The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota Bab 4.1 Pangkalan Data dan SQL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IRA MAYA BINTI RAJI Moe, 2020-06-04 08:26:20

Bab 4.1 Pangkalan Data dan SQL

Nota Bab 4.1 Pangkalan Data dan SQL

Prepared by IMR, SMK Valdor

4.1 PANGKALAN DATA DAN SQL

1. Data adalah fakta yang telah terjadi, memiliki makna, dan dapat
digunakan untuk pelbagai tujuan seperti proses penyelesaian masalah.

2. Maklumat adalah hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan
penganalisaan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu
keputusan.

3. Proses untuk menukarkan data kepada maklumat adalah:
i. Mengumpul
ii. Memproses
iii. Menganalisis

4.1.1 Maksud dan Penggunaan Pangkalan Data dan Structured Query
Language (SQL)

(i) Pangkalan Data
1. Pangkalan data:

i. tempat pengumpulan dan penyimpanan data secara berpusat bagi
sistem maklumat yang berasaskan komputer.

ii. merupakan koleksi data yang saling berhubung antara satu sama
lain yang disimpan tanpa berlaku pengulangan data yang tidak
dikehendaki.

iii. memudahkan data dan maklumat untuk disimpan, dicapai atau
dikemas kini.

1

Prepared by IMR, SMK Valdor

2. Pengurusan data dalam sesebuah organisasi terbahagi kepada dua cara:
i. Sistem Fail
• terdapat dua jenis sistem fail yang digunakan, iaitu sistem fail
• secara manual dan sistem fail elektronik.
ii. Sistem Pangkalan Data.
• sistem bersepadu untuk pengurusan data yang saling
berhubung kait.

2

Prepared by IMR, SMK Valdor

3

Prepared by IMR, SMK Valdor

(ii) Structured Query Language (SQL)
1. SQL ialah bahasa pengaturcaraan aras tinggi generasi keempat yang

ringkas dan mudah untuk dibaca serta mempunyai arahan-arahan yang
terhad.
2. SQL digunakan untuk menyimpan, memanipulasi dan mendapatkan data
daripada pangkalan data.
4.1.2 Entiti dan Atribut

4

Prepared by IMR, SMK Valdor

Entiti dan atribut diwakili oleh simbol piawai seperti berikut:

5

Prepared by IMR, SMK Valdor

Contoh rajah hubungan antara entiti dan atribut
Contoh entiti dan atribut dalam jadual pangkalan data

6

Prepared by IMR, SMK Valdor

4.1.3 Kekunci Primer dan Kekunci Asing

7

Prepared by IMR, SMK Valdor

1. Kekunci primer biasanya terletak pada medan pertama sebelah kiri dalam
jadual, manakala kekunci asing terletak pada medan kedua selepas
kekunci primer.

2. Rajah di bawah menunjukkan di bawah 3 jadual yang saling berkait.

Primer

3. Berdasarkan jadual di atas:

4. Terdapat perbezaan antara kekunci primer dan kekunci asing:

8

Prepared by IMR, SMK Valdor

4.1.4 Kekardinalan (Cardinality) antara Entiti dalam Hubungan

1. Kekardinalan merujuk kepada perhubungan antara entiti-entiti dalam
satu pangkalan data.

2. Terdapat beberapa jenis kekardinalan yang digunakan untuk
menghubungkan satu entiti dengan satu entiti yang lain.
i. One to one (1:1)
ii. One to many (1:M)
iii. Many to many (M:N)

3. Perhubungan antara dua entiti diwakili dengan menggunakan kata kerja.
4. Dalam gambar rajah perhubungan entiti (Entity Relationship Diagram –

ERD), hubungan dilukis dengan simbol rombus.
5. Contoh:

Lakaran jenis kekardinalan dalam lukisan gambar rajah perhubungan
entiti bagi situasi-situasi berikut.
(a) Seorang guru menjadi guru kelas bagi satu kelas sahaja.
(b) Seorang murid boleh mendaftar lebih daripada satu acara sukan.

9

Prepared by IMR, SMK Valdor

4.1.5 Membina Pangkalan Data
1. Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau Database Management System

(DBMS) adalah satu sistem perisian yang membolehkan pengguna
mentakrif, mencipta, menyusun, mengemas kini, mengurus dan
menyelenggara pangkalan data.
2. Satu contoh perisian DBMS ialah Microsoft Access. Perisian ini dilengkapi
dengan berbagai-bagai alat perisian (software tools) bagi memudahkan
pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan pangkalan data
hubungan (relational database).
3. Jadual di bawah menerangkan objek-objek pangkalan data Microsoft
Access yang wujud dan penerangan tentang kegunaannya:

10

Prepared by IMR, SMK Valdor

11

Prepared by IMR, SMK Valdor

4.1.6 Menghasilkan Borang dan Memasukkan Data Melalui Borang

1. Form ataupun borang digunakan untuk menyusun dan menguruskan

rekod-rekod yang terdapat dalam pangkalan data dengan lebih efisien.

2. Penggunaan borang membolehkan pengguna memasukkan dan

mengubah suai data dengan mudah kerana borang berfungsi sebagai

antara muka pengguna yang interaktif.

3. Borang boleh dijana secara automatik dengan menggunakan arahan Form

Wizard dalam perisian aplikasi Microsoft Access.

4. Borang yang dihasilkan digunakan untuk memasukkan, mengedit atau

memaparkan data dan rekod dalam jadual hubungan sesuatu entiti.

5. Simbol dan maksudnya:

Simbol Maksud

> Pindah medan yang diklik kepada ruangan medan-

medan terpilih.

>> Pindah semua medan yang sedia ada dalam jadual

kepada ruangan medan-medan terpilih.

< Pindah balik medan yang diklik kepada ruangan

medan-medan telah sedia ada.

<< Pindah balik semua medan kepada ruangan medan-

medan telah sedia ada.

12

Prepared by IMR, SMK Valdor

6. Jenis susun atur dan maksudnya:

Simbol Maksud

Rekod dipaparkan satu demi satu.

Semua rekod dipaparkan dalam bentuk jadual
yang menarik.

Semua rekod dipaparkan dalam bentuk helaian
data yang agak menarik.

Semua medan (fields) disusun pada baris-baris
blok yang mempunyai margin kiri dan kanan
yang tetap.

13

Prepared by IMR, SMK Valdor

7. Penerangan butang-butang yang terdapat pada bahagian bawah borang:

14

Prepared by IMR, SMK Valdor

4.1.7 Penggunaan Pernyataan-pernyataan SQL
1. Perisian aplikasi Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)

menggunakan arahan SQL untuk mencapai data dari rekod yang disimpan
dalam pangkalan.
2. SQL mempunyai sintaks tertentu yang mesti diikuti semasa digunakan.
3. Sintaks merupakan set peraturan yang menetapkan set perintah yang
boleh digunakan dan cara-cara menulis perintah-perintah dalam bentuk
ayat agar boleh difahami dan dilaksanakan oleh perisian aplikasi Sistem
Pengurusan Pangkalan Data (DBMS).
4. Sintaks bagi SQL adalah berasaskan sintaks dalam bahasa Inggeris.

15

Prepared by IMR, SMK Valdor

*** Anda boleh ringkaskan nama di dalam jadual.
Contoh Damia Zahraa → Damia

16

Prepared by IMR, SMK Valdor

17

Prepared by IMR, SMK Valdor

18

Prepared by IMR, SMK Valdor

4.1.8 Penggunaan Pernyataan-pernyataan SQL yang Melibatkan Ungkapan
Boolean

1. SQL juga boleh menggunakan operator logik (boolean) bagi

menggabungkan dua atau lebih kriteria bagi menghasilkan satu kriteria

baru.

2. Antara operator yang sering digunakan adalah operator OR dan operator

AND.

3. Berikut adalah jadual kebenaran bagi kedua-dua operator:

A B C = A OR B A B C = A AND B

PALSU PALSU PALSU PALSU PALSU PALSU

PALSU BENAR BENAR PALSU BENAR PALSU

BENAR PALSU BENAR BENAR PALSU PALSU

BENAR BENAR BENAR BENAR BENAR BENAR

19

Prepared by IMR, SMK Valdor

Contoh penggunaan operator OR dalam pernyataan SQL

Contoh penggunaan operator AND dalam pernyataan SQL

20

Prepared by IMR, SMK Valdor

4.1.9 Menjana Laporan Berdasarkan Hasil Pertanyaan (Query)
1. Laporan dihasilkan untuk mempersembahkan rekod dari pangkalan data

dengan cara yang lebih menarik untuk tujuan cetakan pada kertas
ataupun hanya untuk paparan di skrin sahaja.
2. Ia boleh dijana terus dari mana-mana table atau dari query yang telah
tercipta dari pangkalan data.
3. Laporan akan dihasilkan dengan menggunakan kaedah wizard.
4. Ia akan menjana laporan dari table dan query.

21


Click to View FlipBook Version