The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 744-9-husna, 2022-04-03 04:47:48

PENGHASILAN PRODUK DIGITAL KPPB BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

PENGHASILAN PRODUK KPPB BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

Keywords: kesantunan berbahasa,semut bijak

Mumu

Semut Bijak

Husna Yusof

Mentari menyinari rimba Delima di pagi hari yang indah dan ditemani bunyi riang
unggas. Kelihatan seekor semut yang kelam-kabut seperti lipas kudung (bahasa
kiasan) mengejar kumpulannya mengumpul makanan. Setibanya sang semut dalam
barisan, ketua askar semut memerli sang semut yang terlewat, “Hai Mumu, awalnya
engkau datang?” (bahasa terbalik dan bahasa sapaan tidak formal). Sang semut
yang bernama Mumu menjawab dengan jujur, “Maaf, aku terlewat kerana ada hal
yang perlu aku selesaikan.”

“Ah, itu hanya alasan kau untuk bersenang-lenang daripada bekerja bukan?
Akan aku laporkan kepada raja semut tentang sikap kau ini.” tuduh ketua askar
tersebut dengan membuta tuli (simpulan bahasa). “Tapi…” baru sahaja Mumu ingin
menjelaskan hal tersebut, ketua askar terus angkat kaki (simpulan bahasa) untuk
memeriksa semut yang lain tanpa mendengar penjelasan Mumu terlebih dahulu.
“Bagaimanakah cara untuk menjelaskan kelewatanku ini kepada raja supaya raja
tidak marah kepada aku?” bisik hati Mumu. Mumu amat sedih akan hal itu dan
meneruskan tugasnya untuk mengangkut makanan dengan perasaan gusar dihati
kerana risau akan kemarahan raja semut jika diketahui kelewatannya.

Setibanya mereka di kubu simpanan makanan, ketua askar semut tersebut
melaporkan kelewatan semut kepada sang raja. "Ampun tuanku (bahasa sapaan),
patik mahu melaporkan bahawa sang semut Mumu telah lewat datang bekerja. Mohon
tindakan daripada tuanku." Sang raja yang baik hati bertanya kepada Mumu sebab
kelewatannya, "Mumu, adakah ketua askar berkata benar dan apakah sebab kamu
lewat?" Hal itu menjadikan Mumu mati kutu (simpulan bahasa) kerana tidak tahu
bagaimana untuk menjelaskan hal tersebut kepada sang raja. "Benar tuanku apa
yang dikatakan oleh ketua askar, patik terlewat kerana ada perkara yang perlu patik
selesaikan," luah Mumu.

"Apakah perkara yang perlu diselesaikan oleh kamu itu?" soal Sang Raja dengan
penuh tanda tanya di fikirannya. " Maafkan patik tuanku, patik tidak dapat beritahu
hal tersebut sekarang kerana patik ingin menyiasat tentang hal itu dengan lebih
mendalam", balas Mumu.

"Baiklah kalau begitu, jika kamu bersedia untuk menceritakan hal tersebut,
beritahulah beta dan pastikan kamu tidak mengulangi kesilapan kamu ini," jelas sang
Raja (strategi toleransi). "Baiklah tuanku, terima kasih kerana memahami patik dan
patik berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi," Mumu berjanji (strategi
berterima kasih).

Mereka semua bersurai pulang ke rumah masing-masing namun ketua askar itu
masih tidak berpuas hati dengan Mumu kerana tidak memberitahu hal yang sebenar
dan mengikuti jejak Mumu tanpa disedari oleh Mumu. "Aku perlu tahu apakah yang
dirancang oleh Mumu,” bisik hati ketua askar. Namun, dalam tidak sedar dia telah
kehilangan jejak Mumu dan berasa amat kecewa kerana tidak dapat mengetahui hal
yang sebenar yang dirahsiakan oleh Mumu. “Aduhai, aku telah hilang jejak si Mumu
dan aku tidak dapat mencari tahu hal yang sebenar.Ketua askar mengeluh dengan
nada kecewa kerana gagal menumpukan perhatian ketika menjejaki Mumu dan terus
pulang ke rumah.

Keesokan harinya, mereka bertugas seperti biasa dan Mumu sampai awal di tempat kerja. Mereka
mengumpul makanan dengan gigih untuk bekalan agar mereka tidak kelaparan sewaktu musim
tengkujuh nanti. Namun, di pertengahan jalan, mereka dihalang oleh seekor tenggiling yang merupakan
pemakan semut. “Tenggiling ada di kawasan ini, hati-hati semua!” laung ketua askar semut. Perkara inilah
yang ditakuti oleh semut-semut itu apabila bekerja. Tenggiling telah memakan beratus ekor semut yang
ada dalam kumpulan mereka dan mereka amat berhati-hati apabila terserempak dengan haiwan
pemangsa tersebut.

Tiba-tiba Mumu maju ke hadapan barisan semut dan bersuara nyaring, “Jangan risau semua, aku
ada jalan (peribahasa) untuk menjerat tenggiling tersebut.” Ketua askar yang ragu-ragu akan semut
tersebut menjawab, “Apa yang engkau rancang wahai Mumu, kalau kail Panjang sejengkal usah lautan
hendak diduga (peribahasa). Kita hanya semut kecil yang tidak berdaya mengalahkan tenggiling
raksasa tersebut.” Sahutan ketua askar tersebut telah menyebabkan semut lain berbisik-bisik sesama
sendiri tentang keberanian Mumu untuk menentang tenggiling tersebut kerana mereka sedar bahawa
mereka hanyalah haiwan kecil yang tidak dapat menandingi kekuatan pemangsa tersebut.

“Kita akan dapat mengharungi dugaan yang mendatang dengan baik jika kita
bekerjasama sebagai kumpulan walau sebesar mana rintangan tersebut. Percayalah, ayuh
kita bekerjasama.” Mumu berkata dengan yakin demi melahirkan keyakinan dalam diri
semut lain. “Baiklah, apakah rancangan engkau wahai Mumu?” ketua askar bertanya selepas
disuntik dengan kata-kata Mumu yang berwibawa.

“Untuk menarik perhatian tenggiling tersebut, sekumpulan semut perlu bergegas ke
cerun bukit tepi sungai dan pastikan tenggiling tersebut menggulungkan badannya.
Sewaktu tenggiling menggulungkan badannya, semut lain perlu membuat benteng untuk
memastikan tenggiling tersebut melambung menuju ke sungai. Setelah itu, tenggiling
tersebut akan dibawa arus sungai yang mengalir deras dan tidak akan kembali lagi. Itulah
perancangan aku.” Terang Mumu satu persatu.

Tanpa membuang masa, ketua askar mengarahkan semut untuk melaksanakan tugas
seperti yang diberitahu oleh Mumu. "Perhatian semut-semut semua, lakukan seperti mana
yang Mumu katakan." Berkat kerjasama berpasukan semut-semut itu, mereka berjaya
mengalahkan tenggiling dan berharap agar pemangsa tersebut tidak muncul lagi.

Para semut kembali ke kubu mereka dan ketua askar melaporkan hal tersebut kepada Sang Raja.
Keberanian Mumu dalam merancang strategi untuk mengalahkan tenggiling tersebut mendapat
pujian semua rakyat semut dan Sang Raja juga menyatakan kekagumannnya terhadap Mumu.
“Tahniah Mumu kerana kamu telah menyelamatkan rakyat semut sekalian dan bagaimanakah
kamu boleh berfikir sejauh itu untuk mengalahkan tenggiling yang seperti raksasa itu?”

Pertanyaan itu sedikit sebanyak telah mendorong Mumu untuk menceritakan hal sebenar di
sebalik kelewatannya pada hari sebelumnya. “Sebenarnya sejak kejadian tenggiling menyerang
kawasan ini, patik telah bertekad mencari jalan penyelesaian untuk menghapuskan tenggiling
tersebut. Namun dengan kekuatan seekor semut seperti patik, tidak akan membuahkan hasil
tetapi dengan kerjasama antara pasukan semutlah yang membantu mengalahkan tenggiling
tersebut. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat
(peribahasa). Hal ini juga bersangkut-paut dengan kelewatan patik pada hari sebelumnya. Patik
datang lewat kerana patik mencari kawasan strategik untuk melaksanakan rancangan patik. Patik
berharap tuanku dapat memahami situasi patik dan maafkan patik atas tindakan melulu yang
patik lakukan,” jelas Mumu dengan teliti.

“Mengapa kamu meminta maaf sedangkan apa yang kamu lakukan itu perlu dibanggakan oleh kami
semua? Kamu perlu berbangga dengan diri kamu kerana mampu melakukan sesuatu perkara yang semut lain
tidak dapat lakukan. Beta amat berterima kasih kepada kamu kerana bersikap berani dan bijak mengatur
strategi untuk mengalahkan tenggiling tersebut,” kata Sang Raja.

“Benar apa yang dikatakan oleh Raja itu wahai Mumu. Aku juga bangga punya anggota semut yang berani
seperti engkau. Aku juga ingin meminta maaf kerana selaman ini aku bersangka buruk dengan engkau dan tidak
yakin dengan kebolehan engkau untuk mengalahkan tenggiling itu. Maafkan aku Mumu,” ketua askar
menyatakan rasa bersalahnya terhadap Mumu kerana telah bersangka buruk kepada Mumu. “Aku maafkan
engkau juga, sama-sama kita perbaiki diri kita. “Baiklah, terima kasih Mumu kerana engkau sudi maafkan aku”
ucap ketua askar dengan rasa rendah diri. “Sama-sama sahabat”, balas Mumu dengan senyuman menghiasi
bibirnya (penjagaan air muka). “Wah, engkau sudi memanggil memanggil aku sebagai sahabat engkau walaupun
aku pernah membuat salah kepada engkau?”, soal ketua askar dengan nada teruja. “Ya, kerana setiap kesalahan
boleh diperbaiki wahai ketua,” jelas Mumu lagi. “Baiklah Mumu aku senang dengan penerimaan engkau untuk
bersahabat dengan aku” ucap ketua askar pada akhirnya. Mereka pun berkawan dan rakyat semut hidup bebas
daripada sebarang pemangsa serta sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama dalam melakukan sesuatu
perkara.

TAMAT

Pengajaran yang boleh
diambil dalam cerita ini

Kita sepatutnya bersangka baik kepada seseorang
kerana akan membawa kebaikan kepada perhubungan
antara satu sama lain. Contohnya, ketua askar perlu
bersangka baik kepada Mumu agar tidak berlaku salah
faham antara mereka. Selain itu, kita juga perlu
mengamalkan sikap bekerjasama dan yakin dalam
melakukan sesuatu agar dapat mengeratkan hubungan
untuk mengharungi rintangan bersama-sama. Contohnya
kumpulan semut bekerjasama untuk menentang tenggiling
walaupun mereka makhluk yang kecil.

Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version