HIKAYAT
HANG TUAH
Pada abad ke-15, Hang Tuah merupakan seorang
  pahlawan legenda berbangsa Melayu ketika
    pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
     Beliau lahir di Kampung Sungai Duyong,
    Melaka. Bapanya bernama Hang Mahmud
 manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.
   Bapanya pernah menjadi hulubalang istana
    yang handal manakala ibunya merupakan
             keturunan dayang di istana.
Hang Tuah dan empat orang kawannya:
  Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir
dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama
   Adiputra di Gunung Ledang. Selesai
menuntut ilmu, mereka berlima kembali
               ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya
   menyelamatkan Dato’ Bendahara daripada
  seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato’
Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka
dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan
 seterusnya mengambil mereka untuk bertugas
                         di istana.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi
 mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri
Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah pulang semula ke
 Melaka, beliau telah difitnah. Sultan yang murka
  ketika itu menjatuhkan hukuman tanpa siasatan
 lanjut. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan
        oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah
disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah,
menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan
     telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat
 bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil
 alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di
  Melaka yang dapat menentang Hang Jebat yang
  telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming
                     Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan
berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu
baginda baru menyesal kerana membunuh Hang
 Tuah yang tidak bersalah. Oleh itu, Bendahara
 memberitahu bahawa Hang Tuah masih hidup.
Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang
      dan dititahkan membunuh Hang Jebat.
Setelah tujuh hari bertarung, Hang
   Tuah akhirnya berjaya merampas
semula Taming Sarinya daripada Hang
        Jebat dan membunuhnya.
TAMAT