0 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
1 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 BIL PERKARA HALAMAN 1 Kandungan 1 2 Kata Alu-aluan Pengetua SMK Darul Ehsan 2 3 Kata Alu-aluan YDP PIBG SMK Darul Ehsan 3 4 Takwim Persekolahan 4 5 Atur Cara 5 6 Agenda Mesyuarat 6 7 Jawatankuasa Induk Mesyuarat PIBG kali ke- 29 7 8 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat PIBG kali ke -29 8 9 Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 15 10 Notis Mesyuarat Agung kali ke - 29 16 11 Surat Makluman Mesyuarat Agung PIBG kali ke -29 17 12 Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke -28 sesi 2023/2024 19 13 Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG kali ke -28 sesi 2023/2024 31 14 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2023/2024 36 15 Gambar Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2023/2024 41 16 Laporan Kewangan PIBG Sesi 2023/2024 42 17 Lampiran Unit Kurikulum 53 18 Lampiran Unit Hal Ehwal Murid dan UBK 56 19 Lampiran Unit Kokurikulum 63 20 Usul & Cadangan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 29 67 21 Senarai Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 75 22 Sekalung Budi 76
2 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-29 tahun 2024 dapat diterjemahkan pada hari ini. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung bagi sesi 2024/2025. Pada kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari semasa ke semasa supaya SMK Darul Ehsan terus menjana sebuah sekolah yang gemilang. Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan tumpuan kepada tujuh teras utama, salah satunya ialah memberikan perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi supaya kesengangan pendidikan yang wujud dapat dirapatkan. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang padu pihak sekolah dan PIBG amat sukar bagi kita untuk mencapai kejayaan yang kita harapkan. Sesungguhnya , peranan guru dan ibu bapa amat signifikan dalam memastikan kemenjadian anak-anak. Murid-murid dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap, berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Penekanan terhadap kualiti dan komitmen guru merupakan elemen penting yang berkait rapat dengan elemen kecemerlangan dan keberhasilan murid. Ibu bapa diharap dapat memainkan peranan untuk terus membantu pihak sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran. Menerusi platform PIBG, ibu bapa akan dapat membantu kemenjadian murid dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Akhir kata, semoga Allah memberkati setiap usaha dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan tanggungjawab bagi memastikan kemenjadian murid-murid sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum sebagaimana yang telah digaris secara sempurna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekian, terima kasih ZARINA BINTI MAHMOOD PENGETUA CEMERLANG SMK DARUL EHSAN
3 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan segala nikmat yang telah diberi dapat saya hadir bersama dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Darul Ehsan kali ke-29 pada tahun 2024. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada ibu bapa, penjaga dan guru-guru yang dapat hadir bagi menunaikan tanggungjawab dan mengharapkan pemuafakatan ini berterusan bukan sahaja pada mesyuarat ini tetapi juga untuk semua aktiviti sekolah. Saya bagi pihak PIBG sekolah, amat yakin dengan kehadiran ibu bapa ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat guru-guru di sekolah ini untuk mendidik anak-anak kita. Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting terutamanya dalam bidang akademik dan kokurikulum murid. Justeru , sokongan padu daripada PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program dan aktiviti sekolah. Gandingan PIBG dan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan murid-murid di sekolah ini. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak terutama ketika berada di rumah. Keprihatinan dan pemantauan yang jitu daripada ibu bapa amat diperlukan dalam membantu perkembangan anak-anak dan tidak bergantung sepenuhnya kepada guru-guru. Justeru, saya menyeru kepada ibu bapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan material kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa dan sahsiah terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Pemuafakatan, sikap saling membantu dan kerjasama antara ibu bapa dengan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut Terima kasih kepada seluruh warga pendidik dan pengurusan SMK Darul Ehsan terutama Puan Pengetua yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak kami. Semoga SMKDE akan terus berjaya dan cemerlang dalam semua aspek. Sekian, terima kasih. HAJI DAUD BIN IBRAHIM YDP PIBG SMK DARUL EHSAN
4 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
5 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 ATUR CARA PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29 BIL. MASA BUTIRAN 1. 8.00 – 8.30 pagi - Kehadiran dan Pendaftaran Guru, Ibu bapa/Penjaga - Ketibaan Pentadbir ,YDP dan AJK PIBG - Ketibaan Perasmi - Sarapan 2. 8.30 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku - Nyanyian Lagu Negeri Selangor - Bacaan Doa - Gimik dan persembahan Silat dan Taekwondo - Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Darul Ehsan - Ucapan Penasihat PIBG SMK Darul Ehsan - Ucapan Perasmi - Penyampaian cenderahati kepada perasmi - Penyampaian cenderahati kepada YDP, NYDP , AJK PIBG 2023/2024 dan Pentadbir - Gimik dan persembahan Choral Speaking 3. 9.30 pagi - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 bermula 4. 12.00 tengah hari Bersurai
6 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 9.30. pagi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 bermula Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Darul Ehsan Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke- 28 Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2023/2024 Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2024/2025 Pemilihan dua orang Pemeriksa Kira-kira Menerima dan membahaskan cadangan serta usul-usul Ucapan Penangguhan 12.00 tengah hari Bersurai
7 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 Pengerusi Puan Zarina binti Mahmood (Pengetua Cemerlang) Timbalan Pengerusi Encik Ghazali bin Abdul Hamid (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 Puan Imelda Sahriah binti Ishak (PK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 2 Puan Zarina binti Nordin (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi 3 Puan Wan Azida binti Wan Kamaruddin (PK Petang) AJK Puan Shamirah binti Abd Rahim (GKMP Bahasa) AJK Encik Azlan bin Jemiri (GKMP Sains & Matematik) AJK Cik Nada Nadirah binti Ab. Rahim (GKMP Teknik & Vokasional) AJK Dr Azlina binti Mustaffa (GKMP Sains Sosial) JAWATANKUASA INDUK
8 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 BIL JAWATAN KUASA BIDANG TUGAS 1. Pengurusan Mesyuarat Agung PIBG Ke-29 1. Akmarini binti Mohd Aris ( Ketua) 2. Najihah binti Baharom 3. Nurul Huda binti Ahmad Hifdzullah 4. Shabietha Nair A/P Ravindran 5. Rojaramani A/P Supramaniam -Mengurus surat menyurat -Menghantar surat makluman kepada PPD -Menghantar surat makluman kepada ibu bapa -Mengumpul dan membuat saringan kepada usul-usul yang diterima daripada ibu bapa -Menaip usul untuk dimasukkan dalam Buku Mesyuarat Agung PIBG 2. Penyediaan Buku Mesyuarat Agung PIBG 1. Nor Roslida binti Haraman (Ketua) 2. Nik Noriswani binti Nik Ismail 3. Khuzaimah binti Yasak 4. Azliza binti Alias *Isi Kandungan *Takwim Persekolahan *Notis mesyuarat *Surat Pemakluman kepada Ibu bapa/penjaga *Aturcara Majlis Perasmian *Agenda Mesyuarat Agung * JK Induk dan Pelaksana Mesyuarat Agung. -Menyediakan Buku Mesyuarat PIBG yang lengkap dalam bentuk soft copy. -Mendapatkan bahan maklumat daripada pihak-pihak berkenaan -Menyiapkan draf buku mesyuarat 7 hari sebelum mesyuarat diadakan -Menyerahkan draf buku mesyuarat kepada AJK proofreading -Mencetak Buku Mesyuarat PIBG 10 buah untuk Perasmi,AJK PIBG dan Pentadbir * Design Cover buku boleh selaraskan dengan design Banner dan Back Drop. JAWATANKUASA PELAKSANA
9 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 1. Nur Aziani binti Hussin (Ketua) 2. Zainun binti Ahmad 3. Siti Nur Mazni binti Zakaria *JK PIBG 2023/2024 *Minit mesyuarat Agung 2023/2024 *Laporan PIBG 2023/2024 *Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung 2023/2024 1. Zainab binti Tukinon *Kata alu-aluan YDP PIBG *Kata alu-aluan Pengetua 1. Tan Gien Pei *Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Dis 2023 1. Norazizan binti Abdullah *Laporan Juruaudit 1. Nazrina binti Abdullah Laporan Program Akademik 2023/2024 1. Nooramira binti Ahmad Laporan Program B&K 1. Wan Nazira binti Wan Jaafar Laporan Unit HEM 2023/2024 1. Hasnita binti Hashim Laporan Program Kokurikulum 2023/2024
10 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 3. Proofreading 1. Wan Azida binti Kamaruddin (Ketua) 2. Hasmilini binti Sulaiman -Menerima draf buku mesyuarat PIBG dan menyemak buku tersebut -Mengembalikan semula kepada pihak penyediaan buku mesyuarat untuk proses mencetak 4. Agihan Buku Mesyuarat PIBG 1. Sakinah binti Abdul Somat ( Ketua) 2. Iffah binti Mohamad -Mengedarkan Buku Mesyuarat PIBG kepada Perasmi, YDP,NYDP,Pentadbir AJK PIBG semasa hari Mesyuarat Agung . (12 buah buku) 5. Pendaftaran Guru dan Ibu Bapa/Penjaga 1. Nganambegai a/p Kandasamy (Ketua) 2. Zunaidah binti Abdullah 3. Wan Azizun binti Wan Muhammad 4. Sharifah Zuraihan binti Syed Kamal Khalid -Menyediakan borang pendaftaran kehadiran -Memastikan semua guru dan ibu bapa/penjaga yang hadir mengisi borang pendaftaran kehadiran . Mengedarkan buku mesyuarat dan sarapan kepada ibu bapa / penjaga dan guru -Mengumpul bilangan yang hadir dan menyerahkan kepada SU PIBG dan AJK Dokumentasi untuk pelaporan 6. Pengiring VIP 1.Noor Azrina binti Abdullah - Mengiringi tetamu ke dewan dan menunjukkan arah kedudukan tempat duduk kepada tetamu dengansopan - Membantu tetamu sepanjang majlis berlangsung 7. P.A Sistem 1. Razman Bin Hamid(Ketua) 2. Muhamad Nasruddin Bin Hassan -Memastikan P.A Sistem berada dalam keadaan baik dan lancar semasa mesyuarat berlangsung -Menguji P.A Sistem sehari sebelum mesyuarat diadakan -Minus one untuk Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor -Menyediakan mikrofon untuk sesi mesyuarat . -Berada di tempat P.A Sistem sehingga majlis selesai 8. E-Banner / Slaid 1. Muhammad Mirza Wafi bin Mahmuddin (E-Banner) 2. Muhammad Aiman Zamani bin Mohd Zamri (slide) 3. Ainur Nazifa binti Roshidan (slide) -Menyediakan banner yang menarik untuk memberitahu ibu bapa akan mesyuarat Agung PIBG kali ke 29 Sesi 2024/2025 -Menyebarluaskan Mesyuarat Agung PIBG melalui pelbagai platform digital -Menyerahkan resit bayaran kepada SU PIBG untuk tuntutan
11 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 9. Video korporat 1. Norasni binti Sanusi - Menyediakan video aktiviti sekolah sepanjang tahun untuk paparan kepada hadirin. 10. Penyediaan Sijil dan Cenderahati Sijil dan Cenderahati Pentadbir/ Ajk PIBG 1. Nafisah binti Ismail (Ketua) 2. Pravita A/P Mahathevan 3. Zuriaty binti Azhari Cenderahati Perasmi 1. Nor Ashila binti Mohamad -Mendapatkan senarai nama penerima sijil dan cenderahati daripada SU PIBG -Mengenal pasti cenderahati yang sesuai kepada penerima -Menyerahkan sijil dan cenderahati kepada penerima di atas pentas -Menyerahkan resit bayaran kepada SU PIBG untuk tuntutan 11. Buku Pelawat 1. Noor Zehan binti Mohd Jaafar -Menyediakan cenderahati yang sesuai. -Menyediakan tempat untuk meletakkan cenderahati -Memastikan cenderahati disampaikan kepada perasmi. -Memastikan cenderahati perasmi dibawa ke kereta perasmi -Menghias buku pelawat untuk ditandatangani oleh perasmi 11. Buku Aturcara 1. Rabi’ah Hanani binti Mohd Sidek (Ketua) 2. Rozila binti Harun -Menyediakan buku aturcara secara hardcopy dan anyflip - Cetak 12 buku aturcara untuk tetamu jemputan dan pentadbir 12. Teks Ucapan YDP PIBG, Penasihat PIBG dan perasmi 1. Maznah binti Hassan (Ketua) 2. Nor Haslinda binti Jamaludin 3. Tinarenu a/p Munisviran -Menyediakan teks ucapan untuk perasmi dan Pengetua. -Secara soft copy dihantar lebih awal . -Secara hard copy
12 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 13. Back Drop dan Pentas 1. Norshahirah binti Mohd Saad (Ketua) 2. Nuradilah binti Sulleh 3. Nur Alyani Nazirah binti Juhari -Memasang dan menghias back drop di pentas Dewan Seri Samarlingga -Menurunkan Back Drop tersebut apabila majlis selesai 14. Kebersihan Dewan dan Tandas 1. Nur Amirah binti Muhammad Atori (Ketua) 2. Nornadia binti Abdul Rashid 3. Saratha A/P Supramaniam -Meminta pekerja swasta membersih lantai dewan, pentas dewan dan tandas dewan sehari sebelum mesyuarat agung bermula. 15. Persiapan Dewan (Sebelum Mesyuarat) 1. Nur Amalina Izzati Binti Ahmad Marzuki (Ketua) 2. Mazzira binti Che mamat 3. Nor Raihana Adne binti Mohd Alami 4. Muhamad Nasruddin bin Hasan -Memastikan lantai dewan dalam keadaan bersih sebelum kerusi disusun -Menentukan lokasi tempat duduk VIP -Menentukan jumlah VIP yang akan duduk -Memastikan sofa disediakan berserta alas meja, air mineral ,gelas dan bunga. Menentukan lokasi tempat duduk ibu bapa dan guru -Menentukan jumlah ibu bapa dan guru yang akan duduk -Memastikan kerusi/meja disediakan mencukupi -Memastikan meja kerusi disusun untuk mesyuarat -Memastikan meja dialas dengan kemas 16. Kemas Dewan (Selepas) 1. Zulkarnain bin Ahmad (Ketua) 2. Mohd Sariffudin bin Abdul Raof 3. Iliyana binti Shafeai 4. Khaironida binti Zainal Abidin -Menyusun dan memulangkan meja/kerusi /alas meja dan peralatan lain ke tempat asal. -Memastikan dewan dalam keadaan bersih selepas digunakan.
13 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 17. Protokol 1. Muhamad Azizul bin Yusof - Menyambut para jemputan dan hadirin serta menunjukkan tempat duduk kepada mereka - Menguruskan upacara penyampaian cenderahati - Memastikan mesyuarat berjalan mengikut aturcara 18. Juruacara 1. Marina Nazurah binti Mohsin - Mendapatkan aturcara mesyuarat - Menyediakan teks juruacara - Memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar dan terkawal 19. Bacaan Doa 1. Mohd Farizul Ariff bin Abdul Manaf - Membaca teks doa yang sesuai dengan majlis 20. Pencatat Minit Mesyuarat PIBG 1. Rosmariathy binti Mat Nor (Ketua) 2. Farah Nadiah binti Mohammad Asrin 3. Nor Farhana binti Mohd Abdul Kadzar 4. Aida Suhana binti Ismail - Memastikan meja untuk mencatat disediakan - Mencatat minit mesyuarat dengan lengkap - Menyediakan minit mesyuarat agung PIBG yang lengkap 3 hari selepas mesyuarat tamat. - Menyerahkan minit tersebut kepada SU PIBG 21. Pengira dan Pencatat Undi 1. Zahari bin Hassan (Ketua) 2. Mohd Ikhwan Hafiz bin Ismail (Pengira undi) 3. Siti Nur Mazni binti Zakaria (Pencatat undi) 4. Rabiatul Al-Adawiyahbinti Jori Roslan 5. Hisbullah bin Abdul Wahab - Mengira undi - Menyediakan papan tulis dan pen marker - Mencatat jumlah undi pada papan tulis - Catatkan JK yang telah dipilih dengan jelas. - AJK PIBG (guru) boleh dicatat lebih awal.
14 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 22. Dokumentasi 1. Zahrina binti Mohd Yusof (jurufoto) 2. Suzita binti Ibrahim 3. Zulaida binti Mohamed @ Ab. Rahman (Dokumentasi dan Jadual 4 (PSO) - Mengambil gambar yang sesuai sepanjang mesyuarat berlangsung - Menyediakan pelaporan lengkap Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 - Menyerahkan pelaporan kepada SU PIBG selepas 7 hari mesyuart tamat 23. Gimik dan Persembahan 1. Nor Azam bin Jamaludin 2. Nurzuhairiah binti Yusof - Memastikan murid bersedia untuk membuat persembahan 24. Penyediaan Makanan Makanan VIP 1. . Noor Azmawati binti Che Soh @ Yusof (Ketua) 2. Halimatul Sa’diah Binti Ahmad Sarapan guru dan ibu bapa 1. Siti Hamdalah binti Muhamad @ Hamdan (Ketua) 2. Wan Khatijah Binti Wan Mohamad 3. Walruhanariza binti Harun 4. Asmah binti Haji Mohd Amin -Menentukan menu dan membuat tempahan -Menentukan tempat jamuan -Memastikan peralatan jamuan cukup dan bersih -Memastikan kerusi /meja jamuan dihias -Sentiasa berada di meja jamuan semasa VIP menikmati jamuan. - Memastikan makanan ditempah dalam bentuk pack - Menentukan tempat agihan makanan - Sarapan diserahkan kepada ibu bapa/penjaga dan guru ketika pendaftaran
15 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
16 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
17 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
18 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
19 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
20 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DARUL EHSAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28 SESI 2023/2024 Tarikh : 13 Mei 2023 bersamaan 24 Syawal 1445 Hijrah Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari Tempat : Dewan Seri Samarlingga Perasmi : Yang Berbahagia Tuan Haji Ir. Huzairi bin Ismail Kehadiran : Ibu bapa dan guru-guru (Rujuk Lampiran) Pencatat Minit : Puan Farah Nadiah binti Mohammed Asrin Mesyuarat : Puan Azlina binti Abdullah : Puan Aida Suhana binti Ismail Puan Hasnah binti Sahar 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (YDP) SMK DARUL EHSAN – TUAN HAJI IR. HUZAIRI BIN ISMAIL 1.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dewan yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 ini. 1.2 YDP memperkenalkan diri kepada semua ahli dewan yang hadir dan menjemput barisan Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 untuk memenuhkan kerusi yang kosong di bahagian hadapan. 1.3 YDP meminta ahli yang hadir sama-sama untuk merujuk agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 bagi sesi 2023/2024 pada muka surat 6 dalam Buku Mesyuarat Agung PIBG. 1.4 YDP meneruskan agenda yang kedua, iaitu membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-27 sesi 2022/2023. 2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27 2.1 YDP PIBG, Tuan Haji Ir. Huzairi bin Ismail menyerahkan majlis kepada setiausaha, Puan Nur Aziani binti Hussin untuk meneruskan pembentangan laporan tahunan PIBG kali ke-27. 2.2 Setiausaha PIBG memperkenalkan diri dan membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 bagi sesi 2022/2023 seperti yang terkandung pada halaman
21 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 16 hingga halaman 23 dalam Buku Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28. Para ibu bapa dan guru diminta menyemak kandungan buku tersebut. 2.3 YDP membuka ruang kepada ibu bapa yang ingin mengemukakan soalan atau pandangan berkaitan dengan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke -27 2022/2023. Makluman 2.4 Encik Abdul Razak bin Abu Bakar mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 di terima dan cadangan tersebut disokong oleh Puan Jamilah binti Othman. Cadangan juga disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Makluman 3.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 3.1 YDP sekali lagi meminta Puan Nur Aziani binti Hussin, setiausaha kehormat PIBG untuk membentangkan laporan tahunan PIBG sesi 2022/2023. 3.2 Puan Nur Aziani binti Hussin juga membentangkan dan meminta ibu bapa menyemak laporan tahunan PIBG sesi 2022/2023 seperti yang terkandung pada halaman 30 hingga halaman 34 dalam Buku Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28. 3.3 Encik Hamizan mencadangkan agar minit mesyuarat agung PIBG kali ke-27 di terima dan cadangan tersebut disokong oleh Encik Mohd Fauzi. Cadangan juga disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Makluman 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 4.1 YDP meneruskan agenda yang keempat, iaitu dengan menjemput bendahari , Puan Tan Gien Pei untuk membentangkan penyata kewangan PIBG sesi 2022/2023 yang berakhir pada 31 Disember 2022. 4.2 Puan Tan Gein Pei, Bendahari PIBG SMK Darul Ehsan membentangkan laporan penyata kewangan PIBG bagi tahun 2022 yang berakhir pada 31 Disember 2022 seperti yang terkandung pada halaman 36 hingga halaman 43 dalam Buku Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28. 4.3 Encik Mohd Khairil Hisham mengajukan soalan mengapa tiada penggunaan Dana Tabung Kebajikan Pelajar (Nota 9) dan Dana Lembaga Zakat Selangor (Nota 10) pada tahun 2022 mengikut Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2022. Puan Norlia binti Abu Bakar, pengetua SMK Darul Ehsan menerangkan sumber dana tersebut dan memaklumkan tiada permohonan rasmi diterima daripada murid asnaf berdaftar untuk menggunakan wang tersebut. Tabung kebajikan ini juga
22 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 dimaklumkan baru sahaja diwujudkan sebagai sebahagian daripada Dana Tabung PIBG. Makluman 4.4 Puan Norhafizah binti Husin mencadangkan agar penyata dan laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 diterima dan cadangan tersebut disokong oleh Puan Nermaljit Kaur. Cadangan juga disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat tanpa pindaan. Makluman 5.0 PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2023/2024 5.1 Pengerusi membubarkan AJK PIBG Sesi 2022/2023. Encik Huzairi bin Ismail di lantik sebagai pengerusi sementara bagi sesi pemilihan AJK baharu. 5.2 YDP menunggu dan memberi peluang sekiranya ada bantahan daripada ibu bapa terhadap lantikan tersebut. Sekiranya ada, ibu bapa perlu mengangkat tangan dan menyatakan bantahan tersebut. 5.3 Encik Huzairi bin Ismail diterima sebagai pengerusi sementara secara sebulat suara. Pengerusi sementara juga menarik diri daripada menjadi AJK PIBG untuk sesi baru. 5.4 Encik Huzairi bin Ismail selaku pengerusi sementara mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan kepadanya. 5.5 Pengerusi sementara memberikan kata-kata aluan dan salutasi kepada pengetua SMK Darul Ehsan, Guru-guru Penolong Kanan, Ketua Bidang dan guru-guru yang hadir. 5.6 Agenda kelima diteruskan, iaitu perlantikan AJK PIBG bagi sesi 2022/2023. Jawatan yang dicadangkan adalah seperti yang terkandung pada halaman 66 dalam buku mesyuarat agung. Pengerusi sementara juga memberi cadangan supaya seorang pencadang hanya mencalonkan satu nama untuk bertanding dan ada sokongan. 5.7 Pengerusi membuka pencalonan Pengerusi PIBG baharu dan meminta pencadang memperkenalkan diri dan menyatakan nama calon.
23 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 Bil Calon Dicadang Oleh Disokong Oleh Undi Diperoleh 1 Tuan Haji Daud bin Ibrahim Tuan Haji Mizan bin Mamat Tuan Hj Abdul Razak bin Abu Bakar 80 2 Encik Saravanan Puan Sathiabama a/p Thirugnana Puan Devi a/p Govindasamy 17 3 Encik Abdul Razak bin Abu Bakar Puan Aziani Puan Jamilah binti Othman 33 5.8 Pengerusi sementara mengumumkan Tuan Haji Daud bin Ibrahim sebagai Pengerusi PIBG baharu bagi sesi 2023/2024 berdasarkan undian tertinggi iaitu 80 diikuti Encik Abdul Razak bin Abu Bakar sebagai Naib Pengerusi Baharu berdasarkan undian kedua tertinggi. 5.9 Puan Jamilah mencadangkan juga calon pengerusi ketiga, Encik Saravanan dilantik sebagai AJK ibu bapa dan disokong oleh Puan Azlina serta ahli dewan. 5.10 Pengerusi seterusnya membuka pencalonan AJK ibu bapa dan meminta pencadang memperkenalkan diri dan menyatakan nama calon. Bil Calon Dicadang Oleh Disokong Oleh Undi Diperoleh 1 Tuan. Haji Mizan bin Mamat Tuan Haji Daud bin Ibrahim Encik Abdul Razak bin Abu Bakar 68 2 Encik Khairizal bin Ab Karim Encik Abdul Razak bin Abu Bakar Puan Norhani 58 3 Dr Sathiabama a/p Thirugnana Puan Devi a/p Govindasamy Puan Nermaljit 82 4 Encik Md Musa bin Haji Ikhsan Puan Afifah Encik Mohd Khairi 78 5 Encik Mohd Hazley Shahril Ibrahim Puan Norazura Puan Hasnah 36 6 Encik Mohd Saljji bin Junoh Ustaz Abdul Hakam Puan Asmah 87 7 Tuan Haji Mohd Suhaimi bin Ab. Razak Puan Asmah Puan Aziani 53 5.11 Setelah Puan Jamilah mencadangan pencalonan AJK ibu bapa ditutup dan disokong oleh Puan Azlina, proses kiraan undi berjalan dengan 5 peluang undian diberikan kepada ahli mesyuarat.
24 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 5.12 Pengerusi Sementara telah menyenaraikan nama Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 berdasarkan undian tertinggi dan seterusnya menjemput Pengerusi Baharu untuk meneruskan agenda mesyuarat. AJK PIBG 2023/2024 YDP : Tuan Haji Daud bin Ibrahim NYDP : Encik Abdul Razak bin Abu Bakar Setiausaha : Puan Nur Aziani bt Hussin Bendahari : Puan Tan Gien Pei AJK Ibu Bapa PIBG sesi 2023/2024 1. Encik Saravanan Sanmugam 2. Encik Mohd Musa bin Hj Ikhsan 3. Encik Mohd Hazley bin Shahril Ibrahim 4. Encik Mohd Saljji bin Junoh 5. Encik Khairizal bin Abd Karim 6. Tuan Haji Mizan bin Mamat 7. Dr. Sathiabama T.Thirugnana AJK Guru sesi 2022/2023 1. Puan Zulaida bt Mohamed 2. Puan Rabiatul Al-Adawiyah bt Jori Roslan 3. Puan Zainab bt Tukinon 4. Encik Nor Azam bin Jamaludin 5. Puan Zainun bt Ahmad 6. Puan Siti Nur Mazni bt Zakaria Makluman 6.0 PEMILIHAN 2 ORANG PEMERIKSA KIRA-KIRA 6.1 Juru Audit Ibu Bapa 6.1.1 Perlantikan pemeriksa kira-kira daripada wakil ibu bapa ialah Puan Norhafizah hasil dari undian ahli dewan. 6.2 Juru Audit Dalaman 6.2.1 Puan Norazizan Binti Abdullah dikekalkan jawatannya untuk sesi 2023/2024 sebagai Juru Audit PIBG dan disokong sebulat suara. Makluman
25 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 7.0 MENERIMA DAN MEMBAHASKAN USUL IBU BAPA 7.1 Insfrastruktur 7.1.1 Pengetua memaklumkan kesesakan lalu lintas yang berlaku setiap kali pelajar datang dan pulang dari sekolah terutamanya pada waktu puncak adalah berpunca daripada kedudukan 5 buah sekolah yang berdekatan antara satu sama lain. Hal ini juga berikutan penambahan bilangan murid tingkatan 1 dan 2 pada tahun ini. Garisan melintas jalan juga telah dibuat untuk mempertingkat sistem keselamatan murid ketika hadir dan pulang sekolah. Makluman 7.1.2 Pengetua memaklumkan bagi usul tandas kurang bersih dan rosak, tindakan telah diambil. Dana daripada kutipan Hari Karnival Keusahawan 2022 telah digunakan untuk baik pulih tandas termasuk memperbaiki lampu dan pintu tandas. Unit HEM sentiasa memantau kebersihan dan kerosakan tandas bagi memastikan keselesaan guru dan murid di sekolah. Tindakan: Pengurusan HEM 7.1.3 Pengetua juga mengulas usul penambahan kipas di Dewan Seri Samarlingga yang memerlukan kos yang tinggi untuk menukar atau menambah lebih banyak kipas baharu. Namun, 4 buah kipas dinding dan 2 kipas berdiri telah ditambah pada hujung tahun 2022 untuk keselesaan murid terutamanya ketika peperiksaan di dewan. Makluman 7.1.4 Pengetua menyarankan murid untuk menggunakan tangga sebelah kanan bangunan Blok E untuk mengurangkan risiko murid terjatuh terutamanya murid di sesi petang. Usul untuk memindahkan 4 kelas di Blok E ke kelas di Blok B juga tidak dapat dilaksanakan memandangkan kelas-kelas di Blok E memerlukan kelas yang tidak berkongsi. Makluman 7.1.5 Pengetua memaklumkan kerja-kerja menaik taraf longkang di sepanjang Jalan 11 telah siap, justeru itu motosikal murid boleh diletakkan di bahu jalan tersebut. Pengetua menegaskan motosikal murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah terutama kepada murid yang tiada lesen memandu. Makluman 7.1.6 Pengetua memaklumkan kelas tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk meletakkan loker kerana bilangan murid yang ramai iaitu antara 35 hingga 38 orang murid sekelas. Selain itu, akan timbul
26 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 masalah terutamanya bagi kelas-kelas yang berkongsi bilik darjah. Pengetua juga menyarankan murid hanya membawa buku mengikut jadual harian yang diberikan. Makluman 7.1.7 Pengetua menjawab usul berkaitan penyediaan tempat meletak kereta untuk ibu bapa mengambil anak setiap hari di mana kawasan sekolah yang sangat padat menyukarkan pihak sekolah untuk menyediakan tempat tersebut. Pihak sekolah telah menyediakan bangku di pos pengawal untuk kegunaan murid ketika menuggu ibu bapa. Makluman 7.1.8 Pengetua memaklumkan cadangan untuk membina laluan berbumbung di luar kawasan sekolah akan dibincangkan dengan AJK PIBG baharu memandangkan kawasan luar sekolah adalah bidang kuasa MPS. Makluman 7.1.9 Pengetua memaklumkan kerosakan yang berlaku di dalam kelas diperbaiki dari semasa ke semasa bergantung kepada jenis kerosakan. Namun jika kerosakan tersebut terlalu teruk seperti kipas dan lampu yang tidak boleh berfungsi lagi telah ditukarkan kepada yang baru. Permohonan untuk menambah bilangan kerusi dan meja yang baru juga telah dibuat dan 150 set kerusi dan meja telah diterima untuk kegunaan murid. Makluman 7.1.10 Pengetua menjelaskan sekolah tiada kredibiliti untuk menyediakan kelas memandu motorsikal seperti yang diusulkan oleh ibu bapa. Namun begitu, program kerjasama bersama Yamaha telah diadakan untuk memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada murid. Makluman 7.1.11 Pengetua juga memaklumkan tentang kerja menaik taraf kantin untuk menampung pertambahan murid dan memberi keselesaan ketika waktu rehat. Makluman 7.1.12 Usul terakhir berkaitan infrastruktur iaitu membaiki atap tempat wuduk murid perempuan di surau sekolah akan diperiksa oleh pihak sekolah dan pengetua memohon agar murid sentiasa berhati-hati di dalam kawasan sekolah. Tindakan: Pengurusan HEM
27 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 7.2 Kurikulum/Akademik 7.2.1 Usul yang pertama ialah cadangan untuk mewujudkan mata pelajaran Asas Sains Komputer kepada murid tingkatan 1 hingga 3 diulas oleh Pengetua dengan penerangan tentang tiada kemudahan komputer yang mencukupi untuk murid memandangkan bilangan komputer yang ada sekarang sangat terhad. 7.2.2 Pengetua menjelaskan bahawa sekolah menghadapi masalah kekurangan guru untuk menawarkan subjek Bahasa Arab kepada murid bukan dari kelas KAA. Makluman 7.2.3 Usul berikutnya cadangan untuk mengadakan kelas tambahan. Pengetua memaklumkan bahawa sekolah telah dalam perancangan mengadakan kelas tambahan dan sangat menitikberatkan isu tersebut terutama sekali bagi kelas yang akan menduduki peperiksaan. Selain itu juga, Bengkel Teknik Menjawab, Program Kecemerlangan dan Program Sentuhan Akhir untuk murid yang bakal menduduki peperiksaan turut akan diteruskan. Tindakan: Pengurusan Akademik 7.2.4 Usul daripada ibu bapa berkenaan dengan pendekkan waktu sekolah dan isu beg berat diulas oleh Pengetua dengan memaklumkan bahawa sekolah perlu akur pada SPI KPM Bil. 9/2016 di mana waktu persekolahan telah ditetapkan dan sekolah telah terikat dengan SPI tersebut. Bagi isu beg berat Pengetua mohon murid-murid membawa buku mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Makluman 7.2.5 Ibu bapa meminta supaya masa rehat murid selama 20 minit dipanjangkan. Pengetua mohon supaya murid-murid bijak menguruskan masa rehat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan tidak melengahkan masa rehat yang diberi. Jika masa rehat ditambah ianya akan melanggar SPI KPM Bil. 9/2016 yang telah ditetapkan. Makluman 7.2.6 Pengetua menjelaskan tentang terdapatnya pencerapan berkala oleh para pentadbir dan PPD untuk memantau prestasi guru dari semasa ke semasa sebagai mengulas usul ibu bapa supaya membuat kaji selidik berhudung prestasi guru melalui murid. Makluman 7.2.7 Usul mengadakan perjumpaan ibu bapa dan guru atau dua hala komunikasi melalui aplikasi Whatsapp atau Telegram untuk memaklumkan prestasi murid dijawab oleh Pengetua dengan penerangan tentang perjumpaan
28 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 berkala ibu bapa dan guru sekurang-kurangnya sekali setahun telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Aplikasi yang dinyatakan juga tidak sesuai digunakan untuk berbincang tentang prestasi murid. Makluman 7.2.8 Pengetua memaklumkan program motivasi dan bacaan Yasin setiap minggu serta pelbagai program kerohanian telah menjadi amalan di sekolah dalam usaha menerapkan pendidikan agama kepada murid. Makluman 7.3 Hal Ehwal Murid 7.3.1 Ibu bapa meminta pihak sekolah untuk menyediakan kepelbagaian makanan yang lebih berkhasiat, sedap dan mencukupi, mengurangkan harga makanan, menyediakan menu Rahmah. Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah berbincang dengan pengusaha kantin dan tindakan pemantauan lebih kerap akan dibuat oleh unit HEM berkaitan masalah tersebut. Pengetua juga memaklumkan bahawa harga makanan semakin meningkat menyebabkan agak sukar pihak kantin untuk menurunkan harga makanan kerana harga makanan agak berpatutan. Tindakan: Pengurusan HEM 7.3.2 Ibu bapa meminta pihak sekolah untuk memantau disiplin murid dari semasa ke semasa kerana ada kes buli. Pengetua memaklumkan agar ibu bapa tampil ke hadapan berbincang dengan guru kelas atau Penolong Kanan HEM berhubung masalah disiplin di sekolah. Tindakan: Pengurusan HEM 7.3.3 Ibu bapa memaklumkan bahawa buku dan alat tulis yang dijual di kedai buku sekolah terlalu mahal. Pengetua memaklumkan bahawa alat tulis tidak wajib dibeli di kedai buku sekolah. Ibu bapa boleh membeli di kedai luar yang lebih murah. Tindakan: Pengurusan HEM 7.3.4 Ibu bapa menyuarakan agar mengurangkan Yuran PIBG. YDP PIBG memaklumkan bahawa Yuran PIBG yang dikenakan RM 60 setahun adalah sangat berpatutan dibandingkan dengan keperluan murid yang perlu dipenuhi dari segi infrastruktur, hal ehwal murid, kurikulum dan kokurikulum. Makluman 7.4 Sukan dan Kokurikulum 7.4.1 Pengetua memaklumkan usul berkaitan pengurangan masa aktiviti kokurikulum tidak dapat dilaksanakan kerana sekolah akur dengan SPI Bil. 2/2007 Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-
29 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 sekolah Rendah dan Menengah bertarikh 15 Januari 2007 iaitu 180 minit untuk setiap kali perjumpaan. Makluman 7.4.2 Pengetua juga memaklumkan bahawa tiada perjumpaan Unit Kokurikulum pada hari Sabtu kecuali aktiviti berkala seperti Merentas Desa, Kejohanan Sukan sekolah dan sebagainya. Makluman 7.4.3 Pengetua menegaskan bahawa aktiviti Kokurikulum dan PJPK sangat penting untuk keseimbangan murid dan membantu mereka mengurangkan tekanan belajar sebagai menjawab usul supaya kurangkan aktiviti kokurikulum dan fokuskan kepada akademik. Makluman 8.0 MENERIMA DAN MEMBAHASKAN USUL SEKOLAH 8.1 Sumbangan PIBG sebanyak RM 60 satu keluarga kekal seperti tahun sebelum. Sekiranya ada beberapa orang adik-beradik yang bersekolah di SMK Darul Ehsan, adik yang akan membuat sumbangan. 8.2 Sumbangan Kecemerlangan SPM 2023 (daripada murid Tingkatan 5 2023/2024) RM 80 dengan justifikasi anggaran kos seorang murid seperti berikut: 8.2.1 Modul/ Bahan Latihan /Ulangkaji (semua subjek SPM) = RM 30.00 8.2.2 Kem Perkampungan Ilmu (14 hari) = RM 30.00 8.2.3 Makanan dan minuman sepanjang SPM (14 hari) = RM 20.00 8.3 Bayaran insentif untuk guru yang melaksanakan kelas tambahan kepada murid Tingkatan 5 2023/2024 daripada Dana Induk PIBG dengan cadangan satu jam RM 20.00. Jadual kelas tambahan lepas sekolah dan hari Sabtu minggu ke dua dan ke empat sedang disusun atur dengan mengambil kira semua murid Tingkatan 5, semua guru Tingkatan 5 dan semua mata pelajaran Tingkatan 5. 8.4 Sumbangan Majalah RM 15.00 satu keluarga. Majalah sekolah adalah dokumen bagi merakamkan profil sekolah, kegiatan murid dan kejayaan murid sekolah dan wadah penghubung sekolah dengan masyarakat. 8.5 Bayaran ganti rugi kerosakan harta benda sekolah dicadangkan dalam usaha mengurangkan vandalisme di sekolah di samping memupuk rasa tanggungjawab dalam diri murid. Bayaran yang dicadangkan adalah seperti padas muka surat 54 Buku Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28. 8.6 Encik Daud Bin Ibrahim mencadangkan usul-usul sekolah yang dibentangkan diterima. Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara. Makluman
30 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YDP PIBG mewakili semua AJK yang dilantik bagi sesi 2023/2024 mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin kerana telah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memikul tanggungjawab yang diberikan. Beliau berharap jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk mengekalkan serta menaikkan lagi kecemerlangan SMK Darul Ehsan dan kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. Mesyuarat PIBG kali ke-28 ditangguhkan pada jam 11.30 pagi. Disediakan oleh, Urus setia Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 13 Mei 2023
31 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
32 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28 IBUBAPA BIL NAMA 1. DEVI A/P GOVINDASAMY 2. MUNIYAMAL SASIDARAN 3. CHONG SHWU ENG 4. NURDIANA BT MOHD NAWAWI 5. ANANTHY 6. NANTHINI 7. MASITAH MANAN 8. JOHARI ABAS 9. SITI NOR BT AB RASHID 10. NOORAZDDIE B MUSA 11. NORHAYATI BT ABU HASSAN 12. SULOCHANAVATHY A/P SELUAR RAJA 13. NORLIA BT JAAFAR 14. MOHD KHAIRIL HISHAM BIN AB RAZAK 15. ABDU HALIM AHMAD 16. MUSTAFFA KAMAL NORFAHIZAL 17. CHRISTINA A/P A. THOMAS 18. NORAZLINA RAMLY 19. ZURA BT MAT YA 20. NERMALJIT KAUR 21. ZURAINI BT ISMAIL 22. KHAIRIZAL B AB KARIM 23. RAFIDAH RAHMAT 24. MOHD SUHAIMI BIN ABD RAZAK 25. MOHD IRWAN BIN RAHIM 26. RAMA RAO A/L NAGARAM 27. KHAIRIL AMRI 28. MAZNAH BT JELANI 29. SURIYA AHMAD 30. SITI AYU ROHAIDA 31. SUZWIN BINTI SAHHINI 32. ABDUL RAZAK ABU BAKAR 33. JALALUDIN MAT SHUKOR 34. NORHAFIZAH HUSIN 35. YARNI BT AMIK 36. USAMAH BIN MOHAMMAD ZAID 37. SARAVANAN 38. DAUD IBRAHIM 39. AZLIZA BINTI ALIAS 40. ROZILA BINTI HARUN 41. AHMAD HAMBALI RAZALI 42. NOREISHAH SAAD 43. THANAM A/P MUNIANDY 44. SURIATI BT RASUNAN 45. ROSNANI ISMAIL 46. AZLINA ABDULLAH 47. ABDUL HAKIM BIN ABDUL MAJID 48. NOOR AZRINA ABDULLAH 49. SARATHA A/P ARMUGAM 50. MOHD SAJJI BIN JUNOH 51. NIK MOHD FARIZ NIK MOHAMED SUKRI 52. JULAILA BINTI MOHD ISA 53. PREMALATHA SHANMUGAM 54. RANI BINTI HAMZAH 55. NOOR HABIBAH BINTI MOHAMAD NAWAWI 56. MOHD ASRI AWANG 57. QISTINA YEON ABDULLAH 58. MAZNAH BINTI HASSAN 59. MIZAN BIN MAMAT 60. RAJA A/L KANAPPAN 61. IFFAH MOHAMMAD
33 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 62. NOR ROSLIDA BT HARAMAN 63. SATHIABAMA T.THIRUGNANA 64. SALWA BT JOHARI 65. MOHD MUSA HJ IKHSAN 66. NASHARUDDIN 67. AHMAD SHAHIR 68. RAVI A/L ARUMUGAM 69. MURNIZAH BINTI MALIM 70. ZURIATY BINTI AZHARI 71. MIZATUL AKMAL BINTI MUKHTAR 72. YOGESHWARY A/P VEERAPPAN 73. NORZANA BINTI MD NOOR 74. SAFRIANTI BINTI SAIFUL 75. MOHD HAZIM 76. RAHMAD BINTI AHMAD 77. ZAKI AWANG AHMAD 78. NOR AZMA MOHD NOR GURU SESI PAGI 1. NORLIA BINTI ABU BAKAR 2. JAMILAH BINTI OTHMAN 3. ROSEHAYATI BINTI MATT TAHA 4. ZARINA BINTI NORDIN 5. NIK ASNI EZLINA BINTI IZANI 6. SHAMIRAH BINTI ABD RAHIM 7. AZLAN BIN JEMIRI 8. DR AZLINA BINTI MUSTAFFA 9. NADA NADIRAH BINTI AB RAHIM 10. AKMARINI BINTI MOHD ARIS 11. ASMAH BINTI MOHD AMIN 12. AZLIZA BINTI ALIAS 13. FARAH NADIAH BINTI MOHAMMED ASRIN 14. FARHAH BT KASSIM 15. GHANDI MATHI A/P ALAGERISAMY 16. HALIMATUL SA'DIAH BINTI AHMAD 17. HAMDAN BIN HAMID 18. HASNAH BINTI SAHAR 19. HAZREENI RAFIQA BINTI HOSNI 20. KHAIRONIDA BINTI ZAINAL ABIDIN 21. KHUZAIMAH BINTI YASAK 22. MAZNAH BINTI HASSAN 23. MERCY ALMEIDA A/P STELLUS ALMEIDA 24. MOHAMAD FAUZI BIN HARUN 25. MOHAMED RAPI BIN ZUHRI 26. MOHD FARIZUL ARIFF BIN ABD MANAN 27. MUHAMMAD SAIFUL BIN ZULKIFLI 28. MUHMMAD MIRZA WAFI BIN MAHMUDDIN 29. NAZATUL SYIMA BINTI ROSMI 30. NAZRINA BINTI ABDULLAH 31. NOOR AZMAWATI BINTI CHE SOH @ YUSOF 32. NOOR ZEHAN BINTI MOHD JAAFAR 33. NOORAMIRA BINTI AHMAD 34. NOR ASHILA BINTI MOHAMAD 35. NOR AZAM BIN JAMALUDIN 36. NOR QURRATUAINI BINTI ZULKIFLI 37. NORASNI BINTI SANUSI 38. NORAZIZAN BINTI ADBULLAH 39. NORHELYINA BINTI OSMAN 40. NORZANA BINTI MD NOOR 41. NUR AINI AZ-ZAHARA BT AHMAD ZAMRI
34 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 42. NUR ALYANI NAZIRA BINTI JUHARI 43. NUR AMIERA HIZATTY BINTI HAFIZA 44. NUR AZIANI BINTI HUSSIN 45. NUR HIDAYAH BINTI JOHARI 46. NURADILAH BINTI SULLEH 47. NURDIANA BINTI MOHAMED NAWAWI 48. NURSHARINA BINTI ALIAS 49. NURUL EZZAH BINTI BARMAN 50. NURUL HUDA BINTI AHMAD HIFDZULLAH 51. PRAVITA A/P MAHANTHEVAN 52. RABI'AH HANANI BINTI MOHD SIDEK 53. RABIATUL AL-ADAWIYAH BINTI JORI ROSLAN 54. RAZMAN BIN HAMID 55. ROSMARIATHY BINTI MAT NOR 57. ROZILA BINTI HARUN 58.ROZINAH BINTI RAMLI 59. SAFURA BINTI FADZILAH 60. SHARIFAH ZURAIHAN BINTI SYED KAMAL KHALID 61. SITI ADAUWIAH BINTI YUSOF 62. SUZITA BINTI IBRAHIM 63. TAN GIEN PEI 64. WAN AZIZUN BINTI WAN MUHAMAD 65. WAN NAZIRA BINTI WAN JAAFAR 66. ZAHARI BIN HASSAN 67. ZARINA BINTI MOHAMED JAMALLUDIN 68. ZULAIDA BINTI MOHAMED @ AB.RAHMAN 69. ZUNAIDAH BINTI ABDULLAH 70. ZUNAIDAH BINTI ABDULLAH 71. ZURAIDAH BINTI MISKON 72. ZURIATY BINTI AZHARI GURU SESI PETANG 1. AHMAD ZHAFRAN BIN SHAGUL HAMED 2. AIDA SUHANA BT ISMAIL 3. AZLINA BT ABDULLAH 4. CHONG SHWU ENG 5. DIYANA FASIHA BT AYUB 6. FITRIAH HASNAA BINTI JOHARI 7. HASMILINI BT SULAIMAN 8. HISYAMUDDIN BIN HAMELAM 9. IFFAH BINTI MOHAMAD 10. IKI HUSNA BINTI NOH 11. INTAN SALWANIS BINTI ABU BAKAR 12. KHAIRUNNISA BT ALIAS 13. KHAIRUNNISA BT SAPIEE 14. MAIZURA BINTI BAHARUDIN 15. MALATHI A/P GOVINDAN 16. MOHD FADHLI SYAHMI B MOHAMMAD 17. MOHD IFAN BIN RAZAZ 18. MOHD KAMARUL NIZAM BIN MOHD TALIB 19. MOHD NAIM BIN HASSAN 20. MUHD NASRUDDIN BIN HASAN 21. NABILAH BINTI ABDUL SUKI 22. NAFISAH BT ISMAIL 23. NAJIHAH BT BAHAROM 24. NGANAMBEGAI A/P KANDASAMY
35 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 25. NIK NORISWANI BT NIK ISMAIL 26. NOOR AZRINA BINTI ABDULLAH 27. NOR HASLINDA BT JAMALUDIN 28. NOR RAIHANA ADNE BT MOHD ALAMI 29. NOR ROSLIDA BT HARAMAN 30. NOR SHUHADA BT YAHAYA 31. NORHASNIDA BINTI KHALID 32. NORINI BT MUHARI 33. NORLIA BT JAAFAR 34. NORNADIA BT ABDUL RASHID 35. NORSHAHIRAH BT MUHAMMAD SAAD 36. NORSYUHADA BT SHAHARUDDIN 37. NUR AMALINA IZZATI BT AHMAD MARZUKI 38. NUR AMIRAH BT MUHAMMAD ATORI 39. NUR ATHIRA HUSNA 40. NUR ILIYANA BT SHAFEAI 41. NURUL WAFIDAA BT RUSLI 42. ROJARAMANI A/P SUPRAMANIAM 43. SAJIDAH BINTI ZAKARIA 44. SAKINAH BT ABDUL SOMAT 45. SARATHA A/P SUPRAMANIAM 46. SHABIETHA NAIR A/P RAVINDRAN 47. SITI HAMDALAH BT MUHAMMAD @HAMDAN 48. SUGGANIA ANANTHA RAO 49. WARDAH BINTI ABDULLAH 50. ZAHRINA BINTI MOHD YUSOF 51. ZAINAB BT TUKINON 52. ZAINUN BT AHMAD 53. ZULKARNAIN BIN AHMAD
36 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
37 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 PELAKSANA : PIBG SMK Darul Ehsan PROGRAM : Penglibatan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 2023 1. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28 2. Penyerahan Keputusan SPM 2022 3. Majlis Khatam al-Quran dan Ihya’ Ramadhan 2023 4. Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2023 5. Perasmian Makmal Sains Sukan 6. Sambutan Hari Guru 2023 7. Road Run 2023 8. Program Penetapan Target SPM 2023 9. Sambutan Maulidur Rasul 2023 10. Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah SMK Darul Ehsan TARIKH PELAKSANAAN : Sepanjang 2023 TEMPAT : SMK Darul Ehsan AKTIVITI : 1. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28 Tarikh : 15 Mei 2023 ( Sabtu ) I. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28 yang diadakan secara bersemuka berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Para ibu bapa telah membuat pendaftaran di Dewan Samarlingga . II. YDP PIBG telah menyampaikan ucapan ringkas diikuti dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu, penyata tahunan serta penyata kewangan. III. Berikutnya YDP membubarkan AJK PIBG sesi 2022/2023 dan seterusnya melantik Pengerusi Sementara untuk mengendalikan pemilih AJK PIBG bagi sesi 2023/2024. Setelah pemilihan dibuat, AJK yang baru dipilih mengambil tempat di hadapan untuk
38 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 sesi membentang dan membahaskan usul. Akhir sekali, selepas agenda hal-hal lain, ucapan penangguhan telah dibuat oleh YDP. Majlis ditangguhkan pada jam 11:30 pagi. 2. Penyerahan keputusan peperiksaan SPM 2022 Tarikh : 08/06/2023 (Khamis) 3. Majlis Khatam al-Quran dan Ihya’ Ramadhan 2023 Tarikh : 14/04/2023 ( Jumaat ) I. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan al-Quran dan meraikan kemulian bulan Ramadhan sebagai bulan turunnya al-Quran. II. Program ini diharapkan dapat melahirkan murid yang celik al-Quran III. Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan murid. 4. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2023 Tarikh : 16 Mei 2023 ( Selasa ) I. Tujuan majlis sambutan hari raya diadakan adalah untuk menyemai semangat hormatmenghormati, mengenali budaya orang lain serta berkongsi kemeriah perayaan Aidilfitri dengan murid yang berlainan bangsa dan agama di sekolah. II. Pihak sekolah telah menjemput AJK PIBG bagi sama-sama meraikan program ini. 5. Perasmian Makmal Sains Sukan Tarikh : 19 Mei 2023 (Jumaat) I. AJK PIBG dijemput bagi sama-sama melihat fasiliti terbaru yang ada di sekolah hasil sumbangan Pejabat Pendidikan Daerah untuk membantu melancarkan lagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan murid-murid. II. Melalui program ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya lebih berminat dalam bidang sains sukan. 6. Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah 2023
39 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 Tarikh : 16 Mei 2023 ( Selasa ) I. Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Sri Samarlingga. II. Tujuan pihak sekolah mengadakan sambutan ini adalah untuk meraikan guru-guru yang telah berkerja keras dalam mendidik muridmurid. III. Melalui sambutan ini guru-guru yang telah banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah telah diberi penghargaan dalam bentuk sijil. 7. Road Run 2023 Tarikh : 08 Julai 2023( Sabtu ) I. Program ini bertujuan untuk menyemai amalan gaya hidup sihat serta menanam semangat kesukanan dalam kalangan guruguru dan murid-murid. II. Ibu bapa turut dijemput untuk sama-sama menyertai larian ini. III. Pingat untuk pemenang turut disediakan untuk 20 pemenang utama setiap kategori. 8. PROGRAM PENETAPAN TARGET SPM 2023 Tarikh : 04 Ogos 2023 9. Sambutan Maulidur Rasul 2023 Tarikh : 28 September 2023 10. Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah dan Tazkirah SMK Darul Ehsan Setiap hari Jumaat I. Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah dan Tazkirah SMK Darul Ehsan adalah majlis yang diadakan oleh pihak sekolah pada setiap minggu. II. Majlis diadakan pada setiap hari jumaat semasa sesi persekolahan. III. Pihak sekolah menjemput ibu bapa samasama terlibat semasa majlis Bacaan Yassin. IV. Program yang telah dijalankan ini mendapat sambutan yang baik oleh ibu bapa , guru-guru dan murid-murid. KUMPULAN SASARAN : AJK PIBG, Semua Ibu Bapa dan Guru OBJEKTIF : Semua pihak dapat :
40 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025 1. Menjalinkan kerjasama diantara ibu bapa dan guru bagi menjayakan setiap aktiviti yang diadakan. 2. Mewujudkan semangat kerjasama sepasukan diantara ibu bapa dan guru dalam menyumbang tenaga dan bakti kepada sekolah. 3. Menarik minat ibu bapa untuk mendekati sekolah dan menghubungkan ibu bapa, murid dan guru, yang mana murid-murid menjadi penghubung dan sekolah menjadi lapangan interaksi. STRATEGI PELAKSANAAN : Setiap aktiviti yang diadakan, pelaksanaan dibuat mengikut strategi dibawah : • Menyediakan Kertas Kerja bagi setiap aktiviti • Mesyuarat Jawatankuasa PIBG • Taklimat sebelum aktiviti diadakan • Menyediakan dan menghantar surat jemputan PENILAIAN PROGRAM : KEKUATAN : Ibu bapa dan pihak sekolah dapat bekerjasama dalam menjayakan setiap aktiviti yang diadakan untuk keceriaan sekolah dan keselesaan murid-murid. Kerjasama ini diharap dapat membantu murid-murid dari segi kecemerlangan dari semua aspek. KEKANGAN: Kekangan masa ibu bapa untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : 1. Menambah aktiviti yang boleh melibatkan ibu bapa dalam setiap aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah. 2. Memastikan perancangan yang lebih teliti dibuat supaya tidak ada perkara terlepas pandang. 3. Menyediakan senarai semak sebagai panduan dan rujukan.
41 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
42 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
43 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
44 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
45 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
46 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
47 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
48 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025
49 Mesyuarat Agung PIBG ke-29 2024/2025