. Lipatkan pada bahagian tengah segitiga menjadi segi tiga yang lebih kecil. 2) Tebukkan lubang pada setiap bucu payung terjun. 3) Ikatkan benang Nylon pada lubang-lubang sehingga ketat. 4) Gabungkan benangbenang yang diikat pada plastik sampah. 5) Ikatkan ikatan tersebut dengan gelang getah sehingga ketat. 6) Lipatkan plastik tersebut kepada saiz yang dapat diletakkan ke dalam kon roket. U Badan dan Sayap Payung Terjun Water Rocket | Prosedur Membina | 3 3) Lekatkan sayap roket dengan mengunakan pistol perekat panas pada botol tersebut Roket siap dipasang dan sedia untuk dilancarkan menggunakan pelancar roket. Kon 1) Potong kepala botol untuk dijadikan kon roket dan tempat payung terjun diletakkan. 2) Tebuk satu lubang di tepi kepala botol untuk diikatkan bersama payung terjun. 3) Selitkan getah ke dalam lubang tersebut. 4) Lekatkan getah bersama kon tersebut dengan pita pelekat kepada badan utama roket. 5) Ikatkan payung terjun bersama dengan getah. Damia & Yasmin


Kawasan yang sesuai Air Pertama, lakukan persiapan dengan mencari kawasan terbuka seperti padang dan mempersiapkan landasan pelancaran yang stabil. Seterusnya, isi botol dengan air sekitar sepertiga penuh. Jangan isi terlalu penuh agar pelancaran roket tidak terpengaruh. Setelah itu, pasang roket ke landasan pelancaran dengan memasukkan tempat menutup botol ke tabung pelancaran atau landasan pelancaran yang sesuai. Pastikan roket terpasang dengan rapat menggunakan pita pelekat. Sebelum melancarkan roket, pastikan semua orang berada pada jarak yang jauh dari kawasan pelancaran. Pakailah cermin mata keselamatan untuk melindungi mata. Tempatkan roket secara vertikal pada landasan pelancaran dan pastikan ia stabil. Kemudian, sambungkan pam udara ke mekanisme pelancaran roket. Langkah Keselamatan Mulakan mengepam udara secara perlahan ke dalam roket. Setelah mencapai tekanan yang cukup, jauhkan diri dari roket dan lihat pelancaran dari jarak yang sesuai. Jika payung terjun telah dipasang, ia akan terbuka untuk melambatkan penurunan roket. Tekanan Udara Water Rocket | Prosedur Untuk Melancarkan | 4 Damia & Yasmin


REKA BENTUK membolehkan roket air turun dengan perlahan semasa pendaratan. berada pada bahagian atas roket; di dalam kon. dikeluarkan pada tahap akhir penerbangan. mengurangkan kelajuan dan menjaga kestabilan roket semasa mendarat. Payung terjun: dipasang pada bahagian bawah botol. memberikan kestabilan semasa penerbangan. menjaga roket supaya terbang pada arah yang lurus. diperbuat daripada bahan ringan seperti kadbod atau plastik; direka dalam bentuk segi tiga. Sayap: bentuk aerodinamik. meningkatkan kestabilan penerbangan. roket mencapai kelajuan dan ketinggian yang lebih tinggi. menjaga kestabilan roket dengan mempertahankan aliran udara yang lancar di sekitar roket. Kon: Water Rocket | Reka Bentuk | 5 selalu diperbuat daripada botol plastik; 1.5 liter. diperbuat daripada bahan yang kuat dan ringan seperti PET (Polyethylene Terephthalate). Badan Utama: Muncung Damia & Yasmin


PERCUBAAN UNTUK MELANCARKAN Water Rocket | Percubaan Untuk Melancarkan | 6 Pastikan roket air dalam keadaan yang baik dan siap sedia untuk dilancarkan. Periksa semua bahagian roket terpasang dengan kukuh dan berada di tempat sepatutnya. Persiapan Roket Buka petutup roket dan isi pada muncung roket dengan air melalui lubang botol yang disediakan. Pastikan tidak mengisi terlalu penuh agar ada ruang untuk tekanan udara. Isi Air Setelah air diisi, tambah tekanan udara ke dalam muncung roket. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pam udara yang sesuai. Pastikan tekanan udara yang dipam mencapai tahap yang diperlukan Mengepam Udara Damia & Yasmin


2. Aerodinamik 3. Tekanan Udara Terdapat pelbagai konsep fizik yang dapat dipelajari dalam projek roket air ini. Misalnya: Selain gaya dorong yang dihasilkan oleh air, reka bentuk yang aerodinamik pada roket air juga mempengaruhi ketinggian pelancaran roket. Ia dapat mengurangkan rintangan udara dan memungkinkan roket air mencapai ketinggian dan jarak yang lebih tinggi. Semakin besar luas permukaan payung terjun, semakin perlahan roket akan mendarat. Ketika udara ditekan ke dalam botol, tekanan udara meningkat dan menghasilkan gaya dorong saat air dikeluarkan. Semakin tinggi tekanan udara di dalam roket, semakin jauh jarak pelancaran roket. Ia mengikut Hukum Gerak Newton ketiga, yang menyatakan bahawa setiap tindakan memiliki reaksi yang setara dan berlawan. Ketika air dikeluarkan dengan tekanan yang tinggi melalui muncung roket, gaya dorong ke atas akan dihasilkan, dan sebagai reaksi, roket air yang dipecutkan ini akan menyebabkan daya sama magnitud tetapi mengalami gerakan ke arah berlawanan. 1. Tujahan Pam Tiub pelancar Air Tekanan Udara FIZIK WATER ROCKET Water Rocket | Fizik | 7


Semoga Bermanfaat! "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlismajlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, "Berdirilah kamu," maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orangorang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan." Kita perlulah sentiasa menuntut ilmu maka Allah akan mengangkat darjat kita. Ilmu ibarat pelita yang menerangkan kegelapan hidup seperti peribahasa, ' ilmu adalah pelita hidup'. Al-Mujadalah: 11 Water Rocket | Fizik | 8 Damia & Yasmin


Click to View FlipBook Version